Bab 7

Romance Series 5275

Aku dan liya berjalan di tepi-tepi pantai untuk melihat pemandangan laut lebih dekat lagi.
Kebetulan hari itu adalah hari party customer mania untuk kami staf-staf yang bekerja di pizza hut.
“Fina..Ko okeykah? Ko sabar saja arh dengan semua ni. Semua ni pasti ada hikmahnya.”
“Apa bah ko ni? Kita sini mau happy-hapyy bukan mau kasi kusut fikiran. Pasal dorang dua tu saya inda kisah sudah la. Bukan saya ada perasaan sama tu lelaki lagi.”
“Ermm.Terserah ko la fina. Bah , sia pigi ambil air dulu. Ko haus kah?”
“Mestila haus. Bah pigila ko, saya tunggu sini jambatan.” Selepas liya pergi meninggalkan fina, freci mun muncul dari belakang dan menegur fina dengan kurang sopan sekali.
“wow! Ada gajah la! Mama gajah ni. Hahaha!”
“Apalagi ko mau ni? Sia inda kacau ko pon , jadi jangan kacau saya.”
“Heyy, siapa jugak bah mau kacau gajah? Nanti kena himpit jak.hahaha!!”
“Oii, mandak . Cilaka jugak ko ni kan. Muka cantik tapi hati buruk. Kesian sia oo.”Tiba-tiba freci menuju ke hujung jambatan seperti mahu terjun dari jambatan itu. Fina pon ingin menyelamatkannya tetapi freci menolak fina hingga dia jatuh..
“Bryann! Tolong sia!!”
Dari jauh bryan nampak freci yang yang menggapai tangan ketika sudah jatuh ke dalam air. Semua orang bergegas menuju ke jambatan itu untuk menyelamatkan freci.
“Oii! Perempuan gemuk!! apa ko buat ni? Gila sudah kah! Kenapa tolak freci pegi laut?!‘’ bryan pon terjun ke laut untuk menyelamatkan freci. Belum sempat fina ingin memberi penjelasan,“Bryaan.. Ko dengar dulu cakap sia… sia bukan…” Slappp!! Bryan menampar muka fina di depan semua orang.
“Bryann…”Fina terkejut dengan tindakan bryan.
“Memang patut ko ditampar!! Apa jahat sangat ko sama freci?! Perempuan gemuk dan hodoh!!”
“Ya!! Memang aku perempuan gemuk dan hodoh!!”Fina pergi meninggalkan tempat itu dengan segera sambil menangis teresak-esak.
“Bryann! Apa ko ni?! Dayus!!”liya pon pergi meninggalkan mereka.
“Freci.. Ko okey? Kita pigi hospital la sekarang.”
“Saya okey. Finaa... Dia…”freci pon memeluk bryan dan mereka pon menuju ke hospital.
“Fina!!Fina!! Tunggu aku fina!!”teriak liya yang memanggil fina.Fina terus berlari tanpa melihat kereta yang lalu lalang. Tiba-tiba kereta dari arah kiri melanggar fina.
“FINA!!!‘’

Kenapa?Apa yang berlaku? Kepala aku berat sekali hingga susah untuk aku bergerak.
“Cik fina,Cik fina dah sedar? Cik fina okey?”
“Saya dimana ni , nurse?”
“Kamu sekarang dalam bilik wad ni. Kamu kena langgar.”
“Apa?!”Aku cuba untuk bangun tetapi tidak boleh.Badanku lemah sangat dan sakit kurasakan ditubuhku.
“Fina..Anak mama!‘’
“Mama!Kenapa buli fina disini ma?”Ibuku berlari menuju ke tempatku lalu memeluk ku dengan erat sekali.
“Sudahla.. Kasi lupa sedja. Yang penting fina sedar sudah.Mama risau sebab fina inda sedarkan diri selama 4 hari.‘’Empat hari? Begitu lama sekali masa aku untuk sedar. Apa yang aku ingat hanya la ketika aku berlari dan ditampar bryan.
“Fina!! Ya, tuhan !! Terima kasih kau kabulkan doaku !!Amin..”Tiba-tiba liya muncul dan diikuti dengan kak ros yang sepertinya membawa hadiah untukku.
“Fina! Sia takut sudah ko tinggalkan sia!! Sudah ko makan kah? Kurusla nanti teddy bear sia ni!!” liya menangis seperti kebudak-budakan.
“Ko , ni liyaa. Inda jugak sia mati bah. Baru empat hari pon. Bukan empat tahun. Hahahah.”
“Sudahla liya. Bagila si fina berehat.Nah, ni hadiah kak ros bagi untuk ko. Kotak ni pulak…. Dari bryan.”
“Bryan??”
“Ya.Disitu dia ada tulis surat untuk ko . Ko bacala.”
“Surat?? Nantila sia baca. Sia berehat dulu . Sakit betul kepala sia ni.”
“Okeyla.Nanti lagi kami melawat ko”
“Okey.”

***
Bosan betul kat hospital ni. Aku tak sabar nak keluar dari hospital ni.Bosan sangat sampai aku tak selesa dekat sini.Oh ya, aku baru teringat tentang kotak yang bryan bagi dekat aku.Apa la isi dekat dalam kotak tu? Aku try buka kotak tu la. Alangkah terkejutnya aku bila membuka kotak itu! Berisi sepasang gaun dan sepucuk surat. Aku pon membaca di tepi katil wadku.
HAI, FINAA. MESTI KO TERKEJUT KAN DAPAT GAUN TU. CANTIK KAH? MAHAL SAYA BELI TU GAUN. MAAFKAN SAYA PASAL TU HARI. PASAL SAYA HINA KO. SAYA MINTA MAAF BETUL-BETUL. DAN SATU LAGI , GAUN TU SAIZ BUKAN UNTUK KO .. SEBENARNYA TUJUAN SIA, SUATU HARI SAYA MAU LIAT KO PAKAI TU GAUN. KO FAHAM KAN MAKSUD SIA? SIA MAU KO BERUBAH. MAAFKAN KALAU SIA KASI SAKIT HATI KO, MARAH KO, HINA KO. SAYA MAU KO BERUBAH. SAYA MAU BERENTI KERJA SUDAH. SAYA INDA MAU LAGI KEJA SINI. SAYA BANYAK KASI SAKIT HATI KO. BIARLA SAYA YANG PERGI DARI KO SELAMANYA. SAYA DOA SUATU HARI KITA AKAN BERSATU. MAAFKAN SAYA FINAAA.
Aku menangis selepas membaca surat yang bryan berikan untuk aku. Aku baru faham kenapa dia menghadiahkan gaun yang bukan saiz untukku.Akan ku hajatkan permintaanmu bryan.Aku rela kau pergi meninnggalkan aku . Aku yakin kalau kita jodoh pasti kita akan bertemu kembali.

# Seminggu aku berada dalam hospital dan kini aku kian sembuh.Doktor pon membenarkan aku pulang .
Dalam perjalanan aku pulang , Aku masih befikir tentang kotak dan surat yang bryan beri kepadaku.. Aku masih tidak boleh untuk melupakan kejadian di pantai pada hari itu.
“Ermm.Kenapa anak mama ni? Diam-diam sedja.Fina okeykha, sayangg?”
“Okey, mamaku sayang.Fina inda sabar mau balik rumah sudah ni.”
“Yala.Kita Mau sampai sudah ni.”
Ketika aku membuka pintu rumah, tiba-tiba bunyi letupan seperti belon yang meletup
“Suprise!Welcome back fina!!”Rupanya keluarga dan kawan-kawanku memberikan kejutan dan menyambut kepulanganku setelah satu minggu menghinap di hospital.
“Astagaa! Tekejut sia! Apa-apapon thanks semua,sebab suprise fina. Fina rasa mau rehat dulu. Yang lain, sambungla kenduri kamu. Hahahaha!”aku pon terus menuju ke bilik untuk berehat.
“Fina, kalau mau makan panggil mama saja arh.”
“okey, mama.Fina mahu tidur dulu.”
Kejadian itu masih menghantui fikiranku. Aku sedih dengan apa yang ku hadapi ini. Aku rindu bryan dan sangat rindukan dia.Aku ingin berjumpa dengannya kalau ada kesempatan.. Tapi mustahil kerna aku sangat malu untuk bertemu dengannya lagi . Walaupon bukan kesalahanku atas kejadian di pantai itu.
“Fina.. Mama ada sesuatu nak bagi fina ni..”Mama memberiku sepucuk surat.Aku pon membaca surat yang diberikan.
“Apa?! Fina dapat sambung belajar dekat universiti?Happynya fina!Akhirnya.‘’
“Tapi sebelum fina sambung belajar , fina kena berhenti kerja dekat pizza tu.”
“Apa? Nanti fina fikir la ma.”
“Okeyla. Kalau macam tu, mama keluar dulu la.”

Aku buntu memikirkan tentang surat tawaran belajar yang aku dapat.Kalau aku menerima, aku akan berpisah dengan bryan dan jauh darinya. Tapi dia nak berhenti kerja. Mungkin aku patut menerima tawaran ini.
Selepas seminggu aku befikir tentang surat tawaran pembelajaran itu,Aku mengambil keputusan untuk menerimanya. Aku tahu ini yang terbaik untuk aku.Sehari sebelum aku pergi untuk sambung pembelajaranku, aku mencuba menelefon bryan dengan menggunakan nombor ibuku.
“Nombor yang anda dail, tidak dapat menjawap panggilan ini. Sila tinggalkan pesanan selepas ini.‘’
“Hello,Bryan.Ini sia fina. Ko apa khabar ? Ko sihat?Hari ni, hari terakhir saya di labuan. Sia mau sambung belajar sudah dekat kuala lumpur.Sia cuma mau minta maaf atas semua kesilapan sia.Saya pernah kasi malu ko kan. Saya minta maaf sebab inda buli jadi yang terbaik untuk ko.sia minta maaf sebab kasi rosak hubungan ko sama freci.Harap ko maafkan sia , bryan. Sia mau kasitau ko yang sebenarnya sa sangat sayangkan ko, sampai bila-bila sia akan setia sama ko.Hanya ko dalam hati saya.Percayala, kalau jodoh kita pasti jumpa lagi.Okeyla, flight saya jam 5 petang esok berlepas. Kalau sempat, sia mau jumpa ko untuk kali terakhir. Sia rindu ko bryan..”Aku pon mematikan panggilan telefon.

‘“Aishhh.Rosak bah pulak telefon saya ni.. Inda dapat on lagi dari kemarin.”ujar bryan.
“Oii, liya.. Sia mau tanya bah. Fina bila masuk keja?”
“Astaga..Ko langsung inda contact sama dia kah? Dia kan berhenti sudah.Hari ni flight dia nanti jam 5 petang.”
“Apa?! Kenapa ko tidak kasitau sia? Macam mana mau contact dia.. Kalau hp sia rosak. Jam berapa sudah ni??”
“jam 4:25pm”Bryan pon bergegas menuju ke lapangan terbang untuk berjumpa fina.Dia sudah meminta izin dengan kak ros.
“Bryan! Ko mau pegi mana ni?!”ujar freci sambil menahan bryan.
“Please, freci.”Bryan terus menolak freci ketepi dan Dia pergi meninggalkan freci dan bergegas untuk berjumpa fina.
“Fina.. Jom.. Mau masuk sudah ni.”
“Kejap, mama.Fina mau tinguk ni labuan puas-puas supaya nanti inda rindu labuan sama mama.”Aku menunggu bryan akan datang berjumpaku. Tetapi kelibatnya tidak kelihatan langsung. Aku sedih lalu bersedia untuk masuk ke kapal terbang. Aku memeluk mama dan menciumnya.
“Mama..Fina janji , habis belajar jak fina terus balik. Mama jangan risaukan fina. Fina akan berdikari dan jaga diri fina disana.”
“Hati-hati disana sayang.Jaga diri, dan jaga makan. Mama mau anak mama ni balik nanti sudah kurus. Boleh?”
“Hahaha.. Boleh bah mama. Kalau itu kemahuan mama.I love you mama.. Byee.Fina pergi dulu.”Mama melambai ku . Aku pon meneruskan perjalanan dan menoleh kebelakang mengharap bryan akan tiba. Tetapi itu hanya mimpiku.

“Fina!Fina!Fina!”teriak bryan sambil mencari fina, bryan menemui ibunya.
“Untie,Fina mana?”dengan nafas yang tercungap-cungap dibuatnya.
“Ooo, bryan.Kwan fina ba kan.Fina berlepas sudah.”
“Apa?”bryan tidak sempat berjumpa dengan fina buat kali yang terakhir..
“Maafkan aku fina.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience