BAB 4 Hasrat

Drama Series 4191

Tuk.Tuk...Tuk...
"Tuan Azman sila turun untuk bersarapan.”.

Ketukan beberapa kali di pintu. Azman segera keluar dari bilik mandi. Setelah mendapati kedengaran suara yang sudah hilang gema beberapa minit lalu.

“Ya, sebentar nanti saya turun.”. Azman tersengih sendiri. Suara tadi yang memanggilnya pun pun sudah tidak bergema. Sikap tergopoh gapahnya masih melekat pada dirinya. Kalau tidak bangun lebih dari pukul sembilan sudah tentu tidak sebegini kelam kabut. Selesai persiapan diri. Azman melangkah turun ke ruang makan. Dari sudut pandangan matanya. Kelihatan Sulaiman, Farid, Iza dan seorang lagi gadis sedang duduk bersarapan.

Dalam sesaat, lamunan mata Azman kaku pada suatu sudut pandangan. Wajahnya berubah. Hatinya segera berkata. Inikah gadis yang bernama Izyan itu? Atau ada orang lain lagi dalam keluarga pak cik Farid ni? Dia nampak begitu ayu sekali. Tengkuk lehernya mula meremang sendiri. Ulat bulu dah naik daun rupanya.

Panggilan dari Iza memalu jiwanya. “Azman marilah sarapan... Mari...”. Azman menggelengkan kepalanya. Tanda dia sudah sedar daripada lamunannya sebentar tadi. Iza terasa kelakuan Azman seakan dia menolak ajakannya tadi. Haruslah difikirkan begitu biasanya kalau menggeleng maksudnya tidak. Muncung Iza kelihatan.

“Ya.”. Balas Azman tersenyum.
Dia menduduki kerusi bersebelahan Sulaiman. Azman diserabut gagap. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Belum sempat panas lagi. Membuatnya payah untuk berkata-kata.

“Baik sa... .ja... Tuan... Pak Cik...”. Sulaiman lekas menepuk perlahan belakang Azman. Moga – moga darah gemuruhnya turun.

“Semuanya baik, syukur ke hadrat illahi...”. Lega. Dia langsung gelabah tidak tahu panggilan apa yang perlu dinamakan Farid. Adakah terlalu kurang ajar tadi kerana dia melalut tak tentu arah? Pipinya kemerahan. Memang betul dia tengah malu dengan keadaannya. Tambahan pula ada seorang gadis yang masih menjadi tanda tanya baginya. Sungguh membuat dia menjadi tidak keruan ketika ini.

“Bagus kalau macam itu, Azman ikut pak cik lepas sarapan ok?”, Farid memasukkan beberapa sudu gula ke dalam secawan kopi panas. Hanya dua, tiga kali kacau. Farid menghirup perlahan. Masih menanti jawapan daripada Azman. Hampir tiga minit jugalah suasana di meja makan sunyi. Sulaiman memberi isyarat rahsia. Dia cuba menolak kaki kiri Azman dengan buku lali kakinya.

Entah apa kemaruk budak ini pagi – pagi lagi? Kalau nak kata kena sampuk dek hantu... Hairan kelihatan dia sihat wal afiat. Mustahil hendak kata dia mengelamun? Mungkinlah sebab ada dua anak dara cantik seiras gadis jepun berada semeja dengannya. Sulaiman meneka yang bukan – bukan. Sedangkan dia tidak tahu hal sebenar. Sebegitu banyak sebab tapi hanya salah satu daripadanya sahaja yang betul.

“Azman, awak tak sihat ke?”, Iza bingkas bangun dari kerusinya. Menuju ke arah Azman. Tangannya sepantas kilat hinggap di dahinya. Barangkali dia cuba merasa suhu badan Azman. Mungkin dia kurang sihat. Maklumlah dah bertukar angin sejak ke kota besar ni.

Azman terlalu kaget. Belum pernah ada gadis lain yang meletakkan tangan di dahinya selama ini. Meruap – ruap darah Azman meninggi. Mukanya merah padam habis. Seperti sudah disiram dengan air yang suam panas. Malah Sulaiman juga terkejut dengan perilaku Iza.

“Awak sihat ni... Cuma ada hangat sikit.”. Iza mengomel.

“Si Azman masih lagi malu – malu dengan kita. Selepas dia keluar dengan papa nanti hilanglah malunya tu...”. Farid membidas sopan dengan kata –katanya. Dia tidak memarahi Iza sedikit pun. Cara kehidupannya yang bercampur baur dengan susun atur orang jepun telah membiasakan dengan istilah open minded. Barangkali Sulaiman kurang senang dengan telatah Iza. Namun dia mengerti pengaruh dalam keluarga Farid memang berbeza dengan keluarganya.

Kali ini pandangan Sulaiman dan Farid bertentang. “Hahaha...”, kedua – dua mereka tertawa sendiri. Aneh sekali waktu sarapan pagi ini. Lebih – lebih lagi tidak ada di antara mereka pun yang memahami hasil perhubungan Farid dan Sulaiman yang jauh lebih jelas.

Bunyi keroncong perut Azman yang berbunyi sejak dari tadi memang tidak kedengaran. Sudah tentu dia kelaparan kerana beberapa kuih lapis menjadi alas perutnya ketika di rumah. Sejak hampir satu setengah jam berjalan – jalan dengan Farid. Azman hanya mengikut telunjuk ke mana sahaja bayang – bayang Farid.

Namun dia mulai bertanyakan sesuatu, “Pak cik... Maaf...?”. Ternyata baku sungguh setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Azman. Dia seharusnya mengesyaki sesuatu. Hatinya berkocak kuat.

“Ada apa yang salah ke?.”. Farid terkedu untuk mengakhiri kata – katanya.

“Saya rasa kurang selesa sebab abah always talking about you dan sekarang kita pun dah jumpa.”. Azman menapak setapak ke belakang..

“We gonna be...”

Azman merasakan dirinya seperti sudah tidak berada di atas lantai mozek biru bercorak teratai putih. Tercetus kesemua persoalan di dalam pemikirannya. Hilang akal bila dia cuba mencari jawapan dalam semua persoalan itu. Namun pencarian itu sia – sia.

“Azman... Beginilah, ada perkara saya nak beritahu kamu. Cuma sekarang bukan masanya. Selepas kita habiskan semua ni. Bolehlah kita balik dulu. Biar saya dan Sul sahaja jelaskan pada awak, ya.”. Penjelasan terus terang dari Farid tetap tidak dapat mengubah wajah was – was Azman. Dia berada dalam keadaan bimbang dan risau. Semua berkaitan tentang perhubungan Sulaiman dan Farid. Lebih – lebih lagi tentang menjadi satu buah keluarga bersama.

Keadaan kali ini ternyata berbeza. Farid dan Sulaiman masing – masing sedang duduk di atas katil sofa dengan sarung granån berwarna merah. Kedua mereka kelihatan begitu tenang sekali. Ruangan bilik membaca itu agak luas. Nampak lebih besar dari sebuah master room. Kelibat Azman memasuki bilik membaca itu disedari Farid.

Kedatangan Azman disambut, “Mari duduk sini...”.

Azman menapak ke arah kerusi rotan berhampiran mereka. Tampak jelas Azman menyedari kehadiran Mr. Yun turut berada di situ.

“Kita semua dah ada di sini, inilah waktu lebih baik untuk saya beritahu perkara sebenarnya pada kamu...”. Anak mata Farid melekat pada raut wajah Azman.

Sedikit pun dia tidak mengalihkan sudut pandangannya. Azman kelihatan gementar. Dia cuba menenangkan dirinya. Kedua belah tapak tangannya digenggam erat. Perasaan keterujaannya benar - benar ingin mendengar sendiri persulitan janji – janji mereka ini. Sepasang telinganya suda siap sedia meneliti setiap inci perkara yang Farid akan kemukakan.

Kebenaran tentang identiti Farid dan Mr.Yun terungkai. Semuanya bermula dengan bangkitnya sebuah syarikat milik bersama yang dinamakan Xenon Corporation. Mr.Yun adalah pemilik saham terbesar maka semua keputusan yang berkaitan tentang masa depan syarikat bergantung kepada kata putusnya. Memandangkan usia Mr. Yun semakin meningkat tua. Farid selaku rakan kongsi ketika dia berusia pertengahan dua puluh - an. Memikul kesemua tanggungjawab seperti mana yang direncanakan oleh Mr.Yun.

Syarikat perindustrian kecil milik Farid telah pun diusaha sama dan telah mendapat pengiktirafan baru iaitu Neon Corporation. Agenda Mr. Yun adalah tidak mempercayai sumber luar kecuali darah daging mereka sendiri. Namun, Farid dikecualikan dan Mr. Yun telah mewasiatkan kesemua peratus saham kepadanya. Logiknya Mr. Yun telah hampir sepuluh tahun meninggal dunia kerana sakit tua.
“Mr. Yun dah mati?”. Kata – kata Azman tersampuk.

“Yes.”. Farid membalas ringkas.
“Siapa dia ni?”. Jelingan mata Azman menuju ke arah Mr. Yun. Kehairanan dalam kotak fikirannya bertambah – tambah. Mr Yun siapa yang Farid terangkan tadi? Mustahil Mr Yun yang berada dihadapannya adalah Mr. Yun pengasas bersama Xenon.

“Sabar man. Memang betul Mr. Yun sudah meninggal dunia. Ini adalah Yun Jin Ho anak tunggal pewaris Xenon.”. Jelas Sulaiman.

“Tapi macam mana dia boleh jadi waris Xenon pula. Sedangkan syarikat asal milik bersama Neon. Milik pak cik sepenuhnya.”. Badan Azman menggeletar sedikit. Peluh – peluh kerisauannya menjurai – jurai turun. Meski pun penghawa dingin mencecah enam belas darjah celcius. Adrenalin yang bergelodak kencang di dalam dirinya. Hanya dia sahaja yang tahu.

“Pak cik hanya jadi pewaris sementara sahaja sehingga Yun sudah dewasa dan berupaya menguruskan syarikat. But as we been promise...”. Wajah Farid langsung tidak menunjukkan tanda – tanda kecurigaan. Semuanya nampak jelas dan benar – benar keluar dari lubuk hatinya.

“All men dalam keluarga Yun dan Farid harus berkahwin.”, sambung Sulaiman.

Deruan jantung Azman berdegup perlahan. Dia berasa tenang sedikit. Teka – teki yang dulunya tidak jelas, sekarang semakin kelihatan. Azman dapat menangkap persoalan – persoalan yang dijelaskan Sulaiman dan Farid. Tetapi hanya satu sahaja yang masih bermain di dalam fikirannya. Sejak dari awal dari perbualannya. Cuma Yun Jin Ho tidak mengeluarkan suara mahu pun pendapat. Mungkin dia bukan jenis yang suka campur tangan hal orang tua. Azman sedikit malu untuk bersuara apabila dia curi – curi memandang Yun. Ada betulnya jika dia hanya mendengar dan tidak berkata – kata seperti Yun. Lambat laun semuanya akan habis diceritakan oleh mereka berdua.

“Memandangkan saya tiada anak lelaki. Saya harap Azman dapat mewakilkan diri untuk menjadi pewaris Neon yang seterusnya.”. Kali ini seruan kata Farid mencucuk – cucuk telinga Azman. Hanya dua benda sahaja yang terpampang dalam ruang fikirannya. Wakil Neon? Kahwin?

“Saya?”, Azman menoleh ke arah Yun. Dia cuba menyampaikan mesej melalui riak mukanya tetapi diendahkan Yun. Tak guna!

“Kenapa saya?”

“Ini sememangnya amanat Mr. Yun. Kita perlu termenterai perjanjian ini supaya Neon Corporation mendapat semangat yang baru.”. Farid menjelaskan serba – serbi.

“Tapi saya bukan anak pak cik.”, Azman terkedu.

“Kamu bukan... Sekurang – kurangnya kamu berdua penting buat pak cik...”. Nada suara Farid kedengaran sedikit hampa.

“Boleh ke?”,

“Mestilah, abah kamu keluarga paling rapat dengan pak cik.”.

“Abah harap man tak salah sangka tentang semua ni...”. Sampuk Sulaiman. Dia cuba menyedarkan Azman. Semua perkara yang disebutkan seperti terlalu mementingkan harta dan pengurusan syarikat. Dia tahu anaknya bukan yang gila harta. Setahunya, Azman itu adalah anak yang suka bersedekah apabila ada sahaja rezeki yang melimpah kepadanya. Tidak kiralah banyak atau pun sedikit. Semuanya datang dan pergi menurut kehendak tuhan.

“Man faham abah... Cuma...”, jari – jemari Azman bermain – main dengan corak sulaman bunga tulip pada mini sarung kusyen. Perihalnya nampak sedikit malu – malu. Keserabutan fikiran yang melandanya hampir satu setengah jam tadi telah pantas berlalu pergi. Cepat betul dia berubah apabila mendengar soal kahwin. Angin perasaannya mulai bertukar arah. Azman tersengih – sengih.

“All that simple... yang penting kamu kena kahwin.”
“Ok...”, peti suara Yun kedengaran jelas dan mereka hanya mampu tersenyum.

“Kahwin... kahwin.... kahwin...”. Azman membebel perlahan. Keterujaan dalam jiwanya membuak – membuak ingin keluar. Dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Cuma dia terlalu senang untuk jatuh hati pada mana – mana wanita. Sebut sahaja nama gadis paling manis atau pun yang paling comel. Azman dapat menyenaraikan menerusi litar fikirannya akan tetapi itulah yang menjadi punca kepada segala masalah kerana terlalu mudah untuk jatuh cinta.

Lantang Azman tiba – tiba,

“Saya cuba!”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience