Completed
395
Tiba-tiba Cikgu Wina dan Ustaz Rosli masuk ke dalam bilik tersebut.
Awini segera meminta diri. Dia cepat-cepat keluar dari dorm itu. Ustaz
Rosli menjeling ke arah Awini.
Selepas Awini berlalu, Julia dan rakan-rakan datang sambil memimpin
Erina. Tubuh Erina kelihatan seperti lembik semacam sahaja.
" Letakkan Erina di atas katil!" arah Ustaz Rosli.
" Katil mana Ustaz?" tanya Julia.
" Ish, mana-mana pun tak apa. Nak hantar di balik ke dormnya pun susah,
lemah sangat badan dia ni," ujar Ustaz Rosli.
" Lepaskan aku..." suara garau kedengaran. Rupa-rupanya suara itu datang
daripada Erina. Kepalanya ditundukkan. Julia dan rakan-rakan yang
memapah Erina terus melepaskan tubuh Erina menyebabkan Erina jatuh terduduk.
Kepala Erina tiba-tiba mendongak dan memandang Ustaz Rosli. Matanya
kemerahan. Dia tersenyum sinis. Liyana telan liur. 'Kenapa dia ni?'
" Engkau !" Erina menempik. Sambil jari telunjuknya lurus menghala ke
arah Ustaz Rosli.
"Keluar dari sinilah bodoh! Aku benci tengok muka kaulah," sambung Erina.
Liyana dan rakan-rakan barunya merapatkan diri dengan Cikgu Wina. Mereka
saling berpelukan. Keadaan begitu tegang! Erina dirasuk!
" Kau yang keluar dari sini atau aku yang akan tolong kau keluar dari
sini?!" kata Ustaz Rosli.
" Aku tak takutlah dengan kau!" tempik Erina lagi.
" Aku pun tak takut dengan kau, aku hanya takut dengan Allah.
Allahuakhbar," lantang suara Ustaz Rosli.
Erina menggelupur mendengar kalimah Allah, tetapi Erina ketawa selepas
itu. Menggilai. Meremang bulu roma mendengarnya.
" Awin, tolong akak boleh?" Cikgu Wina bersuara lembut. Dia
perlahan-lahan mendekati Erina.
" Akak..." suara Erina berubah lembut. Liyana pelik. Bukankah Awini tu
Awin? Kenapa bertukar menjadi Erina pula? Jangan-jangan...
" Keluar daripada tubuh Erina ya sayang?" sambung Cikgu Wina. Air mata
mula mengalir di pipinya.
"Tak mahu...Tadi, dia kata kat Awin macam-macam akak. Dia kata Awin mati
sebab bunuh diri. Dia kata, Awin bunuh diri sebab mengandung anak Abang
Asyraf. Dia tipu! Awin nak dia mati bolehkan akak?" tanya Erina sambil
tersedu-sedan.
" Awin, jangan buat macam ni. Awin beritahu perkara sebenar pada kami
ya. Lepas ini, kakak jamin tiada seorangpun yang akan buat cerita pasal
Awin lagi," pujuk Cikgu Wina.
" Akak, Abang Asyraf baik sangat dengan Awin. Kami cuma berbual, tak
pernah pun kami melakukan perkara terkutuk. Kakak Amelia sangka adik
bercinta dengan Abang Asyraf. Suatu hari, dia nampak adik sedang
menuruni tangga di Dorm Kasturi. Dia tolak adik. Adik mati. Tapi semua
orang ingat adik mati sebab bunuh diri! Roh adik tak aman!" tempik
Erina. Dia bangun dan meluru ke arah Cikgu Wina. Dia memeluk Cikgu Wina
sehingga Cikgu Wina sukar bernafas.
" Allahuakhbar!" serentak itu pelukan Erina dan Cikgu Wina terlerai.
Erina terjatuh.
" Kamu semua ! Pegang dia!" arah Ustaz Rosli kepada Liyana dan
rakan-rakan. Terkocoh-kocoh mereka mengikuti arahan Ustaz Rosli.
" Lepaskan aku! Lepaskan aku!" tempik Erina. Gerak tubuhnya terhalang
oleh pegangan rakan-rakannya.
Mulut Ustaz Rosli terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Pergerakan Erina semakin lemah.
"Allahuakhbar!" jerit Ustaz Rosli. Pergerakan Erina terhenti. Dia
pengsan lagi. Liyana dan Sophia menggangkatnya ke katil.
" Malam ni, kita semua akan bacakan Yassin untuk arwah adik Cikgu Wina,
iaitu Awini," kata Ustaz Rosli.
" Satu lagi, jaga-jaga dengan kata-kata kamu. 'Mereka' ada disekeliling
kita," pesan Cikgu Rosli.
Liyana terkaku. Rupa-rupanya Awini yang menegurnya tadi bukannya manusia
tapi...tapi...
Cikgu Wina mengesat air matanya. Dia bersyukur kerana roh adiknya kini
sudah aman.
" Wina, itu bukannya roh adik kamu...Itu cuma syaitan yang cuba
memperdayakan kita," ujar Ustaz Rosli sebelum keluar dari bilik
tersebut. Cikgu Wina berjalan seiringan dengan Ustaz Rosli.
" Lie, kenapa kau pucat ni?" tanya Farah.
" Sebelum korang masuk, Awini datang. Dia cantik sangat. Tangan dia
sejuk. Dia beritahu aku, korang cuma ingin membuli aku dengan mengatakan
katil ini berpenunggu," cerita Liyana. Terus terang.
Julia tersentak lalu memohon maaf daripada Liyana. Mereka berjanji untuk
berubah menjadi baik bersama-sama.
Awini terapung-rapung di tepi tingkap. Dia mengilai sebelum menghilang
perlahan-lahan.
Share this novel