Alarm berbunyi,aku bangun lalu menggapai tuala lalu pergi membersihkan diri.
Aku turun dari tangga,sampai sahaja anak di anak tangga tiga terakhir,aku melihat ada dua orang lelaki di meja makan bersama eomma dan appa.
"Ouh Beomgyu! cepat lah datang sini breakfast sekali" ajak eomma aku pun pergi ke arah eomma.
"Good morning Beomgyu!" sapa Kai dan Taehyun mesra
"eh korang rupanya,aku ingatkan anak kawan appa aku ke siapa tadi" ujar aku sambil menggaru-garu leher yang tidak gatal.
"hehe" Taehyun ketawa kecil
"haih...pandai dah rupanya anak eomma ni berkawan" kata eomma sambil menghidang makanan.
"ahjumma,maaf lah kalau saya tanya ni buat Beomgyu atau ahjumma terasa,betul ke Beomgyu ni memang tak de kawan dari kecil?" tanya Kai
"haah,dia memang tak de kawan dari kecil,maklumlah,Beomgyu ni kan tak pandai bergaul,lagi pun tak ramai yang suka berkawan dengan dia" terang eomma
Kai dan Taehyun hanya meng'oh' kan sahaja.
"dah jom makan" ajak eomma lalu mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.
Dihulurnya pinggan tersebut ke arah aku,Kai dan Taehyun serta appa.
Suasana di meja sungguh sunyi,hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang berlaga.
Setelah selesai makan,aku,Kai dan Taehyun pun pergi ke sekolah bersama seperti yang dirancangkan semalam.
"Beomgyu,boleh tak aku nak tanya sikit?" tanya Taehyun
"boleh je,apa dia?" tanya aku
"macam mana kau boleh tahu pasal kitaorang permainkan kau?" tanya Taehyun
"haih kau ni...kan dia nampak masa kita kat kelas semalam" sampuk Kai
"haah,lagi pun masa aku tak pergi kantin semalam aku ada baca kertas yang Yeonjun bagi korang semalam" ujar aku,Taehyun dan Kai hanya sekadar mengangguk.
~
Kami meletakkan basikal di tempat letak basikal,lalu masuk ke dalam sekolah,ternampak kelibat Soobin seperti sedang menunggu seseorang di hadapan pagar.
"Ouh,Beomgyu jakkaman!" panggil Soobin
"uh? wae?" tanya aku lalu pergi ke arah Soobin,baru sahaja aku ingin pergi ke arah Soobin,Kai menarik tangan aku supaya jangan pergi ke arah Soobin.
"Jebal,aku ada benda nak cakap dekat kau" pinta Soobin.
"Kau boleh je kan cakap kat sini" sampuk Taehyun yang sudah memberi pandangan maut ke arah Soobin.
"huh...masalahnya ni hal aku dan Beomgyu,bukan dengan korang" ujar Soobin lalu menarik tangan aku.
"Woi" jerit Kai
"gwaenchana,korang masuklah kelas dulu,nanti aku masuk" ujar aku,tanpa menunggu balasan dari Kai dan Taehyun aku terus ikut Soobin.
~
"kau nak cakap apa dekat aku?" tanya aku
"Mianhaeyo..." ucap Soobin
"sorry sebab aku mainkan kau..." ujar Soobin lagi
"hurm..." baru sahaja aku ingin pergi dia terus memanggil aku.
"jakkaman! aku yang hantar kau balik hari tu" ujar Soobin,aku terus memandang tepat ke arahnya.
"mwo?" tanya aku
"kau pernah tanya kat aku kan,siapa yang hantar kau balik? and kau pernah tanya dekat Kai dan Taehyun pasal diorang ke yang hantar kau balik,tapi diorang kata bukan diorang kan,sebenarnya aku yang hantar kau balik" terang Soobin.
"mana kau tahu aku tanya dekat Kai dan Taehyun?" tanya aku,dia follow aku ke?
"Sebenarnya,setiap kali aku nak jumpa and minta maaf kat kau selalu ada masalah,kelmarin aku naik ke rooftop sebab nak jumpa kau,tapi Kai ada dekat situ,jadi aku malu nak pergi kat korang,so aku dengar je lah apa yang korang cakap,semalam pun sama juga,aku nak jumpa kau,tapi kau dengan Taehyun,jadi aku dengar je lah apa yang korang cakap" terang Soobin
"oh...ok...gomawo" ucapku
"jebal...maafkan aku..." rayu Soobin
"hurm...ye lah" balas aku
"gomawo...jadi boleh tak kita masuk kelas sama-sama?" tanya Soobin
"nae" balasku sambil tersenyum kecil lalu kami pun masuk ke dalam kelas bersama-sama.
~
-author pov-
Sedang ralik Taehyun dan Kai bersembang,mereka dikejutkan dengan Soobin dan Beomgyu.
"Yah,apa yang terjadi? korang dah baik ke?" tanya Kai,Soobin dan Beomgyu hanya tersenyum
"jinjja?!" tanya Taehyun tidak percaya,Beomgyu dan Soobin hanya mengangguk sambil tersenyum.
"baguslah..." ujar Kai dan Taehyun serentak.
"erm...Yeonjun mana?" tanyaku,lalu Kai dan Taehyun memandang antara satu sama lain.
"Molla" balas Kai dan Taehyun serentak.
~
-Beomgyu pov-
Waktu rehat tiba,aku keluar dari kelas bersama Kai,Taehyun dan Soobin,aku rasa Yeonjun memang tak datang sekolah hari ni...
Kenapa aku kisah sangat dengan dia eh? lantaklah dekat dia.
Share this novel