07

Fanfiction - KPOP Series 550

-Beomgyu pov-

"diorang memang tak suka dekat aku ke?" bisik hati aku.

Aku memegang perut aku yang berkeroncong.

"huh,laparnya..." aku bangun pergi ke loker.

Manalah tahu kut aku ada simpan duit ke dalam tu.

Belum sempat aku ingin menyeluk poket mengambil kunci,aku perasan bahawa pintu loker aku terbuka sedikit.

Aku membuka pintu loker,ada sekotak air susu serta roti.

"betul ke ni loker aku?" gumam aku lalu melihat nama dipintu loker.Nama aku.Tapi roti dan air susu ni siapa punya?

Aku mengambil susu dan roti tersebut,ada tertampal sehelai mini stiky note kat bawah tu,aku ambil lalu baca.

'Ambil je'

Ok stiky note tu kata ambil,aku ambil je lah.

Aku membawa masuk roti serta susu tersebut ke dalam kelas lalu makan.

~

Loceng bunyi menandakan waktu rehat tamat,aku keluar untuk buang plastik roti serta kotak susu tadi,lalu pergi ke tandas

"Beomgyu!" jerit seseorang,aku memusing melihat tuan punya suara.
"ouh,Yeonjun-ah,kau buat apa kat sini?" tanya aku

"nak basuh tangan,kau ok tak?" tanya Yeonjun
"huh? ah ya aku ok" jawabku
"baguslah" kata Yeonjun lalu keluar tatkala dia selesai membasuh tangan.

Satu keluhan dilepaskan,dia betul ke ikhlas nak berkawan dengan aku?

~

-Author pov-

"Kai kau hafal tak lagi sampai habis?" tanya Taehyun
"dah" jawab Kai
"weh,bila kita nak berterus terang dengan Beomgyu?" tanya Soobin tiba-tiba

"kau dah kenapa? tiba-tiba je tanya soalan tu" tanya Kai

"tak de lah,aku cuma---"

--------------

"Jadi betullah,korang memang tak ikhlas kawan dengan aku?" tanya Beomgyu

"B..Beomgyu? bila masa kau datang?" tanya Yeonjun

"kalau korang tak suka kawan dengan aku cakap je,aku tak kisah" ujar Beomgyu sambil tersenyum kelat lalu keluar dari kelas menuju ke rooftop sekolah.

"Beomgyu tunggu" baru sahaja Taehyun ingin melangkah untuk mengejar Beomgyu tangannya ditarik oleh Soobin.

"biarlah dekat dia" kata Kai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience