BAB 10

Humor Completed 13998

Sebuah kereta Mini Cooper S berwarna merah berhenti di perkarangan rumah
Haji Radzi. Tidak lama kemudian, sebuah Ferrari berwarna kuning
juga sampai.

" Ni mesti Mimi dengan Amar ni. " Haji Radzi bangun ke arah pintu. Amar
bersalaman dengan Haji Radzi. Begitu juga dengan Mimi.

* * * * * * * *

Setelah habis makan, Haji Radzi mengajak Amar dan Mimi untuk duduk. Ada
perkara penting nak dibincangkan katanya.

" Mimi, Mimi masih ingat kat arwah mak? "

" Masih, abah. Mimi tak pernah lupa kan arwah mak. " Mimi tunduk. Dia
teringat peristiwa hitam 8 tahun yang lalu.

Amar hanya terdiam. Dia tahu kisah berkenaan arwah mak Mimi tu. Mimi
pernah memberitahunya dahulu. Amar bersimpati terhadap Mimi. Baru sahaja
dia hendak memegang bahu Mimi, Haji Radzi menjelingnya tajam. Alamak.

" Mimi ada apa-apa nak tanya kat abah ke? " Mimi tahu apa maksud
abahnya, tapi dia sudah berjanji tidak akan bertanya lagi. Sejak maknya
meninggal, Mimi tak pernah bertanyakan soalan itu lagi. Kerana bagi
Mimi, soalan itulah yang telah menyebabkan maknya meninggal.

" Mimi, sebenarnya mak Mimi tak hijau. "

Apa? Mimi terkejut. Dia dan Amar berpandangan.

" Maksud Abah? "

" Betul Mimi. Mak Mimi tak hijau. Mata Mimi yang nampak mak hijau
sebenarnya. "

" Apa? " Hanya itu sahaja yang mampu Mimi katakan.

" Dulu, arwah mak Mimi suka sangat warna hijau. 3 tahun selepas abah dan
arwah mak kahwin, Mimi pun lahir. Masa tu Mimi bayi lagi. Satu hari tu
arwah mak Mimi menyusukan Mimi. Masa arwah mak tengah menyusukan Mimi
tu, abah perasan yang susu yang Mimi minum tu warna hijau. Lepas tu mata
Mimi berubahlah jadi hijau. Yang peliknya, tak lama lepas tu mata Mimi
hitam balik. Abah dengan arwah mak ingatkan tak ada apa-apa lah lepas
tu. Tapi bila Mimi umur 3 tahun. Mimi tiba-tiba kata yang mak Mimi
hijau. Sejak tu lah arwah mak Mimi jadi hijau di mata Mimi. "

" Apa dia, abah? Tapi kenapa orang lain Mimi tak nampak hijau pun? "

Amar sudah pun membuat gaya facepalm, dia seakan-akan tidak percaya
apa yang dia dengar.

" Abah rasa mungkin sebab susu hijau tu datang dari arwah mak kamu kut.
Sebab tu lah hanya kamu je yang nampak arwah mak kamu tu hijau, Mimi. "

" Kenapa abah dengan arwah mak tak pernah nak bagitau Mimi ? "

" Kami tak sanggup, Mimi. Kami takut yang Mimi tak dapat terima kenyataan. "

Mimi membatu seketika.

" Abah, esok kita lawat kubur mak nak? "

" Yelah, Mimi. Ajak Si Amar ni sekali. "

Mimi memandang Amar, Amar tersenyum blur. Dalam hatinya, masih rasa
pening. Pening dengan kisah silam keluarga bakal isterinya itu.

" Bodoh punya keluarga.. Patut ke tak aku kahwin dengan dia ni? Nanti
tak pasal-pasal anak aku pula jadi hijau " bisik Amar di dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience