Bab 1: Lamunan

Drama Series 4191

Ketegasan haba mentari mulai susut, kegigilan malam kian menjelma. Namun, dirinya masih lagi terbungkam di kerusi pangkin. Menyendiri sambil memikirkan nasib diri. Bersaksikan bayang tangan yang mengusap-usap kepalanya. Berkesunyian tanpa siapa disisi.

Jika begitu, kalau hendak dia bergerak pun ke mana? Rumah yang sudah melebihi lima dekad ini masih lagi usang baginya. Sedangkan dia sudah lama tinggal di sini. Mengharungi pahit manis bersama arwah ibu bapanya. Malah,di sini jugalah dia mendirikan rumah tangga bersama seorang isteri yang dicintai. Kelihatan di atas meja ruang tamu yang tersusun rapi gambar-gambar lama menghiasi memori rumah pusaka ini. Tersemat juga gambar-gambar isterinya yang telah meninggal dunia dengan kekuatan yang tidak pernah goyah sebagai seorang isteri mithali. Saat mindanya meragut masa yang tiba.

"Abah... termenung apa tu?”. Suara tadi melonjak Sulaiman kembali sedar dari angan yang tak sudah.

"Eh, Azman.. termenunglah teringatkan kisah lama.". Jelas Sulaiman melihat anak bujangnya menyapa dari belakang.

“Pak cik Farid lagi ke?”. Azman terus meneka. Dia tahu hampir setiap kali Sulaiman akan duduk di pangkin termenung seperti sedang menunggu kedatangan seseorang. Namun, cerita Pak Cik Farid yang dikhabarkan kepadanya selalu mungkin benar benar membuat Sulaiman tertunggu tunggu. Azman tiada termampu untuk menghalang dari apa Sulaiman fikirkan. Dia cuma berharap Pak Cik Farid tidak menghampakan Sulaiman dikemudian hari kelak.

"Mestilah, Pak cik Farid kamu dah macam keluarga kita sendiri. Sudah lama dia merantau ke negeri orang. Sejak terputus hubungan dengan dia. Abah tahu, yang dia akan berpegang pada janjinya.". Kata kata Sulaiman menampakkan bertapa setianya dia terhadap janji itu.

"Semua tu dah berlalu sepuluh tahun pun, I hope you wouldnt dissapointed..." . Azman menyelitkan nasihat. Dia sering kali tidak mahu Sulaiman kecewa. Biarpun dia tahu kemungkinan dalam sepuluh tahun itu. Barangkali macam macam boleh berlaku.

“I have faith... Cakap pandai ye... Esok meeting dengan Green Leaf dah siapkan kertas kerja hari tu?". Sulaiman membalas.

“Semua dah siap... jutaan terima kasih kepada setiausaha Nabila yang mek molek cun sokmo tu.". Azman tersenyum sipu. Gelagatnya membuat Sulaiman tertawa.

"Amboi, cun sangat ke Nabila ye ni...." Balas Sulaiman dalam kemengahan tawaanya.

Azman mengakui bahawa gadis seperti Nabila sudah pasti berduyun duyun lelaki merisiknya. Sedikit pun rasa di hati sudah tertangkap tentang perasaan yang benar menyentuh jiwanya. Azman hanya mendiamkan diri. Agaknya pertanyaan Sulaiman tadi telah menjawab segalanya. Azman kukuh dengan egonya. Dia mengetip rapat bibir. Genggaman tangannya semakin erat. Lantas melemparkan sebuah senyuman ke arah Sulaiman yang ternanti- nanti.

"Betul apa yang abah cakap tu... Dia memang setiausaha yang cun!". Azman mengangkat kedua dua jari telunjuk dan jari hantunya.

"Comel macam wanita Jepun!". Lagak Azman segedik itu memang seperti artis - artis wanita Jepun yang pernah dilihat Sulaiman. Buang tabiat ke tiba tiba sahaja berlaku sebegitu.

"Jepun?". Sulaiman tergagap seketika. Suasana di pangkin rumah itu mulai kembali memerangkapnya. Baru sahaja sebentar berbual dengan Azman. Sedikit sebanyak ingin membuang perasaan rindunya. Tetapi terlanjur nama ibu negara itu disebut. Wajarlah riak muka Sulaiman terus sahaja berubah.

"Abah kenapa diam je? Oh... Abah...". Jelas Azman yang kehairanan.

"..."

"Erm... Cuma teringatkan pak cik kamu...". sambung Sulaiman.

Setenang mungkin Azman cuba untuk menyoal. Meskipun dia sudah mengetahui peristiwa yang berlaku sepuluh tahun lalu. Semua ini bukan lagi topik perbualan biasa yang selalu mereka bualkan. Kali ini dia cuba lebih berani dan tekad. Segera merangka soalan soalan yang perlu ditanya agar tidak tersasul dan ketertaluan.

"Man tahu... tapi abah perlu lupakan sekali sekala kenangan lampau. Man tak mahu abah terlalu taksub dengan janji lama..".

Ada nada nada tegas yang keluar dari mulut Azman.Lagipun man pelik sangat setiap kali abah ungkit tentang janji dengan pak cik Farid. Apa yang dijanjikan?. Azman terlepas cakap. Semakin kuat debar di hatinya.

“Enough thats it... Ada masanya nanti kamu tahu.". Sulaiman menyangkal kata kata Azman.

"Man bukan nak lawan cakap abah tapi tengok keadaan sekarang... Abah selalu habiskan masa dekat pangkin ni mengelamun tentang pak cik Farid. Man cuma risau.". Azman menyahut. Tiada niat di hatinya mahu menderhaka kepada Sulaiman. Tidak walau secebis kuman pun.

"Tak perlulah risau.".
Sulaiman bingkas bangun dari kerusi. Renungan mata yang salju menerpa ke arah Azman yang sedang berdiri dua tiga langkah darinya.

"Ini untuk kamu...". Sulaiman menyerahkan sepucuk surat yang dikeluarkan dari poket kiri seluar. Tangannya menggeletar dan sedikit berpeluh. Mungkin disebabkan bayu malam yang semakin dingin dan sejuk. Azman yang terlihat surat bersampul coklat lusuh dan menyambutnya.

"Abah what is...". Belum sempat Azman bertanya lebih lanjut.

"Its the beginning of the whole story you eager want to know. Sambung Sulaiman lagi. Baca dan fahamkan...". Sulaiman melangkah pergi meninggalkan Azman keseorangan di pangkin. Azman hanya mengangguk. Itu perkara awal yang terfikirnya.

Dengan perlahan Azman membuka sampul surat itu. Bersertakan nafas yang panjang Azman menghembus. Lalu membaca beberapa kepingan kertas yang dikeluarkan dari sampul. Azman memulakan dengan kertas yang dilampirkan paling hadapan dengan serangkap ungkapan.

Bismillahnirahmannirahim....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience