Bab 10

Romance Series 5275

Sampai rumah pakcik ram, aku landing terus kat sofa pacik ram yang empuk itu. Penat betul aku dan kak zai bershoping beli barang dapur sekali bahan nak buat ambuyat. Memang dah lama aku tak makan ambuyat. Duduk kat KL memang best sangat dengan pelbagai makanan yang bermacam-macam kena jual.
Tapi aku takla puas makan kat sana tu.Maklumla, aku tengah diet dan azam nak kuruskan badan yang dah macam big mama tu .
“hehhh, penatnya kak fina..Nasib la kak kesian sama ko yang terliur mau makan ambuyat tu”Baju kak zai yang basah,nampak sangat dia berpeluh dan penat.Kesian pulak aku dengan kak zai. Tapi bukan dia jer penat tau. Aku pon penat juga.
“Hahaha,! Apa boleh buat kak zai?Terliur bah saya mau makan ambuyat.Lamanya saya teda makan tu. Mama pon jarang buat juga untuk fina”ujarku menjawab keluhannya yang kepenatan sungguh macam orang baru balik joging.Memang penat dan berpeluh, ditemani cuaca yang panas itu. Nasib pakcik ram sekeluarga ini kaya. Bolehla mereka pasang satu biji aircond kat ruang tamu mereka.
“Bah, berehat kita kejap baru kita pigi dapur masak makanan tengahari. Ko pegi dulu fina, kasi keluar ikan yang beku dalam peti sejuk tu, rendam sama air.”
“Bah, okey kak. Jap arh”Aku pon pergi dapur nak tengok ikan beku yang nak direndam tu.
“Eyhh, Finaa. Apa kau buat tu?Memasak kah?”tegur pakcik ram yang baru sahaja keluar dari biliknya. Bilik pakcik ram berdekatan dengan bahagian dapur rumah mereka.
“Ya. Saya mau masak sama kak zai nanti makan tengahari. Kami mau buat ambuyat pakcik. Lama fina inda makan sudah tu ambuyat.”Sambil aku membuka pili air untuk merendam ikan yang aku keluarkan dari peti sejuk.
“Ooo..Bikin ambuyat kamu? Nah masak goreng la tu ikan. Pakcik inda suka direbus,Inda sedap.‘’
“Okey. Nanti kasitau kakzai. Pakcik mau pigi mana pulak ni?”
“Pergi rumah pakcikmu kamal sekejap.”
“Kirim salam sedja pakcik kamal. Nanti suruh dia datang sini kalau mau.”
“Bah, okey. Nanti pakcik kasitau.”
Lepas aku dah rendam ikan, ak pegila keluar kejap nak ambil angin kat luar beranda rumah pakcik ram.
“Finaa!! Bila ko sampai oo?,Tidak kasitau lagi bah dia balik”Tegur kak anje.
“Baru jak kemarin fina sampai di labuan. Esok fina balik sudah.. Kak anje pi mana pulak? ”
“Kak ni baru balik dari rumah kak ros, Dia minta kasi urut badan dia.. Banyak angin betul, itula kali selalu sakit-sakit badan”
“Adehh,Kesian jugak tu kak ros.”
“Bah, kak balik dulu la arh..Menunggu kali sudah laki kak dirumah mau makan.”
“Bah, hati-hati kak anje.”

***
“Babah! Mari sini makan! Siap sudah ni”zaiton menyusun pinggan makan satu persatu di setiap tempat duduk meja makan.
“Kak zai, mau kah lagi ambik nasi?”sambil fina membuka periuk nasi yang baru masak.
“Ambil jak la sikit untuk babah.. Dia tu mana berapa juga makan ambuyat..” ujar zaiton lalu ke ruang tamu untuk memanggil ayahnya kembali.
“Ermmm,Sedapnya bau ikan goreng ni!Kak zai ni pandai masak tapi bujang.. Sayang betul lelaki tidak pegi pinang dia.”
“Babah, Mari kita makan.. Makanan siap sudah daritadi, sejuk nanti inda sedap.‘’
“Bah, kejapla babah datang..Babah tinguk wayang cina tu siok betul.”Jawab pakcik ram sambil menutup suis televisyen.
“Eshh, babah ni. Wayang cina pulak dia pi tinguk. Macam babah faham jak”leter zaiton kepada ayahnya.
“Dulu, masa babah muda, babah ada becinta bah sama orang cina.”
“Yalaa tu, Mari makan kita.. Menunggu sudah si fina di dapur.”
Fina dah lama tak makan ambuyat.Ambuyat, makanan kegemaran fina sejak dari kecil.Sesuai dihidang dengan ikan goreng,ikan rebus,sayur kacang dan sambal limau.
“kakzai, mendidih sudah air tu..”ujar fina.
“Bah, kasi tumpah la dekat ambuyat. Ko tuang, biar kak gaul ambuyat tu.”
“Siap!! Inda sabar fina mau makan!”Fina duduk dan mencapai garfu,Dicoloknya ambuyat, dicecahnya dengan sambal limau.
“Perghh!! Sedapnya kakzai! Pandai kakzai masak sambalnya!”Sambil mulutnya mengunyah makanan, sesekali dia terbatuk.
“Makan pelahan-pelahan.. Nanti ada pulak yang tercekik. Susah pakcik ram nanti.”
“Pedas bah uncle sambal kakzai ni, tapi sedap!!”
“Mestila, sedap! Tingukla sapa masak? Hahaha!!”
“Kakzai,kakzai.. Kenapala inda mau kawin? Sedap lagi kakzai masak. Rugi oo lelaki.”Merah padam muka si zaiton bila fina membahaskan soal kawin.
“Kamu bedua ni, makan dulu baru cerita.Zai, tuang babah air tu.”Zaiton menuangkan air suam untuk ayahnya. Mereka pon menikmati makanan tengahari yang dimasak oleh zaiton.
Selepas makan, mereka pon berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Perut Masing-masing kekenyangan. Pakcik ram sampai terlelap lepas makan tengahari tadi.
“Fina, Tidur sini kah nanti?”
“Inda la, kak zai..Barang fina di hotel tu.Sayang pulak sudah dibayar.”
“Ermmm.. Cuba la tidur sini. Bukan selalu fina pegi sini. Lepasni, mesti fina busy sudah kerja di kk sana.”
“Inda la.. Fina belum keja lagi.”Mukanya berkeriut bila zaiton bercakap tentang kerja.
“Kenapa ni? Masam jak muka.”
“Sebenarnya.. Saya inda berapa suka tinggal di kk tu. Saya mau keja disini bah kakzai.”
“Kenapa inda suka? Fina ikutla sama mama fina tinggal sana. Nanti bejauh pulak ko sama mama fina..”
“Entah la kak.. Saya biasa sudah bah di labuan. Bukan saya selalu pigi kk. Paling-paling pon di KL jak saya pernah pegi.”
“Nanti la kalau ada masa, kak roger-roger kan ko pasal kerja.”
“Okey la. Kak zai, Fina mau balikla dulu. Jumpa kawan lagi ni. Besok saya kan mau balik sudah.”
“Bah, yalaa.. Hati-hati bawa kereta tu. Jangan telampau laju. Nanti kak sampaikan salam sama babah.”
“Okey.. Assalamualaikum kak. Jumpa lagi. Terima kasih untuk makanan arh”Fina bersalam dengan zaiton dan terus pulang ke hotel..

“Eshh!! Kenapa pulak ni pintu inda dapat buka?! Bikin panas betul!! Stress oo begini!”Dia terus turun ke bawah dekat lobby, untuk memberitahu masalah tentang biliknya yang tak dapat dibuka..
“Ya, cik fina.. Boleh saya bantu?”kata seorang pekerja lelaki hotel yang bertugas di bahagian reception itu.
“Saya mau kasitau, kenapa tu bilik saya inda dapat buka? Keras pulak macam batu jak!!”
“Minta maaf ya cik, cik dudukla dulu kat sana nanti kami cek balik.”Lelaki itu terus memanggil kawannya untuk melihat pintu bilik fina yang rosak itu.
“Awak tolong saya ikut cik yang duduk kat sana tu pegi bilik dia. Dia complain pintu bilik dia tak dapat nak buka.”
“Okey, perempuan yang pakai baju hitam tu kan. Bah, kejapla.”
“Bryann!! Awak jangan lupa bawa kunci dia ni!! Lepas dah siap, report ngan saya terus.”
“Kunci dia kah ni? Bah, sia mau pegi dulu”bryan terus menuju kat perempuan tu dan menyapanya..
“Sorry cik.. Saya bryan.Tadi kawan saya cakap cik punya bilik inda dapat buka..”Fina yang tengah leka membaca majalah, lalu membalas sapaanya..
“Memang pintu saya tu inda……”Alangkah terkejutnya fina bila melihat bryan!! Dia terkaku macam anak patung.. Dalam hatinya berkata, adakah dia bermimpi? Atau bryan memang berdiri di hadapanya?!
“Cik.. Okey kah? Macam tenampak hantu saja.. Kalau buli , sekarang kita buli cek dulu pintu cik.”
“Errr... Errr.. Ermmm, okey!!”Tergugap fina membalas pertanyaan bryan. Mereka berdua pon bergerak meninggalkan tempat itu. Semasa menaiki lif, fina terus asyik memandang bryan. Dia betul-betul tidak percaya apa yang berlaku sekarang.
“Bilik cik tingkat 4 kan?” ujar bryan sambil menekan butang lif tingkat 4 .
“Ya..”jawab fina yang tidak mahu berpandangan mata dengan bryan.
“(Kenapa bah ni sumandak macam takut-takut? Mau cakap nampak hantu inda jugak..)Okey, cik kita dah sampai.Mana bilik cik?”
“Hujung sekali,sebelah kanan.”Mereka pon sampai depan pintu bilik fina..Bryan mengeluarkan kunci dari poket,menarik pintu dan terus terbuka.
“Hahaha,Mungkin cik belum tau lagi cara buka pintu hotel kami.. Pintu ni kena tarik, mungkin keras masa cik buka sebab cik pigi tolak ni pintu..”
“Oo yakah? Terima kasih”Dia mengambil kunci dari tangan bryan, terus bergagas masuk bilik.
“Aik, pelik jugak ni sumandak.. Kenapa arh? Hairan saya oo..”Pelik bryan bila melihat perangai perenpuan yang baru ditolongnya tadi.
“Aduii!! Aku mimpi kah ni arh?! Biar betul tadi tu si bryan?! Buduh bah saya ni! Bikin malu betull!!”Dia terus merebahkan dirinya di katil.. Sesekali diketuk pintu biliknya berbunyi.
“Alamakk! Siapa lagi ni? Inda kan si bryan datang balik?!”
“Hoyyy!!”Ternampak sosok badan perempuan yang muncul.
“Aduii!! Ko ni liya! Bikin tekejut saja!masukla ko dulu..‘’
“Kenapa bah ko ni, fina?! Macam nanpak habtu sedja..”liya pelik melihat kelakuan fina yang seperti orang ketakutan nampak hantu.
“Ko mau tau?! Saya tejumpa si bryan!! Yang sadisnya lagi,dia keja hotel ni!!”
“Apaa?! Biar betul ko ni.. Si bryan kah juga yanh ko nampak tu? Mungkin ko salah tinguk bah tu.”
“Tidak bah, liya. Tadi dia yang tolong saya kasi bagus pintu ni yang kununnya saya fikir rosak.”
“Lepastu?! Dia inda cam sama ko kah?”
“Mana la dia tahu.. Saya kan sudah kurus!! Mana dia kenal muka saya..”
“Aik?! Nama ko pon dia tidak tau?”fina menggelengkan kepalanya sambil termundar mandir berjalan.
“Apa kita mau buat ni? Besok saya balik sudah.. Mau juga…”
“Mau juga balik lagi sama dia? Kalau itu ko mau, kasitau la mama ko dua hari lagi ko di labuan.”
“Betul jugak.. Bah, saya call mama saya dulu.”

“Hello, mama. Apa mama buat?”
“Teda ni, mama tinguk tv sama uncle. Fina buat apa tu?”
“Fina rehat-rehat jak ni.. Bukan apa, mungkin dua hari lagi fina disini.. Ada hal fina mau buat sama liya”
“Aik? Jadi bila fina balik?”
“Lusa mungkin atau esoknya lagi.”
“Bah, okeylaa.. Jaga diri saja fina. Jangan buat benda inda bagus disana.. Kirim salam sama pakcik ram sama kak zai arh”ibunya terus mematikan panggilan telefon dari fina.
“Sapa tu sayang?”uncle john bersuara.
“Si finaa.. Debilang dua hari lagi dia di labuan.. Ada hal kerja sama kawan dia..”
“Buat apa lama-lama disana? Suruh jak dia disana tu jaga diri.”
“Sudah tadi sayang cakap..”
“Sayang? Apa kata , kita kasi jodoh fina sama vino?”
“Ermm.. Okey juga.. Lagipon vino budak baik..sesuai dengan fina.”
“Tunggula fina balik, baru kita pegi bincang dengan dia..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience