BAB 3

Mystery Completed 395

" Aku masuk sekolah ni sebab mama aku yang paksa aku. Kalau tak aku tak
nak,lagipun salah aku juga! Aku nakal sangat kat sekolah dulu," terang
Liyana.

" Samalah kita... Oh lupa pula nak kenalkan diri. Memandang kau budak
baru kat sini, kau kena tahulah sapa ketua kat bilik ni," kata gadis
yang memakai baju kurung berwarna merah jambu itu.

" Aku Julia, ketua dalam bilik ni. Yang ni Amina, yang kat hujung tu
Sophia, yang gemuk tu Farah," sambung Julia.

" Selamat berkenalan," kata Liyana.

" Semua katil kat sini dah penuh, kecuali yang hujung tu..." kata Julia.

" Eh, katil akukan masih kosong di atas! " sampuk Farah.

" Kau diamlah," jerit Julia.

" Katil tu kosong. Tapi aku nasihatkan kau jangan tidur kat bawah, tidur
kat atas. Kat bawah tu ada 'penunggu'," kata Julia sambil tersenyum.
Meremang bulu roma Liyana mendengarnya.

Liyana perlahan-lahan menuju ke katil yang 'dikhaskan' untuknya. Laci
yang diletakkan di tepi katil dibuka sedikit untuk melihat isi di
dalamnya. Kosong. Jadi memang benarlah, katil ini kosong.

" Ju, bila masa katil tu berpenunggu?" tanya Sophia, kawan baiknya.

" Bila aku kata kau bodoh, kau marah! Aku nak kenakan dia saja," kata
Julia. Tanpa disedari mereka, Awin yang melayang-layang di tepi tingkap
sedang mendengar kata-kata mereka. Awin tersenyum. Sinis.

" Weh! Erina pengsan kat bilik air!" Anisa berkata. Cikgu Wina sudah ke
bilik air tersebut. Berita ini harus dikhabarkan kepada mereka juga.

Sophia, Julia, Farah dan Amina bergegas ke bilik air yang dikatakan oleh
Anisa. Kini Liyana bersendirian. Baju-bajunya dikemaskan dan dimasukkan
ke dalam laci di tepi katil.

Tiba-tiba, dia terdengar pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Seingatnya,
pintu itu tidak ditutup. Bagaimana pula pintu itu dibuka? Liyana kaku.
Dia langsung tidak berani menoleh.

" Hai!" kata seseorang. Liyana berpaling. Gadis tadi! Gadis yang
menunjukkan pejabat. Tapi kini mukanya tidak sepucat tadi. Cantik!

" Hai..." sapa Liyana kembali.

" Awak budak baru tadi kan? Saya Awini, panggil saya Awin sudah!" kata
Awin sambil menghulurkan tangannya.

"Saya, Liyana. Panggil Lie sudahlah," kata Liyana. Kenapa formal sangat
bahasa minah ni? Orang bebudi kita berbahasalah kan...Liyana menyambut
huluran tangan Awini. Sejuk.

" Ini katil saya, awak tak kisah berkongsi katil dengan saya?" kata
Awin. Dahi Liyana berkerut.

" Mereka kata katil ini kosong dan...berpenunggu," bisik Liyana.

" Mereka cuma mahu mengenakan kamu! Mana ada penunggu di sini!" Awin
tersenyum.

" Sampai hati mereka buat saya macam ni. Tapi kenapa laci ini kosong?"
tanya Liyana. Banyak pula soalnya.

" Saya masukkan barang-barang saya ke dalam loker. Lagipun, barang saya
sikit sahaja," jelas Awini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience