Rate

BAB 1

Mystery & Detective Completed 393

"Ma...berapa kali Liyana kata, Liyana tak naklah masuk asrama! Liyana
janji ma...Lepas ni, Liyana akan belajar rajin-rajin," ujarku sambil
memegang erat tangan ibu. Beg aku yang besar-besar dibiarkan di tepi.

Kami berdua berada betul-betul di hadapan salah sebuah sekolah asrama.
Sebenarnya sekolah itu bukanlah sekolah untuk pelajar-pelajar yang
pandai tapi lebih kepada pelajar-pelajar nakal.

"Sudahlah Liyana, mama dah penat dengar janji-janji palsu Liyana... Kita
dah pernah bincang perkara ni sebelum ni. Jadi mama sudah tetap dengan
keputusan mama!" Puan Laili berkata sambil matanya meliar mencari
pengawal keselamatan sekolah. Tiada seorang pun! Tambahan, suasana yang
cukup sunyi seperti tiada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki di ke
sekolah tersebut.

"Ma! Liyana rasa sekolah ni semacam saja. Seram Liyana tengok. Mama,
tolonglah! Liyana mahu pulang," Liyana tidak putus asa memujuk ibunya.

Tiba-tiba Liyana dan Puan Laili terlihat seorang remaja perempuan sedang
berjalan di hadapan bangunan sekolah itu. Puan Laili segera memanggil
gadis tersebut. Gadis itu berjalan ke arah mereka. Tetapi, yang
menghairankan mereka berdua, gadis itu langsung tidak mendongakkan
kepalanya ketika berjalan. Asyik menunduk sahaja. Bulu roma mereka
meremang ketika gadis itu sangat hampir dengan mereka. Ish, tak
mungkinlah siang-siang macam ini ada hantu!

"Adik, mak cik nak tanya sikit. Pejabat sekolah kat mana?" tanya Puan
Laili memberanikan diri. Wajah gadis itu pucat sedikit, rambutnya yang
paras bahu itu lurus elok.

Gadis itu mengangkat tangannya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke
arah sebuah bangunan yang kedua dari hadapan. Selepas itu, gadis itu
segera berlalu.

" Ma, kenapa pelik sangat perempuan tu ma? Ma, tak kan mama nak biarkan
anak mama satu-satunya ni tinggal kat sini?" Liyana hampir hendak menangis.

Puan Laili mula berasa kasihan namun memikirkan kesalahan yang anaknya
lakukan di sekolah yang dulu, dia akhirnya tekad.

" Jom!" kata Puan Laili.

" Ma!" panggil Liyana. Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Kerana dia tahu,
pujuklah macam mana pun pasti tidak akan berjaya mengambil hati mamanya!

Pintu pejabat diketuk perlahan. Pintu akhirnya dikuak daripada dalam.
Kelihatan dua orang cikgu perempuan dan seorang cikgu lelaki berada di
dalam bilik tersebut.

"Assalamualaikum," ucap Puan Laili sebelum melangkah masuk
perlahan-lahan. Ketiga-tiga cikgu tersebut menjawab salam Puan Laili
serentak. Mereka tersenyum. Liyana yang berada di belakang Puan Laili
hanya menunduk. Malas hendak memandang sekeliling!

" Ada apa ya puan ?" tanya cikgu lelaki yang memakai tag nama Rosli itu.

" Saya nak daftarkan anak perempuan saya di sekolah ini..." jelas Puan
Laili.

" Oh boleh-boleh..Mula-mula sekali puan..." kata Rosli terhenti.

" Puan Laili." kata Puan Laili. Faham dengan isyarat guru lelaki
berkemeja biru dan berkopiah putih itu.

"Baiklah, Puan Laili perlu isi borang ni dahulu. Sementara itu, Cikgu
Wina akan bawa anak Puan ke asramanya," sambung Cikgu Rosli kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience