Completed
395
Liyana hanya membantu. Matanya memandang tepat ke mata ibunya. Meminta
simpati. Namun ibunya mengalihkan pandangan dan menghulurkan tangan
untuk bersalam. Liyana menyambut tangan itu lemah.
Akhirnya dia terpaksa mengikut jua Cikgu Wina. Cikgu Wina yang memakai
baju kurung bertanahkan warna kuning dan berbunga hijau itu kelihatan
risau. Hai, budak baru masuk pun risau ke?
Sepanjang perjalananya menuju ke asrama,Liyana sempat memerhati kawasan
sekeliling. Keadaan sekolah itu suram sahaja. Keadaannya seperti tidak
berpenghuni.
Sesampainya mereka di dorm Kemboja, Liyana lihat ramai pelajar perempuan
yang hampir sebaya dengannya. Mereka memandang ke arah Liyana dan Cikgu
Wina. Ada yang sesetengahnya tersenyum sinis.
" Assalamualaikum semua. Hari ini ada seorang pelajar baru yang akan
bersama kamu. Sila perkenalkan diri," suruh Cikgu Wina.
" Aku Liyana, panggil Lie pun tak apa. Aku tak kisah," kata Liyana
memperkenalkan diri.
" Weh, apa kes yang buat kau boleh masuk sekolah ni ?" tanya salah
seorang daripada mereka. Baju kurung merah hati yang dipakai
membuatkannya tampak ayu. Namun mulutnya yang tidak henti-henti
mengunyah gula-gula getah mencacatkan sedikit penampilannya.
" Baiklah, kamu berkenalan dahulu sesama kamu ya. Cikgu nak ke bilik
guru. Tepat jam 12 tengah hari cikgu mahu semua ke dewan makan. Jangan
lambat seminit pun. Kalau lambat cikgu denda!" kata Cikgu Wina sebelum
keluar dari bilik itu.
Cikgu Wina segera berhenti apabila terlihat kelibat seorang gadis. Dia
melayang-layang dihadapan Cikgu Wina. Muka gadis itu tertutup dengan
rambut yang panjang mengurai.
" Jangan kacau Liyana. Dia masih baru di sini, jangan sampai terjumpa
dengan Ustaz Rosli ya! Nanti Awin dihalaunya," kata Cikgu Wina kepada
gadis itu. Gadis itu tersenyum. Tangannya yang berdarah itu membelai
wajah Cikgu Wina lembut. Air mata Cikgu Wina mula bertakung.
" Cikgu Wina!" panggil Anisa. Salah seorang pelajar. Anisa
tercunggap-cunggap. Gadis tadi hilang.
" Erina..Cikgu...Erina..pengsan!" kata Anisa.
" Apa?!" Cepat-cepat dia mengatur langkah mengikut langkah Anisa. Kata
Anisa, Erina pengsan ketika sedang membasuh pakaian di bilik air.
Share this novel