'Aku stress' fikirannya saat ini cuma satu, ingin pulang ke rumah secepat mungkin.
Hazell baru saja ingin masuk ke kelasnya. Doanya, supaya orang itu tidak muncul mengganggunya.
Dia tidak mahu bertemu sesiapa, bergaul dengan sesiapa, menarik perhatian sesiapa. Mulut dan hidungnya sentiasa ditutupi mask.
Sebelum ni, hari-harinya sentiasa tenang, sunyi, tanpa gangguan. Nah, sampai lelaki ni muncul.
Pak! Lelaki setinggi tiang ini muncul dengan senyuman sinisnya. "Morning, Hazell"
Kenapa dia pakai mask? Untuk lindungi diri sendiri.
Setiap manusia ada rahsia mereka sendiri yang perlu dijaga. Mereka tukar warna rambut mereka, cara berpakaian, personaliti untuk melindungi rahsia mereka.
Bagi Hazell, mask inilah pelindung dia.
Hazell menaiki tangga dengan perlahan. Ini sedang waktu rehat, jadi tak ada salahnya dia naik ke tingkat atas sebentar.
"Hey, tangkapp!" suara pelajar sana dan sini mengganggu ketenteraman Hazell.
Mungkin dia tak patut keluar dari kelas.
Dahinya berkerut. 'Bising' hatinya gumam.
"Woi, jaga-jaga! belakang kau!"
Huh? Badannya dilanggar dan dihempap oleh seseorang. Betul, dia memang tak patut keluar. Pandangannya langsung gelap.
******
Hazell buka matanya perlahan. Kepalanya masih pusing. 'Ini.. bilik kesihatan ya' dia cam siling itu.
Dia tersentak. Tangannya langsung menyentuh mulut. Syukur, dia masih memakai mask.
Persoalannya, bagaimana dia boleh ada disini. Tak, salah, siapa yang bawa dia ke sini.
Dia cuma ingat ada orang terlanggar dengannya.
Seseorang menyelak langsir. "Oh dah bangun?" lelaki itu senyum sambil memandang pada Hazell.
Lelaki itu langsung mendekat. "Maaf, tadi tak nampak kau"
Hazell melepaskan keluh. "Tolong jangan dekat sangat" dia menggeserkan tubuhnya ketepi sedikit.
"Hazell kan? hm.. kelas aku sendiri"
Hazell kenal lelaki ini. Aiden, rakan kelasnya sendiri.
"Hazell, kau sakit ke?" tanya lelaki itu.
"Tak" dia nampak macam sakit ke?
"So.." Aiden merendahkan badannya. Tangan lelaki itu laju menarik mask Hazell sehingga menampakkan seluruh wajah. "Kenapa pakai mask?"
Gadis itu langsung terkejut. Dia terus menolak Aiden jatuh. "Apa masalah kau kalau aku pakai mask pun?!"
"Kau paling teruk! dahla jatuh atas orang, tapi langsung tak minta maaf elok elok. Then, kau buka mask aku pula! Pergi mati, pergi sana!"
Kembang kempis dadanya melepaskan amarah.
"Hazell? dah bangun?" ada cikgu lelaki menjengukkan kepala. Hazell langsung duduk senyap dan membetulkan masknya kembali.
"Um"
"Tak ada apa-apa yang sakit kan. Lepas ni dah boleh balik kelas"
Hilang saja guru itu, Hazell terdengar Aiden ketawa kecil. "Pfftt, aku tak pernah tahu mulut kau boleh cakap macam tu"
Dia bangun. "Menarik".
Mata Hazell mencerlung marah. Pergi mati sana!
******
Dia tak faham. Dia tak faham. Kenapa lelaki ini tiba-tiba pindah meja di sebelahnya. Disebabkan meja mereka ditetapkan satu satu maka tidak terlalu masalah. Tapi! kenapa lelaki ni?!
Sejak itu, Hazell selalu mengunci pandangannya pada lelaki itu.
'Tengoklah dia tu, senyum tak pernah ikhlas'
Hazell adalah introvert, tentu saja dia boleh bezakan kalau seseorang tu menipu dalam bicara.
Dia terus merenung ke arah Aiden yang berada di luar kelas. Ada gadis dihadapannya. Confess lah tu.
Tak mustahil. Benda ni dah selalu berlaku. Aiden senyum sambil menggeleng-geleng. Hazell tahu, senyum tu palsu.
Dia terus perhatikan lelaki tu, sampai tak sedar lelaki itu kembali memandangnya. Aiden sengih. Sengih kali ni memang ikhlas, ikhlas mengejeknya!
******
Ughh..
"Hey Hazell, tolong aku buat ni"
"Hazell, ni macam mana"
"Hazell, kau buat apa?"
Cukup itu cukup. Hazell tidak tahan. "Eh, kau sana boleh tak" dia cuba mengawal suaranya agar tak didengari orang lain.
"Aii, jangan marah. Aku tanya je" Aiden sengih. Dia menongkat dagunya sambil merenung Hazell. "Kau tahu, sebenarnya kau cantik tanpa mask tu"
Huh?
"Aku dah jatuh cinta dengan kau, kau tahu"
"Tak payah mengarut" Hazell sambung menulis. Malas hendak dilayankan kata-kata tak berapa nak manis ni.
"Siapa kata aku mengarut, memang kau cantik"
Belum sempat Hazell menjawab. Tiba-tiba meja guru dihadapan ditepuk dengan kuat. Bam!
"Weh, aku nak tanya. Siapa last semalam dekat kelas? duit kelas kita hilang. Dekat RM300 juga" ketua kelas, Myle bertanya.
Satu kelas itu langsung sepi. Kemudian ada seorang yang mengangkat tangannya. "Last semalam, Hazell kan?"
Hazell membulat matanya. Tapi itu memang tak salah. Dia yang hendak siapkan kerja sampai petang.
"Haahlah, Hazell last. Hazell, kau yang ambil duitnya ke? Takpe jawab je jujur" seorang lagi memandang ke arah dia. Hazell menggeleng laju.
"Kalau bukan kau, siapa lagi? kau je last"
"Takpe Hazell, mengaku je"
"Kau ganti je slow slow. Asalkan cukup RM300 tu"
Hazell diam. Dia tak mampu membalas. Sudahlah dia jarang bercakap dengan mereka, sudah tentulah dia disyaki.
"Hey" tiba-tiba Aiden menyampuk.
"Aku ada dengan dia semalam" Hazell mendongak memandang Aiden yang sudah berdiri. Apa lelaki ni mengarut?
"Hah? Aiden? kau dengan dia ke semalam. Bukan kau dah balik ke" Myle kembali mengajukan soalan.
"Aku tertinggal buku dekat kelas, so aku patah balik. Then, aku nampak Hazell tengah buat kerja, aku tirulah kerja dia" What the.. dasar penipu.
"Dan.. pernah tak korang tanya dia betul-betul? korang ni peliklah, terus je tuduh dia. Hanya sebab dia diam, dia salah?"
Satu kelas senyap. Myle tepuk meja sedikit. "Okay okay dah. So, Hazell terkeluar dari list. Duit tu nanti kita boleh setel"
Keadaan kelas kembali seperti biasa. Cuma ada yang mula meminta maaf pada Hazell. Itu bezanya.
******
Sudah 2 minggu insiden itu berlaku. Hazell juga tak sekasar seperti sebelum ini pada Aiden.
Hazell berjalan diringi anjing. Anjing itu adalah Aiden. "Hazell, jom-"
Dia berhenti secara tiba-tiba. Hazell senyap memandang gadis dihadapannya saat ini. Gadis yang menjadi punca dia memakai mask.
Aiden memandang ekspresi Hazell. Matanya bulat.
Gadis dihadapannya juga terkedu. "Hazell-"
Belum sempat apa-apa lagi, Hazell memutarkan badannya ke belakang. Dia berjalan berlawanan arah.
"Tunggu, Hazell!" lengannya dicapai. Hazell terdiam. Bagaimana kalau dia buat silap lagi. "Hazell, aku nak cakap dengan kau kejap"
Aiden ingin menyampuk namun melihatkan Hazell kembali ke arah tadi, dia diam. Mungkin ini bukan waktu yang sesuai.
"Okay, take your time Hazell. Aku ada dekat tempat biasa. Apa-apa jumpa aku" ujar Aiden dan langsung pergi.
Hazell melepaskan keluh. "Yaya, aku.."
"Hazell, aku minta maaf. Sungguh!" badan Hazell ditarik kedalam pelukan.
"Hah? aku yang-"
"No.. kau tak salah. Aku yang salah. Aku minta maaf sebab pernah kata muka kau hodoh"
"Tapi yang suruh kau mampus tu aku, Yaya. Mulut aku memang patut dikunci. Mulut aku yang kata kau jahanam. Aku tak boleh kawal mulut aku" Hazell membalas pelukan Yaya.
Ya, sebab asal dia memakai mask adalah kerana mulutnya sendiri. Mulutnya yang menyakiti orang lain.
Sejak dari dia kecil lagi, ramai rakannya menangis kerana mulut dia.
"No, no.. its okay. Sebab aku, kau trauma dan pakai mask. Actually, aku yang jealous dengan muka kau. Kau lawa, Hazell"
"Emm"
*******
Aiden merenung ke langit biru. Dia menunggu di bangku coklat. Walaupun belum tentu Hazell akan datang. Aiden ketawa kecil.
Dia sudah ingin bangun, tapi Hazell terlebih dahulu muncul. "Dah? kau okey?"
Hazell mengangguk laju. Dia terus duduk di sebelah Aiden. Hazell menurunkan masknya.
"Kau tahu, Aiden. Kau tu fake" Aiden memandang wajah Hazell. Eh?
"Kau tak pernah ikhlas bila senyum dengan orang lain. Kau pura-pura gelak dengan orang lain. Kau fake"
Aiden terdiam. Hazell perhatikan dia. "Kau menang Hazell. Yes kau betul. Aku benci manusia sebenarnya"
"Kecuali kau"
"Hah?"
"Aku suka kau. Mulut tak ada insurans kau dengan kau yang pendiam" Aiden senyum. Dia merenung Hazell lagi.
"...aku suka.." suara Hazell terlalu perlahan. Aiden mengangkat kening. "Apa dia?"
"Ish, aku suka kau jugak la gila" Hazell memalingkan wajahnya ke tempat lain.
Aiden terpinga-pinga. "Sumpah la? kau suka aku?"
"Diam"
Aiden semakin lebar senyumnya. "Im officially your boyfriend Hazell"
"Siapa cakap. Takkan"
"Yeah yeah, i love you too" what the. Lelaki ni memang.
Hazell kemudian menanggalkan masknya. Aiden menahan. "Jap, kau buat apa ni?"
Keliru dengan soalan Aiden, Hazell membalas "Buat apa? dah tak ada function aku pakai mask. Aku dah okay"
"No, pakai balik"
"Kenapa-"
"Pakai balik, Hazell. Aku taknak orang lain nampak muka kau. Biar aku je yang nampak. Now, pakai balik. Susah-susah aku nak dapatkan kau, orang lain senang-senang je nak tengok muka kau? No" Aiden serius. Dia tidak senyum langsung.
Hazell ketawa kecil. "Kau dah kenapa gila. Aku gurau je. Aku dah biasa pakai mask, susah lah kalau terus buka"
Aiden melepaskan nafas lega.
"Keep ur mask on, Hazell"
----
jangan lupaa vote and comment <3
Share this novel