“Hmm, Apalagi lah nak jadi ni? Ya Allah kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini” rintih hati Maira Medina . Terluka hati Maira Medina saat ini hanya Allah sahaja yang tahu .
Apa bakal jadi dengan statusnya tak lama lagi ? Siapalah lagi tempat untuk dia mengadu kesakitan selama ini ? fikiran Maira penuh dengan tanda tanya yang hanya Dia sahaja boleh menjawabnya . Setelah lama fikiran Maira Medina berkecamuk dengan tanda tanya lalu tumpahnya airmata yang selama ini dibendung dan ditahan . Maira Medina kehilangan kata-kata dan kekuatan yang selama ini dia ada .
Dia melihat kakaknya yang asyik menangis sejak pagi tadi . Hatinya turut berasa pedihnya tapi lekas dia menyeka airmata yang jatuh itu kerana dia tidak mahu menjadi lemah semuanya demi janjinya dengan arwah papanya dan demi mama dan kakak .
“Kakak , Janganlah bersikap macam ni lagi . Nanti Maira pun turut sedih jugak . Maira tahu dan faham sangat apa yang kak Melia rasa sekarang . Akak kan masih ada Maira dengan mama lagi” sendu Maira Medina .
Maira menggosok belakang badan kakaknya agar dapat menyalurkan kekuatan yang dia ada kepadanya . Dia faham benar dengan sikap kakaknya yang seorang ini dan dia sayang benar dengan kakaknya ini . Melihat airmata bercucuran di pipi gebu Melia Adira membuatkan Maira Medina merasa sangat pedih di hatinya melihat kakak dia sebegitu rupa .
“Ya Allah , kau berikanlah kekuatan kepada kakakku dan ibuku ini” doa hati Maira Medina kepada Maha Pencipta .
Maira Medina yang berusia 3 tahun lebih muda daripada Melia Adira berusaha untuk membuatkan kakaknya tersenyum kerana dia tahu satu-satunya tulang belakang keluarganya kini telah pergi menghadap Ilahi iaitu Papa . Sudahlah mak berkurung di biliknya setelah balik daripada kubur dan kini kakaknya pula asyik murung dan hanya berdiam sahaja dan hanya berbunyi apabila menangis teresak-esak .
“ Akak , jom makan .Maira dah siapkan lauk yang dah dimasak maklong tadi ” pujukan Maira namun laju sahaja gelengan Melia Adira yang menyatakan dia taknak makan .
“Marilah akak lepastu akak ajak mama sekali ya ?” Melia Adira hanya tunduk mendiam sahaja seolah-olah tidak mendengar kata-kata Maira Medina sebentar tadi . Namun, Maira Medina tidak putus-putus mengajak kakaknya agar makan bersama .
“Aku kata taknak , taknaklah . Kau tak faham bahasa ke hah !? ” Melia Adira menengking Maira Medina lalu ditolak tubuh Maira Medina dengan kasar ke tepi terus memasuki biliknya .
Maira Medina terdiam .
“Kau jangan fikir aku taktahu kau lah punca papa mati . Semuanya sebab kau” Melia Adira menjerit dari dalam biliknya dan kembali berpaling ke arah Maira Medina dan ditunjal-tunjal kepala adiknya itu.
“Kau jangan panggil aku kakak . Faham ?”
“Kau tu bukan adik sebenar aku pun . Aku pun tak ingin nak adik macam kau ni . kau kena ingat kau tu anak yatim piatu dah sekarang . Mak kau entaj mana le pergi mati agaknya ni pulak papa pergi”, sergah Melia Adira.
Maira Medina tersentap mendengar kata kakaknya itu sekaligus airmatanya mengalir tanpa sedar .
“Hey kau tak payah nak menangis bagailah . Kau fikir aku macam papa ke ? Asal kau nangis sikit separuh mati dia risaukan kau . Macam anak dia kau seorang je? Dah tu kau pulak jadi penyebab dia mati , dah aku jadi anak yatim . Menyampah aku tengok muka kau ni ! Muak kau tahu ? Muakk !” Melia Adira mengherdik Maira Medina tanpa menghiraukan perasaan budak yang berumur 10 tahun itu .
Datin Adzlah keluar daripada biliknya kerana terganggu dengan suara bising dari anaknya Melia Adira . Dia terkejut melihat adegan yang berlaku di depan mata lantas terbit satu senyuman kecil yang membawa seribu makna .
“Melia dah dah lah kamu buli Maira tu . Takkan boleh bawa bapak kau tu hidup balik” dalih Datin Maria . Lalu ditunduk melihat Maira Medina yang sedang menangis teresak-esak di ruang tamunya itu . Dicengkamnya kedua-dua pipi Maira Medina supaya dongak melihat dia .
“Kesian-kesian dah lah mak tinggalkan waktu kecil sekarang ni bapak pula tinggalkan . Nampak sangatlah kau ni bawa sial kan? Kau sedar tak ? Dari dulu sampai sekarang semua orang pergi dari hidup kau . Kau tak tertanya ke kenapa ? Apalah yang laki aku nampak pada kau ni sampai boleh bagi harta dia pada kau juga . Patutnya harta kau tu anak aku punya sebab kau tak layak tahu tak tak layak . Hidup menumoang kasih orang je”, ditolaknya kasar muka Maira Medina .
Maira Medina yang hanya berumur 10 tahun menangis tersesak esak mendengar cemuhan kakak dan ibu tirinya itu . Sungguh hina ke dirinya pada mata mereka ? Papa Maira takda siapa lagi papa , rintih hati Maira Medina
Share this novel