BAB 1

Action Series 8733

"IYE, sayang.   Abang tahu.   Tak, abang tak lupa pasal pergi beli barang kahwin tu.   Abang sentiasa ingat..." pujuk Harraz kepada tunangnya itu. 

"Ara bukan apa.  Abang tu, busy sangat!  Pastu, lupa itu ini.  Itu yang nak kena ingatkan selalu tu." Harraz hanya ketawa sebentar tanpa mengeluarkan suaranya.   Comel betul tunangnya itu.  Tambah-tambahan lagi kalau membebel. "Satu lagi, dalam busy tu, jangan lupa orang dekat sini pulak!  Dah la dalam balai tu, ramai awek-awek cantik.   Abang tu, lelaki. Tahulah Ara lelaki ni macam mana.  Nampak perempuak cantik je, terus rambang mata macam tak pernah nampak perempuan cantik!" Harraz terkedu.  Dia memandang sekeliling.  Memang ramai gadis cantik di dalam balai ini tapi dia tidak tercuit sikit pon. Not my taste! 

"Iyelah sayang.  Senang cerita, nanti abang letak diorang yang cuba ngorat abang ni, dalam bilik penuh dengan orang jahat.  Baru padan muka diorang," dia dapat dengar suara ketawa halus daripada tunangnya. Comel bila dengarnya!  Tak sabarnya nak balik minggu depan! 

"Ish, tak payah la buat macam tu.  Kesian diorang," Harraz hanya menggeleng.  

"La, tadi cemburu sangat.  Abang nak buat macam tu, tak bagi pulak," Harraz mengetuk pen di atas meja sebagai tanda bosan.  Kerja dah siap.  Misi pun tunggu arahan je. 

"Tak apalah.  Ara percaya tunang Ara ni.  Eh, abang.  Ara pergi dulu eh.  Mak panggil masak.  Bye, assalamualaikum," selepas Harraz menjawab salamnya, dia terus letakkan telefon. 

Harraz hanya tersenyum.   Tiba-tiba,  "Inspektor, Tuan Arsyad panggil, mesyuarat," kata pegawai wanita itu kepada Harraz.  Harraz terus mengangguk dan mengucapkan terima kasih. 

"SEPERTI yang kita semua tahu, Kumpulan Diamond, ketua kumpulan mereka, Ah Chai, masih lagi berkuat kuasa dalam proses penghantaran dadah ke luar negara walaupun saya dan beberapa orang pegawai telah menyamar dalam kumpulan itu.   Saya cadangkan agar kumpulan itu perlu dibanteras pada malam ini," dengan gaya seorang inspektor tertinggi dalam balai itu, Harraz menerangkan dengan penuh teliti tentang kegiatan yang amat berleluasa baru-baru ini. 

Harraz terus fokuskan pada skrin besar di hadapannya.   "Mengikut maklumat yang baru saja saya peroleh, pada malam ini, tepat pada pukul 12 tengah malam, mereka semua akan tunggu ketibaan  sebuah bot yang mengandungi dadah yang dilarang dari India.  Saya dapat rasakan, malam ini, adalah malam paling sesuai untuk kita hentikan mereka." terang Harraz dengan lebih terperinci kepada semua anggota polis di dalam bilik mesyuarat itu. 

"I think, kita perlu sediakan beberapa perangkap supaya lebih menyenangkan tugas kita.  Ada apa-apa cadangan tentang itu, Inspektor Harraz?" tanya Tuan Arsyad kepada Harraz.

"Tentang itu, tuan jangan risau.  Saya dan beberapa orang anggota telah selesaikannya.  Apa yang kita perlu buat malam ini adalah, serang je." terang Harraz. 

"Baik, terima kasih Inspektor Harraz.  Anda boleh duduk sekarang," Harraz mengucapkan terima kasih dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.  "Baik, adakah tuan-tuan ada soalan tentang hal ini?  Jikalau tiada, saya tamatkan mesyuarat kali ini.  Pastikan anda semua bersiap sedia untuk misi pada malam ini," kata Tuan Arsyad. 

Sebaik saja Tuan Arsyad berkata begitu, semua anggota polis terus bergerak keluar.   Harraz juga begitu.   Sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik itu, terdapat suara tua memanggil dirinya.

"Inspektor Harraz, masuk bilik saya sekejap," Harraz hanya mengangguk dan mula tabik hormat.

"SAYA ada tugas baru untuk kamu selepas kamu selesaikan misi malam ini." kata Tuan Arsyad kepada Harraz selepad jejaka itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di depannya. 

"Kali ni, apa kerja saya, tuan?" Harraz Naufal memandang ketua atasannya itu sambil menunggu jawapan daripada Tuan Arsyad.

"Kali ini, kau akan ditugaskan dalam tugasan yang amat merbahaya.  Kerja kali ni, make sure kau jangan kantoi.  Sekali kantoi, zap!" Tuan Arsyad menunjukkan isyarat kepada Harraz putus. "Mati," Harraz terkedu.

"Macam serius je, tuan.  Kerja apa kali ni?" Tuan Arsyad memandang wajah tampan Harraz.  Seram pulak Harraz rasa bila Tuan Arsyad berkata begitu.  Eh! Harraz kau tak boleh takut!  Kau tu polis!  Jangan biar rasa takut menyelebungi hati kau!  Getus hati Harraz.

"Kau ditugaskan untuk menyamar menjadi salah seorang anak buah Dawson's," Harraz terkedu.

"Tuan, itukan, kumpulan yang banyak tolong kita.  Kenapa nak kena hantar menyamar?" Tuan Arsyad menunjukkan laporan.

"Orang atasan kita mendapati bahawa, terdapat pengkhiantan telah berlaku.  Kes ni, perlu diselesaikan dengan segera.  Kalau tidak, buruk padahnya.  Tugas kau, boleh dimulakan pada minggu hadapan.  Ingat, kau tidak dibenarkan kembali ke office sampai tugas ni selesai. Kalau nak bagi apa-apa bukti, kami akan hantar orang untuk kau.  Dia akan ambik barang tu senyap senyap dari kau di tempat tersembunyi.  Kumpulan ni dah mula mengganas," fail laporan itu diserahkan kepada Harraz.

"Erm.. Tuan.  Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Harraz untuk meminta izin untuk bertanya. 

"Boleh.  Silakan," kata Tuan Arsyad sambil tersenyum. 

"Macam mana orang atasan tahu?  Maksud saya, seperti yang kita tahu, kumpulan tu, antara kumpulan yang amat kuat.  Semestinya, nak bongkar rahsia daripada mulut diorang pun cukup punya susah." tanya Harraz kepada Tuan Arsyad bersama perasaan curiga.

"Ada orang bagitau kami info tentang itu.  Siapa sangka, mereka jadi duri dalam daging.   Saya percaya bahawa kamu mampu selesaikan misi ini.  Permohonan cuti kamu, saya akan sahkan lepas misi ni selesai.  Misi kamu kali ini, mungkin makan masa lebih lama. Mungkin 1 tahun atau lebih," Harraz terkedu apabila dia dengar jangkaan masa itu.   "Satu lagi, misi kali ini, kamu akan jalankan berseorangan sebab itulah kali ini lama.  Saya tak boleh harapkan oleh lain selain daripada kamu ataupun untuk membantu kamu.  Saya yakin, kamu mampu jalankan tugas ini seorang diri," kata Tuan Arsyad kepada Harraz dengan suara yang yakin akan Harraz. 

Harraz terus ambil dan terus berlalu pergi selepas tunduk hormat kepada ketuanya.

"HAI, bro.  Asal kusut masam je muka kau lepas jumpa Tuan," Harraz mengurut pelipisnya.  

"Tak ada apa, bro.  Just, plan aku nak balik ke kampung tak jadi la pulak.  Tuan minta aku selesaikan misi kali ni dulu baru boleh balik," Harraz mengeluh.  Hancur rancangannya untuk pulang berjumpa keluarga dan orang tercinta.  

"Misi apa pulak kali ni, Harraz?  Kenapa kitorang tak dapat berita pun?  Kan selalunya, kami selalu ikut kau!" kata Syed Al Arif kepada Harraz berbaur tidak puas hati. 

"Tak boleh, wey.  Kali ni, misi ni, sulit.  Kali ni, memang tak boleh ada orang lain.  Aku sorang je boleh." Syed Al Arif hanya mengangguk. 

"Tak apa wey, aku faham. Tapi, misi apa ni sampai kitorang tak boleh ikut," Harraz hanya memandang Syed Al Arif.

"Misi hidup mati,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience