BAB 3 Mencari

Drama Series 4191

Sulaiman tahu dia perlu memberitahu perkara penting itu kepada Azman. Cuma sesetengah perkara yang perlu disampaikan itu. Biarlah takdir sahaja yang perihalkan. Qadaq dan qadar lebih berhak untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

“Macam mana?”. Sulaiman menanyakan soalan kepada Azman. Matanya bersinar. Azman tiada mampunya mengalahkan renungan seperti itu. Ia penuh dengan erti. Sulaiman langsung tidak dapat meneka. Seberapa banyak sebab pun untuk dijadikan alasan. Adakah perkara itu sudah terbongkar? Apa mungkin Azman sudah tahu tentang rahsianya?

Semuanya serba serbi tidak kena, Azman hanya mengangguk setiap apa yang dikatakannya. Mungkin dia memang seorang anak yang taat. Sulaiman mengalih pandangannya ke arah bingkai –bingkai gambar di atas meja. Dia tersenyum sendirian. Meskipun perbuatannya disedari Azman yang tiba –tiba melangkah ke arah meja tiba – tiba.

“Senyum lebar abah hari ini...nak kahwin lagi ke kat Kuala Lumpur ni?”. Azman mengusik. Tertawa juga dibuatnya dengan terjahan soalan Azman yang bukan – bukan itu. Meskipun perihal Farid masih terngiang – ngiang di dalam fikirannya. Sulaiman mengedahkan saja.

“Mana ada, kalau nak kahwin dekat sini ramai yang nak dekat kita ni!”, Sulaiman membalas teruja. Terusik sangat dengan kata – kata Azman. Sudah lama juga dia menduda. Jika diberi kesempatan untuk menjalinkan hubungan baru itu merupakan suatu rahmat. Sesungguhnya semua datang dari yang esa. Bak kata orang tua –tua jodoh tak ke mana pun.
“Abah asyik tenung gambar arwah mak dari tadi. Rindu...”, pertanyaan Azman menyinggah jauh ke dalam lubuk hati Sulaiman.

“Abah memang sayangkan mak kamu, tapi semua itu ada dalam hati ni...”. Perjelasan Sulaiman sudah cukup menyatakan bahawa kasih sayang pada arwah isterinya tetap kekal di dalam hatinya.

Sebentar sahaja Azman meninggalkan Sulaiman bersendirian di ruang tamu. Akalnya berbicara lanjut. “Sudahlah, kalau ini takdir... Aku sudi menerimanya.”. Sulaiman kemudian berganjak ke bilik tidurnya. Azman baru sahaja kembali ke ruang tamu.

Sekembali dia, Abahnya sudah pun tiada. Azman menduduki kerusi yang terletak di sayap kanan ruang tamu. Tangannya sedang memegang segelas air milo. Sekali pun wajahnya kelihatan ceria. Sekali pun wajahnya seperti bingung.

“Apa agaknya cerita pak cik Farid ni... Betul ke identiti si Yun ni?”. Azman lantas menggapai komputer riba yang terletak di bawah meja kopi. Usai dihidupkan Azman segera mencari aplikasi fail yang dia telah copy and paste dari pendrive fiz dua bulan yang lalu. Nampaknya Azman memungkiri janji untuk menghapuskan fail tersebut setelah dibaca. Kesudahannya dia masih menyimpan lagi data tersebut. Belum puas lagi hatinya mengenai teka – teki pak cik Faridnya. Selang beberapa puluh saat. Azman sekali lagi meneliti profail milik Yun Jin Ho. Habis kesemua maklumat – maklumat sulit juga terungkai. Azman lebih berminat tentang suatu maklumat ini. Langsung dia berbisik sendirian.

“Memang sah mereka berdua adalah orang yang sama.”, “Apa yang sama?”. Sentak Sulaiman dari hadapan Azman. Kemunculan Sulaiman yang tiba – tiba membuat Azman terkaku. Dia terlalu taksub dengan maklumat – maklumat yang terpampang jelas dari skrin komputernya. Sulaiman mengambil beberapa tapak kecil ke arah Azman. Dari sudut pandangannya. Sulaiman sedikit terkejut.

“You are very advance. Tapi semua ini tak perlu. Sebab Abah sendiri dah jumpa pak cik Farid kamu minggu lepas.”. Penjelasan Sulaiman yang bersahaja itu melenturkan masa yang padu bergerak. Azman masih lagi kaget.

“Abah dah tahu dari awal yang pak cik Farid ni sebenarnya Mr. Yun?”. Azman bertanya tanpa mengagakkannya. Dia tahu Sulaiman sendiri telah sudi memberitahu bahawa mereka baru sahaja berjumpa minggu lepas. Kali ini dia berharap sahaja tiada apa – apa lagi yang akan disembunyikan Sulaiman dari pengetahuannya.

“Mr. Yun? Apa kaitan pula pak cik kamu dengan Yun?”, Sulaiman merenung kehairanan. Memang tidak silap lagi yang Azman baru menyebut nama Farid dan Yun serentak. Sulaiman cuba untuk bertenang. Kesimpulan apa pula kali ini dia harus ungkapkan.

“Kenapa diam pula? Man tanya ni...”. Azman terpaku menunggu jawapan yang dia sudah nantikan selama lebih dua bulan. Jantungnya berdebar – debar. Biarlah apa pun nak jadi. Dia sudah bersedia mendengar khabar tersebut.

“Man salah faham agaknya ni...”, Sulaiman bersuara. Namun kata- katanya dipancung setengah jalan.

“I’m not! Cuba abah tengok ni.”. Azman menunjukkan paparan skrin komputer yang jelas dengan maklumat sulit peribadi Yun. Sekali lagi Sulaman tenggelam dalam pemikirannya. Segala detail tentang Yun ditelitinya berhati – hati. Kelihatan anak matanya bergerak ke kanan dan kiri. Anehnya riak wajahnya sahaja yang tidak berubah. Sepertinya Sulaiman sudah mengerti maksud Azman ketika dia menyatakan Farid dan Yun adalah orang yang sama.

“Kalau macam ni... kita patut jumpa mereka. Tiada lagi rahsia – rahsia. Abah dah bosan main puzzle ni.”, jelas Sulaiman sambil tersenyum. Azman bingkas bangun dari duduknya. Dia tidak mampu lagi untuk memproses kesemua maklumat yang diterimanya. Cukuplah dengan cerita Pak cik Farid. Sudah cukup sudahlah!

“Enough abah! Man langsung tak faham apa yang abah cuba bagitahu. Man juga tak faham kenapa abah suruh baca surat dari pak cik. Dah two months berlalu, boleh tak abah speak the whole truth!”. Azman membuat pengakuan. Terlalu lama dia terbelenggu dengan jawapan yang tidak pernah betul untuk mengisi ruangan kosong dalam teka – tekinya. Rungsing apabila difikirkan tentang perkara ini. Jika tidak di rumah hingga ke pejabat juga dia terbawa – bawa tabiat termenung Sulaiman.

“Okey abah minta maaf. Tapi semua ini bukan abah yang minta. Ada orang yang nak abah buat.”. Balas Sulaiman.

“Siapa yang suruh?”

“Abah akan aturkan flight kita ke Osaka dua minggu lagi. You will get your answer bila kita sampai sana nanti... Sudah sampai masanya.”. Jelas Sulaiman.
Dua minggu sudah berlalu. Sulaiman baru sahaja menerima panggilan daripada Farid. Mengatakan bahawa pemandunya sudah pun bertolak dari tempatnya. Oleh itu, mereka hanya menunggu kedatangan pemandu tersebut. Azman masih tercongol di sebelah Sulaiman. Wajahnya pucat lesi sebab Azman mengalami aerophobia semenjak dari kecil. Apatah lagi kalau perlu pergi oustation ke luar negeri. Azman lebih gemar memandu daripada naik kapal terbang. Dia lebih rela layan jalan berbatu berjam – jam daripada berpuluh – puluh minit di atas udara. Katanya nyawa lebih berharga kalau berpijak di bumi yang nyata.

Azman terdetik. ‘Abah call pak cik?’. Dia cuba memasang telinga. Mencuri dengar perbualan Sulaiman. Gerak gerinya dicurigai Sulaiman. Lantas dia bangun dan melangkah beberapa langkah jauh dari Azman. Terlepas niat dihatinya untuk mendengar apa yang mereka sering bualkan. Sejak dari dalam kapal terbang. Setiap e-mel yang diterima pasti akan dibalas tidak kurang dari tiga minit.

Apa pun yang bakal terjadi apabila dia bersua muka dengan pak cik Farid dan Mr. Yun. Dia harus kelihatan biasa – biasa sahaja dan tidak terlalu teruja. Buat seketika dia mendiamkan diri. Kornea matanya hanya cukup puas memerhati Sulaiman sedang senang berbual di telefon. Sedang matanya kaku. Sulaiman melambai – lambai ke arahnya. Tanda seperti mahu Azman datang ke arahnya segera. Azman pun berlari anak ke arah Sulaiman sambil membawa dua beg bagasi mereka berdua.

“Ada apa abah? Orangnya dah sampai ke?”. Terang Azman bersama mengahan kecil. Berat juga beg bagasi yang ditariknya. Setahu dia, bagasi Sulaiman paling berat sekali. Mereka bercadang hanya untuk duduk di rumah pak cik Farid dua ke tiga hari saja.

“Dah, biar abah bawa beg.”, tangan Sulaiman ingin menggapai ke arah beg bagasinya lalu ditepis perlahan.

“No, biar man bawa. Jom...”. Tanpa penjelasan panjang lebar. Azman terus membawa kedua – dua bagasi ke arah sebuah kereta menyusuri Sulaiman dari belakang.

Satu jam setengah sudah berlalu, jelas perasaan Azman masih dalam kawalan keterujaan. Permandangan Azman ditemani simbahan cahaya matahari yang lembut. Sehinggalah Azman mendapati kereta yang dinaikinya mulai berhenti di sebuah rumah yang agak unik dekorasinya.

“Excuse me sir, is this the house?”. Pertanyaan Azman hanya dibalas dengan anggukan pemandu kereta. Azman cuba mengintai ke arah cermin depan kereta.

“Blink...”.Sebaik sahaja sorotan bunyi itu kedengaran. Pintu pagar kayu bercorak bunga lili itu mulai terbuka perlahan – lahan. Suasana luar dan dalam kediaman tadi benar berlainan. Terdapat sebuah tasik yang cukup indah dengan warna jernih airnya. Tanpa disedari, pintu di bahagian sebelah Azman diketuk beberapa kali. Dia hanya memandang tepat kepada bayang yang berada disebalik pintu kereta. Mungkin kerana gambaran tasik tadi masih lagi terpaut diingatannya. Sebaik sahaja dibuka.

“We have arrived. Will you please follow me?”.

“Of course...”. Balas Azman. Sulaiman berganding jalan bersama Azman. Diikutinya pemandu kereta ke tempat yang perlu mereka pergi di kediaman itu. Azman curi-curi pandang. Namun akibat curian pandang itu. Anak matanya dapat melihat dari jauh seorang lelaki sedang menunggu di pintu rumah. Dalam hatinya berbisik. “Adakah itu pak cik Farid?”.

Langkah mereka dilajukan sehinggalah mereka disambut dengan salam sebaik sahaja tiba di hadapan lelaki yang disangkanya pak cik Farid. “Assalamualaikum, Sul sampai juga kamu.”. Farid menyambut kedatangan mereka berdua dengan rasa gembira. Senyuman itu bermakna sekali. Penuh dengan keikhlasan yang bisa diterbitkan.

Azman sudah dapat mengagak. Dari permulaan mukadimah salam dan kata ganti nama Sulaiman. Tidak sah lagi orang yang berada dihadapan dan sedang memeluk erat Sulaiman adalah pak cik Farid. Azman menarik nafas lega. Sedikit jawapan sudah mula terbongkar. Bahawa pak cik Farid dan Mr. Yun adalah orang yang berbeza. Sangkaannya tergantung apabila Sulaiman menyambut salam.

“Waalaikumsalam, ya kalau tidak kerana kau aku tak sampai ke sini.”. Azman berasa asing dalam suasana itu. Sudah tentulah dia berasa sebegitu.

“Marilah masuk...”. Farid mempelawa. Azman berjalan dibelakang Sulaiman dan Farid. Dia sungguh kagumkan dengan struktur binaan rumah yang geometrikal dari dalam. Setiap arah rumah itu dihiasi cantik dan teratur. Sedang sibuk mengelamun dengan akalnya. Telinganya terasa bagai ditiup sesuatu.
“Eh...”.Semua arah dia mencari tiupan di telinganya itu. Kiri kanan kepalanya berpaling tergesa – gesa.

“Hai!”. Azman kaget. Muncul sahaja seorang gadis yang berada dihadapannya. Direnungnya aneh.

“Kenapa awak tengok saya macam tu.”. Gadis itu bertanya.

“Bukan..saya cuma terkejut.”, tergagap jugalah Azman cuba menyusun kata.

“Jadi awaklah Azman.”. Gadis itu segera menarik lengan baju Azman ke ruang tamu. Ketika itu Azman masih lagi melihat kelibat Sulaiman dan Farid yang berjalan meninggalkannya.

“Saya Iza.”. Azman masih bingung apabila dia ditinggalkan di ruang tamu. Di dalam sebuah rumah yang belum dia biasa untuk sesuaikan diri.

“Iza ni seorang sahaja tinggal di rumah?”. Walaupun Azman masih cuba menenangkan diri. Lirikan mata dan kata – kata manis daripada Iza menggugat bicaranya. Belum pernah lagi dia terima hembusan itu seperti angin ribut yang mengoncang – goncang dirinya dari dalam.

“Tak adalah... papa, saya dan seorang lagi... Eh, itu dia! Namanya Izyan.”. Azman mencari pandangan Iza ketika itu. Tetapi pandangannya sia-sia.

“Maaf ya, Izyan ni sombong sangat.”. Gadis yang dikatakan Izyan itu sudah pun menyusuri tangga ke tingkat satu rumah. Azman cuma dapat melihat alunan kain baju tidur agaknya.

“Iza tahu ke mana abah saya pergi dengan bapa Iza?”. Azman kembali bersuara. Selepas dia menyedari jelingan tajam dari Iza.

“Papa dengan ayah azman pergi bilik ke bilik bacaan ni. Pergi berboraklah. Tak reti risau orang penat ke... Kalau macam itu, apa kata awak teman saya sekarang ni? Lagi pun saya nak kenal siapa Azman...”.Terasa bagai dipanah asmara akal Azman. Menerima pelawaan sebegitu.

“Ya, boleh saja...”. Iza sekadar senyum nakal. Azman masih mencuba mendapatkan angin tenang yang dia mahu berada disisinya pada waktu ini. Godaan Iza membelit – belit dirinya. Kalau dahulu setakat keluar makan malam bersama client bukanlah suatu masalah. Tapi yang menjadi topik baginya sekarang adalah duduk bersama dengan seorang gadis. Di sebuah ruang tamu yang seperti sebuah hutan kecil. Pakaian tidur Iza yang terdedah di bahagian bahu sudah cukup menggugat keimanannya sebagai seorang lelaki.

Kecelaruan fikirannya terbantut apabila seorang perempuan yang berumur lingkungan 40-an berdiri di hadapan mereka. Iza kelihatan sungguh terkejut dengan kedatangan itu. Mujurlah ada seorang penyelamat menariknya dari ribut godaan gadis bernama Iza ini. Azman menadah tangan berdoa dan meng-amin-kan. Lagaknya kelihatan janggal di mata Iza.

“Cik Iza, ada panggilan telefon katanya dari Cathy.”

“Susah je penat import kau ni dari Malaysia. Tak boleh bagi orang senang langsung...”. Azman kehairanan. Orang ini mungkin orang gajinya. Tapi perlukah dimarahi sebegitu. Azman mencelah.

“Oh, baguslah. Saya pun sudah penat.”, yang sebenarnya dia mahu lari dari aura godaan Iza. Baru hari pertama dia tiba sudah ada salam perkenalan yang begitu menarik sekali.

“Marilah, saya bawakan... Saya pun nak naik ke bilik”. Azman menelan air liurnya. Bermacam – macam imej yang terpancar dari trajektori mindanya. Dia masih lagi cuba untuk bertahan.

Sampai sahaja di pintu bilik. Azman terus bergegas masuk. Ditarik laju bagasinya hingga roda beg itu tersadung sebuah meja kecil di tengah bilik. Kedengaran seperti ada sesuatu terjatuh. Sepantas kilat Azman menekan punat kekunci bilik. “Klik...”.

“Awak okey ke?”. Iza mengetuk berkali – kali. Dia cuba membuka pintu namun cubaannya gagal.

“Saya okey... saya okey.”. Azman mengetip rapat bibirnya. Dia berharap sangat Iza cepat – cepat beredar. Nafasnya berhembus berat. Terasa nadi jantungnya berdegup laju.

Iza ternganga kecil. Sebegitu juga dia ditinggalkan sendirian.

“Tak kisahlah... but I like you.”. Bisik Iza dari muka depan pintu lalu dia beredar pergi.

Dari dalam bilik, Azman terus merebahkan diri ke atas katil bercadar biru muda. Coraknya berbunga dengan haruman lavender sungguh menenangkan diri Terlintas juga difikirannya. Di mana abahnya? Iza? Siapa pula Izyan ni? Matanya sudah kuyu. Azman membebel sendirian.

“Kalau tidur sekejap... apa salahnya...”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience