BAB 2: Keputusan

Drama Series 4191

“Nabila saya nak awak cari sumber mengenai fail ini. Serahkan saya petang nanti di atas meja saya. Dan pastikan tiada sambungan masuk ke dalam pejabat saya.”. Azman bersuara. Lagaknya seperti seorang bos yang tegas. Saat sahaja Nabila mengangguk bersetuju dengan arahan diterima. Dia terus terhampar dalam ruang legar imiginasi fikirannya.

“Nabila... Nabila... Nabila...”. Azman berbisik sendirian. Keayuan yang terserlah dari pandangan matanya tidak dapat menipu bahawa Nabila sudah terpaut pada jiwanya.

“Bos... Minta maaf. Kenapa pandang saya macam tu?”. Alunan suara Nabila bergema lembut.

Gadis mana yang tidak akan berasa curiga kalau habis dipandang atas bawah. Oh mungkin tidak begitu! Cuma mata bertentang mata sahaja. Fikiran Azman terbawa – bawa. Sudah begitu lama dia pendamkan perasaan suka ini semenjak hari pertama Nabila ditugaskan sebagai setiausaha di jabatannya. Azman masih ingat lagi ketika itu. Nabila memakai blouse biru muda dipadankan dengan skirt pensil berona kelabu. Tampak kelihatan profesional sekali.

“Itu sahaja... Ingat jangan sambungkan talian saya ye.”. Jelas Azman dengan mukanya yang dibuat – buat comel. Nabila melangkah keluar dengan segaris senyuman. Biarpun dia sedikit bingung dengan tingkah laku Azman pagi ini.

Azman mencapai pen yang jatuh ke bawah mejanya ketika dia mahu duduk sebentar tadi. Sejurus sahaja dia menduduki kerusi. Dia menggapai shinyo tablet dari laci meja yang berkunci.

Selesai beberapa minit menunggu tablet dihidupkan. Azman mencapai kabel internet berwarna oren dari sisi kanan meja. Ditariknya perlahan – lahan. Takut tercabut pula dari modem yang diletakkan rapi di bawah meja. Muncung kabel itu kemudian disambungkan ke soket usb tablet. Kelihatan pada skrin terpampang “Connected”. Azman menelek aplikasi internet yang sudah tersedia dalam sistem operasi tablet. Dia terus menaip. “Ideal Messanger”.

Sedang asyik menggodek laman sosialnya. Azman menerima private message daripada seseorang. ‘Pop...’.

Blue_Eyes : Assalamualaikum =) tak kerja ke?
Azman_S : Waalaikumsalam, tengah kerja tapi tak sibuk apa pun.Awak apa khabar?
Blue_Eyes : Saya sihat je. Saya nak inform dekat awak yang next month. I dah book ticket balik malaysia.
Azman_S : Wah =) nanti bolehlah kita jumpa ye...
Blue_Eyes : I gtg... anythin I inform you later ok. Take care =D

Azman langsung tidak menduga. Jika dilihat dari ‘windows chat’ memang tidak nampak bahawa Blue_Eyes sedang online. Kemungkinan dia sedang bermesej dalam mode private bersama Blue_Eyes. ‘Tuk... Tuk... Tuk...’.

Azman kaget menerima ketukan pintu yang paling kuat yang pernah didengar dalam hidupnya. Siapalah yang berada di luar pintu pejabat. Bersenjatakan parang dan pistol agaknya. Azman tersenyum sendiri. Sebaik sahaja pintu terbuka. Seorang pemuda berkemeja hijau dipadankan dengan tie bercorak kotak – kotak. Warna bajunya sahaja sudah nampak kontra dengan cat dinding pejabat Azman yang berwarna kuning emas.

“Assalamualaikum Man!”

“Fiz... aku dah boleh tahu siapa lagi dalam dunia ni yang ada buku lima macam kau.” Azman mengusik. Sekadar bergurau dengan sahabat karibnya, Hafiz. Mereka berkenalan pun ketika Azman dibawa kawan Sulaiman berubat tradisional di kampung. Untuk merawat penyakit yang tidak dapat dirawat dengan rawatan moden.

Semuanya berlaku akibat daripada kedengkian orang lain. Syukurlah Azman sudah sembuh daripada penyakit yang tidak dapat dijelaskan itu. Kebetulannya Hafiz ini adalah anak orang kepunyaan pusat tradisional itu. Sudah banyak kali jugalah mereka berjumpa ketika menjalani proses rawatan.

“Mana tidaknya, setiausaha depan tu cakap kau sibuk. Aku tahu yang kau sedang sibuk dengan itu kan...”. Mata Fiz mengerling ke arah skrin tablet yang masih memaparkan laman sosial Ideal Messanger.

“Tahu sahaja kau. Iye lah orang macam kau ni mesti tahu semua benda bukan.”

“Yang ini aku tahu sebab tadi ternampak kau tengah online guna handphone aku lah...”. Jelas Fiz sambil mengeluarkan telefon bimbit dari kocek kiri lalu segera duduk. Kali ini Fiz dan Azman bertentang mata pula.
“Fiz, jangan pandang aku macam ni... malu laa...”

“Tak payah nak malu – malu. Tak naik syeikh aku tengok kau. Lainlah kalau setiausaha cun depan tuuuuuu...”. Fiz bermuncung panjang.

“Wei apa ni? Please dont use your power over me okey...”. Azman geli hati tapi dalam masa yang sama dia kurang gemar apabila Fiz cuba menyelami fikirannya. Maklumlah Fiz ni bukan calang – calang orang. Sedangkan pegawai – pegawai polis, penyiasat persendirian pun gunakan perkhidmatan Fiz jika ada sebarang kes kehilangan dan macam – macam lagi. Tapi hobi paling yang dia suka. Membaca fikiran orang lain. Lagi bagus kalau otak dan fikiran segar itu datang dari Azman sendiri. Suka betul dia menyakat.

“Macam – macam kau anggap dia Man.”. Riak muka yang ala – ala naughty memerangkap mata Azman. Memang jelas sekali Azman cukup berbulu apabila Fiz membaca fikirannya.

“At least I’m just thinking about it...”. Azman cuba bertenang. Sekali pun dia kehairanan dengan kedatangan Fiz ke pejabatnya. Kebiasaannya Fiz akan menghubungi terlebih dahulu. Kalau diambil daripada penjelasan pertamanya tadi. Oh, mustahil! Sebelum ini pun dia online tak pernah pula Fiz singgah ke pejabatnya. Lagipun pusat rawatan tradisional terbaharunya hanya terletak beberapa blok dari syarikatnya. Mindanya terlantun jauh.

“Apa cerita tiba – tiba serbu aku ni?”

“Okey... tak nak main – main dah. Ingat lagi tak surat yang kau bagi. Aku dapat beberapa maklumat yang kau mungkin berminat Man.”. Setiap perkataan yang diucapkan Fiz penuh dengan kecurigaan. Itu sahaja sudah cukup membuat Azman berdebar – debar. Dia tidak sangka kedatangan Fiz adalah untuk petolongan yang diminta hujung bulan lepas. Lagipun selepas perbualan dengan Sulaiman tidak membawa apa – apa pembayang mahupun jawapan yang sebenar. Azman tidak mampu untuk terus diselubungi kebingungan. Dia mengambil langkah untuk berkongsi cerita tentang surat dan kisah – kisah janji pak cik Farid.

“Kalau kau nak tahu pak cik Farid ni sekarang berada di Jepun. Sudah lebih sepuluh tahun dia berhijrah ke sana. The best part is... nama dia bukan Ahmad Farid tapi Yun Jin Ho.”. Mata Azman bersekang luas. Kening kanannya naik meninggi.

“Pemilik saham terbesar syarikat Neon Corporation ni milik Yun... Jin... Ho...”. Sambung Azman dalam kegagapannya. Apa kejadahnya pak cik Farid ni sebenarnya Yun Jin Ho. Tidak masuk akal langsung. Seratus peratus dia menyangka tepat. Tersangatlah mustahil untuk Sulaiman mengetahui bahawa Yun Jin Ho adalah orang yang dia nantikan. Mereka berkongsi sebuah syarikat yang berbelas tahun dioperasikan bersama. Sudah tentu mereka telah berjumpa untuk setiap kali mensyuarat sidang diadakan. Malah dia juga sudah berjumpa dengan Yun Jin Ho banyak kali. Masakan Sulaiman tidak perasan.

“Untuk isi kandungan surat tu... aku kurang pasti. Daripada empat keping yang bertulis. Lampiran yang terakhir ada beberangkap puisi. Kalau ditafsirkan pun. Metaforanya biasa – biasa saja.”. Sambung Fiz sambil menggesel dagunya dengan kedua jarinya. Seolah sedang memikirkan maksud dan hipotesis maksud sebenar surat yang diterima Azman itu.

“Aku dapat maklumat ini semua dari kenalan – kenalan aku...”. Jelas Fiz sendirian dikala Azman masih dalam kebisuaan mendengar nama sebenar Pak cik Faridnya.

“Kau dah macam penyiasat pula ye.”. Azman masih dalam keraguan.

“Apa guna banyak kabel boleh guna.”.

“Guna je kuasa psikik kau. Settle masalah.”

“Kau ingat aku ni mesin... Lagipun anugerah ni keistimewaan. Tak perlu nak guna sangat. Ini semua rahmat Allah s.w.t. Sekarang kau dah tahu kan. Ini soft copy fail peribadi Yun. Dah baca nanti delete okey.”. Fiz menyerahkan pendrive berjenama Kingstone 4 Gigabite kepada Azman. Lantas dia bingkas bangun.

“Aku gerak dululah. Nanti hal apa ke... Roger je aku okey... Assalamualaikum.”.

Fiz melangkah keluar dari pejabat selesai berjabat tangan dengan Azman. Meninggalkan dia dalam enigma. Azman acap kali berfikir. Apakah maksud sebenar janji Sulaiman dengan Yun? Pak cik Farid pemilik saham Neon? Janji apa yang sebegitu penting sehingga membuat Sulaiman termenung? Mengelamun? Janji sepuluh tahun lalu? Janji apa agaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience