“ Maira Medina ! ” Zurina menjerit semampunya agar Maira dapat kenalinya dan tidak menyesat ke tempat lain untuk mencarinya . Nanti dah jadi satu hal pula .
Dari jauh Zurina sudah perasan kelibat Maira Medina yang memang dari dulunya lagi sudah cantik . Manis pulak tu , kulit berseri . Kalau diikutkan boleh menjadi model kerana rupa yang dimilikinya tapi kesian . Pendek !
“ Inaa... ” Aira memanggil Zurina tetapi tidak diendahkannya . Pelik .
“ Opocot , kau ni ! Buat terkejut aku je . Sejak bila kau dah sampai depan mata aku ni ? ” terkejut dibuatnya apabila Maira Medina mematikan lamunannya .
“ Ala aku panggil tapi kau macam mengelamun je . Kau dah ada boyfriend eh ? Mengelamun tengahari buta ni lepastu siap tersenyum tadi ” songkol Maira Medina .
“ Manade . Kalau dah ade dah lama aku angkut dia sekali teman aku ambik kau tau ” kata Zurina .
“ Ye tak ye ek ” Maira Medina tersengih .
“ Dah jom balik . Haa , ni kau nak balik mana ni ? Kau kan banyak rumah ” saja Zurina perli Maira Medina .
Maira Medina menunjuk muka masam . Dia tahu Zurina perlinya tapi tidak sedikit pun terasa kerana dia sudah lali dengan perangai Zurina yang suka memerli .
“ Balik dengan kaulah . Macam kau taktahu ” balas Maira Medina
“ Harap je dah berkawan lama ” Maira Medina memerlinya pula dan membuatkan Zurina tersengih sendiri.
Dalam banyak berborak akhirnya sampai juga mereka ke kawasan tempat letak kereta di hadapan lapangan KLIA . Maira Medina hanya membuntuti langkah Zurina dari belakang kerana dia tidak tahu arah mana Zurina meletak keretanya . Maira Medina sudah tidak tertahan panasnya lalu menutup mukanya dengan tangan . Cuaca di Malaysia semakin panas berbanding di UK yang sentiasa sejuk walaupun kelihatan panas . Sudah lama dia meningalkan tempat kelahirannya ini kerana sambung belajar di UK . Lain benar rasanya bila sudah menapak di sini .
“ Ina , jauh lagi ke ? ”,tanya Maira Medina kepanasan.
“ Sebenarnya aku sendiri lupa mana letak sebab dah seronok sangat jumpa kau . Samuanya sebab kaulah ni ”,balas Zurina
“ Banyak cantik muka kau . Kau yang lupa aku yang kena pulak ”,balas Maira Medina mukanya sudah berubah merah .
Tidak lama selepas itu Zurina akhirnya menjumpai keretanya yang terletak nun jauh . Dengan cepat Maira Medina berlari ke arah kereta Proton Myvi itu membuatkan Zurina ketawa kecil.
Tulah duk luar negara lama nau , dah tak tahan panas, desis hati kecil Zurina.
Maira Medina duduk berteleku di atas katilnya sambil mengunyah gula-gula yang baru dibelinya tadi . Entah apa yang difikirkannya sekarang ini membuatkan dia tidak perasan akan kehadiran Zurina memasuki biliknya . Sudah hampir 7 minit Zurina menunggu respon daripada Maira Medina tapi hampeh. Akhirnya Zurina mencubit lengan Maira Medina agar berhenti daripada lamunannya .
“Aduh , sakitlah ngok” marah Maira Medina sambil menggosok lengannya
Boleh tahan cubitan minah ni . Sakit ! getus hati Aira .
“Aira kau taknak balik rumah Aunty Maria ?” soal Zurina
“ Entahlah , tuh lah yang aku fikirkan sekarang ni” sudah naik pecah kepalanya memikirkan perkara ini . Bukan dia taknak balik cuma risau jika kehadirannya tidak diterima dengan baik disana sahaja .
“Yelah , diorang je kan keluarga yang kau ada sekarang ni . Walaupun buruk perangainya”, balas Zurina .
“Hm , tahu . Mungkin esok aku balik tapi lepas lunch lah”, jawab Maira Medina tanpa memikir panjang .
“Aku bukan halau kau , tapi nanti dia serang rumah kita macam dulu macam mana? Tak ke malu aku . Orang asyik pandang macam kita buat benda tak elok tau ", Zurina memegang tangan sahabatnya itu . Cukup dia tahu apa yang bermain di fikiran Maira sekarang . Hatinya pun menjadi berdebar apa bakal berlaku pada Maira esok .
“Aku tahu . Dah lah aku nak tidur dulu dengan esok nak balik sana lagi ”, pangkas Maira Medina seraya baring membelakangkan Zurina . Dibiarkan Zurina bersendirian . Maira Medina cuba melelapkan mata namun tetap tidak dapat menenangkan jiwanya saat ni . Lantas Maira bangun daripada baring dan memeluk Zurina meminta sedikit kekuatan daripada sahabatnya itu .
“ Aku faham sangat dah . InshaAllah esok hari yang bertuah buat kau Maira . Aku selalu doakan kau tau nak-nak kalau kau kat sana cukup laa risau hati aku ni ", dibalas pelukam Maira Median dan diusap belakng badannya mengalirkan kekuatan buat sahabat kesayangannya itu .
Maira Medina masih keberatan untuk pergi ke rumah Datin Adzlah sebab dia tahu apa akan berlaku nanti . Sungguh hati dia tak keruan saat ini tapi dibiarkannya .
Maira Medina tahu hanya setapak sahaja lagi dia akan memasuki rumah banglo mewah milik Datin Adzlah . Macam-macam persoalan yang hadir dalam kepalanya membuatkan dia tercegat lama di situ . Setelah sama tercegat , Maira Medina mula menapak masuk ke dalam kawasan rumah itu dan menekan loceng rumah .
Datin Adzlah yang sedang bersarapan dengan Melia Adira terkejut mendengar bunyi loceng itu.
“Bik , pergi tengok siapa dekat luar” jerit Datin Adzlah.
Bibik yang dipanggil Mak Som oleh Maira Medina meluru ke arah pintu . Bila dibuka pintunya , alangkah gembiranya dia melihat Maira Medina sudah kembali ke Malaysia setelah habis pengajiannya . Maira Medina yang melihat Mak Som tersenyum pantas memeluknya kerana sudah lama tak jumpa .
“Bik , siapa tu ?” jerit Melia Adira dari dalam .
“Cik Maira sudah balik” jawab Mak Som berlari ke arah mereka .
Terkejut Datin Adzlah dan Melia Adira bila mendengarnya . Serentak mereka bangun dan berjalan ke arah pintu rumah mereka . Kini , dilihatnya Maira Medina yang berdiri di hadapan mereka sambil tersenyum manis . Datin Adzlah melihat Aira dari atas ke bawah manakala Melia Adira mencebik muncungnya melihat Aira .
“Oh baru tahu balik rumah ?” perli Datin Adzlah lantas disambut Maira Medina dengan senyuman.
“Kenapa ? Tak boleh ke ma ?”Maira Medina membalas.
“Wah , dah lama duk luar negara , sekarang kau berani menjawab balik ye apa mama aku cakap” Melia Adira mula membuka mulut kerana rasa geram terhadap Maira Medina yang semakin pandai menjawab apabila ditanya .
“Suka hati Mairalah nak menjawab ke taknak ni kan mulut Maira” kata hati Maira Medina tapi tak mampu untuk diucapkannya depan-depan kerana takut nanti kena sedas daripada Melia Adira dan Datin Adzlah.
Maira Medina hanya tersenyum kelat .
Diam pulak minah ni menyampahlah pulak aku tengok , desis hati Melia Adira lalu mencebik dan berlalu masuk tanpa mempelawa Maira Medina masuk. Begitu juga dengan Datin Adzlah hanya berlalu pergi setelah dijeling anak tirinya itu.
Maira Medina memasuki rumah banglo itu dan beg bajunya telah diambil Mak Som . Dia hanya melihat sekeliling rumah yang dekorasinya yang sentiasa berubah mengikut trend terkini . Lalu dia terlihat kerusi yang sering arwah papanya duduk lalu jatuh setitis airmatanya . Betapa mendalam rindunya pada arwah papanya .
“Kenapa kak Melia dan mama Adz tak boleh sayang Maira ya papa ? Salahkah Aira nak menumpang kasih sayang seorang ibu dari mama Adz ? Kenapa dia benci Maira sangat papa ?” desis hati kecil Maira Medina .
Melia Adira yang sedang mengilat kukunya berang melihat Mak Som sedang mengangkat beg baju Maira Medina . Diambilnya beg Maira Medina dan dicampak ke tepi .
“Wey Maira , kau sini”,bingit satu rumah dengan suara Melia Adira.
Maira Medina yang sedang termenung, terkejut terus berlari ke arah suara itu .
“Ya” jawab Maira Medina.
“Kau fikir kau siapa hah suka-suka hati kau nak menyuruh bibik buat itu buat ini . Fikir ini rumah mak bapak kau ? Eh takkan dah lupa kot darjat kau dalam rumah ni ? Lagi rendah dari orang gaji tau . Banyak cantik muka kau buat rumah mak bapak aku macam rumah kau pulak nak mengarah-arah orang . Kau kutip beg kau tu sekarang”, ditunjal-tunjal kepala Maira Medina lalu diseretnya Maira Medina ke begnya . Mak Som lantas berlari ke arah Maira Medina cuba membantu dia bangun . Hatinya jatuh kasihan melihat sebegitu perbuatan Melia Adira kepada Maira Medina .
“Ehh bik , siapa suruh kau tolong Maira", tengking Melia Adira seraya menarik lengan Mak Som menjauh daripada adiknya itu .
“Tapi kesian Cik Maira ni . Saya tak sampai hati tengok dia macam ni dan Dato' Mustafa pun arwahnya dulu minta saya jaga Maira dengan baik cik", balas Mak Som ketakutan dilakukan sebegitu oleh Melia Adira .
“Tuh waktu bapak aku masih hidupkan so sekarang ni kau aku yang berkuasa dalam rumah ni kau ikut le cakap aku . Aku taknak tengok lepas ni kau tolong perempuan ni tau . Kalau tak aku pecat kau biar kau pun duduk kelaparan kat luar sana", herdik Melia Adira dengan sombongnya .
“Bilik kau dekat belakang tu haa . Bik tunjuk dia”,
Maira Medina hanya diam tak mampu untuk melawan kerana takut Mak Som pula yang akan menerima akibat daripada perbuatannya itu . Apabila tiba dibiliknya setitis demi setitis airmata mengalir di pipi comel Maira Medina .
“Ya Allah kau berikanlah hambaMu ni kekuatan untuk mengharungi ibu dan kakak tiri ku . Sungguhnya aku penat sangat dilayan seperti tiada keluarga dan asyik disumpah seranah . Sungguhnya aku hanya nak merasakan diri ni disayangi oleh keluarga aku sendiri”, doa Maira Medina tersedu sedan dan terus terlelap .
Maira Medina memisat-misat matanya melihat jam . Tanpa sedar , sudah 6 jam, Maira Medina tertidur nasib tak terlepas maghrib . Maira Medina berasa sangat sakit perutnya memulas mulas meminta diisi kerana dia tidak makan dari pagi tadi . Perutnya terasa teramat sakit dan membuatkan mukanya pucat tak berdarah . Maira Medina keluar bilik dan digigihkannya berjalan ke arah meja makan lalu menceduk nasi dan lauk untuk dimakan . Selepas sesuap makan , Melia Adira yang turun tangga melihatnya menjerit tiba-tiba memanggil Datin Adzlah . Melia meluru ke arah Maira Medina terus menolak pinggannya jatuh ke bawah.
“Hei , kau kalau nak makan pergilah masak sendiri . Nasi dan lauk tu semua untuk aku dengan mama la bodoh”, ditolaknya Maira Medina hingga jatuh .
“Dan lagi satu kalau nak makan jangan atas meja . Kau fikir kau siapa ? Kau pergi makan dekat sana tu ” sergah Datin Adzlah ditunjuk jarinya ke arah dapur memasak..
“Ma tolonglah Maira , Maira sakit ni sebab tak makan dari pagi tadi . Tolong ma simpatilah dekat Maira kali ni je” dipautnya kaki Datin Adzlah kerana tak tahan akan sakitnya terpaksa dia memohon begitu agar Datin Adzlah simpati sedikit kepadanya .
Ditendangnya Maira Medina yang sedang memeluk kakinya . Riak mukanya menunjuk betapa jijiknya dia terhadap Maira Medina .
“Aku bukan mak kau lah . Kau pergi sana sekarang and jangan sentuh nasi dan lauk kat dapur tu tau . Kalau tak larat nk bergerak ke bangun ke kau duduk je la dalam bilik ni mati kelaparan”, diseretnya Maira Medina ke arah biliknya.
“Eh ma ni nasi berterabur ni siapa nak bersihkan? Perempuan tak guna tu suka sangat menyusahkan orang tau”, Melia Adira menyampuk. Lalu terbit satu senyuman ni bibir Datin Adzlah .
Nasi yang berterabur itu dibawa Melia Adira kepada Datin Adzlah lalu ditanyahnya ke muka Maira Medina .
“Ha ni akibatnya kalau kau asyik nak menyusahkan aku", kata Datin Adzlah . Maira Medina cuba menolak tangan ibu tirinya itu namun tidak terdaya lalu gugur airmatanya . Mak Som yang melihat sedih akan Aira kerana diperlakukan begitu sekali . Melia Adira pula tersenyum kegirangan melihat Maira Medina terseksa puas rasa hatinya .
“Nasi yang jatuh ni dah jadi kotor tau so sesuailah ditanyah pada kau sebab sama-sama jijik dan kotor”, Datin Adzlah tersenyum puas.
“Jom mama , nanti event tu tak jalan pula kalau takde Datin Adzlah dan anaknya Melia Adira” ditekankan Datin Adzlah dan anaknya Melia Adira. Ditariknya Datin Adzlah keluar .
“Cik Maira okay?” tanya Mak Som sedikit risau melihat keadaan Maira Medina . Dikesat makanan-makanan yang ada diwajah Maira Medina lalu dipeluk erat badannya . Hatinya menjadi sayu melihat keadaan Maira .
“Tak berapa okay , Mak Som tolong ambil telefon saya dan call Zurina ya” pinta Maira Medina dalam kesakitan .
Selang beberapa minit , bunyi hon kereta kedengaran di hadapan rumah dan menandakan Zurina telah sampai . Zurina kerisauan berlari ke arah dapur mencari Maira Medina setelah mendapat call dari Mak Som yang mengatakan keadaan Maira Medina sedikit teruk .
Maira Medina yang sedang membersihkan dirinya di bilik air keluar untuk mendapatkan Zurina . Terkejut dibuatnya apabila melihat Zurina berdiri dihadapan pintu bilik air dengan muka serius .
“Kau ni mengejutkan aku tak sah kan”, kata Maira Medina sambil mengurut dadanya.
“Aku tengah marah ni dengan mak dan kakak tiri kau tu mana diorang ha”, balas Zurina marah disinsing lengan bajunya menunjuk protes .
Lantas Maira Medina menarik tangan Zurina keluar kerana taknak bahas tentang hal itu . Cukuplah apa yang dia rasa sudah cukup memeritkan bagi dia.
Mereka menuju ke McD yang berdekatan dengan kawasan perumahannya setelah pergi ke klinik . Selesai meletak keretanya , Aira keluar dahulu dari kereta untuk memilih tempat . Dalam dia tergesa dia terlanggar seseorang.
“Aduh, sorry sorry” kata Maira Medina.
“Hei , tak nampak ke? Buta? Habis baju baru aku ni” balas lelaki itu.
“Kau okay tak Zil?” kawannya yang baru keluar McD itu.
“Aku okay tapi baju aku tak okay lah Zal semua sebab dia ni ha” ditunjuknya jari ke arah Maira Medina namun dengan pantas Rizal menurunkan tangan Izril .
Wah mamat ni memang sengaja ke cari pasal dengan aku , getus hati Maira Medina.
“Tak buta lagilah , kena sikit je itu pun nak kecoh macam perempuan”, balas Maira Medina.
Lelaki itu memandang wajah Maira Medina setelah lama membelek baju yang terkena air milo itu . Dipandangnya atas bawah nak pastikan betul ke ni orang yang mulut celupar tadi . Cantik ! Pendek ! Lantas digeleng kepalanya kerana berangan pula .
Gile ke apa tak pasal-pasal menggeleng kepala aku tak tanya apa-apa pun , getus hati Aira pelik.
“Gila ke” tanya Maira Medina takut-takut menyebabkan Rizal tergelak kecil lentas dijeling Izril.
Terjengil biji mata Izril bila ditanya sebegitu . Aku yang handsome macam ni ditanya gila ke . Perempuan ni yang senget ni nak cakap aku gila pula.
“You tak kenal ke I siapa?” tanya Izril geram.
“Tak pun . Taknak ambil tahu pun” Maira Medina balas acuh tak acuh
“Err , hai saya Rizal” Rizal cuba untuk menyelah kerana tidak mahu perkara ni berlanjutan.
“Hai Rizal . Saya Maira Medina tapi panggil Maira je”, jawab Maira Medina manja sambil dijelingnya Izril.
Besar kecik besar kecik je aku tengok dia nie , getus hati Izril.
“Taknak tahu pun Cik Maira Medina” balas Izril sengaja mahu buat Maira Medina sakit hati .
“Tak cakap dengan awak pun . Okaylah Rizal saya masuk dulu ye and tak elok tau kalau kawan dengan orang gila ni”, balas Maira Medina manja berlalu pergi dan ditarik tangan Zurina yang masih terpinga tidak tahu apa yang berlaku. Rizal yang mendengar perli Maira Medina tergelak kecil .
Izril cuba mengejar Maira Medina tapi ditahan Rizal kerana tidak mahu Izril membuat kecoh hanya kerana baju sahaja .
“Asal tahan aku?” bentak Izril marah lalu ditepis tangan Rizal.
“Kau ni Zil nanti orang tengoklah . Nanti kalau apa-apa jadi kau tanggung sendiri jangan cari aku” .
Izril merengus geram dan berlalu pergi ke keretanya meninggalkan Rizal di belakang.
Maira Medina memilih tempat di hujung sekali kerana dia tak suka bahagian tengah yang orang ramai-ramai duduk . Sungguh tak menyelesakan . Zurina kembali membawa 2 air milo ais dan 2 set big mac dan duduk di hadapan Maira Medina .
“Maira Medina tadi kau kenapa dengan Izril tadi ?” tanya Zurina ingin tahu.
“Siapa Izril ?” Maira Medina membuat muka blurr.
“Yang baju dia kotor tadi lah . Tulah Izril and kenapa dengan dia”
“Oh mamat gila tu ? Kitorang terlanggar pastu aku dah minta maaf pada dia tapi dia tiba-tiba marah-marah . Aku dah minta maaf pun nak marah lagi . Tu yang aku geram sangat tu. Dah tu dia pandang aku pastu tiba-tiba menggeleng macam orang gila tu aku tanya gila ke terus dia jadi gila betul-betul . And lagi satu mana kau tahu nama dia ? kau kenal dia ke ? ” balas Maira Medina acuh tak acuh.
“Kau taktahu ke dia tu anak Datuk Syed Idriz? Kan dia ada keluar berita dngn bapanya”, tanya Zurina.
“Tak dan aku taknak ambil tahu pasal orang gila ni” Maira Medina balas bersahaja lalu disambung makan burgernya itu .
Zurina mencebik. Rasa bersalah mula bersarang di hati Zurina tatkala melihat keadaan Maira Medina sebegitu rupa . Sangkanya mak tiri dan kakak tirinya akan berubah setelah lama tak jumpa Maira Medina malah makin teruk dibuatnya . Bersabarlah wahai sahabatku , tidak kira apa terjadi padamu akan aku cuba untuk mempertahankanmu. Sungguh sayu hatinya saat ini .
Datin Adzlah dan Melia Adira baru pulang dari majlis peragaan pakaian yang dianjurkan oleh syarikatnya secara besar-besaran . Mereka pulang ke rumah diiringi gelak ketawa yang membingitkan telinga di tengah-tengah malam ni.
“Eh gelap je ? Bik oh bik” panggil Melia Adira.
“Ye cik”
“Kenapa gelap ? Mana Maira ?” tanya Datin Maria.
“Oh Cik Maira keluar dengan kawannya pergi makan” balas Mak Som takut takut.
Eh perempuan ni nak kena tau sedap-sedap makan luar pula , getus hati Melia Adira geram. Dipandang Datin Adzlah agar Datin Adzlah dapat memahami maksud yang diberikannya melalui ekor matanya. Diminum air fresh orange disediakan Mak Som tetap tidak dapat melegakan marahnya tatkala ini.
Rasa geram Izril masih bersisa kerana tidak dapat menyakitkan hati Maira Medina . Kalau tidak kerana Rizal dah tahannya dah lama dia pergi sergah dan tonyoh-tonhyoh muka comel Maira Medina tu . Izril cuba membuang perasaan itu jauh-jauh dan membuka radio Suria.fm yang sedang memainkan lagu artis kegemarannya iaitu Bruno Mars yang berjudul That’s What I like .
“Perempuan tadi comelkan”, sergah Rizal yang cuba mengalih perhatian Izril yang sejak dari tadi diam .
“Perempuan pendek senget tu ke ", tanya Izril
“Tak baik kau cakap dia senget tapi senget-senget pun lawa tau nak nak lagi dia pendek lagi comel aku tengok”, Rizal tersenyum.
Tergelak kecil Izril bila mendengar , bukan dia menidakkan tapi ada betulnya Rizal cakap cuba mengingatkan semula babak tu . Dia setinggi 178 cm tapi Maira Medina hanya setinggi paras dadanya sahaja . Kebanyakan perempuan di Malaysia yang dia pernah jumpa semua tak pernah separas dadanya kerana kebanyakannya semua paras telinga or bahunya sahaja.
Percakapan Rizal hanya dibalas ketawa Izril.
Maira Medina turun daripada kereta terus berjalan memasuki rumah Datin Adzlah . Kalau diikutkannya memang taknak balik tapi disebabkan rasa hormatnya pada mak tirinya itu membuatkan dia memilih sebaliknya . Maira Medina masuk ke dalam rumah disangkanya semua orang telah masuk tidur namun sangkaannnya meleset . Lampu ruang tamu tiba-tiba terbuka .
“Dah pukul 1 pagi baru kau nak balik”, seloroh Datin Adzlah yang sedang menuruni tangga .
“Tadi pergi makan dengan Zurina tu yang lambat sikit balik”, jawab Maira Medina.
“Sibuk pergi makan dekat luar , dah banyak sangat ke duit kau tu ha ? Itupun duit arwah bapak aku yang bagi pada kau tau senang-senang je kau nak menghabiskan . Entah entah kau bukan keluar dengan Zurina tu tapi keluar dengan jantan mana entah . Kau pergi joli duit bapak aku eh”, jerkah Melia Adira seraya menunjal kepala Maira Medina.
Maira Medina yang sedari tadi menunduk ke bawah terasa pedih di dadanya mendengar apa yang diucapkan Melia Adira itu . Kenapa begtu sekali dia membenci dirinya ? Maira Medina cuba gagahkan dirinya bangun dan menepis tangan Melia Adira .
“Bapa saya yang kakak cakapkan itu bapa kakak juga , tak baik kita cakap tentang orang yang dah pergi . Saya masuk bilik dulu ya . Selamat malam”, laju langkah kaki Maira Medina menuju ke bilik .
Maira Medina mula mengambil wuduk untuk solat isyak yang dia terlepas tadi .
Andai memang ini takdir buat ku kerana menyusahkan semua orang , Aku terima dengan lapang dada Ya Allah , pinta hati kecil Aira lalu gugur setitis airmata kesedihannya selama ini.
Share this novel