Bab 8

Romance Series 5275

Sudah empat tahun aku meninggalkan tempat asalku di labuan. Hari ini ialah hari terakhir aku sebagai seorang pelajar universiti. Besok aku akan berangkat pulang kembali ke tempat penetapan baharuku iaitu di sabah.
“Hello, Mamaku sayang.Ma, apa mama buat? Besok fina balik sudah ni.”
“Finaa!!Mama rindu betul oo dengan fina.Cepatla pulang nak. Rindu mama sama ko sudah.”
“hahaha. Yelah mak. Esok fina balik la ni.”
“Amboi.Cakap semenanjung sudah bah dia. Hahhaa!!”Pakcik john mencelah perbualanku dengan mak. Dua tahun yang lepas , mak berkahwin dengan uncle john dan terus berpindah ke sabah atas urusan kerja masing-masing.Aku tidak dapat datang perkahwinan mama kerana aku sibuk belajar.
“Aikk, uncle john! Okey jugak ka? Bagitau mama tu kasi sedia masakan dia sedap-sedap arh! Hahahaha.”
“Bah, yala. Besok kami jemput ko ya.”Uncle john berumur 48 tahun, 3 tahun tua dari ibuku. Uncle john berasal dari membakut, sabah dan bangsanya orang dusun.
“Okey uncle!”

Akhirnya, Aku tiba di lapangan terbang kota kinabalu sabah. Aku melihat kiri dan kanan untuk mencari ibuku dan uncle john. Tiba-tiba seorang lelaki bertopengkan mask yang menutupi mulutnya, tidak sengaja melanggar tubuhku.

“Aduii.. Hey, bro. Mana mata ko ni? Jalan pon tidak nampak kah?”Barang-barangnya jatuh beterabur ke lantai..
“Siou oo mandak. Saya bergegas bah. Saya ada kecemasan.” Dia terus menggapai barang-barangnya yang jatuh berterabur dan lelaki itu berlalu pergi dengan pantas sekali.. Aku pon meneruskan perjalanan mencari ibuku.. Tiba-tiba terlintas di fikiranku , aku merasakan seperti kenal dengan lelaki itu. Tapi wajahnya kurang jelas kerana dia memakai penutup mulut. Dia nampaknya seperti seorang doktor kerana aku melihat pakaiannya.
“Mama!!Uncle john!!”mereka memandangku dengan penuh hairan. Aku pon mendekati mereka. Aku memeluk mereka dan mereka terkejut dengan tindakanku.
“Maaf cik. Cik salah orang mungkin.”ujar ibuku.
“Mama. Apa bah ni?? Ini fina la!!”
“Astaga!! Anak mama kah ni? Ya,Ampun. Anak mama kurus, cantik lagi ni!!”ibu memelukku dengan erat sekali.
“Mama ni, anak sendiri pon inda kenal.”
“Macam mana juga.Anak mama betul-betul berubah sudah.”
“Fina, mari kita pulang dan makan. Mama fina sudah sediakan makanan yang sedap-sedap untuk fina.”kata uncle john kepadaku.
“Baikla, uncle. Fina pon penat sudah ni.”

Dalam perjalanan pulang kerumah kami yang berada di putatan, aku melihat pemandangan diluar tingkap.. Aku rindukan tempat asalku di labuan. Kalau ada masa, aku bercadang hendak melawat ke labuan. Aku nak jumpa liya.Aku rindukan dia.Dengar-dengar, dia sudah berkahwin dan ada anak seorang iaitu perempuan.
“Anak mama pigi mandi dulu, baru kita pi makan arh.”
“Okey, mama.Fina masuk bilik dulu okey.”
Selepas mandi,Aku segera ke dapur untuk menjamu selera.Aku rindu masakan dari air tangan ibuku.
“Jadi lepasni fina,apa fina rancang selepas habis belajar ni?”
“Lusa fina mau pigi labuan bah uncle.Rindu sudah fina sama kawan-kawan disana.”
“Okeyla.Tapi jan lama arh fina.Sebab nanti uncle mau kasi kenal ko sama anak buah uncle.”
“Anak buah? Sumandak kah tu?”
“Lelaki fina.Adi angkat uncle dia punya anak, fina.‘’
“Ooo. Yakah, kenapa mau kasi kenal sia?”
“Sedja jak bah.Kalau tidak besokla.Ko masi disini bah kan?”
“Bah esok la arh uncle.”Habis makan , kami terus tidur. Sebelum aku ingin melelapkan mata, teringat pula dengan si liya. Aku pon menelefon dia untuk bertanyakan khabar.
“Hello, ini liya kah? Saya ni si fina.Apa khabar ko?Besok lusa sia mau pigi labuan ni.”
“Uinah, baru ko call sia?Saya baik-baik jak ni.hahaha.Bah bagusla itu, saya rindu sama ko sudah ni.”
“Ko sabar sedja bah.Saya ada kejutan untuk ko ni kali kalau saya balik ni.”
“Hadiahka?! Inda sabar oo saya ko balik sini.”
“Yalaa.Hadiah untuk anak ko pon ada. Hahah.Kerja Apa ko besok?”
“Saya kerja pagi ni besok.”
“Ooo, bah yala.Jadi diri ko jak sana arh. Tunggu sa datang.”

***
Aku begitu penat sekali, Lama jugak aku melelapkan mata. Jam menunnjukkan pukul 9 pagi. Ibuku dan uncle john tiada dirumah kerana awal pagi mereka sudah turun bekerja.
“Aduii. Sakitnya badan sia ni. Erm, sia mau pigi mana ni hari arh? Jalan-jalan la kali.”

Aku begitu bosan sekali duduk dekat rumah.Aku pon keluar berjalan nak bersiar-siar. Aku bercadang nak jalan-jalan bandar kat kk ni. Aku Begitu terliur nak makan durian. Aku terus bersiap mandi dan terus menaiki keretaku.
Mataku begitu terpaku bila melihat gerai-gerai yang menjual barang niaga mereka, berdekatan dengan pasar.
“Hello,Uncle.Uncle,Saya mau tanya bah.Disini di kk, mana jual durian arh?”
“Ooo.Ko cari durian kah? Ada sana tu jual dekat gerai2 bawah jambatan dekat kk plaza tu.”
“Terima kasih uncle. Saya jalan dulu pigi sana arh.”
Aku pon mencari tempat gerai yang menjual durian harga yang murah. Maklumla, durian mendapat sambutan harga pon sambut juga.Aku terpaku melihat gerai yang dihujung sekali. Begitu ramai orang yang datang membeli disanaa.
“Wahh, ramainya bah aunty punya customer ni.Aunty durian apa paling sedap?Murah-murah lagi oo aunty jual ni. Huhu.”
“Hahaha.Kalau adik mau ,Musang king ini paling menyengat betul-betul kasi gegar badan ko.”
“Adadaa.Bahaya tu aunty.Begagar macam mana tu aunty?”
“Gegaran dia tu, buli sampai di katil! Hahahahaha!”
Kami pon tertawa riang sekali. Patutla, gerai makcik ni ramai orang. Sudahla murah, peramah betul macik gerai tu. Pandai menghibur semua pelanggannya yang datang membeli.
Setibanya aku di kereta, telefonku berdering menunjukkan panggilan dari uncle john.
“Assalamulaikum, Fina. Ko dimana ni? Busy ka?”
“Saya ni jalan-jalan di bandar kk , beli durian.Inda juga busy ni.Kenapa tu uncle?”
“Ooo, yakah? Bukan apa, kalau ko tidak busy uncle mau kasi kenal ko sekarang sama uncle punya anak buah ni.Kami di mcd ni sekarang.Dekat rumah api-api.Depan centrepoint tu.”
“Oo yakah?Bah sikijap lagila saya pigi sana.Baru jak ni saya jalan pigi bandar.”
“Bah okeyla.Hati-hati ko bawa kereta tu.”
Aku pon menuju ke destinasi seterusnya. Yang menghairankan aku, kenapa uncle john ni riak betul nak kenalkan aku dengan anak buahnya.
“Fina!”
“Eyh, uncle john! Pening sudah kepala fina pusing-pusing cari uncle.”Aku pon mendekati mereka berdua.Dari jauh aku nampak lelaki itu, tinggi orangnya.
“Kenalkan, ni anak buah uncle.Ravino.”
“Hai fina, saya ravino. Ko buli panggil saya vino jak.”
“Hai juga.Saya fina.Saya rasa macam pernah sudah nampak ko ni.”
“Hahahaha.Memang patut pon ko cam saya.Saya la langgar ko kelmarin, masa di airport tu. Siou arh,Fina. Saya betul-betul emergency.Ada orang serangan jantung bah tu.Tuelaa saa inda lagi tepeduli sama ko.”
“Astaga.Saya okey jak bah.Ooo rupanyaa.Patutla saya namapak ko pakai baju doktor.Mata ko tu saya kenal, walaupon masa tu ko pakai mask mulut tu.”
“Ya, Sorry arh fina .Bukan saya sengaja.So, sebagai tanda minta maaf saya belanja ko ni hari.”
“Aikk.Kamu bedua ni cepat betul jadi kawan rapat arh. Uncle disini macam jadi cctv sedja.”
“Aik , ko merajuk kah uncle?”
“Hahahahaha! Mana pulak uncle mau merajuk.”
Kami pon berbual-bual sambil menikmati burger kegemaranku iaitu spicy chicken mcdeluxe.
“Fina apa plan ko sekarang ni? Ko baru abis belajar kan?”
“Entah tu. Saya belum lagi dapat tawaran bekerja.”
“Fina, vino uncle gerak dulu arh. Kamu berbual la dulu.Uncle ada urusan ni sekejap.”
“Uncle ada bawa kereta kah? Kalau inda pakai jak kereta saya ni.”kata vino.
“Tiada apa la .Uncle pakai kereta fina sedja. Bolehkan fina?”
“Boleh bah uncle.Tapi jaga jak durian saya tu. Nanti balik rumah baru saya pi makan. Hahaha!”
“Hahahaha! Bah yala. Uncle gerak dulu . Vino nanti hantar fina balik arh.”
“orite uncle.”uncle john pon pergi meninggalkan aku seorang berduaan dengan vino. Terasa kekok juga aku bila berduaan dengan vino.Akhirnya, aku pon membuka bicara. Daripada kami berdua nanti beterusan sunyi macam kuburan.
“Vino, ko lama suda ka jadi doktor ni?”
“Bolehla juga. Mau dua tahun saya jadi doktor.”
“Ooo,yakah.Bagusla baitu.Kalau saya ni, belum lagi fikir mau cari kerja.”
“Hahahah.Yalaa.Kalau ko mau, saya tolong nanti ko cari kerja.”
“Okey, Doktor vino.hahahaha!”
“Fin,Apa kata lepasni kita pigi sana lepak pantai tanjung lipat tu?”
“Oo. Buli jugak . Huhuhu.”
Selesai makan kat mcd, kami pon bergerak nak pergi destinasi yang nak dituju.Boleh tahan juga kereta vino ni. Cantik , kemas dan wangi betul.Menggoda betul perempuan kalau masuk kereta ni. Pemiliknya pon boleh tahan juga tau.Berbadan tegap sedikit, tinggi dan putih.
Akhirnya, kami pon sampai di pantai tanjung lipat itu. Boleh tahan juga pantainya. Cantik. Sesuai kalau nak relax kat sini.
“Fina, kita duduk sini la arh. Okey sikit.”
“Hahaha. Okeylaa.”
“Sepanjang fina di KL tu , apa yang selalu fina buat kalau ada masa lapang?”
“Bersenam dan berdiet.Kalau ada event atau aktiviti yang menyehatkan badan , saya pon ikut join bah tu.
Adadaa, vino.Kalau ko mau tau, dulu saya ni gemuk orangnya.Mana saya cantik oo. Macam mama-mama orang sudah kali.”
“Aik,betul ba? Macam mana juga ko buli kurus ni?”
“Nah ko tinguk ni gambar kalau ko tida pecaya. Itula saya yang dahulu dan sekarang.”
“Ya, betul jugak cakap ko. Apa rahsia ko ni?”
“Mula-mula saya bediet sambil bersenam. Tapi saya diet yang tidak makan.Makan pon inda tentu. Sekali ada kes dimana saya ni pengsan, terus la saya tejumpa Doktor zaliaa.Dia banyak tolong dan ajar saya sampaila saya buli berubah begini.”
“Doktor zaliaa?! Saya kenal jugak tu. Saya punya senior. Bagus tu doktor. Baik orangnya. Dia tidak cerita ko ka? Dulu dia sama jugak bah macam ko. Gemuk jadi kurus.”
“Tiada pulak dia pigi cerita sia oo. Dia just ajar senaman , nasihat, cara-cara dan ceramah untuk kasi tingkat lagi saya punya semangat.”
“Aik yakah? Dulu sia rapat juga tu sama doktor zaliaa. Dia cerita sia macam-macam.Selalu kena kutuk orang sekeliling. Sekali last-last dia berubah,Barula laki-laki berebut dia.”
“Yakah?? Saya faham perasaan kak zaliaa tu. Sa pon begitu juga.Saya inda tau kenapa orang haters betul sama orang berbadan besar.Betul jugak la dorang inda akan cakap kalau dia tidak besar. Tapi salah seseorang tu kah? Yang salah tu , orang yang mengkutuk. Mengutuk kekurangan diri orang.”
“Ko sabar sedja la fina.Biasala tu. Mungkin dorang inda sedar diri dorang tu.Bukan jugak dorang sempurna.”
“Ermm.Lagipon saya kurus ni ada sebab. Saya dulu befikir inda mampu buat. Tapi akhirnya, saya buli juga.Saya inda sangka ni. Dulu tinguk cermin, sa gemuk jak. Sekali sekarang, macam saya tida pecaya oo.”
“Ya betul tu fina. Cantik ko.Serupa betul macam hanna delisha.”
“Ko ni vino, ada-ada saja. Hahahaha.”
“Apa juga sebab ko kasi kurus badan?”
“Panjang cerita dia vino.Pasal cinta juga.Tapi saya bosan sudah orang terus-terus kutuk saya.Tapi tidaa niat saya juga mau kurus.Ada lelaki saya kenal.First love saya. Dia bagi saya sepasang gaun. Dia mau liat sia one day pakai tu gaun.”
“Mungkin dia ada niat yang bagus untuk ko. Tapi kenapa ko dengan dia bepisah?”
“Biasala. Cinta pertama ni boleh diduga tidak akan berkekalan.Tapi saya hairan, uncle john bilang yang ko ni iala anak buah angkat dia.”
“Ya,Betul.Panjang cerita dia fina. Saya ada adik lelaki. Sekarang mungkin umur dia suda 24 tahun. Dia muda 2 tahun dari saya.Selepas mama dan bapa saya bercerai,Kami terus kena kasi pisah. Adik saya ikut mama saya. Saya ikut bapa saya. Bapa saya tu , adik angkat uncle john. ”
“Astagaa.Kesian juga ko kan. Jadi ko sama adik ko pernah jumpa ka?”
“Mama sama bapa saya bercerai time umur saya 2 tahun.Adik saya masa tu baru lahir. Mama sama bapa selalu begaduh jak. Sebab tu, lepas adik saya lahir dorang terus becerai.“
“Siapa nama adik ko? Kamu asal mana juga?”
“kami asal membakut, sabah.Bapa saya kasi nama adik saya, Rayzyan.Tapi mama saya inda mau kasi nama tu. Dorang begaduh lagi. Bapa saya marah betul sama mama saya. Terus kami inda pernah jumpa lagi. Langsung tida dapat contact. Sa rindu mama saya.”
“Membakut?Bekas bf sa pon asal sana juga.Kesian oo ko kan.Bepisah sebab masalah family jugak.Tapi kenapa inda ikut mama ko jak?”
“Saya paling rapat sama bapa berbanding mama.Sebab tu saya ikut bapa.Adik saya ikut mama saya , sebab kan dia masi kecil lagi kan.”
“Ya,betul juga. Marila kita pulang. Mau malam sudah ni.”
“Bahh, saya hantar ko arh.”Kami berdua pon pergi meninggalkan tempat itu. Aku terus befikir. Kesian dengan vino. Kisah dia lagi sedih dari kisah aku yang dipermainkan lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience