Di dalam bilik....
Zara memusing - musingkan badannya dengan bergolek di atas katil, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, puas dicuba untuk melelapkan mata. Susah benar matanya untuk nak melabuhkan tirainya, nak kata dia minum kopi sebelum tidur, takde pulak. Dia mengerling sejenak ke arah jam di dinding pemberian Wan kepadanya. Waktu sudah menginjak ke angka 10.30 malam. 'Hmmm, awal lagi, patutlah susah sangat matanya nak lelap,' desisnya.
Dia mencapai cardigan pemberian Kak Lily kepadanya dan menyarungkan pada tubuh langsingnya itu. Rambut panjangnya yang lebat itu disanggul tinggi, cucuk sanggul diselitkan pada rambut panjangnya itu. Dia memang tidak gemar membiarkan rambutnya terurai tanpa diikat...Rimas...
Dia memulas tombol pintu biliknya, langkah diatur perlahan menuju ke arah pintu utama. Dia bawa jejaknya keluar dari pintu utama itu, menghala ke arah taman mini yang berada di tengah laman. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi batu yang ada di situ. Angin malam yang sejuk amat mendamaikan. Pandangan di hala ke atas langit sana, cuaca kelihatan mendung, bintang - bintang seakan menyorokkan diri. Taman itu terang ditemani lampu - lampu hiasan. Tiada perasaan takut dalam dirinya ketika ini kerana fikirnya pengawal keselamatan ada di pondok tepi pintu gate utama. Duduk berseorangan di situ buat jiwanya tenang. Tiada gangguan. Dia sedaya upaya cuba mengusir fikirannya dari menerawang ke arah perkara yang bukan - bukan. Tapi ingatan itu kerap kali juga menjengah di layar matanya.
Semerta ingatannya terimbas ketika berada di rumahnya. Biasanya sebelum tidur dia suka melihat bintang yang bertaburan di langit melalui tingkap biliknya. Menghabiskan sejenak waktunya di situ. Hidupnya terisi ketika ibunya masih hidup. Ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara ketika dia baru habis menyelesaikan exam STPM, sejak itu hidupnya kosong. Ditambah pula dengan sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dia semakin terasa terasing. Di menganggap dirinya tidak punya sesiapa. Tiada tempat untuk meluah dan tiada juga tempat untuk dia berkongsi rasa. Kadang dia cemburu dengan kawan - kawannya yang mempunyai keluarga yang begitu harmoni, begitu bahagia...Tapi Dia??? Air matanya bergenang. Setiap kali mengenangkan nasib diri, hatinya sebak. Entah bagaimana hidupnya di masa mendatang. Seolah hidupnya sebatang kara, tidak punya keluarga padahal masih punya ayah. 'Ibu,,, kenapa terlalu cepat ibu tinggalkan Zara? Tidak kasihankah ibu pada Zara? Zara tak punya sesiapa lagi ibu, hidup Zara sepi, ayah pun tak pernah nak sayangkan Zara,' Dia merintih, air mata yang mengalir di pipi dia seka perlahan. Cuba memejamkan matanya sejenak, membayangkan ibunya ada bersama di sisinya, menemani dirinya ketika ini.
Sesekali angin sejuk menampar - nampar wajahnya. Dia menggeliatkan badannya menahan rasa sejuk itu. Cardigan dia tarik merapat pada badannya.
"Buat apa duduk sini sorang - sorang, tak tidur lagi ker?"
Terhinggut badan Zara. Zara berpaling apabila ada suara yang menegurnya dari belakang dan terasa ada sesuatu menempel pada badannya. Terus hilang rasa kedinginan yang dirasakan ketika ini. Terasa hangat. Dia selesa. Secepatnya dia seka saki baki air matanya. Tidak mahu dilihat orang.
"Terima kasih atas jaket ini," jawabnya datar, tidak berminat menyambung kata.
Lelaki itu terus melabuhkan pungungnya di ruang sebelah Zara atas kerusi batu yang sama. Bersama - sama menikmati suasana malam bersama gadis itu. Gadis yang telah banyak mengacau jiwanya juga hatinya sejak kali pertama dia memandang gadis itu.
"Dari tadi abang tengok Zara duduk kat sini, kenapa ni? ada masalah ker? duduk sorang - sorang," soal Ammar, menunakkan pandangan matanya pada gadis cantik di sebelahnya ini. Entah kenapa, dia begitu tertarik dengan wajah lembut gadis di sebelahnya ini sejak kali pertama dia memandang wajah itu ketika di dalam hutan sebulan yang lepas. Boleh hilang segala masalah jika memandang mata redup gadis ini. Berkulit putih kemerahan. Natural beauty tanpa ada cela - cela jerawat mahupun jeragat. Sedari tadi juga dia memandang gadis itu yang mengelamun seorang diri di taman ini dari arah tingkap biliknya, sebab itu dia turun menjengah. Terdetik rasa risau dalam hatinya. Sudah diagak mesti Zara, sebab yang lain - lain takdenya nak melayan perasaan seorang diri di sini.
Zara senyum, "Maaf Tuan, saya sebenarnya tak boleh tidur, sekadar datang ambil angin malam jer dekat sini. Bolehkan?" maklum Zara, sebenarnya risau juga hatinya jika dia sebagai pekerja di rumah ini tidak dibenarkan untuk duduk di taman ini. Sebab ni kali pertama di berbuat demikian sejak sebulan dia menabur bakti di sini.
"Emmm, tengok tu, Zara langsung tak nak dengar cakap abangkan? abang dah cakap jangan panggil 'tuan', tapi Zara tetap juga panggil...Tak nak kawanlah macamni," Ammar buat - buat merajuk. Terus dia berpaling ke arah lain.
"Eee, buruknya bila orang tua merajuk. Emmm... Yela Abang Ammar sorry, merajuk macam pondan," Zara menekup mulutnya, terlepas cakap. Dia menelan liurnya. Cuak juga. Mula menyalahkan mulutnya yang cabul itu. Kang tak memasal kena halau dari rumah ni. Ke mana lagi dia nak pergi. Huhuhu...Ampunkan Zara...
"Hahaha," Ammar ketawa lepas. "Ada ke cakap abang macam pondan, hehehe," masih lagi ketawa dan menghabiskan sisa - sisa tawanya. "Abang ni lurus tau, tak bengkok," Ammar menyambung kata.
"Hehehe, takde pulak Zara tanya Abang Ammar lurus atau bengkok," Balas Zara sambil membuat bulatan mata.
"Okay, berbalik kepada point utama kita tadi, Zara ada masalah ker? duduk mengelamun sorang - sorang kat sini, dahlah malam - malam ni banyak nyamuk," Soal Ammar, masih lagi ada tawa yang tersisa pada ulas bibirnya. Hmm... Pondan pun pondanlah, nasib baik ayat itu terkeluar dari mulut Zara, kalau keluar dari mulut orang lain memang dah lama kena luku...
"Saja je, Zara tak boleh tidur, takpe ke kalau Zara lepak kat sini? ada jadi satu kesalahan tak? yela Zara ni hanya pekerja je dekat rumah ni, sebab tu Zara tanya, kalau menjadi satu kesalahan Zara takkan duduk sini lagi lepasni," terang Zara dalam masa yang sama turut menyoal kepada Ammar, risau juga jika pekerja sepertinya dilarang untuk lepak di sini.
"Boleh Zara, nak lepak selama mana pun boleh, tak jadi kesalahan pun, yang menjadi kesalahan jika Zara lepak sorang - sorang tak ajak abang join sekali," hehehe... Sempat juga dia masuk jarum. Saja mahu mengusik gadis di sisinya ketika ini.
Hehehe, Zara juga turut ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan. 'Sempat lagi dia'...Desis Zara.
Ketawa pun sopan. Leka pula Ammar menilik wajah gadis itu, comel pula dia ketawa. Tapi apabila teringatkan kata - kata Zara tempoh hari, yang Zara hanya diarahkan untuk menjaga keperluan Abangnya Aafif sahaja, serentak itu senyumannya terus mati di situ. Terus pandangannya dia lepaskan ke atas langit sana.
"Abang Ammar kalau Zara nak tanya sesuatu boleh?" soal Zara dalam gugupnya. Memikirkan cara mahu menyusun kata. Sebab pertanyaannya itu terselit sifat kepocinya. Sekadar mahu tau. Bukannya ada sebab lain pun.
"Tanya apa?" Ammar yang leka memandang ke arah bintang di langit sedikit tersentak, terus dipalingkan wajahnya ke wajah gadis cantik di sebelahnya itu. Menunggu soalan apa yang akan ditanya oleh Zara.
"Kenapa dalam rumah ni hanya ada dua orang jer, Tuan Aafif dengan Abang Ammar, family lain takde ker?" Zara menunduk setelah bertanyakan hal itu. Perasaan takutnya tetap juga ada. Nampak soalannya seperti terlalu menyibuk di situ.
"Errr, maaf jika soalan Zara ini kedengaran seperti menyibuk," ucap Zara.
Ammar senyum..."Sebenarnya abang masih ada mama, tapi mama tak duduk sini, dia tinggal di rumah lain ikut suami barunya. Rumah ni peninggalan arwah papa abang. Abang hanya dua beradik dengan Abang Aafif. Abang anak bongsu, mama akan datang ke sini setiap hujung minggu dan dia jarang bermalam di sini. Abang tak berapa rapat dengan bapa tiri abang," Ammar menerangkan dengan detail, bagi Zara faham.
Zara hanya mengangguk, fahamlah dia akan situasi di dalam rumah ini. Segala persoalan yang membelenggu dirinya sudah terjawab. Hmmm, patutlah masing - masing yang ada di rumah ini memanggil majikannya yang dua orang itu dengan panggilan 'Tuan'.
"Sekarang ni giliran abang pula yang tanya pada Zara. Ceritakan pula kisah hidup Zara pada abang," pinta Ammar ingin tahu..
Zara menelan liurnya. Tak tahu dia mahu mulakan dari mana. Kisah hidupnya tak seindah orang lain. Banyak pahit dari manisnya. Dia membuang pandang ke arah langit. Cuba mencari idea untuk menyusun ayat.
"Zara, maaf kalau permintaan abang tadi buat Zara sedih, kalau Zara tak bersedia untuk cerita, tak perlu cerita yer," ujar Ammar, terselit rasa bersalah dalam dirinya. Mungkin gadis ini tidak bersedia kerana terlihat jelas riak muram pada wajah gadis di sebelahnya ini.
"Emmm, takpe abang, Zara sebenarnya tak tau nak mulakan cerita Zara dari pada mana, sebab cerita Zara tak seindah orang lain. Zara hanya ada ayah, ibu Zara sudah meninggal dunia disebabkan kanser payudara tiga tahun yang lepas. Selepas itu Zara hidup hanya dengan ayah. Tapi ayah Zara tak seperti ayah orang lain, senang cerita tidak layak digelar ayah pun kerana sikapnya yang seorang kaki minum dan juga kaki judi. Suka juga berhutang dengan Ah Long. Pernah Zara beberapa hari tak makan kerana semua duit ayah buat berjudi, hanya minum air buat mengalas perut, barang dapur semua dah habis. Duit simpanan Zara pemberian ibu juga turut dia ambil untuk melunaskan hutang judinya," air mata Zara bergenang. Terus diseka dengan hujung bajunya.
"Kemuncak dia tak dapat nak lunaskan hutang dia, ayah cagarkan Zara pada penjahat - penjahat tu. Sebab itulah pada malam tu Zara lari. Sehingga terdorong untuk menyorok dalam khemah Encik Syaqir, Zara terpaksa, bukan Zara suka - suka," sambungnya lagi menghabiskan kata - katanya. Air matanya laju membasahi pipinya. Dia seka laju dengan hujung lengan bajunya. Entahlah apabila menceritakan dan mengingatkan kisah hidupnya, hatinya juga akan turut berduka.
"Sekarang Abang Ammar dah taukan kisah hidup Zara. Takde yang istimewa pun kisah hidup Zara, banyak duka daripada suka," Zara melepaskan segala yang terbuku dan yang tersimpan kemas di dalam hatinya, dia sedaya - upaya cuba menahan tangisnya tapi air mata itu terlihat sangat murah menuruni tubir mata dan jatuh berjurai ke pipinya.
"Kadang - kadang kita kena sorokkan hati yang sedang berduka untuk terbitkan rasa gembira, itu yang Zara sedang buat dalam hidup Zara sehari - hari. Zara tak nak orang lain pandang Zara dengan rasa simpati. Walaupun hakikatnya hidup Zara tersembunyi seribu rasa duka." Ujarnya lagi, matanya dia kedip - kedipkan perlahan, menahan rasa pedih yang sedang mengganggu.
Secara sepontan, tangan Ammar laju menyeka air mata yang mengalir di pipi Zara. Turut sama bersimpati akan nasib gadis itu.
Ammar hanya diam. Sungguh sukar hidup gadis ini. Tak pernah dia duga begitu perit hidup Zara. Nasib baik Zara berjumpa dengan mereka pada malam itu, jika tidak tak taulah apa nasib gadis ini, mungkin juga dah jadi mangsa nafsu serakah lelaki jalang di luar sana. Seram bila memikirkan akan hal itu.
"Zara, jangan takut dan jangan risau, Zara selamat di sini. Selagi ada abang, abang akan jaga Zara. Tak kan abang biarkan sesiapapun buat perkara yang bukan - bukan pada Zara. Zara tinggal terus je kat sini. Zara akan selamat. Percaya cakap abang," tukas Ammar dihala pandangan matanya pada gadis itu, sebelum dia lontarkan pandangannya ke arah langit. Ikutkan hatinya mahu di peluk gadis itu erat - erat. Mahu mengurangkan rasa kesedihan yang sedang mengganggu jiwa gadis itu sekarang ini. Tapi dia tahankan dirinya.
Ada sepasang mata yang memandang dari balkoni di tingkat atas. Pandangan yang tersembunyi seribu makna yang tersirat, hanya diketahui oleh pemilik mata itu sahaja.
Setiap bilik dan ruang terbuka di tingkat atas memang disediakan balkoni. Yang turut dihias dengan dekorasi yang menarik.
Pandangan matanya tajam memanah seperti seekor helang yang memandang pada mangsanya, seakan mahu menerkam. Dia berdecit kuat. Tangannya turut melepaskan tumbukan pada besi pagar penghadang itu. Langkahan kakinya melaju memasuki biliknya. Begitu lama dia memandang ke arah pasangan yang duduk berdua - duaan di taman itu. Hmmm... Dia mengeluh geram...Tak dapat dia tahankan lagi rasa yang bertamu di dalam dirinya apabila melihat Ammar menyentuh pipi Zara. Apa sebenarnya yang dia sedang alami sekarang ini? Dulu semasa mama dah carikan calon untuknya, sedaya upaya dia cuba membantah. Tapi apabila dengan Zara Sakeena...Hmmm... Tidakkkkk... Jangan racun lagi jiwa dia... Dia cuba usir jauh - jauh perasaan asing itu. Kenapa dia harus ada rasa itu apabila berkaitan dengan Zara Sakeena. Zara Sakeena bukannya siapa - siapapun dengan dirinya. Dia cuba bersikap positif. Walaupun hati seakan tidak merelakan.
Sedangkan di taman mini itu, Zara dan Ammar masing - masing sedang melayan perasaan sendiri. Menghayati kesejukan angin malam, melihat bintang - bintang di langit yang seakan malu memunculkan dirinya. Sesekali mereka tersenyum apabila pandangannya berlaga.
Happy reading semua... -Es Lilin-
Share this novel