"Penjahat tu dah pergi, kau keluar dari khemah ni sekarang, tuan aku nak cakap dengan kau." Balas lelaki itu menjengahkan kepalanya dari dalam khemah.
"Errr...Errr...Emmm...Emmm..." Zara tergagap - gagap... Dadanya berombak kencang. Dia menggigit bibir bawahnya bagi mengawal emosinya. Betul - betul tak tenteram jiwanya tika ini.
"Tak payah nak 'Emmm...Emmm' sangat, cepat bergerak sebelum aku heret kau keluar," Ujar lelaki itu tegas. Langsung takde kompromi. Hmmm...Langsung tak boleh berlembut dengan perempuan naif sepertinya.
Zara bangun dan berdiri, dia mengurut dadanya yang berdetak kencang ekoran kata - kata yang menyentakkan dirinya itu. Dia akur dan bergerak keluar dari khemah itu. Terserlah kegugupan pada wajahnya.
Dia di bawa ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari unggun api yang marak menyala itu. 'Apa dia nak buat dekat aku ni,' desisnya. Menggigil badannya menghampiri jejaka itu, 'ni mesti tuan dia,' suara itu hanya berlegar - legar di ruang tenggoroknya sahaja.
Kelihatan lelaki itu berbisik dengan lelaki yang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh membelakangi dirinya ketika ini, lelaki itu berpaling mengadapnya.
"Kau Zara Sakeena," jejaka itu menunakkan pandangan ke dalam anak matanya sambil meraup - raup bahagian dagunya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Tapi jauh di sudut hati, dia memuji wanita cantik di depannya ini. Natural beauty tanpa mekap tebal lima inci. Dia tepis jauh - jauh godaan yang sedang mengganggu fikirannya tika ini. Cuba beriak setegas mungkin.
"Kau tau tak apa salah kau?" Soalnya lagi. Matanya dipicing ke arah gadis itu.
Zara Sakeena menggeleng - gelengkan kepalanya walaupun dia tau akan salahnya, tindakan sepontan yang terjadi kepada dirinya. Masih tidak bersuara. Badannya sudah menggigil, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau, perumpamaan itu amat sesuai untuk dirinya ketika ini. Muka macam baik, tapi tahap kejahatan belum tau, otaknya sudah berfikir perkara yang bukan - bukan.
"Salah kau, sebab kau dah menceroboh kawasan aku, kau tau tak? sebab kau, aku terpaksa tunda aktiviti aku." Marah lelaki yang berada di depannya ini. Sakit betul hatinya, baru hari pertama dia datang sini untuk memulakan aktiviti perkhemahannya sudah ada gangguan. Dahlah dia datang ke sini untuk menenangkan fikiran. Makin serabut pula jadinya.
"Tuan, apa yang kita nak buat dengan dia ni?" soal lelaki yang Zara telah menceroboh khemahnya sebentar tadi.
"Kita hantar dia balik ke rumah dia, takkan kau nak tinggalkan dia dekat sini," Balasnya sepontan.
"Tolong tuan, saya merayu, jangan hantar saya balik semula rumah saya, ayah saya berhutang tuan, dia tak mampu nak bayar, dia dh cagarkan saya pada penjahat - penjahat tu. Saya merayu tuan, tolong bawa saya keluar dari sini, saya dah takde tempat lagi tuan, saya sanggup lakukan apa saja untuk tuan," lancar sahaja kata - kata itu terbit dari mulut Zara, tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Tiada apa yang terlintas difikirannya sekarang ini melainkan tidak mahu kembali ke rumah itu lagi. Rumah yang bukan syurga lagi baginya.
"Sanggup lakukan apa sahaja, hmmm..," Dia senyum di hujung bibir... Sinis..."Menarikkkk"... Ujarnya sekilas... Dia tarik nafasnya.
Zara berteleku memandang ke arah kakinya. Hanya menunduk... Air matanya sudah kering.
"Kau pergi balik dalam khemah tu sekarang. Malam ni Syaqir tidur dengan Ammar," Arahnya datar. Tiada intonasi dalam suaranya.
Dengan langkah seperti lipas kudung, dia bergerak laju ke arah khemah itu semula. Tidak lagi menoleh ke belakang.
Syaqir membontoti di belakang, dia mengambil semua barang - barangnya dan meletakkannya di dalam khemah Ammar.. Hmmm...Tak pasal - pasal kena tidur sekhemah dengan adik tuannya itu.
"Tuan nak buat apa dengan perempuan tu?" soal Syaqir. Dia tau mesti tuannya tengah bengang, yela, malam ni baru mereka sampai ke sini, dah kena macamni, dah le sekarang ni hati tuannya itu tengah serabut sebab fikirkan pasal permintaan Datin Zurina yang memintanya untuk berkahwin dengan anak kepada rakan bisnes keluarga mereka. Sebab itu mereka pergi 'camping' pada harini. Sebab tuannya itu ingin melarikan diri dari masalah itu.
"Takpe, letakkan dia di Villa Exora, kalau okay, jadikan dia pelayan di rumah itu, nantilah kita bincang kemudian." Balas Aafif, fikirannya juga tak boleh berfikir sekarang ini. Hatinya masih serabut. Mamanya selalu mendesak untuk dia berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya itu. Memikirkan hal itu, jiwanya semakin bergelodak...
Dia tidak mahu ada sebarang komitmen, dia juga tidak mahu terikat dengan sesiapa. Hatinya benar - benar buntu saat ini.
*******
Keesokan harinya...
Syaqir dan Ammar mengemas khemah mereka, sementara Aafif hanya duduk memandang. 'Kerek punya lelaki' desis Zara di dalam hati...Dia hanya memerhati dua lelaki itu mengemas khemah mereka, tak tau apa nasibnya selepas ini. Adakah bernasib baik atau bernasib malang. Kalau difikir - fikir tiada yang bernasib baik dalam hidupnya, bukan tidak tau bersyukur, tapi ada masa dia terfikir kenapa dia dilahirkan ke dunia ini.
"Jom Zara," lembut tutur kata dari seorang pemuda itu, membuatkan dia kembali ke alam nyata, malam tadi lelaki itu hanya menjadi pemerhati, tidak bercakap. Tidak seperti yang dua orang lelaki yang berlagak itu.
Zara melemparkan senyum kepada lelaki itu. Ada juga yang baik di antara mereka bertiga.
"Saya Ammar adik kepada Aafif," Ammar memperkenalkan diri sambil menunjukkan gerangan yang bernama Aafif itu.
"Umur Zara berapa?" Soal Ammar lagi.
"22," hanya sepatah jawapannya tidak berani nak berkata lebih kerana lelaki yang bernama Aafif itu asyik memandang tajam kepadanya. Lagak matanya seperti helang.
"Muda lagi, Zara boleh panggil saya dengan nama Abang Ammarlah kalau macam tu, sebab saya lebih tua daripada Zara," Maklum Ammar, banyak pula cakapnya. Buat Zara mula tidak kekok dengannya.
Zara senyum lagi. Kepalanya dia angguk perlahan, tidak berani hendak berkata lebih sebab dia duduk di bahagian belakang bersama dengan lelaki yang bernama Aafif itu, manakala Ammar duduk di bahagian depan menemani pemandu, lelaki yang bermuka keret itu. Kalau tak silap dari yang dia dengar malam tadi, Syakir namanya.
Ehemmm....Aafif berdehem panjang. Rahangnya bergerak - gerak. Matanya sempat mengerling wanita muda di sebelahnya itu.
Jalan yang mereka lalui amat berliku serta banyak melalui kawasan hutan, Keadaan jalan yang seperti ular kena palu itu membuatkan badan Zara sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri. Sesekali dia bersentuhan dengan tepi badan lelaki yang bernama Aafif itu, cepat - cepat dia beransur ke tepi, menjarakkan kedudukan mereka. Dia menguap beberapa kali, sedaya - upaya cuba menahan kantuknya. Sebetulnya memang dia tersangat mengantuk, malam tadi tidurnya hanya tidur - tidur ayam. Tidak dapat tidur lena, kerana rasa takut melebihi rasa mengantuknya. Akhirnya dia mengalah juga, matanya sudah tidak memberi kerjasama.
Aafif tersentak apabila kepala Zara terlentok pada bahunya. Dia pandang ke arah sisinya. Dia membetulkan kedudukan bahunya supaya Zara selesa. Membetulkan juga kepala gadis itu. Entahlah tiada niat di hatinya untuk mengejutkan gadis itu, malah dia hanya membiarkan. Terukir senyuman di wajahnya. Lena betul tidurnya. Sesekali dia menyeka rambut yang menutupi wajah gadis itu dengan tangannya. Menolak ke belakang.
1 jam perjalanan sampai juga mereka di Villa Exora, Zara terpisat - pisat matanya apabila kereta itu berhenti, mula kembali sedar ke alam nyata, dia tergaman apabila kepalanya sedang seronok 'landing' di atas bahu Aafif, cepat - cepat dia angkat kepalanya dan membetulkan semula duduknya. Malu, segan semua bercampur baur...."Maaf, saya tak sengaja!" ujar Zara bersama rasa serba - salah, tapi Aafif langsung tak memandang ke arahnya. Turun dari kereta Aafif menonong masuk ke dalam rumah. 'Marah ke sebab kepala aku dah menumpang atas bahu dia tadi, Hmmm, Zara mengeluh perlahan. Isyyy, kenapalah kepala, takde tempat lain ke yang kau nak menumpang lentok. Dekat bahu mamat tu juga yang kau berkenan...
"Ikut aku," ujar lelaki yang bernama Syaqir itu tegas.
Ketat semacam muka dia, ni mesti dia marah lagi yang aku dah ceroboh khemah dia malam tadi...
Layla membontoti lelaki itu dan dibawa berjumpa dengan seorang wanita. Entah apa yang mereka bincangkan tidak dapat didengari butir bicaranya. Kelihatan wanita itu mengangguk faham. Selepas itu, dia ditinggalkan bersama wanita itu.
"Awak Zara Sakeena yer, kenalkan nama akak Kak Lily, ketua pelayan dan pembantu rumah dalam rumah ini. Kak Lily dimaklumkan awak kena jadi pelayan di dalam rumah ni, tapi ditugaskan untuk melayan keperluan Tuan Aafif sahaja," Maklum Kak Lily.
Mata Zara sedikit membulat. 'Keperluan dia sahaja.' desis Zara, kata - kata itu hanya tersekat di kerongkongnya sahaja. Tidak untuk meluahkan. Dia menelan liurnya, terasa pahit.
"Semua yang melibatkan Encik Aafif dalam rumah ni, saya ke yang kena uruskan?" Soal Zara lurus.
"Yer, Zara, itu seperti yang diberitahu Encik Syaqir pada Kak Lily sebentar tadi. Nanti esok pagi Kak Lily berikan tugas - tugasannya pada Zara," maklum Kak Lily.
"Jom Kak Lily tunjukkan bilik untuk Zara."
Zara hanya mengangguk dan mengikut langkahan kaki Kak Lily, tapi dia masih tidak memahami akan tugasannya itu, maksud 'Keperluan Tuan Aafif sahaja', emmm, apa tu??? abaikanlah, tunggu je sampai esok, harap dipermudahkan segala urusannya untuk esok. Dia bermonolog di dalam hati.
Zara dibawa ke satu bilik yang tidak terlalu besar tapi cukup yang memuatkan satu katil single dan satu almari kecil. Di satu sudut terdapat meja solek solek. Tapi Zara amat bersyukur kerana ada juga tempatnya untuk menumpang berteduh, selesa atau tak selesa tu jatuh pada nombor dua.
"Ni bilik Zara, kalau ada apa - apa maklumkan saja pada Kak Lily selang satu bilik dari bilik ini," maklum Kak Lily, kerana Zara kelihatan tersangat lesu.
"Zara dah makan?"
Zara hanya mengelengkan kepalanya. Sememangnya dia betul - betul belum makan sejak dari semalam. Perutnya sudah tiada ampun. Badannya seakan menggigil menahan lapar.
"Okay jom, kita pergi dapur, untuk harini Zara rehatlah dulu, kita mulakan esok yer untuk tugasan Zara," Kak Lily meminta Zara mengikutnya ke dapur.
Zara membontoti Kak Lily, Dalam hatinya memuji - muji akan sikap baik Kak Lily. Masih ada insan yang berhati mulia dalam dunia ni. Bukan semua yang suka mengambil kesempatan.
*******
Tok...Tok...Tok...
Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk. Zara yang baru selesai mandi dan berpakaian, segera membuka pintu. Nasib baik semasa mahu melarikan diri dia sempat menyambar 2 pasang baju berserta telekung. Hanya muat - muat beg sandangnya. Beg duit berisi kad pengenalannya juga tidak dia lupa. Penting untuk dirinya.
"Oh, Kak Lily! Masuklah Kak," pelawa Zara, menutup semula pintu apabila Kak Lily mula memasuki ruang bilik itu.
"Ni uniform untuk Zara pakai hari - hari, ada 3 pasang, buat gilir - gilir. Ni akak ada baju akak yang dah tak muat, rasanya dengan Zara ngam kot, sebab masa akak versi kurus dulu, badan badan akak slim macam ni lah," ujar Kak Lily menyuakan semua baju - baju itu pada Zara. Entah kenapa, terbit rasa kasihannya pada gadis itu. Kelihatannya terlalu naif.
"Terima kasih Kak Lily," ucap Zara sepontan, air matanya bergenang di tubir matanya. Dia mengukirkan senyuman manisnya kepada Kak Lily.
"Takpe Zara, pakai je okay. Emmm, ni untuk tugasan Zara hari - hari, sebelum ni semua kerja ni, akak yang buat sebab Tuan Aafif taknak orang lain yang sediakan keperluan untuk dia. Akak pun tak tau kenapa dah terbuka hati dia untuk serahkan semua tugasan ni pada Zara. Mudahlah sikit kerja akak selepas ni. Buat kerja baik - baik yer, baca dulu isi kandungan tugasan ni," Maklum Kak Lily, kertas bersaiz A4 dalam bilangan tiga keping itu dia hulurkan pada Zara.
"Okay, akak keluar dulu, kalau ada apa - apa yang tak faham, boleh terus tanya aje pada akak," ujar Kak Lily sambil menepuk peha Zara dan mengangkat punggungnya keluar dari bilik itu.
Zara mula menyalin pakaiannya dan menukar kepada baju seragam. Rambut panjang hampir ke paras pinggang itu di sanggulnya cantik. Memang dia dari dulu menyimpan rambut itu, dan sangat menitikberatkan penjagaannya.
Zara menghala ke arah dapur, mahu mengambil sarapan yang perlu dia hantar ke bilik Tuan Aafif. Tugasan pertama untuknya lakukan pada hari ini.
Menurut Kak Lily, setiap pagi Tuan Aanif akan bersarapan di dalam bilik, dan sarapan itu perlu dia hantar terus ke biliknya. Setiap hari dia kena lakukan tugas itu.
Zara mengangkat satu dulang makanan yang telah disiapkan oleh pembantu bahagian dapur. Terus dia bawa ke tingkat atas. Debaran di dada kian terasa, pintu bilik itu dia ketuk perlahan, tiada sahutan yang dia dengar di telinganya. Terus dipulas pintu itu. Dia menjonggolkan kepala ke dalam, dilihat lelaki itu tiada di tempat tidurnya. Emmm, sudah bangun, mungkin di bilik air. Matanya melilau pada bilik besar itu, cantik, kemas dan tersusun segala perabotnya. Untungnya hidup sebagai orang berada.
Zara meletakkan makanan di atas meja kopi dalam bilik itu. Baru mahu melangkah, pintu bilik air dibuka. Pandangan mereka bertemu, berderau darah Zara melihat Tuan Aafif hanya bertuala. Terlihat jelas sixpacknya. Tuan Aafif hanya beriak selamba. Tapi kakinya juga terpaku di situ dengan mata yang tertunak terus ke arah Zara.
Zara cepat - cepat menunduk dan tidak memandang ke arah itu. Wajahnya sudah memerah. Bergegas dia mengangkat kaki dan bergerak keluar dari situ. Matanya sudah tercabul. Ditepuk pipinya beberapa kali. Adakah dia bermimpi di siang hari.
Happy reading semua... EL awalkan sehari... Ikutkan nak publish esok.... -Es Lilin-
Share this novel