Izril menghidupkan enjin keretanya dan menyusur keluar garaj . Izril yang sedang fokus ke arah jalan raya yang lengang sedikit terganggu kerana tidurnya tidak cukup akibat Kartina semalam yang menggangu malamnya .
Izril masuk ke bangunan SI Holdings dengan muka masam , terus masuk ke dalam lif . Sampai sahaja di pejabatnyaa dihempas badannya di sofa panjang . Sedang dia terleka tanpa sedar Syed Izril terlelap juaaa . Tidak lama selepas itu , dia terasa seakan ada orng mengusik pipinyaa tanpaa henti .
Dibuka matanyaa , dilihatnya Kartina yang mengelus pipinya dari tadi . Di tepis tangan Kartina lalu bergerak ke mejanya . Syed Izril mengeluarkan fail dan melakukan kerjanya tanpa menghiraukan Kartina yang ada pada waktu itu .
"Sayanggg , why jauhkan diri daripada I ni ? You tak suka ke belaian I ?", Kartina bangun dan cuba merapatkan dirinya dengan Syed Izril .
"You jauh sikit boleh tak ? Tak nampak ke I tengah but kerja ni so I takda masa la nak layan gedik you ni", balas Syed Izril dan sedikit ditekan suaranya agar Kartina faham yang dia tak suka dikacau pada waktu ini .
"Sorry dear , I tak gedik okay but this is me . Orang lain suka je I begini takkan you tk suka kan ? I know sayang you suka kan I layan you begini", Kartina memegang lengan Syed Izril .
"Stop it please . Please go now sebab I tak nak dikacau buat masa ini or you nak I call guard iring you keluar ?", balas Syed Izril lalu menepis tangan Kartina . Lalu ditunjukkan pintu keluar . Kartina menghentak kakinya dan dijelingnya Syed Izril lalu berjalan keluar dari pejabat itu .
"It's okay you tolak I sekarang Zil but I takkan putus asa untuk dapatkan you walau apa pun terjadi", gumam hati Kartina .
Faizal yang sedari tadi khusyuk menatap laptopnya tidak sedar akan kehadiran Syed Izril dalam biliknya . Faizal sedikit tersentak apabila dikejutkan dengan suara Syed Izril yang garau itu . Diurut dadanya dan ditahan geramnya terhadap Syed Izril manakala Syed Izril tergelak melihat gelagat Faizal apabila terkejut . Syed Izril menepuk nepuk perutnya menunjukkan bahawa dia sedang lapar sekarang .
"Ye aku tahu perut kau tu perut gajah . Asyik lapar je kerja kau", balas Faizal sambil tangannya mengemas mejanya lalu dicapai kunci keretanya .
"Eh harini giliran aku bawa kereta . Tak syok ah kalau kau je bawa en aku nak juga tunjuk macho aku bila bawa kereta", dikeluarkan cermin mata hitamnya lalu berjalan keluar daripada pejabat Faizal lalu diikuti Faizal .
"Pagi tadi Kartina datang ofis kau pepagi buta asal ? Jarang aku tengok dia bangun pagi sebab setahu aku dia kan kelawar . Waktu pagi beradu waktu malam pula bergembira",balas Faizal .
"Entah . Datang mengacau aku je la kut aku rasa",balas Syed Izril acuh tak acuh dibalas gelak kecik Faizal .
"Ni kau nak makan mana ? Aku taknak McD lagi eh naik kembang tekak aku kalau hari-hari makan", balas Faizal lalu dibalas gelak besar daripada Syed Izril .
"Okay okay . Kali ni ikut selera kau pulak ye . Apa kau nak makan kau nak pergi aku ikut je", Syed Izril mempamerkan sengihan bersalahnya ada Faizal . Syed Izril masuk ke dalam kereta lalu diambil cermin mata hitamnya .
"Nah pakai ni biar nampak sikit kita ni jejaka hangat di malaya", diserahkan cermin mata hitam kepada Faizal .
"Memang selama ni aku pakai aku duk suruh kau pakai juga banyak bunyi kau alasan kau taknak pakai and ni cermin mata aku kan punya lama aku mencari ada disini rupanya sayang aku ni",diambilnya cermin mata hitam . Syed Izril membalas dengan sengihannya yang mampu buat getar di jiwa wanita .
"Kau ingat lagi tak Maira Medina , Zil",tanya Faizal.
"Haa asal dengan dia",Syed Izril cuba menahan riak muka dan senyumannya apabila mendengar nama Maira Medina . Hatinya melonjak rasa ingin tahu apa yang Faizal cuba sampaikan .
"Kau kenalkan kawan dia tu ? Tak silap aku kawan dia tu ada kedai makan asam pedas . Jom weh pergi sebab tekak aku terasa lak nak makan asam pedas",kata Faizal sambil tangannya sibuk mencari nama Maira Medina dalan contact phonenya . Dia dapat number Maira Medina waktu mereka terserempak di Aeon Bandaraya Melaka waktu dia bercuti minggu lepas .
"Tapi kau tahu ke kedainya kat mana", tanya Syed Izril .
"Tak sebab tu aku nak call Maira ni",balas Faizal lalu menekan call dan telefon diletakkan di telinganya . Syed Izril terkejut lantas dipandang Faizal "Macam mana ...", mulutnya ditekup Faizal kerana Maira Medina sudah menjawab callnya . Syed Izril menepis tangan Faizal lalu memuncungkan mulutnya . Hatinya ingin sangat tahu apa yang terjadi antara Maira Medina dengan Faizal .
"Tak boleh jadi ni hmm tak kira apa aku mesti tahu gak apa berlaku antara diorang ni", getus hati Syed Izril .
Maira Medina selesai kemas mejanyaa lalu dilihat jam menunjukkan sudah pukul 2:30 jadi tiba masa untuk dia balik tapi sebelum tu dia kena isi perutnya . Sudah pasti kedai keluarga Zurina yang keluar di fikirannya . Dibayang asam pedas melaka buatan ibu Zurina cukup menyelerakan . Lantas dia menggapai kunci kereta dan beg tangan kemudian berlalu keluar daripada pantri .
Dalam perjalanan ke kedai makan Zarina hatinya bersiul riang kerana tidak sabar nk mengisi perut yang lapar . Tak sabar sungguh juga untuk melihat sahabatnya yang sorang tu . Tiba-tiba dia teringatkan jejaka yang sering mengundang sakitnya Syed Izril membuatkan Maira Medina tidak senang duduk .
"Tidak silap pukul 1 tadi Faizal telefon bertanya tentang kedai makan Zarina . Oh Mungkin dia habis makan dahh lagipun pukul 2:30 dah ni so tak mungkin dia makan lama sangat", getus hati kecil Maira Medina risau jika terserempak dengan mamat tunjang tu . Maira Medina cuba berfikiran positif lalu meneruskan perjalan ke kedai makan Zurina .
Faizal dan Syed Izril berjalan memasuk kedai asam pedas tu dan memilih tempat yang strategik iaitu di bawah kipas . Hati Syed Izril cukup panas sudah lah Faizal diam tanpa menjelaskan apa-apa mengenai Maira Medina dan macam mana dia boleh dapat nombor wanita kecil itu . Tadi pula , dia sibuk nak ke tandas dah terpaksa menunggu turn untuk masuk kini dah 2:30 bru smpai kedai Zurina . Dipandang Faizal dengan muka tidak puas hatinya .
"Halah tak payah nak buat muka kau . Aku tahu kau takkan puas hati selagi aku tak bagitahukan macam mana aku boleh dapat nombor Maira Medina", kata Faizal lantas dibalas dengan anggukan daripada Syed Izril . Syed Izril menayangkan riak muka tidak sabarnya .
"Okay lah cerita dia macam ni em em aku kan bercuti balik melaka so aku berjalan kat mall waktu tu and tak sangka boleh terserempak dengan Maira Medina yang cantik lagi comel",cerita Faizal memaparkan riak muka excited nya itu . Syed Izril memuncungkan bibirnya
"Ohh halah rugi pulak rasa tak ikut kau ek", balas Syed Izril cuba memaparkan riak sedih tanpa dia sedar . "Kau yang taknak kan ? Aku dah ajak banyak kali dah . Kau ni muncung sedih
bagai kenapa ? ke kau dah tangkap cintan dengan Maira", Faizal mengangkat keningnya memandang Syed Izril.
"Ohh haa mana ada . Maksud aku rugi tak ikut sebab tak dapat aku nak sakitkan hati minah senget tu", jawab Syed Izril menidakkan kata - kata Faizal tadi .
"Kau memang . Pantang jumpa diaa manjang kau nak cari gaduh",balas Faizal lalu dibalas senyuman kecil Syed Izril .
Zurina yang menjaga kaunter terkejut beruk melihat dua jejaka yang amat dikenalinya berada di kedai miliknya .
"Halamak", getus hati kecil Zurina . Dia berjalan ke arah dua orang jejaka itu .
"Hai , Makan sini eh ? nak order apa ye", tanya Zurina seraya mengeluarkan buku kecil untuk mengambil order .
"Ya . Em kami nak set C ni lah tapi nasi bagi banyak sikit eh heee lapar", balas salah seorang jejaka membuat lawak lantas dibalas senyuman Zurina . "Habislah kau Maira kalau datang ni", getus hati Zurina .
"Okay tunggu sebentar ya", Zurina melangkah ke arah dapur dan menyerahkan kertas yang ditulisnya tadi . Lalu dia kembali duduk si kaunter .
Selang beberapa minit tiba-tiba dilihat gerangan yang ditunggu tunggunya iaitu Maira Medina . Dia segera berlari ke arah Maira Medina . Maira yang berjalan masuk ke dalam kedai terkejut dengan kelibat Zurina .
"Kau kenapa berlari dalam kedai ni",tanya Maira Medina pelik . Terkejut aku je dah dah aku nak duduk sebab penat seharian ni . Zurina yang baru nak menyampaikan hajatnya terhalang lalu membuntuti Maira Medina ke tempat duduk .
"Alamak", kata Maira Medina perlahan apa bila melihat jejaka tunjang yang menyakitkan hatinya . Syed Izril !
Langkahnya terhenti . Zurina yang dibelakang tersentak bila Maira Medina berhenti tiba-tiba . Lantas dilihat muka Maira yang memandang Syed Izril . Tanpa sedar , mereka bertentang mata dengan dia . Damn ! Habislah .
"Maira Medina duduk la sini", jerit Syed Izril melambai-lambai . Maira Medina berjalan buat dunno dan duduk di tempat jauh daripada jejaka tunjang itu . Dia dengar Syed Izril menjerit jerit nama nya namun dia buat tak layan lantas dikeluarkan telefon bimbitnya .
"Manager mana manager ye", tanya Syed Izril kepada pelayan restoran itu . Pelayan itu memanggil Zurina . Sewaktu Zurina nak bangun Maira menahan tangannya . Maira menggeleng supaya jangan pergi kepada jejaka gila itu .
"Hish dia nk jumpa manager tu . Aku terpaksa le pergi sebab dia kan pelanggan . Sekejap je tau", Zurina berjalan ke arah meja Syed Izril .
"Zurina right", tanya Syed Izril lalu dibalas anggukan daripada Zurina .
"I nak Maira duduk dekat sini boleh ? Kalau dia taknak paksa jugak or I buat kecoh kat sini eh", balas Syed Izril . Zurina angguk lepastu jalan ke arah Maira .
"Huih kau ni , biarlah Maira tu kau manjang menyakitkan hati dia", kata Faizal mencebik sedikit lalu hanya dibalas dengan sengihan daripada Syed Izril sahaja .
"Maira dia nak kau duduk setable dengan dia lah", balas Zurina . Maira tercengang memandang Zurina .
"Biar betul kau ? Hish taknak aku setable dengan orang gila", balas Maira Medina seraya memuncungkan bibirnya . "Kau kata dengan dia no way aku nk duduk situ walaupun dia amik tu tempat kegemaran aku tau", balas Maira semula lalu ditoleh sekilas Syed Izril dilihat Syed Izril tersenyum kambing . Huh !
"Maaf tapi tuan punya badan taknak lah", balas Zurina setelah kembali ke meja Syed Izril . Syed Izril mendapat satu idea lalu dia mengajak Faizal berjalan ke meja Maira .
"Hai Holla", sapa Syed Izril lalu menarik kerusi di hadapan Maira . Maira buat dunno sambil matanya leka menatap phonenya .
"Hai Maira", sapa Faizal pula . Laju Maira membalas hai Faizal . Dipandang muka Faizal tanpa sedikit pun memandang Syed Izril . Sengaja dia mahu membakar hati Syed Izril . Terbit satu senyuman nakal di bibir Maira Medina .
"Hish sengaja nk cari pasal minah pendek ni tau", getus hati Syed Izril .
"Orang yang depan mata tak nampak orang lain nampak pulak",
Share this novel