"Siap" hanya perlahan saja aku ucap sambil aku letakkan pen. Belum cukup 10 saat pun aku letak pen, buku aku tiba-tiba diangkat. Aku dongakkan kepalaku, ah.. dia ni lagi!
Aku cuba untuk merampas semula buku kesayanganku, tapi malah diangkat lagi tinggi. "Bagilah!" getus aku. Depan aku ni tidak lain tidak bukan adalah pembuli sejati aku yang setia membuli aku daripada MHS hari tu lagi.
"Tolonglah Dyan!" Aku tak mahulah kurang ajar kan tapi sekali sekala ni..
Dush! Kaki aku, aku daratkan betul-betul di betisnya. "Arghh!". Terus berubah riak lelaki itu. Tunduk saja dia, aku langsung merampas kembali buku coklatku.
Jangan risau, dia dah biasa. "Asal hari ni rasa macam lagi sakit eh?" dia inilah Dyan Khalif, budak sekelas aku untuk 'semester ini'. Aku haraplah. Aku diam, malas hendak membalas. Ini sudah masuk bulan ketiga kami bertemu.
Sebelum ni hidup aku aman dan tenteram bak kapal yang sedang berenang di lautan bersama para dolphin. Tapi, sejak dia tak sengaja baca apa isi buku coklat ni, aku dah menjadi target dia.
"Jahatlah Sya, by the way, hari ni ada sambungan ke?" Dia menarik kerusi dan duduk dihadapan meja. Aku lirik sebentar ke arah jam di dinding. Pukul 10.23 pagi. Cepatlah 10.30 biar lecturer masuk! Wajahnya straight pandang ke arah aku mengharapkan jawapan.
Aku geleng. "Hari ni aku tak ada idea" aku balas. Hobi aku menulis cerita secara random di buku coklatku. Dan sebenarnya, aku tak benci mana pun pada lelaki di depanku ini.
"Aku ada idea, kau buat lelaki tu pengkhianat lepastu-" Sebab dia yang sebenarnya banyak menyumbang idea. Aku mengangguk sambil mencoret sikit-sikit di sticky note. Dia mengetuk mejanya dengan jari telunjuknya. "Ke patutnya kita buat perempuan tu sebenarnya dah tahu-"
"Dyan, Sir dah sampai" seorang lagi classmate aku menyapa bahunya. Dyan lantas bangun. "Nanti dah tulis, tunjuk kat aku. tau tau" ujarnya dengan sengih. Baru saja dia hendak berkalih tempat, dia berhenti sebentar dan memalingkan mukanya menghadap aku. "Oh and OD ada keluarkan buku baru lagi. Aku dah beli"
Aku ternganga. Untuk pengetahuan kalian semua, OD adalah salah seorang penulis idaman aku. Dia menulis pelbagai jenis genre dan kegemaran aku adalah buku fantasy miliknya. Aku suka sangat buku dia. Cuma harga jelah boleh buat aku ikat perut. Satu buku dah hampir cecah RM70. Tambah lagi, OD suka keluarkan buku 2,3 bulan sekali.
Dan walaupun OD tu misteri sangat, aku boleh bayang betapa hensemnya dia bila tengok cara penulisan dia. Looks doesnt matter, okay!
Beberapa kali juga aku fikir, Dyan mesti kaya sampai selalu beli buku OD. Ke tak? tah-tah kakak dia punya je, heh. Apa-apapun, aku mesti dapatkan buku latest OD. Fikir Aisya, fikir. Apa perlu kita buat untuk Dyan bagi pinjam lepas kita dah sepak betis dia.
*****
"Dyan" aku panggil namanya. Dyan yang lagi selangkah nak keluar kelas menoleh ke arahku. "Yo?" dia mengangkat kening. "Aku nak pinjam buku OD tu". Dia senyum. Suka! Suka!
"Bayar ah. RM30 sejam"
"Kepala otak-" aku tekup mulut aku. Aku tengah dalam fasa taknak mencarut ni. "Betul-betul lah. Aku janji aku jaga elok-elok"
Dyan memandang ke atas seolah-solah sedang berfikir. "Tapi buku kali ni special sikit" balasnya. Special?! lagi lah aku nak. "Aku boleh pinjamkan kalau kau bagi aku buku coklat kau"
Heh? Aku jeda sebentar untuk beberapa ketika sebelum bersetuju. Biarlah, ni bukan diari pun. "Okay" aku balas ringkas sebelum mengeluarkan buku itu dari beg. Buku di tangan kami saling bertukar. "Apa yang specialnya?"
"OD cerita pasal diri dia" membulat mata aku. Apakah kali ini aku akan menjelajah dalam kehidupan idola aku sendiri. Aku sudah tersengih-sengih. Andai saja OD buat face reveal, aku akan jadi orang pertama yang beratur nak autograf dia.
"Sukalah tu OD cerita pasal diri dia" kata-kata Dyan memotong ruangan imaginasi aku.
"At least, OD lagi hensem dari kau" aku balas selamba. "Macam mana kau tahu muka OD kalau OD pun tak pernah reveal lagi" dia ketawa kecil, memerli. Aku malas hendak bad mood kan diri aku untuk hari ni, jadi aku pilih untuk diam.
*****
Seperti biasa, malam itu aku tidak study tapi membaca buku OD. Lagi sekali, aku teruja dengan buku OD. Kali ni bukan fantasy, tapi romance. Kisah kali ni berkisarkan tentang diri penulis sebagai main character yang jatuh cinta dengan seseorang yang terobsesi dengan dirinya.
Sekali dengar, macam tak logik. Ada ke orang yang jatuh cinta dengan orang yang obses dengan dia. Tapi kisah dia sweet gila. Aku gigit bibirku.
"You shall be mine" dan OD membalas "Replace it with 'should', love. Again.."
Aku menendang kakiku ke atas. Berguling dari kanan ke kiri. Sudah mabuk OD lah aku ni. Pengakhiran novel pun sweet gila.
Aku selak lagi ke muka surat terakhir. Sebelum cover belakang buku ku tutup, aku perasan ada coretan daripada OD. Aneh, OD belum pernah coret apa-apa selain daripada ceritanya.
" My Love,
I want to write about you so I can read it over and over again. Orang kata, kalau mahu mengenal dunia, membacalah. Dan kalau mahu dikenal dunia, menulislah.
Dan bagaimana pula jika yang aku mahu kenal itu cuma engkau dan aku cuma mahu dikenal oleh engkau juga. Then, I'll just write about you only. Then, I'll just make this one story just for you. Read it, My Love"
Aku terlopong membaca nota atau coretan terakhir OD. OD betul-betul macam nak reveal diri dia. Aku lantas membuka telefonku dan membuka ruang instagram milik OD. Eh?
Bukan ni buku OD yang baru keluar ke? Kenapa tak ada pun dalam instagram? Aku garu kepalaku.
*****
Esok paginya, aku bertanyakan soalan tu pada Dyan. Kau tahu apa dia balas. "Dasar lembap".
Cih.. Tak guna. Nasib lah buku kami sudah bertukar semula. Aku buka buku coklatku. Sudah ku agak, ada coretan milik Dyan...- ? Kejap.
"I want to be known by you only and I want you to know me only" ayat ni.
"Dyan-!"
Dyan tersengih dari jauh. Wajah aku langsung memerah. Huh? Apa?
*****
7 tahun kemudian..
Arghh janganlah tengok lagi!" aku campak bantal empat segiku kearahnya. Bukannya dielak, malah ditangkap pula bantal dengan sengih mengusik dia itu. "Alahai, bagilah kita tengok, nanti kita ni juga nak betulkan dia punya writing tu"
"Eh kang jatuh kang laptop ni!" aku pegang kembali laptopku. "Aduh!" Tiba-tiba Dyan mengaduh daripada belakang. Aku lihat di belakangnya dan senyum.
"Papa, jangan kacau mama!" Arash, anak kami yang masih 3 tahun ni memukul belakang Dyan dengan mainannya. "That's my boy, come here baby" aku depakan tanganku, dan Arash dengan senyum riangnya mendekati.
Dyan menggosok belakang badannya sebelum menerkam aku dan Arash dalam pelukan. "My Love" ujarnya perlahan dan aku akhirnya dapat terima kenyataan bahawa suami aku yang ini adalah OD yang aku idolakan dulu.
Buku yang dia bagi pada aku dulu, adalah buku yang hanya ada 1 cetakan saja dan hanya aku yang tahu ceritanya.
"Jangan lupa letak nama Arash sekali" pesan Dyan. Aku angkat kening. "Kenapa?"
"This story is about us, just write it up, love" senyumnya sebelum mencium dahi aku dan Arash.
Share this novel