suara dia aku rasa agak familiar dengan....Soobin...Choi Soobin.Tapi aku tak pasti.Aku masuk ke dalam rumah semula untuk bersiap ke sekolah.
~
"anyyeong!" sapa aku mesra ke arah Yeonjun dan yang lain.
"anyyeong" balas mereka
"mana Yeonjun?" tanya aku
"Yeonjun? erm...Yeonjun dia pergi tandas" jawab Taehyun,aku hanya mengangguk lalu pergi duduk di tempat aku di sebelah Soobin.
"KORANG AKU DAH SIAPKAN SKRIP!" jerit Yeonjun gembira tatkala masuk ke dalam kelas.
"Yeonjun-ah!" jerit Kai berlari ke arah Yeonjun lalu menutup mulut Yeonjun.
"Skrip? Skrip apa?" tanya aku ingin tahu
"skrip...erm..skrip..buku skrip!" balas Taehyun
"haah,buku skrip!" sokong Soobin
"buku skrip apa?" tanya aku lagi
"er...buku skrip,ha ni kerja sekolah untuk club aku!" jawab Yeonjun lalu yg lain mengaangguk,aku hanya sekadar meng'oh' sahaja.
"Yeonjun kenapa semalam---" belum sempat aku ingin bertanya Yeonjun terlebih dahulu membuka mulut.
"mian,semalam eomma aku tak bagi keluar" ujar Yeonjun.
"ouh ok,erm Soobin,semalam kau ke yg hantar aku balik rumah?" tanya aku
"tak,kenapa?" tanya Soobin
"tak ada apa,saja tanya" balas aku
'hah,kalau bukan dia,siapa yg hantar aku balik semalam?' tanyaku dalam hati.
"er...Soobin,Taehyun ni ada Mrs.Han ada bagi surat dekat korang" tipu Yeonjun sambil menghulurkan beberapa helai kertas ke arah Soobin dan Taehyun.
Kertas tersebut dibaca oleh Soobin dan Taehyun.
"yah! jinjja?! aku kena bu---" belum sempat Taehyun menghabiskan kata-katanya Kai terus menutup mulut Taehyun.
"kau ni dah kenapa? terjerit-jerit" marah Kai
"kenapa Taehyun?" tanya aku
"huh? erm...tak de apa-apa" tipu Taehyun
"weh,aku nak pergi tandas jap dengan Taehyun" ujar Soobin lalu menarik tangan Taehyun pergi.
~
-Soobin and Taehyun pov-
"kau nak buat apa dekat sini? bukan kau kata nak pergi tandas?" tanya Taehyun tatkala Soobin membawanya ke belakang sekolah
"bahaya dekat sana,nanti kalau Beomgyu dengar macam mana,aku nak hafal skrip ni" ujar Soobin
"tengok jap kau punya" pinta Taehyun lalu Soobin menghulurkan skripnya.
"kenapa dialog kau panjang-panjang? dah macam karangan aku tengok" kata Taehyun sambil menyelak satu persatu muka surat.
"biasalah" balas Soobin.
Share this novel