BAB 2

Action Series 8735

"READY, semua?" tanya Harraz kepada semua anggotanya yang bakal menjalankan misi mereka itu. 

"Sedia, tuan!" kata mereka semua dengan serentak.  Harraz hanya tersenyum. 

"Ingat.  Alert dengan arahan.   Dengar arahan saya.   Jangan lakukan perkara yang melanggar perintah.  Kamu semua tahu apa yang akan terjadi kalau kamu semua langgar perintah?" tanya Harraz dengan tegas menggunakan walkie talkie. 

"Tahu, tuan!" kata mereka lagi dengan serentak menggunakan walkie talkie.  Harraz menutup telinganya.  Ya Allah!  Tak payah la jerit! 

"Ya tuhan korang ni!  Kita bukannya berkawad! Pekak telinga aku lama-lama!" marah Harraz kepada mereka. 

Sepi. 

Harraz terus fokus kepada pelabuhan yang tidak jauh daripada tempat memarkir kereta mereka.   Dia mengetuk stereng kereta menggunakan jari jemari runcingnya.   Dia memasang hands-free pada telinganya selepas menekan butang on di dalam telefonnya. 

Mujurlah, semasa dia menyamar di dalam kumpulan mereka itu, ketua mereka ada  bawa dia untuk memeriksa tempat.   Harraz sempat memasang recording di bawah pelabuhan itu dan di sambungkan pada handsfree miliknya.  

Harraz dapat dengar suara 'ketuanya' dan beberapa orang lagi orang upahannya dengan jelas. 

"Mana si Tiger ha?   Selalunya waktu ini dia sudah sampai wo!" kata ketua kumpulan itu dengan kasar. 

"Mungkin dia ada kerja kut, bos!" kata salah seorang lelaki. 

"Itu hari, wa sudah kasitau!  Dia tu, bukan boleh percaya ma!  Kerja tak ikut masa wo!"

Harraz mempersiapkan dirinya.  Dia mencapai tatu sticker di dalam dashboard lalu di lekatkan pada lengan dan pipinya.  Subang telinga dan hidung palsu itu sempat dipakai.  Subang lidah dan kening juga dipakai.  Rantai perak jugak dipakai pada lehernya.  Dia hanya memakai subang-subang itu semasa misi penyamaran saja. 

Nak pakai semasa tidak bekerja?  Rasanya awal-awal lagi, ibunya sudah menghalaunya keluar dari rumah.   Tunangnya pasti akan mengamuk.   Tak sanggup lah dia nak hadapi amukan dua orang wanita tercintanya itu.   Tak silap hari bulan, boleh kena pancung!

Harraz memberi isyarat kepada mereka agar tunggu di dalam kereta sehingga mendapat isyarat daripadanya. 

"BOS!  Ampun bos!  Wa lambat!   Itu jalan ah, manyak jem ooo!" kata Harraz kepada mereka sambil berlari.   Harraz berdiri di hadapan ketuanya yang berperut boroi itu.   Harraz terpandang perut boroi ketuanya itu. 

Perut dia ni, kalau aku cucuk lemak tu, agak-agak berapa banyak usus keluar eh?   Konfirm banyak! 

"Itu wa sudah cakap sama lu!  Wa mau hantar personal driver, lu jual mahal!" kata Ketuanya yang bernama Ah Chai itu.   Harraz hanya senyum sinis.   "Ni!  Mana itu kunci barang?  Barang sudah mau sampai," tanya Ah Chai sambil menghulurkan tangannya di depan Harraz. 

"Wa... bukan tak mau kasi wo... tapi..," kata Harraz sambil memasukkan tangannya ke dalam poket belakang bagi mencapai pistol.

Harraz dengan laju mengeluarkan pistol 'L' itu lalu diacukan tepat pada kepala Ah Chai.   Serta merta, Ah Chai terkedu.

"TIGER!  Apa lu mau buat hah?" tanya Ah Chai.  Semua anak buahnya yang lain mengacukan pelbagai alat senjata tepat pada Harraz.   Pedang, pistol, riffle, senapang dan macam-macam senjata berada dalam jarak 5 meter daripada kepala Harraz.  Namun, hal itu langsung tidak menakutkan Harraz malah lelaki itu hanya senyum. 

Harraz memandang di sekelilingnya.  Dia hanya senyum sinis.   Dia memandang Ah Chai semula.   Kelihatan, lelaki itu amat terkedu apabila orang yang dia percaya, sanggup mengkhianatinya. 

"Dasar jantan pengkhianat!  Berani kau!" kata salah seorang anak buah yang bertubuh sasa mengacukan pistol pada kepala Harraz. 

Harraz hanya tersenyum.  Pistol yang diacukan pada Ah Chai masih lagi berada di tempat yang sama.   Harraz perlahan membuka sticker tatu yang berada di lengan dan pipinya.  Subang lidah, telinga dan kening, turut dilemparkan ke tanah.  Celak yang senang di buka, serta merta di lap dengan tangan.   

Ah Chai terkedu apabila memandang wajah Harraz.  "Ada apa Ah Chai?  Takkan boleh lupa muka orang yang masukkan anak kau dalam lokap?  And, pemilik muka yang sama ni jugak, akan masuk... ARGH!" Harraz mengaduh kesakitan apabila sesuatu yang tajam menusuk ke dalam kulit lehernya.

Pistol yang berada di tangan Harraz terus jatuh ke tanah.  Harraz sempat menoleh ke arah semua kereta pasukannya yang sedang bersembunyi di dalam pelosok hutan.   Semua kereta itu, sudah masuk ke dalam sungai pelabuhan.   Semua orangnya sudah jatuh ke tanah.   Lemah. 

Harraz mencabut sesuatu yang tersusuk pada lehernya.  Dia memandang benda itu.  "Ubat pelali..." kata Harraz dengan lemah.   Sebelum matanya tertutup, dia dapat lihat Ah Chai yang tersenyum kemenangan.   Perlahan-lahan, akhirnya, Harraz pengsan ke tanah. 

5 jam yang lalu....

"AS you know, my dear grandchilds, kumpulan Ah Chai sedang menunggu barang haram dia tiba di pelabuhan.  Kalau kamu semua still tak faham apa yang datuk terangkan semenjak 3 jam lepas, memang datuk hanya mampu katakan kamu semua ni memang kepala otak  bangang,"  kata Mark kepada cucu-cucunya. Tetapi, mereka semua langsung tidak endahkan datuk mereka yang sudah tua dan berjalan menggunakan tongkat itu.   Semenjak tadi, Mark hanya mendepani papan putih yang dia lakar tentang kumpulan Ah Chai.

Meskipun memakai tongkat tetapi dia mampu berlawan.  Tapi itulah, apabila dia mengeluarkan teknik terhebatnya, hanya satu ayat saja dia mampu cakap...

AUCH!  MY BACK!  I'M ABOUT TO DIE!

Dasar orang tua tak sedar diri....

Zach, sedang selamba bermain telefon.   Daripada awal perjumpaan mereka bermula, dia langsung tidak fokus dengan apa yang datuknya berusia 70 tahun itu.  Mujurlahlah dia memakai earphone kalau tidak, kemungkinan besar, datuknya bakal mengetuk kepalanya menggunakan tongkat kayu itu.   Hampir beberapa kali dia menjerit 'Chicken Dinner', dia sempat menutup mulutnya supaya datuknya tidak dengar.

Harvard semenjak tadi asyik melayan tiktok.  Setiap 30 minit, pasti dia akan merakam videonya sendiri.   Nasib baiklah dapat like beribu.    Mujur peminat tidak kenal si Harvard sebagai mafia.   Kalau diorang kenal, rasanya, dah kena unfollow dah.  

Peter, hanya berbual dengan teman wanitanya yang ke-14 menggunakan telefon bimbitnya.  Semenjak tadi, Peter hanya melayan teman wanitanya menggunakan ayat-ayat manis yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis.  

Manakala, Christina, hanya membaca novel cinta melayu.  Semenjak gadis itu fasih berbahasa melayu, novel english sudah dia letak tepi. 

Mark berasa bingung apabila cucu-cucunya itu langsung tidak berbunyi suara.   Selalunya, dia akan dengar suara mereka yang akan bertanya tentang misi mereka ini.  Serta merta, Mark terus menoleh ke belakang.  Hampir saja Mark mengamuk apabila cucu-cucunya langsung tidak endahkan dia.  Mark menarik nafas dalam-dalam. 

Patient... you might kill your own grandchilds...

Perlahan-lahan dia melangkah kaki ke arah semua cucunya itu.  Sebaik saja dia berada di belakang mereka, dia mengangkat tinggi tongkat kayunya dan....

BUK!

BUK! 

BUK!

BUK! 

"ADOI!!!" mereka terus menjerit kesakitan apabila kepala mereka diketuk dengan kuat. 

Christina membuka topinya dan mengusap kepalanya yang diketuk.  Abang-abangnya yang lain hanya membuka hood hoodies dan mengusap kepala mereka.  Sekali datuk ketuk kepala, memang boleh lebam setahun. 

"Sakitlah, grandpa!  Kenapa ketuk kitorang?" bidas Peter kepada datuknya itu. 

"Dasar orang tua tak sedar diri... adui!" sekali lagi, satu ketukan hingap di kepala Harvard. 

"Ha, baru kamu tahu sakit!  Kamu tahu tak betapa penatnya grandpa bercakap sensorang dekat depan?  Kamu tahu tak betapa sakitnya belakang grandpa ni berdiri lama-lama? Grandpa ingatkan, korang faham, sebab tulah tak tanya.  Rupa-rupanya.. wah!  Bagus kamu semua ya!  Kamu semua tahu tak yang kita ada misi?!" bebel Mark kepada cucu-cucunya yang tidak kenang budi itu.   Orang dah cakap banyak-banyak, lepas tu, biarkan dia bercakap sorang-sorang.  Terkoyak hati tua ini...

Mereka berempat hanya diam.   Dah kena marah, takkan nak bidas.  Kena marah sebab benda betul pulak tu! 

Mark kembali tenang.  Dia kembali ke papan putih.  Kini, dia perhatikan cucu-cucunya.   Bukan boleh buat main... Dasar budak-budak curi tulang.  

"Okay, now, back to our mission.  Seperti yang kita tahu, geng Ah Chai akan terima barang-barang haram mereka, di pelabuhan.   Dalam tu, ada senapang, pedang, pistol and banyak lagi." terang Mark kepada 4 orang cucunya itu. 

"So, apa yang grandpa nak kami buat?  Kill them?  And, bring them to the police?" tanya Peter sambil menongkat dagu. 

Mark hanya tersenyum.  "Should we?  Tak perlulah wahai cucu ku.   Buat apa nak bekerjasama dengan orang yang khianati kita?" kata Mark dengan sinis. 

Peter, Harvard dan Zach hanya mampu mengangguk kecuali Christina.  

"So, apa yang grandpa nak kitorang buat?" tanya Christina kepada Mark.  Hampir beberapa lama dia menyepi, akhirnya dia membuka mulut.  Terserlah suaranya yang lunak. 

Christina mempunyai raut wajah yang lemah lembut tapi di dalam dirinya, tiada siapa yang sangka akan sikapnya yang kejam apabila berkaitan hal jenayahnya.   Don't judge book by its cover. 

"I want all of you curi semua barang tu dan bawa ke sini.   If you meet with police over there, jangan bunuh.  Just tembak diorang dengan ubat pelali.  Kalau korang bunuh, berkemungkinan besar, diorang akan hilang kepercayaan dekat kita and our plan will go wrong," terang Mark kepada mereka.  

"Okay, grandpa," kata mereka serentak. 

Tetapi, mereka masih lagi belum beredar.  Masing-masing hanya teruskan bermain telefon.

"Wey, wey.  Ada awek ajak keluar ah?  Nak terima ak?" kata Peter kepada Harvard dan Zach. 

"Cantik tak?   Kalau cantik, kau bagi dekat aku.  Kau tu dah berpuluh dah.  Entah berapa dah anak dara kau tebuk," kata Harvard selepas membidas kembarnya itu.

"Uish, sejak bila kau tebuk anak dara orang ni?  Fuh, amacam?  Sedap tak..," tidak sempat dia menghabiskan pertanyaannya, suara datuk harimau mereka berbunyi terlebih dahulu. 

"HOI, CUCU SETAN!  KORANG TAK RETI NAK BUAT KERJA LAGI KE HAH?!  AKU DAH KASI ARAHANKAN?!" jerkah Mark sehinggakan salah seorang pengawalnya yang berjaga di hadapan pintu mesyuarat itu, terjaga dari tidurnya. 

Serta merta, mereka terus mencapai senjata masing-masing dan beredar dari bilik mesyuarat itu.   Mark terus duduk di atas kerusi.   Dia mengurut tulang hidungnya.   Pening...

Mark memanjangkan tangannya untuk mencapai interkom.   Sebaik saja personal assistantnya menjawab, dia terus bertanya, "Amara, appoinment apa yang I ada hari ni?" tanya Mark selepas menekan butang itu. 

"Ouh, hari ni tuan ada date dengan Datin Caroline.   Dia ajak dating," kata Amara.  

"Okay terima kasih, sweetie.  Sayang you!" kata Mark.

Amara terus menekan butang untuk tutup.  Sebaik saja telinganya menangkap suara tuannya itu, dia menggeletar geli. 

"Eee, dasar orang tua gatal, nak mampus.  Dengan anak dara macam aku pun dia nak mengorat.  Gila punya orang tua.  Rela lagi aku dengan cucu playboy dia tu.  Hensem pon hensem," kata Amara sendirian. 

MARK memandang dirinya didepan cermin besar.  Dia mencapai cermin mata gelapnya.  Dia terus pakaikan pada matanya. 

"Ok.  Hensem dah.   Caroline, hubby is coming!" kata Mark dengan lagak gatalnya. 

Mark berjoget sambil berjalan.  Secara tiba-tiba,

"AUCH!  MY BACK!!!"

* Datuk Mark kita tu, demam sikit eh.  Sila angkat tangan sapa nk ketuk kepala dia.   Author membenarkan anda*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience