Embrace Me

Short Story Series 2152

This is it. Gadis itu melihat ke bawah. Pemandangan dari atas bumbung sekolah memang indah.

Walaupun jalan raya sibuk dengan kereta sesak. Ya, sekolahnya betul betul di tepi jalan raya.

Dia berdiri di hujung bangunan.

Tidak pernah sekalipun terfikir dengan cara apa dia hendak menghabiskan hidupnya.

Tapi kali ini, perasaan ingin mati itu membuak-buak. Macam mana kalau ini memang pilihan yang betul?

Hanya satu langkah. Satu saja. Lalu, semua ini akan berhenti.

Dia sudah siap. Kakinya digerakkan perlahan-

Bam! Pintu bangunan dibuka. Gadis itu menoleh. Sepatutnya tidak ada sesiapa waktu ni. Ini waktu pelajaran sedang berlangsung.

Seorang lelaki berpakaian sekolah menutup pintu itu. Apabila menoleh ke hadapan, baru mata mereka bertembung. Lelaki itu kaku.

"Oops " lelaki itu menggosok belakang lehernya.

Gadis itu kembali menoleh ke hadapan. Biarlah. Itu tak akan menghalang dia dari pilih jalan ini.

"Cantik kan?" lelaki itu tiba-tiba saja sudah ada di sebelahnya. "Nama awak apa? saya Nael "

Tiada balasan. Nael merenung gadis di sebelahnya.

Dia tahu wajah itu. Salah, dia tahu ekspresi itu. Kemudian matanya turun pula ke nametag. "Ayla" sebutnya perlahan.

Ayla tersentak. Dia cuma mahu waktu bersendirian.

Nael memusingkan badannya berlawanan arah. "Kenapa datang awal sangat ke sekolah? ada apa?"

Ayla diam. Suara Nael terlalu lembut, membuatkan dia rasa ingin menangis.

"Hm? Ayla?"

Dia tidak ingat. Bila kali terakhir seseorang panggil namanya begitu.

"Kalau Nael, umm.. sebab ada practice bola tampar nanti" Nael senyum riang.

Nael kemudiannya diam, dia merenung Ayla lagi. Tiba-tiba tangannya menggosok kepala gadis itu.

Ayla terkejut. "Its okay. Semuanya akan baik-baik" Ayla menggigit bibirnya. Badannya bergetar.

Tangan Nael rasa hangat. Walaupun cuma di atas kepalanya.

Pada hari dia teramat penat dengan dunia, lelaki ini datang. Nael datang dengan kata-kata yang menenangkan dia.

Tangisannya bocor. Dia tak akan lupakan apa yang jadi pada hari itu.

*******

Bermula detik itu, Ayla semakin kerap terserempak dengan Nael. Dimana-mana saja, Nael akan menegur dia.

Ini sudah masuk bulan ke 3 dia dan Nael rapat. Dan Nael pula, seolah-olah meluangkan sepenuh masanya hanya untuk dia.

Nael pernah beritahu, dia cuma atlet bola tampar. Tapi dia jarang dapat join tournament. Mungkin sebab itu juga.

Ayla meletakkan kepalanya di atas meja. Sekarang adalah waktu rehat. Dia ingin tidur, tapi matanya terus terbuka memerhatikan orang di luar kelas lalu lalang.

Dan, penyebab lainnya adalah..

Wajah Nael muncul di sebalik pintu kelasnya sambil melambaikan tangan.   Nael lebih tua daripadanya.  Setahu Ayla, lelaki itu sedang berada di tingkatan 6.

Ayla bangun dari tempat duduknya. Dia bergerak menuju Nael. Dia sudah tahu, ke mana hala tuju mereka. Pasti bumbung sekolah lagi.

Lily, rakan sekelas Ayla sekadar memerhati. Sejak dua menjak ini, dia kerap lihat Ayla keluar dari kelas.

Tidak masalah sebenarnya, malah ini bagus kerana Ayla budak yang pendiam. Dia sangat jarang bergaul. Cumanya..

*******

"So.. hari ni okay?" tanya Nael. Dia duduk bersila di sebelah Ayla. Ayla mengangguk. "Yeah, better than before"

"That's good" Nael menggosok kepala Ayla. Sudah jadi habit agaknya, kepalanya sering menjadi mangsa Nael.

Mereka diam sebentar. "Ayla, Nael rasa Ayla kena beranikan diri bercakap dengan orang"

Kening gadis itu terangkat. "Nael bukan orang?"

Nael ketawa kecil. "Hahaha, bukanlah macam tu. Tapi takkan Nael je kawan Ayla"

"Kenapa tak boleh? Ayla perlukan Nael je. Nael je yang faham Ayla. If you died, then I die too"

"Ehhhh..." Nael memandang Ayla. Dia juga tidak rapat dengan orang lain. "Nael tak kisah pun. Nael pun cuma boleh bercakap dengan Ayla je sekarang ni"

Bumbung sekolah sudah menjadi tempat kebiasaan mereka berdua. Tidak kira waktu rehat, atau balik sekolah.

******

"Ayla" Ayla mendongak. Gadis dihadapannya ni... apa namanya ya.. Lily?

"Ya?" dia menjawab. Hendak tak hendak, Lily juga adalah rakan sekelasnya.

"Ayla dari mana?"

"Bumbung"

"Seorang?"

"Tak, dengan kawan"

Kening Lily terangkat. "Siapa pula" Lily menarik kerusi berhampiran dan duduk di hadapan meja Ayla.

Ayla berfikir sebentar. Tidak apa-apa kan dia beritahu Lily?

"Um. Nael, budak tingkatan 6. Dia pun atlet bola tampar"

Bertambah kerutan di dahi Lily. Mana tidaknya, dia juga atlet bola tampar. "Nael? ada eh orang nama tu dekat kelab bola tampar?"

Ayla mengangkat bahu. "Nael kata dia jarang join tournament"

Lily mengangguk. "Faham, mungkin sebab benda tu"

"Apa-apa pun, bukan tu yang Lily nak cakap. Cuma, kenapa bumbung? Ayla tahu kan tempat tu jarang orang pergi"

Ayla tidak tahu. Dia tidak rapat dengan sesiapapun, mana mungkin dia akan tahu.

"Mungkin sebab view tempat tu cantik"

"Pula.. tapi jangan lepak dekat situ. Bahaya. Dulu ada kes orang meninggal sebab bunuh diri"

Mata Ayla kembali memandang Lily. "Huh? bila?"

"Entah, tapi dah bertahun dah. Tapi punca tak tahu sebab semua orang nampak dia okey je. Dia suka kacau orang" Ayla mengangguk.

Mungkin Nael tahu, nanti dia akan bertanya pada Nael.

Dia dan Lily terus bersembang sehingga kelas seterusnya mula.

Tepat sebelum dia ingin pulang, Lily tiba-tiba memegang bahunya. "Dah.. dah ingat" matanya bulat.

********

Nael melambai-lambai tangannya seperti biasa. Dia tahu Nael sentiasa tunggu dia di bumbung sekolah sebelum balik. "Aylaa!" senyumnya.

Ayla senyum nipis. "Lama ke tunggu?"

Nael menggeleng. "Tak lama pun"

Mereka kemudiannya duduk bersila. Suasana antara mereka senyap, sedang menikmati pemandangan.

"Nael, macam mana kalau Ayla kata Ayla suka Nael?" Nael menoleh wajahnya ke arah Ayla.

"Eh.. eh.. sumpah lah?" Ayla mengangguk perlahan. Dia langsung tidak memandang wajah Nael.

"Tapi, Ayla tak boleh suka Nael" suara Nael kendur.

"Kenapa? sebab Nael sebenarnya tak ada?" senyuman Nael mati. Dia tersentak seketika.

Dia melihat Ayla. Ayla sudahpun memeluk lututnya, menyembunyikan wajah. "Bila Ayla tahu?"

"Tadi, kawan bagitahu"

Nael senyum. "Baguslah, dah ada kawan. So, Nael tak perlu risaukan Ayla dah"

"Tu bukan masalahnya!" suara Ayla meninggi. Dia menangis. "Ayla betul-betul suka Nael"

Nael bergerak perlahan ke arah Ayla. Dia memeluk tubuh Ayla. "Maaf Ayla.. Nael pun suka Ayla. Tapi Nael dah tak ada" Tangannya menggosok kepala Ayla.

Ayla terus menangis.

Ketika Lily menahan dia daripada keluar kelas, barulah dia tahu. Nael sebenarnya adalah pelajar yang bunuh diri beberapa tahun lepas. Cuma dia saja yang tidak tahu.

Nael memang atlet bola tampar, tapi itu beberapa tahun lepas, sebelum Ayla menginjak je tingkatan 5 lagi. Padanlah, Lily tak cam namanya.

"Sekarang, Ayla dah tahu. Tugas Nael pun dah selesai" Huh? apa maksudnya?

"M-maksud Nael?"

Nael senyum. "Nael taknak ada orang bunuh diri macam Nael. Nael dah dapat halang Ayla.. maknanya tugas Nael dah selesai"

"Hah? kejap, Nael, kejap" tangan Ayla menggenggam kuat lengan baju Nael.

"Sebelum Nael pergi, Nael nak Ayla tahu.. Nael pun suka Ayla. Cuma saja, kalau Nael masih hidup, mungkin kita dah dating hahaha" ketawa kecil itu langsung tidak menenangkan Ayla.

Lelaki itu mencium dahi Ayla. "Nael sayang Ayla. Tolong.. untuk Nael.. tolong hidup. Jangan sia-siakan hidup Ayla"

Ayla sudah tidak tahan. Dia menangis lagi. Kali ini lebih kuat.

"Shh shh.."

Ketika matanya sudah penat menangis, pipinya dikucup pula oleh Nael. "Ready?"

Ayla mengangguk perlahan. Dia faham maksudnya. "Ayla rela"

Nael senyum. "Terima kasih.. "

"No.. terima kasih Nael. Sebab jadi kawan Ayla"

"Haha! Im your boyfriend. But only for this day"

"I love you, Ayla. Take care of yourself.. for me"

"Ayla sayang Nael juga.."

Petang itu, Ayla melepaskan Nael. Sejak hari itu, dia sudah tidak nampak kelibat Nael.

Tapi. Kebiasaan dia dan Nael, dia tak akan tinggal. Tiap kali rehat, dan sebelum pulang, Ayla akan singgah di bumbung sekolah.

Harinya semakin baik, mentalnya semakin pulih. Cuma saja, dia rindu dengan lelaki itu.

Ayla juga semakin rapat dengan rakan sekelasnya terutama Lily. Meskipun begitu, dia tidak beritahu Lily ada apa dia dengan Nael. Walaupun didesak berkali-kali. Kisah dia dengan Nael, biarlah dia dan lelaki itu saja tahu.

******

"Aylaaa"

"Aylaaaa"

Tersentak Ayla jadinya. Dia menoleh ke arah Lily. "Tu, orang tu dah panggil. Ambil minuman tu"

Ayla senyum. Dia bangun menuju ke kaunter Tealive. Dompetnya dibuka.

"Chocolate Lava, kan?"

Tangan Ayla terhenti. Suara itu. Dia mendongak.

"Nael?"

"Err, Ya?"

Benar kata orang. Dalam dunia ni, kita akan ada 7 orang kembar yang seiras muka dengan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience