BAB 3

Action Series 8733

ZACH, can you hear me?" tanya Peter kepada abangnya melalui handsfree. 

Mereka berempat berpecah kepada 4 kawasan yang berbeza.  Zach, sniper, berada di atas pokok.   Peter, senapang, bersembunyi di dalam semak bahagian utara manakala Harvard pada bahagian selatan.   Christina, pemanah, berada di atas bukit berdekatan dengan pelabuhan.  Mereka lebih suka bekerja berempat dan mereka langsung tidak gemarkan bekerja secara berkumpulan.  Halah, mereka berempat jauh lebih cukup.  

"I can hear you.  I can see them from up here," balas Zach sambil memerhatikan salah seorang pegawai polis.  "Wah, wah.   Sedap betul dia garu bontot dia si mamat polis ni.  Aku tampar bontot papan dia tu baru tahu," kata Zach sambil memerhatikan salah seorang pegawai polis yang sedang menggaru punggung itu.

"Kau dah kenapa pandang kiri kanan?  Kawan kau tak nampak.  Tak seksa mata diorang.  Aku ni yang seksa.  Jebon punya manusia.  Eh, eh. Dia pergi cium tangan dia, yg dia garu bontot dia tu.  Pengotor punya anjing," bidas Zach sendiri. 

"Yang kau pergi usyar bontot dia tu dah kenapa?  Tak cukup lagi ke bontot kau yang tebal macam bantal tu?  Aku tampar bontot tu karang!" bidas Peter.  Naik menyampah perangai dengan Zach itu.   Kalau Zach ada dekat sebelah dia ni, memang dia tampar bontot Zach sampai puas!

Christina hanya menggeleng apabila mendengar kata-kata abangnya itu.  Mulut celupar tidak bertempat.  "Brother Zach, Tina nak fokus pon tak boleh tau sebab brother.  Janganlah gitu.    Karang misi tak berjaya baru brother tahu," kata Christina. 

"Relax, adik.   Macam lah Tina tak kenal perangai abang Tina ni," kata Harvard.  

"Ampun bang jago, adikku," kata Zach.  Sempat dia ketawa sambil memandang lagi seorang perangai pegawai polis.   Nampak lipas pon lari.   Nasib baik tak lari masuk hutan.  Tapi, tawanya terhenti apabila terpandang salah seorang pegawai polis yang keluar dari kereta.  Zach mula bersedia dengan sniper.  "My siblings, get ready.  One of them is already out from the 'cage' ...." kata Zach dengan dingin. 

Mereka kembali kepada aura dingin mereka.   Mereka hanya memerhatikan lelaki tadi.  Malangnya, mereka tidak mampu untuk mengenal pasti paras rupa lelaki tersebut kerana ditutupi dengan tatu yang penuh dan subang yang banyak.

"Tak rimas ke bersubang banyak-banyak tu?" bebel Harvard.  Kali ini, adik beradiknya tidak memberi respons. 

"Christina, handle jantan yang menyamar tu.   Semua abang Tina yang hensem-hensem ni, nak pergi serang manusia," kata Zach. 

"Okay." Christina hanya membalas pendek.

Hensem ke, aku tengok macam dengan muka setan je semua.  Grandpa yang gatal hensem lagi... Getus hati Christina. 

HARVARD mula kekal di posisinya.   Dia mengacukan pistol kesayangannya pada leher salah seorang pegawai polis.   Sebelum dia menembak, dia memastikan dia capai targetnya.   Hampir beberapa minit, dia terus tembak.   Bulls eye.  

"ARGH!" jerit pegawai polis itu sebelum jatuh ke tanah.  

Salah seorang rakannya yang nampak akan kejadian yang berlaku kepada pegawai tadi, mula memberitahu pegawai yang lain tetapi tidak sempat kerana Peter dan Zach sudah menembak mereka semua. 

Syed Al Arif masih lagi menunggu di dalam kereta.   Dia memerhatikan Harraz dari dalam kereta menggunakan cermin mata istimewa di mana ia mampu digunakan di dalam gelap dan mampu melihat benda yang jauh.  

Tiba-tiba, dia dengar suara jeritan.   Dia terus keluar.   Arif amat terkedu apabila semua anggota kumpulannya sudah gugur ke tanah.  Dia mengeluarkan pistol L miliknya.  Dia mula bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan.  

Arif mula memandang ke arah barat apabila dia dengar bunyi semak bergerak.  Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah semak itu.   Sebaik saja tiba di hadapan semak, dia terus menghendap.  Mana tahu ada musuh. 

Kalau ada orang dekat sini pun, takkan dia bodoh sangat nak tunggu dah tahu aku datang.  Bongok, Arif.... Berkemungkinan dia dah pindah.  Tapi, ke mana? 

Arif terus menoleh ke belakang.   Tetapi, pemikirannya sememangnya benar.  Harvard terus jatuhkan Arif ke tanah dengan satu tendangan yang Arif langsung tak jangkakan bakal menyerangkan.  

Seperti yang dikatakan, Arif terus jatuh ke tanah.   Semasa Arif memandang ke langit, dia nampak Peter.   Mereka semua memakai topeng di mana Arif langsung tidak dapat mengenal pasti mereka. 

Peter terus cucukkan ubat pelali tepat pada leher Arif. 

"See you in heaven, man..." kata Peter sebelum Arif menutup matanya rapat. 

"ASAL kau cakap see you in heaven?  Kau cucuk apa dekat dia?" tanya Harvard.

"Ubat pelali lah.  Benda apa lagi?" kata Peter sambil mencapai vape di dalam poket.  Topengnya dibuka sedikit untuk menghisap vape.  Hampir beberapa saat menghisap, dia terus hembuskan pada wajah tampan Harvard.  Serta merta, Harvard terbatuk. 

"Bodoh.  Kau hisap perisa apa ni?  Busuk betul.  Ke mulut kau yang busuk?" bidas Harvard selepas batuk.

"Perisa yang biasa la bangang.  Takkan perisa baru kot.   Selalu aku buat camtu, kau tak kata apa pun. Ke, kau kasi mengandung anak tak berapa dara sunti orang ni?  Tu yang kau mual tiba-tiba ni?  Hah?" kata Peter lagi sebelum menghisap vape. 

Bola mata biru Harvard terbuntang apabila dia dengar adiknya berkata begitu.  "Gila ke apa?  Kau tak puas lagi hidup kat dunia ni?  Silap-silap, masa pompuan tu mengaku dia mengandung, rasanya aku dah tembak dengan grandpa dah." bidas Harvard lagi. 

"Korang datang sini cepat.  Tak payah nak bercakap bohong dekat situ.  Korang tahu tak yang kereta ni berat?" kata Zach melalui handsfree.  Hampir 5 minit dia dengar suara dua orang kembar itu bertekak, dia sudah naik muak.  

Peter dan Harvard memandang antara satu sama lain.   Macam mana mereka boleh lupa ni? 

CHRISTINA memerhatikan lelaki yang sedang menyamar itu.  Kelihatan lelaki itu sudah mula mengeluarkan pistol.   Christina hanya tersenyum. 

"Bro, tugas membunuh ni, bukan kerja kau.  Serahkan dekat aku," gumam Christina sendiri. 

Tiba-tiba, Christina terpandang abang-abangnya yang sedang menolak kereta-kereta polis masuk ke dalam sungai selepas mereka pandu kereta-kereta itu ke tepi sungai.  Christina menjuling matanya ke atas. 

"Apasal aku ada abang yang bodoh sangat?  Kenapa la tak guna pistol?  Look like, I need to do it by myself again," kata Christina. 

Dia terus targetkan lima anak panahnya pada kereta-kereta itu.  Hampir beberapa minit, hanya dengan satu lepasan, dia melepaskan lima anak panah serentak pada tayar kereta polis itu. 

Akhirnya, kereta-kereta itu selamat masuk ke dalam sungai.   Christina hanya menggeleng.

Why did I have such stupid brothers...

Sekali lagi, Christina memerhatikan polis yang menyamar itu.  Dia nampak lelaki itu sudah berbual dengan Ah Chai. 

"Ni sorang lagi.  Tuhan kasi otak tapi tak nak guna.   Nak bual apa lagi?  Tembak jelah terus!" kata Christina sendiri.  

Christina terus ambil ubat pelali lalu acukan tepat pada leher pegawai itu.  Sekali lagi, dia terus targetkan pada leher. 

"Aku plan nak shoot dekat bontot tapi bontot kau cantik.  Aku tak nak korbankan," kata Christina sendiri.  Tiba-tiba, dia berfikir sendiri. 

Eh, sejak aku jadi bodoh macam Zach ni? 

Hampir beberapa minit, dia nampak pegawai polis itu sudah jatuh ke tanah.  Ah Chai kelihatan bersuka ria.   Ah Chai menghantar kenyitan matanya pada Christina.  Christina hanya tersenyum sinis.

"Doesn't he know that he will die soon?  I think, he's not.  Jumpa di neraka," kata Christina sambil menyimpan anak panahnya. 

"AS I expected, The Dawson's.  All of you did such a great job," kata Ah Chai sebaik saja nampak adik beradik itu berjalan ke arah mereka. 

"Well, it's our job... But, we're not done yet..," kata Peter.  Dia nampak bot sudah sampai.  Dia terus tembak semua orang di dalam jeti itu bersama bantuan Christina, Harvard dan Zach. 

Kebanyakan daripada mereka, empat adik beradik itu hanya melibas leher mereka dengan pedang.  Kedalaman libasan pada setiap leher, hanya 0.1 cm.  Tetapi, itu tidak dapat mematikan anak buah Ah Chai.  Di hujung pedang, ada ubat pelali. 

Ah Chai terus terkedu.  Dia mengangkat tangannya ke udara.  "Apa lu orang buat ni hah?!" tanya Ah Chai. 

"Bye, old man.  See you in hell," kata Harvard selepas mengacukan pistol pada Ah Chai.

BAM!   Ah Chai rebah ke tanah apabila satu tembakan mengenai perut boroi Ah Chai.    Setelah itu, empat orang adik beradik itu, memanggil helikopter mereka untuk mengangkat segala barang-barang itu.  

Hampir 20 minit menunggu, akhirnya mereka tiba.   Christina terpandang seorang lelaki yang menyamar sebentar tadi.  Lelaki itu terbaring pengsan ke tanah bersama wajah ditutupi.  Christina berjalan ke arah lelaki itu.

I need to see his face.   Disebabkan tadi, aku tak sempat nak tengok muka dia. 

Tidak sempat Christina mengangkat wajah lelaki itu, Harvard memanggil dia. 

"Tina!  Tolong Vard ikat diorang ni!  Berat nak mampus!" kata Harvard bersama pelat inggerisnya.  Ayat kasar, tapi Harvard yang cakap, comel.  

Christina hanya memandang lelaki itu.   Dia mengambil pen di dalam poketnya.  Dia ambil tangan lelaki itu lalu menulis sesuatu. 

Diorang milik kau - CA

Christina terus berlari ke arah abangnyu untuk membantu mereka.  Tidak lama selepas itu, mereka terus beredar dari situ bersama barang-barang haram.    Meninggalkan kumpulan Ah Chai dan semua pegawai polis di situ.

"HARRAZ! Bangun!" Arif menampar pipi Harraz untuk membangunkan inspektor itu. 

Tidak lama kemudian, Harraz kembali.  Dia terus bangun dari pengsannya.   Dia terkedu apabila dia melihat kumpulan Ah Chai sudah diikat rapi. 

"Good job!  Kau dah tangkap diorang!" kata Harraz kepada Arif. 

"Eh, bukan kau ke?  Sebab, kitorang kena serang tadi.  Aku expect, diorang yang serang.   Rupanya bukan." kata Arif.  Harraz terkedu.   Siapa?  "Tak pelah. Nanti kita bincang dengan tuan.  Sekarang ni, van kita dah on the way.   Kita nak balik ke balai," kata Arif sebelum bangun dari melututnya. 

Harraz terkedu.  Siapakah yang sudah menolong mereka?  Harraz terpandang tulisan hitam di dalam tapak tangannya.  Harraz berfikir kembali.  Barang-barang haram hilang.   Orang Ah Chai sudah ditangkap.   Harraz membaca lagi tulis di dalam tapak tangannya. 

"Tak mungkin Dawson.  Dawson kan dah banyak kali tak tolong.   Kalau bukan diorang, siapa?" Harraz bergumam sendiri. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience