Cinta ini sudah sedia maklum buat kita bahagia. Cinta juga boleh buat kita derita. Siapa yang berani untuk mencintai, dia juga sudah bersedia untuk dilukai. Yang bezanya cuma sama ada dilukai sedikit mahupun banyak.
Aku dan cinta?
Bagi aku itu cuma khayalan saja yang boleh buat manusia terawang-awang ke udara. Kalau tidak percaya, cubalah bercinta. Tapi tidak untuk gadis seperti aku ya. Aku masih belum pernah merasai cinta.
Aku hanya gadis yang berkaca mata besar, muka penuh berjerawat. Yang paling penting, langsung tiada yang menyukai aku. Aku hanyalah lalang yang tumbuh di tepi padang, sampai masa perlu dipotong ataupun diracun bagi mencantikkan kawasan.
Bagi mereka, cinta adalah kecantikan. Cinta adalah kekayaan. Tanpa dua perkara itu, cinta jadi hambar. Cinta yang menjadikan paras sebagai ukuran. Aneh bukan? Bohonglah kalau ada yang menafikan.
Mahu ketemu cinta yang jadikan agama sebagai tunjang utama? Seratus nisbah satu. Susah mahu ditemui. Sulit juga mahu dicari.
Pap!
"Opocot mak kau hantu!" Aku termelatah. Habis secawan air madu yang dibancuh tadi tumpah mengenai buku yang aku letak di atas meja.
Mata dijuling naik ke atas. Cuba mencari makhluk yang telah membuat onar pada hasil penulisan aku sebentar tadi. Dari jauh aku nampak makhluk itu sudah terbang ke arah bumbung rumah.
Dia hinggap di situ sambil menguis-nguis bulunya. Mulut pula berkicau riang. Seolah-olah seronok dapat merosakkan hasil karya teragung aku.
"Tunggu kau!"
Aku menunduk mencari batu. Habuan dibaling pada si burung yang tidak beradab. Mata terbelalak besar tatkala terpandang arah bumbung tadi. Kelibat burung sudah tiada. Yang tinggal hanyalah susuk tubuh seorang jejaka yang berbadan sasa.
Dia menggamit aku mendekatinya. Tangannya didepa kedua-dua belah. Lantas terbentang tangga perak yang berkilauan cahayanya. Aku membuntangkan mata. Cermin mata ditolak naik ke atas dan mata ditonyoh beberapa kali.
Si jejaka melebarkan senyuman. Aku bagaikan terpukau. Langkah diatur merapati tangga perak yang terhampar di depan mata. Sekalipun kaki terpijak pada anak tangga yang pertama, tubuh seakan melayang. Sekelip mata sahaja aku sudah berada bersebelahan sang jejaka.
"Ratu Dermawati Inderapura?"
Aku terkedu. Siapa pula yang disebut-sebut sang jejaka? Aku bukan darah kelahiran diraja. Apatah lagi menjunjung nama seorang ratu yang pada aku pastinya sangat dikenali seluruh kerajaan pemerintahan mereka.
"Ratu?"
Sekali lagi gelaran itu meniti bibir si dia. Lantas kedua belah tangan aku disentuh sang jejaka dan melayanglah kami ke udara tanpa kenderaan apa-apa.
To be continue. Tapi xtau bila. hahahahahahaha ><
*sekadar coretan hati yg sedang pusing.
Assalamualaikum... hai my lovely readera kat np. Sapa suka jemout komen yuk. ><
Share this novel