Maira Medina yang sedang lena terkejut apabila mendengar namanya diseru berkali-kali dan hampir roboh pintu biliknya diketuk macam orang gila dari luar . Baru sahaja Maira Medina membuka pintu , Melia Adira sudah menarik lengannya ke arah meja makan namun Maira Medina cuba meronta dilepaskan tapi dia tak mampu kerana Melia Adira sudah mula menarik rambutnya pula .
“Sini tengok sini” Melia Adira melepaskan rambut Maira Medina dan duduk di hadapannya .
“Hari ni kau boleh makan semua yang dimasak bibik ye tapi satu syarat kau kena masak untuk aku malam ni sebab kawan-kawan model aku datang nak makan di sini tak boleh menolak ye”, Melia Adira kata seraya makan roti bakar “Hari ni je tau makan ni semua hari lain lantak kau lah . Jangan lupa eh masak sebab pukul 8 atau 9 aku balik , Faham”, sambung Melia Adira.
Maira Medina hanya mengangguk . Dilihat kertas masakan yang perlu dia masak malam ni sungguh dia tidak tahu macam mana nak masak masakan western ni kalau masakan melayu tahu lah . Mengeluh panjang Maira Medina dibuatnya .
“Mak Som , masakan western ni mana lah Maira tahu masak” Maira Medina mengeluh.
“Maira nanti pergi beli bahan yang Mak Som senaraikan ye , balik nanti Mak Som ajar Maira” Mak Som berkata seraya menulis bahan-bahan masakan di atas kertas.
Maira Medina terharu mendengar kata-kata Mak Som itu lantas Maira Medina memeluk Mak Som dengan erat kerana selama ni hanya Mak Som lah yang sentiasa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya .
“Terima kasih Mak Som”, Maira Medina terus meluru keluar.
Izril tidak fokus menyiapkan tugasan yang diberi oleh papanya Datuk Syed Irham . Katanya lagi 20 minit fail yang telah disipakan itu perlu dihantar terus kepadanya . Pening kepala dibuatnya . Rizal yang masuk ke biliknya hanya ketawa kecil melihat Izril yang tak tentu arah .
“Kau dah kenapa asyik-asyik tengok jam kau je . Ada date lah ni”Rizal cuba menebak.
“Banyaklah kau date , date kena beli barang dapur adalah”, Izril mencebik lalu mencampak kertas bersaiz sederhana ke atas meja . Kemudiannya kertas itu diambil Rizal.
“Ni banyak nak kena beli sebab apa ?” tanya Faizal pelik.
“Kau nampakkan mood papa aku baik hari ni so maksudnya hari ni anniversary diorang lah. Mama aku pulak boleh tiba-tiba nak masak sendiri tapi malas nak beli bahan masak so aku la kena” Izril cuba menyisir rambutnya yang sudah kusut itu.
“Kau teman aku cari tau sebab bukannya aku tahu sangat bahan ni semua nak nak aku pula pergi beli barangnya malu aku tau”, sambung Izril .
“Baik boss”, Rizal ketawa berlalu keluar .
Maira Medina masuk ke Pasar Raya Aeon bersama Zurina yang telah mejadi pak sanggup untuknya mencari bahan masakan yang perlu dimasaknya . Bahan yang perlu dicari telah dibahagi dua menyebabkan mereka berpecah seorang ke barat dan seorang ke timur . Maira Medina pergi ke tempat bahan basah lalu melihat ketam yang menyelerakan .
Maira Medina meluru ke arah ketam yang masih segar itu . Bila Maira Medina mahu mengambil ketam itu tiba-tiba ada tangan yang dah menyambar ketam itu dulu terus orang itu berpaling ke arah lain . Ternganga Maira Medina dibuatnya , dipandang orang itu dengan geram .
Hish tinggi lah pulak . Ni tak jadi nak cari gaduh ni , desis hati kecil Maira Medina . Namun diberanikan juga untuk menegur .
“Maaf encik , ketam tu saya yang nampak dulu” tegur Maira Medina . Gerangan yang telah mengambil ketamnya itu berpaling dan membuka kaca matanya . Dia ?! Makin geram Maira Medina jadinya .
“Maaf . Siapa cepat dia lah dapat”, kata Izril sambil diangkat kening sebelahnya dan terus berlalu pergi . Maira Medina mengejar Izril lalu memanggilnya .
“Hei”
“Siapa panggil tu ?” Izril berpaling lalu dilihat sekeliling namun tiada siapa .
“Saya lah”, kata Maira Medina kegeraman .
“Eh tiada siapa pun” Izril mencari-cari siapa yang bercakap tadi lantas dia memanggil Rizal .
“Zal aku tak nampak lah siapa yang panggil aku”, Izril mencuba lagi . Rizal memandangnya dengan muka muak kerana sikap main-mainnya .
Ohh mentang - mentang aku pendek , desis hati Maira Medina . “Siap kau”, getus hati kecil Maira Medina lalu memijak kaki Izril dengan sekuat hatinya kemudian berlari mendapatkan Zurina .
“What the ...... ”, Izril mengurut kakinya yang sakit ditambah hatinya pun sakit . Semua orang melihat Izril yang tiba-tiba menjerit . Dia hanya memaparkan muka bersahaja lalu mengheret Rizal mencari Maira Medina .
“Kau nak pergi mana ni Zil” tanya Rizal pelik .
“Cari minah pendek tu la” jawab Izril mengetap gigi.
“Buat apa ? Barang kau ni pun banyak yang belum jumpa lagi” dalih Rizal.
“Alah tu nanti-nanti boleh” puas Izril mencari sekeliling tapi masih belum jumpa . Tiba- tiba dia mendengar orang di belakangnya meminta tolong . Dia berpaling melihat siapa yang minta tolong itu lalu terbit senyuman kecil di bibirnya .
Aduh , malunya aku . Ke nak minta tolong orang lain eh , getus hati Maira Medina . Izril sudah mengangkat keningnya menunggu apa yang mahu dicakapkan .
“Err.. tolong ambilkan sos bolognese tu boleh?” tanya Maira Medina yang hanya menunduk malu.
“Tulah waktu kecil taknak minum susu kan dah terbantut”, Izril bercekak pinggang .
Dia ni sakitkan hati aku je lah . Geram pula aku dengan dia ni , getus hati Maira Medina . Izril kira-kira mahu mengambil sos tapi dihalang Maira Medina .
“Tadi minta tolong ambil so I kan baik hati nak tolong ambilkan ni”, pelik Izril dengan insan bernama Aira .
“Saya tak minta tolong awak tapi saya minta tolong Rizal . Perasan je awak ni”, Maira Medina sudah tergelak kecil sengaja mahu membakar hati Syed Izril . Rizal yang hanya mendiam tergelak kecil jadinya tapi cuba ditahan .
“Kan Izril nak amikkan tu . Biar Izril je lah amik", balas Rizal cuba mengalah namun dengan pantas Maira Medina menggelengkan kepalanya lalu jarinya menunjuk Rizal bermakna dia hanya mahu Rizal yang ambilkan untuknya . Lalu Rizal mengambil sos itu dan dihulur kepada Maira Medina .
“Terima kasih Rizal”, ucap Maira Medina mengambil bekas sos yang dihulur Rizal . Rizal hanya membalas dengan anggukan .
Hish , minah pendek ni tak habis menyakitkan hati aku lah , Izril sudah bercekak pinggang berpaling ke tempat lain . Sakit pula hati !
Maira Medina sudah bergerak mencari Zurina sebab bahan yang dia cari ke semuanya sudah jumpa . Apabila sudah tiba di depan kaunter pembayaran , Maira Medina sudah melihat Izril di kaunter sebelah tapi sengaja dijelir lidahnya supaya mamat gila tu sakit hati .
“Kau dah kenapa jelir lidah kau”, tanya Zurina pelik .
“Aku jumpa orang gila lagi ,aku pun dah jadi gila jugala aku rasa”, jawab Maira Medina selamba. “Ha , lepas ni kita pergi makan eh”, sambung Maira Medina dan dibalas dengan anggukan Zurina . Izril yang terdengar sudah tersenyum nakal . Dalam fikirannya sudah terfikir rancangan nakal .
Maira Medina sudah pilih meja untuk 4 orang duduk kerana Zurina beria-ria mahu Izril makan bersama mereka so diikutkan je lah . Difikirkan tadi Izril akan menolak tapi sebaliknya . Memang sengaja mahu membuat Maira Medina rasa kurang senang dengan keberadaannya .
Maira Medina hanya duduk diam seorang diri kerana Zurina telah pergi untuk membelikannya makanan . Maira Medina menilik telefonnya , terdapat satu mesej daripada orang yang tak dikenalinya namun dibiarkannya . Malas melayan .
Izril sudah membeli makanan dan meletakkan makanan di hadapan Maira Medina . Dipandang Maira Medina melalui kaca mata hitamnya lalu dicabutnya .
“Handsome tak”, tanya Izril sengaja diletakkan kaca matanya pada bajunya.
“Tak” jawab Maira Medina acuh tak acuh.
“Handsomelah”, celah Zurina . Maira Medina mencerlung matanya memandang Zurina . Zurina yang baru tiba di meja hanya buat taktahu apabila terlihat Maira Medina mencerlung ke arahnya kerana terlepas cakap .
“Thanks , awak pun cantik and lagi cantik dari orang sebelah”, Izril mencelah.
“Rizal lagi handsome”, Maira Medina cuba menukar topik . Lalu dia menghulurkan senyuman manis kepada Rizal yang baru tiba sedangkan hatinya sedang membuak-buak panasnya mendengar kata Izril tadi .
Entah mengapa mendengar ucapan Maira Medina tadi membuatkan Izril rasa iri hati terhadap Rizal namun cepat-cepat Izril menepis perasaan itu kerana dia tidak mahu peduli dengan pandangan minah pendek ni . Sudah ramai perempuan yang cakap dia handsome tapi baru kali ni first time ada orang kata Rizal lagi handsome. Dan Maira Medina lah orangnya .
“Nama penuh Rizal apa ",tanya Maira Medina manja .
“Muhammad Rizal” balas Rizal tersenyum
“Sedap nama”, balas Maira Medina senyum manis
“Sedap ? Boleh makan ke ?”tanya Izril mencelah lalu menayang muka blurnya pada Maira Medina . Maira Medina mula memikirkan idea untuk mengenakan Izril . Dan satu idea muncul .
Maira Medina memijak kaki Izril menyebabkan Izril menjerit kuat . Semua mata memandang mereka .
“Maaf tersalah pijak . Ingatkan kaki meja tadi”, seloroh Maira Medina tanpa riak manakala Rizal dan Zurina sudah mula tergelak kecil melihat mereka gaduh seperti anjing dengan kucing . Pantang berjumpa .
Sepanjang masa mereka makan bersama dilihat sisi ceria Maira Medina dan hatinya makin berbunga bila melihat Maira Medina tersenyum sebab matanya akan tertutup . Sungguh comel .
Maira Medina sudah mula menghidang makanan yang dimasak di atas meja dengan kemas . Maira Medina melihat jamnya yang sudah menunjukkan pukul 8:10 malam tapi masih belum sampai . Dia sudah mengantuk sebab penat seharian tanpa rehat nak-nak bergaduh dengan budak nama Izril tu lagi menambah penatnya.
Pada waktu 9 malam , Maira Medina sudah pulang bersama dengan teman modelnya sewaktu Maira Medina sedang mengerjakan solat isyak . Apabila terdengar Maira Medina memanggilnya , terkocoh-kocoh dia membuka telekung berlari keluar .
“Ya saya”, jawab Maira Medina berlari ke arah Melia Adira .
“Lauk semua dah siap ?” tanya Melia Adira lalu dibalas dengan anggukan Maira Medina .
“Dia ni siapa Melia ? She looks pitty tho”,tanya Kartina , model yang terkemuka di Malaysia .
“Dia ni orang gaji I yang baru , Mama I yang ambil mereka semua ni sebabkan kesian . Yang dia ni dah takda siapa lagi dah maklumlah sebatang kara . So mama I ambil dia jadi bibik rumah ni sebabkan kesiankan dia”, Melia Adira mencebik memandang Maira Medina .
“Poor you young girl , Patutlah kesian je I tengok you” Kartina melanggar Maira Medina dan menyebabkan Maira Medina terjatuh.
Hati Maira Medina bagaikan tersiat-siat mendengar perkataan yang diucap Melia Adira , mengapa sungguh hina dia di mata Melia Adira . Maira Medina bangun melarikan dirinya ke dalam bilik lalu dikunci . Dibiarkan hatinya menangis semahu-mahunya kerana luka yang mendalam . Pilu .
Melia Adira yang melihatnya terukir senyuman puas .
Maira Medina baru selesai solat sunat hajat terus bangun untuk keluar kerana mendengar namanya dijerit dan disumpah seranah oleh Melia Adira dan kawan modelnya kerana dia lambat keluar . Maira Medina cuba memalsukan senyumannya walaupun hatinya saat ini berdoa supaya mereka tidak mencelanya lagi .
“Kenapa kau lambat”, tanya Melia Adira marah.
“Tadi solat sebab tu lambat”, jawab Maira Medina menunduk.
“You solat ? Oh orang macam you memang patut sebab kena minta Tuhan banyakkan rezeki maklumlah gaji you berapa je kan”, kata salah seorang kawan model Melia Adira gelakkan Maira Medina lalu diikuti kawannya yang lain .
“Solat itukan tiang agama bagi semua muslim dan wajib kita melakukannya . InshaAllah rezeki tu ada jadi saya tak kisah pun pasal rezeki banyak ke sikit”, Maira bercakap seraya memandang mereka semua . Dia tidak tahu mana datang kekuatannya untuk berani cakap begitu pada mereka .
“Huh , whatever lah . But yang penting you akan sentiasa di bawah kami ", balas gadis itu lagi lalu mengibas dirinya yang terasa panas .
“Such a loser and btw you ni siapa je kan orang nak amik kisah apa yang you cakapkan sebab you ni maid saja”, balas salah seorang model lalu diikuti hilai tawa yang lain .
“I tak rasa akan ada yang sedar kehadiran dia pun . Mak bapak pun dah takda dah tinggalkan dia",balas model yang lain .
“Enough lah guys . I think you're too much dah cakap macam macam dekat ... What's your name babe", balas Kartina mempertahankan Maira Medina . Dilihat gadis itu sedaya upaya cuba menjadi kuat bila kawannya cakap bukan-bukan pada dia . Kalau dia di tempat gadis tu sudah tentu dia akan menangis pilu .
“Call me Maira saja", balas Maira Medina lembut .
“Stop saying anything rude to Maira . I think we have say too much that will hurt her feelings . So jom balik gurls", balas Kartina seraya berjalan keluar.
“I don't think maid macam ni layak dipertahankan Kar because she is nothing . Dia ni siapa je kat sini kan", balas Lily iaitu kawan model yang paling rapat dengan Melia Adira . Telinganya sudah banyak kali dengar keburukan Maira Medina daripada mulut Melia Adira lantas membuatnya benci akan Maira .
"Saya ni dikira tuan rumah ni juga so maknanya sudah jelas yang saya ni adik kepada kakak saya iaitu Melia Adira dan saya ada hak juga atas rumah ni" , balas Maira Medina pertahankan diri .
Melia Adira sudah tidak terkata memandang Maira Medina . Beraninya mulut dia , kata hati Melia Adira . Melia Adira membawa kawan-kawannya keluar rumah sebelum dia hilang sabar terhadap Maira Medina . Kartina yang dengar cuba menghadam habis apa yang Maira Medina cakapkan tadi .
“You all balik dulu sebab you semua mesti penat kan kan”, Melia Adira cuba memutarkan keadaan .
"But wait actually tu adik u ke maid you sebenarnya Melia ?", tanya Kartina
"Actually tu adik tiri I tapi dia dibuang keluarga hm you faham-fahamkan and kebetulan mak dngn bapak dia mati waktu mak bapak dia buang dia so tu dia datang bertandang ke sini and geli lah kalau ada keturunan macamtu kan kan ", balas Melia Adira sambil membuat muka jeleknya.
Selesai semua kawannya balik , Melia Adira berlari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan Maira Medina . Maira Medina yang sedang tidur di dalam biliknya ditarik rambutnya oleh Melia Adira . Melia Adira mengheret Maira Medina ke ruang tamu dan memanggil Datin Adzlah . Dia menceritakan semuanya kepada Datin Adzlah.
“Oh kau dengan kawan Melia boleh lah kau naik tocang” Datin Adzlah memegang kedua-dua pipi Maira Medina sekuatnya.
“Kau siapa nak cakap macam tu pada kawan aku . Depan diorang kau nak berlagak alim lah ye ? Hah ?! Kau fikir aku ni nak sangat ke jadi kakak kau haa ? Kau fikir kau tu adik aku ke ? Tak layak kau tahu tak ! Tak layak langsung ! Kau memang nak mampuslah malam ni”, Melia Adira menarik-narik rambut Maira Medina . Dalam pada itu , tangan Melia Adira hendak memukul kepala Maira Medina dengan serta - merta tangannya ditahan Datin Maria .
Ya Allah sakitnya , Mama tolong Maira . Papa tolong Maira . Sakitnya , kata hati Maira meronta kesakitan dalam menahan tangisannya .
“Enough sayang , kalau nak pukul kepala dia ni kalau mati takpalah tapi kalau sakit kan dah menyusahkan kita nanti”, lembut suara Datin Adzlah menepuk lembut belakang badan Maira Medina cuba menenangkan anaknya .
Maira Medina sudah terduduk menahan kesakitan di kepalanya akibat ditarik oleh Melia Adira mujurlah kepalanya tidak dipukul Melia Adira . Maira Medina bangun berjalan masuk ke bilik dalam keadaan yang berpinar namun digagahkan jua untuk berjalan sambil ditolong Mak Som .
Mak Som teman Maira sehingga dia tertidur lalu ditatap muka anak yatim seorang ini lalu jatuh airmatanya melihat keadaan Maira yang dilayan bagai anak luar . Diusap usap kepala Maira Medina lalu Mak Som mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor orang yang berhak sepenuhnya ke atas diri Maira Medina .
Banglonya kini terasa meriah sekali apabila anak-anak yatim yang datang kunjunginya kerana mereka berasa rindu kepadanya . Amat bahagia rasanya melihat anak-anak yatim yang gembira apabila berada di rumahnya . Terasa aman dihatinya .
Datin Maria mula menolong Mak Senah memasak untuk anak-anak istimewa itu . Pelbagai masakan dia masak demi memenuhi keinginan anak-anak yatim itu .
“Mak Senah , mana bekas garam ye?”, tanya Datin Maria matanya melilau mencari-cari bekas garamnya .
“Di sinki Puan Maria tapi garamnya dah habis”, balas Mak Senah sambil mengacau kuah asam pedas.
“Oh takpalah , saya pergi beli ya . Mak Senah tolong tengokkan ye” Datin Maria mula berjalan keluar dari dapur yang sedang berkecah . Dia berjalan ke arah biliknya di tingkat atas dan mencari beg dompetnya lalu keluar .
Apabila Datin Maria sedang menuruni tangga , dia mengurut dadanya yang kian merasa risau dan tidak sedap hati dan fikirannya menerawang ke tempat lain . Tinggal beberapa anak tangga sahaja untuk Datin Suzi turun namun dia terjelepok jatuh menurun ke bawah .
Semua yang sedang leka membuat kerja terus meluru ke arah Datin Maria yang sedang terduduk di kaki tangga . Semua menolong Datin Maria bangun perlahan-lahan dan didudukkannya di sofa .
“Astagfirullahalazim”, getus hati kecilnya terkejut saat terjatuh dari tangga dan dilihat kakinya sudah mula membengkak . “Ya Allah kenapa tiba-tiba hatiku berasa tidak sedap ni”, sambung Datin Maria kerisauan .
“Puan okay tak ? Sakit ? Macam mana puan boleh jatuh ni ?”, tanya Mak Senah yang sedang mengurut kaki Datin Maria yang kian membengkak itu . Dipandang muka Datin Maria yang selama ini ayu tanpa ada kerisauan namun kini terpancar kerisauan di wajah yang lembut itu .
Fikiran Datin Maria menerawang jauh memikirkan apa sebenarnya yang membuatkan hatinya kerisauan malam ini . Banyak perkara yang datang ke fikirannya namun tanpa sedar bibirnya menutur satu nama yang selama ini dia rindui . Maira Medina !
Mak Senah yang terdengar nama yang disebut Datin Maria serta merta memandang wajah Datin Maria meminta penjelasan . “Kenapa dengan Maira , Puan ?” tanya Mak Senah meminta penjelasan .
Datin Maira memegang tangan Mak Senah meminta kekuatan bagi dirinya . Sudah dia cuba istighfar banyak namun kerisauan itu tetap tidak hilang membuatkannya semakin lemah memikirkannya . Mak Senah yang faham akan keadaan Datin Maria cuba menenangkannya dan digosok jari-jemari Datin Maria dengan lembut .
“Mak Senah , Maira Mak Senah”, tutur Datin Maria lembut.
“Sabar puan , Mak Senah faham”, jawab Mak Senah cuba tutup sedihnya.
Datin Maria melentokkan kepalanya ke bahu Mak Senah . Dalam diam , airmata yang dibendung selama ini mengalir jua menunjukkan kasih dan sayangnya pada insan bernama Maira Medina . Hatinya dirundung pilu apabila mengucapkan nama itu . Tatkala itu telefon bimbitnya berderinh menandakan ada panggilan buatnya .
“Hello ..... ", Datin Maria menjawab panggilan . Apabila melihat nama tertera hatinya menjadi makin berdebar dan terbit kegusaran di wajahnya .
Izril yang sedang termenung melihat keindahan malam ini terasa nyaman apabila angin meniup lembut ke wajahnya . Secara tiba-tiba Maira Medina muncul di fikirannya , dilihatnya Maira sewaktu berdiri depannya dengan memakai baju blouse putih dimasukkan ke dalam skirt panjang berwarna pink lembut dengan tudung pink . Nampak sungguh ayu . Terbit satu senyuman tanpa dia sedar .
Telefon yang terletak di atas katil berbunyi mengeluarkan lagu Uptown Funk lalu diambil Syed Izril melihat siapa gerangan yang sedang telefonnya serta-merta hilang senyumannya.
“Apa yang you nak malam-malam ni ? Please don’t say you’re drunk”, Izril melepaskan keluhan yang panjang .
“Yes I am Zil”, terdengar suara nyaring dari telefonnya lantas dijauhkan telefonnya dari telinganya dan ditutupnya . Izril memakai tshirt polo and seluar slack lalu keluar dari rumahnya .
Izril masuk ke kelab malam yang penuh dengan umat-umat yang sedang berseronok . Seketika kemudian , dia menjumpai Kartina yang sedang mabuk lalu dipimpinnya keluar dari kelab dan masuk ke dalam keretanya . Kartina yang sedang mabuk mula memeluk Izril dan mencium pipinya .
“Stop it Kar . I rimaslah” dijauhkan Kartina darinya.
“Sejak bila you rimas dengan I ni” Kartina mula tergelak memandang Izril .
Izril malas melayan kerenah Kartina yang sedang mabuk lalu dipandu keretanya menyusuri jalan raya yang sedikit lengang . Sekejap-sekejap tangan Izril akan menepas tangan Kartina yang menggatal merayap seluruh badannya .
“Can you stop ? Tak sayang nyawa you ke ? I tengah drive kan so please stop” Izril mula menahan getar suaranya yang sedikit meninggi . Cukup dia rasa rimas akan perbuatan Kartina itu .
Dalam diam , akhirnya sampai juga ke apartmen milik Kartina . Izril menghentikan keretanya berdekatan supaya Kartina tidak menyimpang jauh terutama dalam keadaan yang mabuk . Dibukakan pintu kereta lalu dipapah Kartina masuk ke apartmennya kemudian di baringkan di sofa .
Izril berpaling mahu pulang namun tangannya diraih Kartina lalu ditarik menyebabkan Izril terumbang-ambing hingga jatuh di atas Kartina . Kartina tersenyum menggoda melihat Izril dekat dengannya .
“Wanna have fun tonight sayang ?” tanya Kartina menggoda namun lantas Izril berdiri dan ditarik tangannya semula berlalu keluar tanpa menjawab soalan Kartina .
“Pergilah pergi . I tahu you akan cari I juga suatu hari nanti” jerit Kartina dari dalam melihat Izril pergi meninggalkannya yang separuh sedar .
Syed Izril merengus dan menyisir rambutnya yang kusut ditambah pula rasa mengantuk yang amat sangat membuatkan dia berasa marah terhadap Kartina .
Share this novel