The Quietest is The Loudest

Short Story Series 2152

"Yun" bahuku ditepuk. Kepala yang dari tadi diletakkan di atas meja diangkat. Aku menoleh sambil menggosok mata.

Tidur di library antara nikmat yang jarang orang tahu. Tak bising, ada Aircond, meja cantik. Perfect.

Sosok Aina berada di depan mata sambil mencekak pinggang. "Hm?" tanyaku sambil mengangkat kepala. Adalah tu apa apa bila dia cekak pinggang.

"Assignment. Part kau, dah buat belum?"

Aku geleng sambil sengih. "Heeee.. belum" Aina langsung mengangkat tangannya gaya ingin menampar. "Ee kau ni, bilaa nak buat. Presentation rabu ni je tau"

"Nantilaah.." aku menjawab, malas.

Kening Aina terangkat. "Kau ni, bahagian paling senang pun malas. Tengok Emir tu, dia punya paling banyak and paling susah pun dia buat"

Kini, giliran aku yang mengangkat kening. "Siapa?"  tak pernah pula dengar nama dia.

Mata Aina membulat. "Kau.. tak kenal teammates kau sendiri? Dasar Yuni bertuah!"

"Aku memang bertuah, dapat part senang je" aku senyum.

"Aku tak kira, kau keluarkan laptop kau sekarang. Buat" suaranya mengeras.

Malas-malas aku pun, tetap ku keluarkan juga laptop dari beg sandang. Punat on ditekan.

"Kau nak aku buat lawa-lawa ke tak"

"Apa punya soalan tu"

Aku sengih lagi, kembali menyambung kerja.

Tidak sampai 15 minit aku sudah garu kepala. Alamak, yang ni macam mana pula ni. Aku pandang Aina di sebelah. Dia mengangkat kening. "Apa?"

Aku langsung menolak laptop ke arahnya. "Yang ni macam mana?"

"Tu.. takde dekat aku. Cuba kau tanya Emir"

Aku mengeluh. "Emir? Emir yang mana satu?" Aku mengangkat kepala dan memandang sekeliling dan seluruh penjuru perpustakaan.

Tiba-tiba belakangku ditepuk kuat oleh Aina. "Depan kau, pandai!"

Aku tunduk sikit kepala dan memandang di hadapan. Eh, sejak bila ada lelaki duduk depan ni eh?

Lelaki itu memakai mask muka berwarna hitam dan cermin mata. Oleh sebab rambutnya juga digayakan ke depan, menyebabkan aku susah untuk lihat mata dia.

"Emir?" tanya aku. Lelaki itu mengangkat kepala dan berhenti menulis. Barulah nampak sikit anak mata dia di sebalik cermin mata tu.

Aku mengangguk dan membuka mulut. "Boleh tolong yang ni tak?" Aku menolak laptop ke arahnya dan bangun. Aku bangun dan berjalan ke arahnya. Tanganku menyentuh belakang kerusinya.

Dia mengangguk, tidak bersuara. Jari-jarinya menaip sesuatu di laptopku. Aku tepuk dahi menyedari sesuatu.

"Haahlah, kenapa tak terfikir macam ni je. Thank you, Emir! Nak aku belanja apa-apa? tapi kurang Rm5 lah"  aku senyum dan mengambil kembali laptop. Dia menggeleng.

Memang lelaki ni tak bercakap apa-apa ke? Ke dia bisu?

Selepas itu, aku kembali menyambung kerja sendiri.

Kann betul. Ini Yuni Zahra lah! kerja macam ni simple. Sekejap saja aku dah settle kan. Heh. (5 jam).

******

Loker ditutup dan dikunci. Aku toleh pula kepada Aina. "Weh, Emir tu memang bisu ke"

Aina mengangkat bahu, "Entahlah.. tapi masa bincang nak agih tugas tu, kesian jugalah dekat dia, orang tanya dia angguk je"

Mata Aina kemudian mengintai pula loker aku padahal sudah kunci. "Stalker kau ada hantar apa-apa lagi ke?" aku geleng. "Setakat ni takde, alhamdulillah lah"

Dari tahun lepas lagi sebenarnya aku kena kacau. Surat cinta, hadiah, hantar bunga, coklat. Tapi masih belum teruk lagi jadi tak perlu lah kot sampai nak lapor.

Aku dan Aina berjalan menuju ke cafe. Tengah tengah melilau cari tempat duduk, eh ternampak pula si Emir. Aku pun tak fikir terus je duduk depan dia.

"Boleh duduk kan?" tanyaku sambil senyum. Lelaki itu mengangguk, sedikit pun tak berganjak. Duh, Dingin!

Aina memandang aku tidak berkelip, tapi dia pun duduk saja sebelah aku. Better dari buang masa cari tempat lain.

Dia mungkin tak ada kawan sebab susah nak bercakap, itu yang aku fikir. Jadi, sebagai rakan yang baik, setiap kali pergi cafe memang aku ajak lelaki ni.

Nak nak lagi, si Emir ni tak membantah pun. Dia ikut je. Betul la tu, tak ada kawan.

Tak lama pun. Emir dah mula sikit sikit senyum. Dan benda yang aku belajar bila dekat dengan dia, dia kadang-kadang ada je emosi marah cuma tak nampak mana.

Dan dan dan.. ini paling aku terkejut. Masa dia buka cermin mata dengan mask. Sudahlah, boleh terjun dah tengok muka dia sebab rasa aku ni tak layak berdiri sebelah dia.

Terlalu perfect! Muka dia chinese-chinese gitu tapi still nampak melayu. Kau faham tak? tak eh.

Senang cerita, dia hensem. Tersangat. Nak jugalah tanya kenapa dia cover muka dia. Tapi takpelah.

Aku jalan ke loker sambil mulut sibuk bercerita macam -macam ke Emir. Dia ikut saja di sebelah. "Kalau pelakon tu tak curang tak adalah-"

Aku terdiam ketika membuka pintu loker. Emir langsung mengangkat kening dan mengintai apa yang buat aku terdiam.

Bangkai tikus. Aku bukan jenis cepat melatah tapi terdiam jugalah. Baunya menusuk-nusuk.

Dahi Emir berkerut. Tangannya dimasukkan dan mengambil sekeping kertas.

' Jangan dekat dengan lelaki tu '

Pendek tapi aku dah faham. Stalker tu marah. Aku mengeluh. "Haih.. terpaksalah bersihkan lagi loker"

Kepala Emir lantas menoleh ke arah aku. "You've received something like this before?"

Mata aku membulat. Emir sendiri pun terkejut. Aku Terkejut. Lagi terkejut dari loker kena serang. "A-aku fikir kau tak boleh bercakap"

Emir geleng. "No.. I.. just cant speak Malay fluently" dia menutup wajahnya dengan tapak kanan sambil matanya diarahkan ke tempat lain.

"Tapi boleh faham?" tanya aku. Dia mengangguk laju. Ah.. aku yang salah faham. Soal punya soal. Rupanya Emir memang darah melayu tapi dibesarkan dekat Jepun.

Dia datang Malaysia berbekalkan bahasa Jepun dan English je (sebab international punya language).

Habis saja aku tanya soalan, aku minta si Emir tolong sekali cuci loker. Dia takde masalah pun jadi baguslah.

Kali ni memang aku report terus ke pihak atasan sebab sampai letak bangkai.

Alhamdulillah hari hari seterusnya, senyap je. Tak ada surat atau gangguan dari stalker walaupun nak sangat tahu siapa.

Cuma satu je masalah, Emir tak bagi aku pergi mana-mana tanpa teman. Selagi dia boleh pergi, dia ikut.

Dia makin kerap senyum dan banyak bercakap dengan aku. Kadang-kadang aku ajar juga dia bahasa melayu. Risaulah kan, darah melayu, tapi reti Japanese dengan English je.

Sedang aku termenung di bangku, terasa ada sesuatu yang sejuk di pipi. Meloncat terus badan. Emir sengih dengan dua aiskrim coklat di tangannya.

"Ice cream?" tanyanya. Aku angguk "okay thank you". Dia duduk di sebelah aku.

Sedang kami makan aiskrim tiba-tiba Emir buka mulut. "Tsuki ga kirei desu ne? suki desu. tsukiatte kudasai"

Kening aku terangkat. "Kau cakap jepun ke?" Emir mengangkat bahu. "Who knows?" dia senyum. "I hope you'll know the meaning someday"

Macam mana aku nak tahu kalau dia tak bagi tahu. Pipi aku memerah tapi aku diam sajalah. Bahaya hari-hari duduk sebelah crush ni.

Crush? ya. Aku suka mamat ni. Cuma aku tengah bingung macam mana nak bagitau dia yang aku suka dia. Kalau minta tolong Aina, tergelak lah dia.

Malam tu aku buka laptop, aku buka site google. Memang aku search 'how to confess in Japanese' sebab yelah romantik lah kan. Aku sanggup belajar jepun untuk dia. heh.

Aku buka dan aku taip.

Badan aku kaku. Eh?

Kejap. Muka aku langsung merah.

Wait, hold on.

Uggh.. Emir!

Spoiler if para readers nak tahu maksud Emir. "Tsuki ga kirei desu ne?" (The moon is beautiful right?) *selalu orang jepun guna kalau nak confess "Tsuki desu" (I like you) "Tsukiatte kudasai" (Please go out with me)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience