Zara berlari anak menuruni anak - anak tangga. Dadanya masih terasa gemuruh sejak peristiwa di dalam bilik majikannya tadi.
Laju kakinya di bawa ke dapur, cuba meredakan gelodak yang sedang berperang di dalam hatinya ketika ini, dia menghampiri arah satu set meja makan yang terdapat di dalam dapur itu dan menarik satu kerusi, punggungnya dilabuhkan ke situ, matanya memerhati petugas - petugas bahagian dapur melakukan tugasnya. Dia melemparkan senyuman manisnya kepada tukang masak dan pembantu dapur yang yang sedang sibuk menyediakan itu ini untuk penghuni rumah ini. Masing - masing terlihat fokus dengan tugas yang sedang mereka lakukan.
Zara sendiri tidak pasti berapa orang yang tinggal di dalam rumah besar ini. Nak ditanyakan pada Kak Lily masih terlalu awal, emmm...Nanti - nantilah tanya.
"Hai awak, awak pekerja baru dekat sini ker? sebab saya tak pernah nampak sebelum ni" soal salah seorang dari mereka.
Zara senyum, dia mengangguk perlahan. "Yer, betul, saya baru sampai malam tadi," balas Zara sopan. Tidak tahu apa lagi yang mahu di balasnya. Terasa sedikit kekok. Maklumlah baru hari pertama. Masih dalam peringkat pengenalan dan mengenal hati budi.
Lelaki muda itu mendekati Zara yang sedang duduk di kerusi itu. Melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Zara. Sambil tangannya dia letak ke atas meja. Lagaknya seperti seorang wartawan yang ingin menemubual seorang tokoh.
"Nama saya Zakuan, panggil Wan jer, saya tukang masak dekat rumah ni," lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Zara mengangguk perlahan, senyum manisnya tidak pernah lekang dari ulas bibirnya itu.
"Awak nama siapa?" Wan masih lagi mahu mengajaknya bersembang. Terlihat peramah di mata Zara. Sepertinya kelihatan seperti orang yang baik - baik.
"Zara...Jumpa akak kejap," terdengar suara Kak Lily yang baru masuk ke ruang dapur memanggil namanya.
"Nama saya, Zara Sakeena," sempat dia membalas pertanyaan lelaki itu dan berlalu pergi menghampiri Kak Lily yang sedang menunggunya.
"Zara Sakeena, cantik nama tu, macam tuannya juga," Zakuan bermonolog. Dipandang belakang badan Zara Sakeena yang semakin menjauh.
Terdengar dari belakang suara Wan memuji dirinya. Tapi tak pula dia menoleh, langkah lajunya di bawa ke arah Kak Lily.
"Yer, Kak Lily..." Jawab Zara apabila dia sudah semakin hampir dengan Kak Lily.
"Zara, Tuan Aafif dah pergi ke tempat kerja, nanti Zara masuk ke bilik dia dan kutip baju - baju kotor dia, ada dalam bakul kat tepi pintu bilik wardrobe," maklum Kak Lily berupa satu arahan.
"Baju - baju kotor tu bawak turun ke bawah, nanti akak ajar cara nak cuci baju - baju Tuan Aafif," sambungnya lagi.
"Okay baik Kak Lily, Zara pergi sekarang," jawab Zara terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik Tuan Aafif.
Sampai di depan pintu, Zara memulas tombol pintu bilik itu. Menonong langkah kakinya memasuki bilik itu semula. Matanya melilau mencari bakul pakaian kotor yang dimaksudkan oleh Kak Lily. Hmmm...Jumpa pun...
Matanya terpanah pada hujung bahagian tepi pintu bilik wardrobe, ada sebuah bakul di situ. Terus langkah di bawa ke arah situ dan mengambil bakul itu untuk di bawa turun ke bawah.
Dia pergi menghampiri Kak Lily yang sedang fokus memberi arahan kepada pembantu tukang masak di dapur.
"Buat dulu apa yang saya suruh tadi," arah Kak Lily kepada pembantu tukang masak itu, kedua - duanya mengangguk faham..."Okay, jom Zara kita ke laundry room," ajak Kak Lily.
Kak Lily membawanya ke bahagian laundry room. Ada mesin basuh dan mesin untuk pengering pakaian di situ. Zara diajar cara - cara menggunakan alatan mesin itu. Fokus untuk cuba memahami apa yang perlu dia lakukan.
"Kak Lily, Zara nak tanya sesuatu boleh?untuk makan tengahari Tuan Aafif ada balik makan dekat rumah ker?" soal Zara, sebab kalau diikutkan senarai tugasan yang diberikan oleh Kak Lily, dia perlu bersedia jika Tuan Aafif balik makan tengahari. Macam mana dia nak tau yang Tuan Aafif akan balik makan di rumah. Pemakluman bagaimana yang dia akan dapat? Fikirnya.
"Oh, kalau untuk makan tengahari, biasanya Encik Syaqir yang akan maklumkan pada akak, nanti kalau ada pemakluman tu, akak bagitau Zara yer," maklum Kak Lily. Senyum...
"Zara dah fahamkan cara penggunaan mesin basuh dan mesin pengering ni, kalau takde apa, akak pergi dulu. Haaa,,, jangan lupa, setiap baju yang sudah di basuh dan dikeringkan kena terus iron dan sangkut terus ke dalam almari dalam bilik wardrobe," Sejurus mengatakan itu, Kak Lily berlalu keluar dari ruang laundry itu setelah mendapat anggukan dari Zara,,, meninggalkan Zara seorang diri di situ. Zara memulakan tugasan pertamanya. Cepat dia belajar. Cekap walaupun baru pertama kali dia melakukannya.
Zara meletakkan baju yang siap digosok ke dalam almari. Dia memandang jam yang terletak elok pada dinding bilik itu. Waktu sudah menginjak ke tengahari. Semua dia sudah selesaikan, kemas bilik, bersihkan bilik air, kemas cadar dan seumpama dengannya. Dia menapak semula turun ke aras bawah.
"Kak Lily, semua Zara dah selesaikan, apa lagi yang Zara nak kena buat ekk?" soal Zara menghampiri Kak Lily di ruang dapur. Mungkin sedang memantau pekerja - pekerja bawahannya di situ.
"Semua dah siap kemas dan bersihkan?" soal Kak Lily.
Zara anggukkan kepalanya, "dah Kak Lily, semua dah selesai," balas Zara cepat.
"Okay, kalau macamtu, Zara pergilah rehat, sekarang ni dah boleh makan tengahari, Zara pergi makan dulu," jawab Kak Lily, sambil melemparkan senyumannya. Bagus Zara buat kerja, cekap. Mesti dah terbiasa buat kerja rumah. Nampak tak kekok. Cepat pula dia belajar. Desisnya di dalam hati.
Jam 6.00 petang, kelihatan kelibat Tuan Ammar sudah pulang dari kerja, Abangnya masih belum kelihatan. Zara yang ketika itu membantu menyusun makanan di meja makan memandang ke arah Tuan Ammar yang berjalan ke arahnya.
"Hai Zara, macam mana harini okay? dapat sesuaikan diri kat sini tak?" soal Ammar ramah. Memang Ammar layannya baik, tidak seperti si abangnya yang muka kelat 24 jam itu. Nasib baik hensem. Menutup segala sifat bekunya itu.
"Zara okay Tuan Ammar, Alhamdulillah, sikit - sikit dah boleh sesuaikan diri kat sini, inshaAllah Zara akan buat kerja baik - baik, lagipun tugasan Zara hanya menjaga segala keperluan Tuan Aafif sahaja," Balas Zara, dipandang wajah yang sedang memerhatikannya itu.
Dahi Ammar berkerut, "hanya menjaga keperluan Tuan Aafif?," diulang semula kata - kata Zara padanya tadi dalam bentuk pertanyaan.
"Haah, seperti yang dimaklumkan oleh Kak Lily pada Zara macam tulah," datar sahaja jawapan balas Zara pada Ammar.
"Emmm....Okay," pendek sahaja responnya. Cepat betul abangnya itu buat kerja, takde pula dia berbincang dengannya pasal hal ni. Hmmm...
"Tapi satu abang nak ingatkan, jangan panggil Tuan Ammar, panggil Abang Ammar, dah cakap dekat hutan haritukan. Zara lagi muda dari abang, kalau abang dengar Zara panggil 'Tuan' lagi, abang dah taknak kawan lagi dengan Zara" Ujar Ammar, terselit ayat ugutan di situ, terus dia bawa langkahnya ke arah tangga. Dalam membawa langkah ke situ, dia terserempak dengan abangnya Aafif yang baru pulang dari kerja. Ketat semacam je muka. Macam tercekik buah kedondong. Ammar teruskan saja langkahnya berlari anak meniti anak tangga. Malas nak melayan wajah cemberut abangnya itu. Sedangkan hatinya masih terfikir akan kata - kata Zara sebentar tadi.
Zara terpinga-pinga, 'apa kena dengan dia ni? tiba - tiba je berperangai macam tu. Dia menelan liurnya. Dahinya berkerut cuba menghadam kata - kata Ammar sebentar tadi. Dah rosak ke otak Ammar ni, tiba - tiba suruh panggil dia 'abang'. Tak ke nanti orang akan fikir dia bukan - bukan. Dahlah dia masih baru dekat sini. Hishhh... Peliklah perangai. Tapi harus ker dia tukar panggilan tu? hmmm...Dia melepaskan keluhan, malas nak difikirkan, segera dia berlalu ke dapur semula.
Tepat jam 8.00 malam Aafif dan Ammar turun makan, hanya berdua. Zara sendiri pelik, sejak kedatangannya dari semalam, dia belum nampak lagi kelibat keluarga tuannya yang lain - lain, mak ayah, adik - beradik, tak kelihatan kecuali Ammar. Nak tanyakan pada Kak Lily atau Wan belum masanya lagi, dia cuba abaikan sejenak perkara yang mengganggu fikirannya saat ini. Yang Zara tau semua tukang masak dan pembantu tukang masak semua lelaki yang seramai empat orang itu. Pekerja wanita hanya Kak Lily, dirinya dan ada dua orang lagi yang membuat kerja - kerja pembersihan seluruh rumah. Tukang kebun ada dua orang.
Zara melayan mereka berdua menjamu selera. Disendukkan nasi dan lauk ke dalam pinggan Aafif, dan dihulurkan kepada lelaki itu.
"Zara tolong letakkan untuk abang sekali," mohon Ammar sambil menghulurkan pinggan kepada Zara. Senyuman terpaling manis dia pamerkan untuk gadis di depannya ini.
Uhukkk,,, Aafif tiba - tiba terbatuk - batuk. Cepat - cepat Zara hulurkan air kepadanya. Tersedak agaknya, fikir Zara.
Zara menyambut huluran pinggan dari Ammar dan diletakkan nasi. Lauk biar dia ambil sendiri. Tangan ada kan. Lainlah kalau dengan Aafif, dah memang tugasnya menjaga keperluan lelaki itu. Termasuk dalam skop kerjanya.
"Terima kasih Zara. Bertambah selera dan semangat abang nak makan dekat rumah sejak Zara ada kat sini." Ucap Ammar, sempat lagi mengusik Zara yang sudah tersipu - sipu. Matanya dia kerlingkan pada abangnya itu, mahu melihat reaksi lelaki itu.
Sedangkan Aafif hanya diam mempamerkan muka ketatnya, sambil meneruskan suapannya.
Zara angguk dan senyum, dia berlalu ke dapur meninggalkan mereka berdua yang sedang menjamu selera itu. Duduk di kerusi yang ada di dapur, memandang Wan dengan Abang Zul melakukan tugas - tugasnya.
"Pandai Wan dengan Abang Zul masak," puji Zara, setakat yang dia makan masakan diaorang semuanya sedap - sedap, takde lagi yang tak sedap pada tekaknya. Semuanya 5 bintang.
"Biasa - biasa je Zara, dulu Wan memang ambil kursus dalam bidang masakan, benda yang duk mengadap hari - hari memanglah boleh mahir. Alah bisa tegal biasa," balas Zakuan, sambil menghulurkan semangkuk bubur kacang untuk Zara.
"Zara kalau teragak nak makan apa - apa bagitau je pada abang, abang boleh masakkan. Jangan malu - malu, kita kat sini semua dah macam satu keluarga," Abang Zul menyampuk, dia yang sedang mengemas bahagian atas dapur menoleh pada mereka. Pembantu tukang masak yang lagi dua orang itu melakukan tugas - tugas mengemas bahagian peti sejuk dan meletakkan semula bahan - bahan basah yang tidak habis digunakan tadi ke dalam peti sejuk itu.
Zara hanya senyum, dia mengangguk - anggukkan kepalanya. Dia bersyukur Allah SWT telah makbulkan doanya, mempertemukan dirinya dengan insan - insan yang baik ada di depannya sekarang ini. Cukuplah hidupnya derita disebabkan perbuatan tidak berperikemanusiaan ayah kandungnya itu. Seorang yang tidak layak digelar ayah. Dia bukan membenci tapi hatinya sakit. Sedih hatinya dengan tindakan ayahnya yang tergamak mencagarkan anak kandungnya sendiri kepada ketua penjahat itu. Dia berharap agar dia tidak akan dipertemukan lagi dengan ayahnya. Selama ibunya hidup, tidak pernah dirasai oleh ibunya kebahagian dan kesenangan hidup. Melainkan kesusahan yang diciptakan oleh ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu. Setiap hari ibunya berendam air mata. Derita yang ibunya tanggung sudah berakhir. Derita kerana bersuamikan seorang penjudi. Hati Zara lirih bila mengingatkan itu. Berharap kehidupan mendatangnya akan ada sinar yang bertandang. Yang akan menyinari hidup - hidup kelamnya. Dia sudah tidak kisah mengabdikan dirinya di sini. Lagi baik dia bekerja di sini dari hidup di luar sana yang tidak tahu hala tujunya lagi.
Zara mengemas meja makan setelah dua orang majikannya itu selesai. Rutinnya sudah berakhir untuk harini. Dia masuk ke bilik setelah semuanya selesai.
Dalam keadaan berbaring matanya terkelip - kelip memandang ke atas syiling, fikirannya jauh menerawang, memikirkan hala tuju masa depannya dan sampai bila dia harus berada di rumah ini. Harap dia tidak akan dihalau secepatnya kerana dia masih tidak betah untuk membina hidup bersendirian di luar sana. Hidupnya yang ibarat seperti anak yatim piatu. Bukan dia tidak pernah cuba untuk mencari kerja semasa masih tinggal bersama dengan ayahnya dulu...Pernah... Tetapi kebiasaannya kerja itu tidak akan bertahan lama ekoran ayahnya yang akan membuat kacau dan memeras ugutnya Di tempat kerja supaya memberikan dia duit. Last..Last, majikan pun dah tak tahan. Dia diberhentikan dengan serta - merta. Macam mana dia nak mulakan hidup sendiri. Dirinya masih dibayangi dengan ayahnya. Dia takut. Andai dirinya berjumpa semula dengan ayahnya itu, sudah pasti dirinya tidak akan selamat lagi.
Sampai bila agaknya dia harus menghadapi semua ini. Dia rindukan rumahnya. Tapi untuk pulang semula ke situ dia tidak betah. Kadang - kadang, timbul satu rasa jahat dalam dirinya, mendoakan agar Allah SWT cepat - cepat menamatkan riwayat hidup ayahnya itu. Biar ayahnya cepat mati, biar hidupnya tiada lagi gangguan. Dia cuma mahu hidup tenang. Hidup bebas tanpa perlu takut pada sesiapa dan bebas melakukan apa sahaja di luar sana serta bebas untuk keluar bekerja.
Happy reading semua... -Es Lilin-
Share this novel