Bab 17

Romance Series 1216323

Bab 17

"ARE you f*cking serious, babe? Dia setuju kahwin dengan kau?" soal Syafiqa benar-benar terkejut. Dia terus merenung wajah Umaira yang sedang menandatangani beberapa laporan yang dibawanya bersama tadi.

"Yup.” Umaira menyandar penuh tubuh di dada kerusi.

Syafiqa terus menggeleng. Sungguh lah dia tidak menyangka, Syed Redza akan bersetuju. Dan yang paling mengejutkan apabila lelaki itu sudah merisik Umaira.

"But, why him? Kenapa kau pilih dia?"

"Sebab dia adalah calon yang sangat sesuai kalau berbanding dengan lelaki lain. Yang lain cuma nak ambil kesempatan. Tapi, dia tidak,” ujar Umaira.

"Apa yang membuat kau yakin, dia takkan ambil kesempatan pada kau?” tanya Syafiqa ingin tahu.

"Kami sama-sama ada agenda masing-masing. Aku nak kahwin sebab nak kembali pada Zakuan. Sementara dia, dia nak kahwin sebab nak mewarisi harta dan mengambil alih syarikat arwah atuk dia,” jelas Umaira.

Terlopong mulut Syafiqa. "Really? Oh my god. This is crazy. Korang dua ni memang gila." Syafiqa terus tersandar di dada kerusi. Dia sudah tidak tahu mahu berkata apa. Nampaknya, rakannya itu memang sudah nekad dengan keputusannya.

Umaira jongket kedua bahunya. "Well, aku tak paksa dia pun. I'm just offering him, then he accepted it."

Tiba-tiba interkom berbunyi. Pantas Umaira menekan punat pembesar suara.

"Miss..."

"Yes, Wana."

"Err, Tuan Syed Redza nak jumpa. Dia ada disini,” kata Wana di hujung talian.

Terbuntang mata Umaira. Begitu juga Syafiqa. Mereka berdua saling memandang satu sama lain.

"Kenapa dia datang sini?" gumam Umaira. Kelam-kabut dia meraih telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Tiada satu mesej ataupun whatsapp dari Syed Redza, tetapi kenapa tiba-tiba lelaki itu datang ke pejabatnya?

"Miss..." panggil Wana yang masih menunggu jawapan itu. "Boleh ke dia masuk?"

"Weh, macam mana ni? Suruh dia masuk ke, tak?" soal Umaira separa berbisik. Entah, tiba-tiba saja jantungnya berdebar hebat. Dia dapat merasakan aura lelaki itu masuk melalui bawah pintu pejabatnya! Matanya tertumpu disitu.

"Mana lah aku tahu. Dia kan bakal tunang kau. Takkan kau tak nak biarkan dia masuk,” balas Syafiqa turut sama berbisik kerana takut didengar oleh Wana dan Syed Redza di luar.

"Miss..." panggil Wana lagi.

"Okay." Mahu tidak mahu, Umaira terpaksa membenarkan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menghembus nafas panjang.

Tidak lama, pintu diketuk dari luar. Umaira tersentak. Syafiqa pula terus menoleh memandang ke arah pintu.

"Silakan tuan." Pelawa Wana dengan senyuman nipis. Umaira terus berdiri apabila melihat Syed Redza melangkah masuk dengan segak dan sigap.

Terpegun seketika Syafiqa yang turut sama berdiri itu. Fuh! Lain macam handsome lelaki ni. Bergetar jiwa raga. Kalau mak izinkan aku bercinta dengan orang tua, dah lama aku nak try dia ni dulu. Astarghfirullah Al' Azim. Apa kau merepek ni, Fiqa? Bakal tunang kawan kau tu!

Syafiqa terus menggeleng kecil.

"Aku keluar dulu..." ujar Syafiqa sambil memandang Umaira dan Syed Redza silih berganti.

Umaira ingin menghalang Syafiqa dari pergi, tetapi lidahnya terasa kelu. Akhirnya, dia membiarkan saja Syafiqa berlalu meninggalkan mereka berdua di dalam bilik pejabat itu.

Setelah pintu ditutup rapat, Syed Redza melangkah menghampiri Umaira sambil meliar anak mata memandang sekeliling ruang pejabat itu. Kedua tangannya menyeluk ke dalam saku seluar.

Berkerut kening Umaira memandang tingkah laku lelaki itu. "Tuan buat apa datang sini?" soalnya mendatar.

Syed Redza berhenti tepat di depan Umaira.

"I want to take my future fiancee' out for lunch,” ujar Syed Redza.

Terangkat kening Umaira. "Kalau ye pun, kenapa tak whatsapp saya dulu?"

"I just wanna surprise you. And, I did it. Surprise…" Syed Redza mendepa kedua tangannya sambil tersenyum kacak.

Umaira terus ternganga. Tercengang.

"Tutup mulut tu, sayang. Nanti masuk lalat,” tegur Syed Redza.

Umaira terkesima lalu cepat-cepat menutup mulutnya. Naik merona kedua belah pipinya.

"Come..."

Umaira tersentak, lalu pantas menunduk memandang tangannya yang sudah selamat di dalam genggaman tangan Syed Redza.

"Tuan buat apa ni? Lepas lah. Nanti orang tengok, malu lah. Lagipun, tak elok pegang tangan dalam office,” Umaira cuba melepaskan genggaman Syed Redza.

"Ibu awak ada dekat sebelah kan?" soal Syed Redza.

"Ha'ah. Kenapa?" Kening Umaira berkerut, sedikit bingung.

"Good. So, we can show to her. Kita dah setuju kan semalam? Remember?" tanya Syed Redza.

“Hah??” Umaira masih tidak menangkap maksud Syed Redza. “Apa maksud tuan?”

"Nak kahwin cepat kan? Jadi, tunjuklah sikit mesra tu. Awak mesti tunjuk dekat ibu awak yang awak terlalu angaukan saya.” Syed Redza memperkemaskan lagi genggaman tangannya.

Melopong mulut Umaira. “What??” Bila masa pula saya angaukan tuan??”

“Chop! Chop! Cut the crap. Dah jom.” Syed Redza terus menarik tangan Umaira.

"Kejap lah. Saya nak ambil beg saya dulu,” dengus Umaira lalu cuba meraih tas tangan yang berada dihujung meja, namun Syed Redza langsung tidak mahu melepaskan tangannya.

"Tuan..." Umaira merenung wajah Syed Redza dengan riak sebal. Meminta untuk melepaskan tangannya, namun Syed Redza tetap tidak mahu melepaskan. Lelaki itu pura-pura meliar anak mata memandang sekeliling ruang pejabat.

Umaira ketap bibir. “Hissh!!”

Akhirnya, Umaira menarik sahaja tangan Syed Redza mengikutnya. Syed Redza sembunyi senyum. Tas tangan Luis Vuitton yang berada di atas meja diraih lalu digalas di atas bahu. Mereka pun melangkah keluar bersama menuju ke pintu.

****

NAIK membahang seluruh wajah Umaira ketika ini, apabila semua kakitangan yang berada di pejabat itu tercengang memandang kearah mereka yang berpegangan tangan itu. Begitu juga Syafiqa yang sedang berbual dengan salah seorang kakitangan disitu.

Terasa naik kembang kedua belah pipi Umaira di saat ini. Tidak pernah lagi, dia merasa malu seperti ini. Sepanjang dia bertunang dengan Zakuan dulu, tidak pernah sekalipun dia melanggar etika kerja mahupun berpegang tangan dengan Zakuan sama sekali di dalam pejabat. Ini pertama kali baginya!

Pasti selepas ini, kesemua kakitangan disitu akan ‘membawang’ tentangnya.

Kebetulan Puan Kartina baru sahaja keluar dari pejabatnya. Dia terkejut apabila melihat Umaira dan Syed Redza berjalan sambil berpegangan tangan itu.

"Tuan Syed..." sapa Puan Kartina.

Umaira yang menunduk malu itu, terus panggung wajah. Dia terkedu melihat Puan Kartina memandangnya dingin seolah-olah memberi teguran. Air liur terus ditelan terasa payah.

"Aunty..." Syed Redza tersenyum lalu mencium tangan Puan Kartina.

Umaira jadi kurang selesa. Dia cuba menarik tangannya, tetapi Syed Redza malah menggenggam tangannya lebih erat lagi. Aduhh! Orang tua niii… Gerutunya di dalam hati. Ingin sahaja dia menampar belakang kepala lelaki itu di saat ini. Geram sungguh!

"Nak pergi mana ni? Keluar lunch?" tanya Puan Kartina sambil tersenyum nipis.

"Yes, aunty. Kalau aunty nak ikut sekali, lagi seronok,” ujar Syed Redza.

Umaira yang berdiri disebelah terus menoleh memandang sisi wajah Syed Redza. Apa maksud dia, seronok? Seronok nak tunjuk kemesraan depan ibu ke? Woah… Woah… Woah…

Puan Kartina terus tersenyum lebar lalu menggeleng kecil. "Tak apa. Aunty dah janji dengan kawan aunty tadi. Next time ye kita lunch sama-sama." tolak Puan Kartina lembut.

Syed Redza terus mengangguk kecil. "Kalau macam tu, kami pergi dulu.”

"Okay. Enjoy your lunch. Maira, behave..." Sempat lagi Puan Kartina berpesan sambil merenung wajah Umaira yang tersenyum bak kerang busuk itu.

"Okay, ibu,” jawab Umaira. Sempat lagi dia melirik memandang Syafiqa yang berdiri di hujung itu. Syafiqa hanya menggeleng.

****

"LEPAS ni, kita pergi beli cincin,” ujar Syed Redza lalu meneguk air putih. Sapu tangan di atas riba diambil lalu bibirnya yang basah dilap.

Umaira yang baru selesai makan itu, terus mengangkat muka. "Kenapa? Beli je lah apa-apa cincin,” ujarnya sambil mengerling jam di tangan. Setengah jam lagi, waktu rehat akan tamat.

"Nope. Saya nak awak pilih sendiri cincin yang awak suka. Lagipun, saya tak tahu size jari awak. Nanti sempit, susah pula,” kata Syed Redza.

"Tapi, dah lewat ni. Saya nak balik office,” ujar Umaira.

Syed Redza terus memandang jam di tangannya. "It's okay. Saya dah minta izin dekat ibu awak, awak kerja half day hari ni."

Ternganga mulut Umaira, terkedu. "Bila tuan minta izin? Tak ada pun tadi.

"I text your mom just now. You wanna see the prove?" soal Syed Redza sambil mengangkat sebelah kening.

Umaira hanya menjeling lalu mencebik mulut.

"Anyway, sampai bila awak nak panggil saya, tuan?" tanya Syed Redza.

Umaira yang menyedut jus oren itu, terus mengangkat bebola mata memandang tepat ke mata Syed Redza. "Perlu ke tukar nama?"

"Perlu. It's sounds weird you know, panggil saya tuan sedangkan kita tak lama lagi bertunang. Takkan awak nak panggil saya tuan sampai kita kahwin?" soal Syed Redza sambil merenung tepat ke mata Umaira.

"Then, tuan nak saya panggil tuan, apa?"

"Abang?" pinta Syed Redza senafas.

Umaira terus menghela nafas panjang. "Berapa kali saya nak beritahu? Saya tak nak panggil tuan dengan nama tu,” tolaknya dengan riak sebal. Asyik-asyik abang, dah kenapa?

"Then, what?" soal Syed Redza.

Umaira tidak banyak fikir. "Awak je lah."

Kali ini, Syed Redza pula mengeluh. "Whatever,” ucapnya acuh tak acuh. Dia bingkas bangun.

Umaira terpinga-pinga apabila Syed Redza mengatur langkah meninggalkannya.

"Awak!" panggil Umaira mula kalut menggalas tas tangan ke bahu. Syed Redza langsung tidak mempedulikannya.

"Hish! Pandai merajuk pula orang tua ni!" degus Umaira lalu melangkah laju mengejar Syed Redza.

****

SYED REDZA melangkah masuk ke dalam kedai emas Tiffany & Co. Sementara Umaira yang membuntuti dari belakang itu, terus tersenyum kekok apabila pekerja di kedai barang kemas itu menyapa mesra.

Bukan dia tidak sedar, ketika dia masuk melangkah ke dalam kedai itu, semua pekerja disitu terkejut melihatnya. Apatah lagi apabila dia sedang berpegang tangan dengan Syed Redza. Siapa tidak kenal Umaira Natasha. Pelanggan VVIP di kedai barang kemas itu sejak dari dulu lagi. Setiap kali melangkah masuk ke dalam kedai itu, pasti dia akan menghabiskan ribuan ringgit membeli barang kemas.

"Yes Sir, may I help you?" sapa salah seorang pekerja disitu. Syed Redza yang meliar anak mata memandang cincin-cincin yang tersusun di dalam kotak kaca itu terus mengangkat muka.

"Can you show me, the new arrival and the limited edition engagement ring?" pinta Syed Redza.

"Sure." Pekerja itu terus mengeluarkan beberapa jenis cincin-cincin yang bertatah berlian.

"You choose," ujar Syed Redza.

Umaira yang berdiri disebelah terus memandangnya sebelum menoleh memandang ke arah cincin-cincin itu. Melihat harga cincin itu, membuat Umaira jadi segan. Paling murah pun, harganya boleh membeli sebuah motorsikal Kawasaki.

Umaira perlahan menghampiri Syed Redza lalu menjengket hujung kaki. Dia mendekatkan wajahnya di telinga lelaki itu.

"Perlu ke, beli cincin mahal-mahal macam ni? Beli je lah yang biasa-biasa je,” bisik Umaira.

"Nope. Saya nak awak pilih juga. Any of it. Selagi awak tak nak pilih, selagi tu kita akan stay sini. Walaupun sampai kedai ni tutup,” bisik Syed Redza kembali sambil merenung tepat ke dalam mata Umaira.

Umaira terus mendengus kecil.

"Let’s have a sit." Syed Redza membawa Umaira duduk di atas stool tinggi yang disediakan. Setelah Umaira berlabuh punggung duduk disitu, dia pun turut sama duduk di sebelah Umaira.

Dengan hati yang berat, Umaira terpaksa akur memilih cincin pada hari itu. Syed Redza terus merenung wajah Umaira yang sudah leka memilih cincin itu dari arah sisi. Terbit senyuman nipis di bibirnya menatap wajah Umaira yang sesekali tertawa kecil berborak dengan pekerja disitu.

"Awak, okay tak yang ni?" soal Umaira dengan senyuman manis. Jari manis yang sudah tersarung dengan cincin bertatah berlian itu dihulurkan. Syed Redza terus menarik perlahan tangan Umaira.

"Cantik." puji Syed Redza.

Umaira terus tersenyum lebar. "Saya nak yang ni."

"Okay." Tanpa banyak soal, Syed Redza terus mengeluarkan kad kredit. Setelah membuat pembayaran, mereka pun melangkah keluar dari kedai emas itu.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang memerhati dari jauh sejak dari tadi. Irina terus mengetap bibir geram. Kedua tangannya menggigil menggenggam buku lima. Cemburunya membuak-buak melihat pasangan itu melangkah keluar sambil berpegangan tangan.

"Oh, ini rupanya sebab you tarik lamaran tu. Sh*t! Perempuan tak tahu malu! Kata tak ingin, tapi kenapa ajak bakal suami aku pergi beli cincin?" degusnya menahan amarah.

"Tak apa. You will see, apa aku akan buat nanti. Kau belum tahu aku siapa lagi,” ungkap Irina yang duduk di kerusi di dalam sebuah kafe. Dia tersenyum sinis sebelum bingkas bangun lalu melangkah pergi.

****

DENGAN hanya dihadiri oleh sanak saudara dan rakan-rakan terdekat, Umaira selamat bertunang dengan Syed Redza pada hujung minggu itu. Walaupun majlis itu hanya dibuat secara kecil-kecilan tetapi suasananya amat meriah dengan dihiasi pelamin mini dan juga bunga-bunga segar. Semasa majlis itu berlangsung tadi, pihak lelaki memberi lima dulang hantaran sebagai tanda kasih yang pastinya barang-barang berjenama mahal dari luar negeri. Umaira tidak menyangka tentang itu sama sekali sehingga dia naik segan kerana dari pihaknya langsung tidak membalas apa-apa.

Setelah majlis menyarung cincin selesai, para wartawan dan juga jurugambar meminta Syed Redza untuk memunculkan diri untuk bergambar bersama dengan Umaira.

"You look beautiful, sayang." Sempat lagi Syed Redza memuji sambil tersenyum nipis memandang ke arah kamera yang tidak henti-henti menangkap gambar mereka berdua yang sedang berdiri di atas pelamin mini itu.

Umaira yang memakai sepersalinan baju kurung moden bewarna biru laut dengan selindang yang senada terus melirik. Sayang? Ewww...

"Thanks..." jawab Umaira turut sama tersenyum manis memandang ke arah kamera yang berkerlipan.

"Your welcome,” balas Syed Redza.

Umaira sekali lagi melirik memandang Syed Redza yang turut sama memakai baju melayu yang senada dengannya itu. Ini semua atas permintaan Syed Redza sendiri yang beria-ia ingin memakai baju sedondon. Terlihat tampan dan bersih wajah lelaki itu bila dilihat dari arah sisi. Dengan jambang dan kumis yang ditrim kemas, hatinya turut sama memuji di dalam hati.

"You look handsome, too,” Terlepas kata pujian itu dari mulut Umaira tanpa sedar. Erk! Umaira terkedu sendiri.

"Awak baru sedar ke, saya memang handsome selama ni?" usik Syed Redza selamba tanpa memandang wajah Umaira. Dia sibuk memaniskan wajah memandang ke arah depan.

Umaira terus mencebik mulut. Menyesal pula terpuji orang tua ni. Huhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience