DERMAWATI INDERAPURA 3

Fantasy Series 2392

"Adinda!"

Panggilan itu hanya sayup-sayup kedengaran di telinga. Dan akhirnya aku tidak lagi mendengar panggilan itu dan juga laungan cemas makhluk-makhluk aneh tadi. Saat itu, tubuh aku sekali lagi melayang, terbang jauh.

***

Hidung ditonyoh berkali-kali. Hairan! Agaknya bulu hidung aku terlampau panjang sampai mengganggu aku bernafas. Terasa geli seolah digeletek pula. Yang mana satu betul? Aku memicit-micit pangkal hidung skali lagi.

Mata masih belum mahu dibuka. Malas. Mengantuk sangat. Bantal yang menjadi alas tidur, dibetulkan. Badan dibiar mengiring. Comporter yang menyelimuti tubuh ditarik hingga ke paras leher.

Fuh, selesa sangat. Empuk terasa tilam yang menjadi tempat pembaringan. Rasa seperti tidak mahu bangun langsung dari tidur. Aku mahu terus bermimpi indah seperti tadi.

Mimpi diterbangkan oleh seekor burung yang bersayap putih. Burung yang tersangat kacak pada aku. Hampir saja aku jatuh cinta. Tapi mujur juga tidak terbabas kerana aku kira itu adalah mimpi semata.

Gila! Mahu jatuh cinta pada makhluk yang tidak wujud? Aku bukan perempuan terdesak sangat. Aku masih muda. Masih punya waktu untuk memilih dan dipilih. Masih panjang juga perjalanan hidup aku. Aku jatuh cinta dengan burung kacak? Hah, kelakar sungguh mainan perasaan.

Sekali lagi hidung aku diganggu dek bulu yang panjang. Dan seperti tadi, aku memicit-micit pangkal hidung supaya tidak terbersin. Namun, rasa geli semakin menjadi-jadi pula. Aku merengus geram. Bingkas saja aku bangun dengan mata yang masih terpejam.

"Adinda sudah terjaga?"

Suara garau berlemak santan muda mengejutkan aku. Segera mata terbuntang luas. Lantas aku mengarah pandangan pada yang menegur. Anak mata membulat serta-merta.

"Kenapa? Adinda terkejut?"

Soalan si dia, aku biarkan tidak berjawab. Aku cuba mengawal nafas. Cuba mentafsir satu persatu gambaran yang ada di depan mata. Dia menuntas pandang ke arah aku tanpa berkelip. Dan aku melawan pandangan matanya juga tidak berkedip.

Dia masih membisu. Aku juga membisu. Agaknya dia mahu memberi aku peluang mencari ingatan yang terselit di kotak memori yang dibawa terbang tadi gamaknya. Ingatan apakah yang aku perlu cari?

Tangan dinaikkan ke kepala. Diketuk-ketuk agar memori itu kembali. Tetapi masalahnya memori aku tentang dia memang tiada. Kosong! Jadi, siapakah adinda yang dia maksudkan? Adakah aku yang sebenarnya? Atau ada adinda lain yang menyerupai wajah aku?

"Adinda mahu aiskrim?"

Dia masih lagi mencuba. Adinda apa adinda? Aku bukan adik si dia. Aku adalah aku yang tersesat di atas katil yang empuk bak sutera ini. Aku juga tidak dilahirkan oleh ibu dia. Pening!

"Saya di mana? Saya bermimpi? Saya diculik bunian?"

Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut becok aku yang selalu di cop abang seperti bertih jagung. Hah! Peduli apa aku. Yang penting soalan aku berjawab.

"Adinda mahu makan aiskrim?"

Dia masih menyoal aku tentang aiskrim. Soalan aku tadi dibiarkan pergi dibawa angin lalu yang bertiup. Apa muka aku seperti manusia yang sedang meminta aiskrimkah? Dia tak faham bahasa? Perlu ke aku cakap bahasa jepun?

"Di sini, bila mahu menyejukkan hati kita perlu santap aiskrim sebagai pemanis mulut. Adinda mahu?"

Aku menggeleng. Tak lut dengan pujukan dia.

"Awak siapa? Kenapa panggil saya adinda?"

"Sebentar ya adinda ..."

Tanpa menjawab soalan yang aku beri, jejaka kacak tadi berlalu dengan pantas sekali. Aku terlopong. Apa aku di dunia bunian? Atau makhluk asing yang berjapan sepantas kilat?

Aku meneliti diri sendiri. Pakaian aku sudahpun bertukar kepada gaun yang sangat indah. Jenis kain yang sejuk melekat di badan. Dilapisi pula dengan kain seperti shiffon yang ringan dan nipis. Mampu membuat aku terasa bagai sang puteri yang diidam para jejaka.

Puterikah aku? Atau sang ratu? Hah! Ratu apanya dengan muka yang penuh jerawat di muka. Bila sebut saja tentang jerawat, serta-merta aku teringat jerawat batu yang telah lama menghuni wajah aku. Aku bingkas mencari cermin.

Langkah tubuh diatur laju ke arah cermin besar berbentuk empat segi memanjang yang berwarna keemasan di hujung penjuru bilik menghadap balkoni. Gaun yang meleret sehingga mencecah lantai sedikit menyukarkan langkah, aku angkat hingga ke paras buku lali.

Saat tubuh sudah berdiri di depan cermin gergasi itu, aku segera teliti aset penting bagi seorang wanita tersebut. Serta-merta tangan diangkat menyentuh wajah sendiri.

"Mak aihhh...."

Terkejut bukan kepalang bila aku menyuluh wajah. Jerawat batu yang sudah menghuni wajah aku selama 6 tahun, hilang tanpa dipinta. Kulit aku putih dan bersih tanpa cela. Malah mata juga terang melihat. Apakah yang sebenarnya yang dah terjadi?

Tiba-tiba angin memuput lembut dari arah balkoni. Bertiup menggerakkan tirai jendela yang tersergam indah yang juga berwarna keemasan. Tiupan angin seolah-olah memanggil aku pergi padanya.

Langkah kaki segera menuju ke balkoni. Namun belum sempat aku menapak ke luar jendela, tangan terasa seperti ditarik oleh sesuatu. Aku tidak segera menoleh. Bimbang jika hantu yang muncul. Tinggi benar imaginasi aku. Gila!

"Adinda!"

Suara itu! Aku segera menoleh. Wajah dia sedang keruh memandang aku yang masih keliru.

"Adinda mahu aiskrim?"

Hah sudah! Dia lagi dengan soalan aiskrimnya. Tak habis-habis dengan aiskrim. Dia ingat aku siapa? Aku bukannya kanak-kanak yang perlu dipujuk dengan aiskrim dan jajan. Adoilah lelaki ni.

"Kenapa awak tarik saya?"

Aku memandang tangan kekar jejaka itu yang sedang menggenggam erat lengan aku. Dia tetap tidak melepaskan aku dari genggaman tangannya. Sebelah tangannya pula sedang memegang mangkuk kaca.

"Maafkan kanda, dinda. Jangan dengar panggilan itu. Itu hanya bisikan syaitan yang inginkan dinda mengikutinya."

Penjelasan dia pada aku mengundang rasa tidak senang. Bisikan syaitan? Kenapa pula bisikan syaitan? Anginkan makhluk Allah juga? Kalau angin tadi bisikan syaitan, habis yang di depan aku ini siapa? Jin? Iblis?

"Sini ..."

Dia mengheret aku mengekorinya. Mangkuk aiskrim tadi, diletak atas meja kopi bersebelahan katil indah kami? Kami? Hah! Bila masa pula aku berpasangan dengan jejaka berbulu burung tersebut?

"Cuba dinda lihat..."

Dia menuding ke arah kepulan asap tebal yang berwarna hitam. Gumpalan kehitaman itu bertiup dengan kencang tapi anehnya kerana hanya berpusar setempat sahaja. Aku melopong entah kali keberapa.

"Gumpalan itu ada mataaa... "

Dia menarik aku supaya rapat padanya. Mungkin bimbang aku menjadi mangsa mata yang sedang memandang ke arah kami. Segera dia bawa aku ke birai katil lalu didudukkan. Mangkuk aisktin tadi dicapai semula.

Dia mula menyuap aku. Dan anehnya, aku terus membuka mulut tanpa dipinta. Perlahan-lahan senyuman mekar di bibir dia. Menyerlahkan lagi wajah kacak si dia. Namun senyuman itu hanya singgah sebentar di mata.

Tidak semena-mena tubuh aku terkulai layu pada suapan aiskrim yang ketiga. Sebelum mata terpejam rapat, aku dapat rasakan tubuh dicepung jejaka berbulu. Hah! Kenapa jadi macam ni? Dalam aiskrim ada racunkah? Aku dah nak mati?

Oh, tidakkkk!

Merepek sikit mememalam neh. Amik mood. :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience