LITFL02-Tawaran

Romance Completed 48855

3 tahun lalu...
April 2017.

Puan Syaza terpegun dengan kelayakan akademik Intan Delaila.
"Saya mahu awak bekerja di syarikat saya, tetapi mampukah awak mencari gossip panas setiap minggu,"soal Puan Syaza menduga Intan.

" InshaaAllah saya akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin, " balas Intan dengan yakin.
" Tugas pertama awak ialah untuk mencari cerita kotor /gossip panas tentang Adam Mikail, "kata Puan Syaza.

" Adam Mikail bersih dari gossip dan spekukasi. Dia bijak menjaga urusan peribadinya, "kata Intan, tak yakin dengan tugasan itu.

" Itu tugas kamu Intan, dan ingat Intan kamu cuma ada tempoh percubaan selama 2minggu, pastikan ada gossip liar tentang Adam Mikail dalam tempoh 14 hari atau saya ganti kan kamu dengan wartawan lain"ugut Puan Syaza.

Persaingan Tabloid membuatkan penerbit tabloid menggunakan cara kotor untuk meraih pembaca, banyak kisah buruk tentang Adam Mikail dipalsukan, tetapi semuanya menerima tuntutan saman dari pengurusan AM. Setakat ini tabloid canang bawang tidak pernah mengeluarkan sebarang berita palsu.

" pagi Rabu ni ada press conference dari pengurusan AM tentang kereta terbaru yang Adam akan gunakan untuk perlumbaan formula 1 tahun ni.you akan pergi dengan Hafiz, dia cameraman awak," arah Puan Syaza.

Pagi Rabu, Intan dan Hafiz menuju ke hotel black diamond Kuala Lumpur untuk press conference Adam Mikail.

Dewan ballroom hotel Black diamond sudah dipenuhi dengan wartawan pelbagai media dan kelibat beberapa peminat Adam di dewan itu.
Pengacara memulakan majlis, selepas pihak Voiture sport car memperkenalkan kereta yang bakal digunakan oleh Adam untuk tempoh 5 tahun, 100 plus juga, mengumumkan akan menaja Adam Mikail pada tahun ini. Adam selalu memberitahu pihak media bahawa dia paling menyukai 100 plus, hal itu mendapat perhatian pihak 100 plus sekaligus bersetuju untuk menaja Adam Mikail. Kemudian wartawan dibenarkan untuk bertanyakan soalan.
"Adam, Queen Hania membuat kenyataan bahawa dia paling meminati Adam berbanding pelumba Formula 1 yang lain," Adakah wujud hubungan istimewa antara anda berdua, " soalan maut daripada sebuah majalah online yang terkenal.

" Saya menganggap Queen Hania sebagai seorang sahabat sama seperti peminat peminat saya yang lain"balas Adam.

" Mustahil tak minat, puteri raja kot, negara dia tu pula kaya dengan minyak, Ada khabar angin yang tular nampak Queen Hania keluar dari bilik hotel Encik Adam, kalau takde angin pokok tak bergoyang"pedas hujahan dari Intan Delaila . Adam merenung Intan dengan jelingan tajam.
"Lan, nanti aku nak kau tahan wartawan berbaju biru tu, aku nak jumpa, bawa masuk bilik hotel aku" bisik Adam kepada pengurusnya, Fadlan cuma mengangguk faham.

Sidang akbar itu tamat pada pukul 5 petang, Intan mencari Hafiz untuk pulang ke pejabat dahulu. Dia ditahan seorang lelaki segak.
"Cik, encik Adam Mikail nak jumpa,sila ikut saya," kata Fadlan.
"Intan jom balik cepat, wife aku minta balik cepat hari ni," kehadiran Hafiz melegakan Intan.
"Maaf, saya perlu pergi sekarang, kawan dah tunggu," ujar Intan.
"Encik boleh balik dulu, saya akan hantar dia," kata Fadlan kepada Hafiz. Intan telan liur, apa lagi helah yang dia ada?.
"Jom Cik Intan. Arah sini ya" Fadlan menunjuk arah dengan ibu jarinya.
Intan di bawa ke bilik Suite Adam Mikail.
"Takde tempat lain ke nak jumpa, kenapa dalam bilik?" soal Intan.
Pintu bilik di buka oleh Fadlan, Intan terkejut bila melihat satu keluarga ada di situ.
"Terkejut ke I nak jumpa dalam bilik, no worries, kemana I pergi dalam Malaysia ni, satu family I usung, sebab tu kalau keluar berita atau gossip I bermalam dengan wanita I akan saman, sebab mereka x boleh expected I bawa satu family dalam bilik I" kata Adam.

"Kenalkan ini my dad, my mom, and my siblings." Adam memperkenalkan ahli keluarganya kepada Intan.

"Kenapa kenalkan pada saya," tanya Intan hairan.

"Mestilah kenalkan pada akak, akak girlfriend abang Adam kan?," balas, Adelia Mikaeyla.

"Cantik mak girlfriend abang Adam ni," sampuk Adam Malik.

"Apa nama anak ni?" soal Puan Muhaini
"Nama saya Intan Delaila," balas Intan.
'yes, pilihan aku tepat,' hati Adam bersorak gembira.
"Bila Abah dan ibu boleh jumpa ibu bapa Intan" Encik Adham yang senyap dari tadi tiba tiba bersuara. Intan tersedak angin dengan soalan itu.

"Ibu abah, Adam nak bincang dengan Intan sebentar. Adam membawa Intan masuk ke bilik kecil yang menyerupai sebuah pejabat.

" Nama penuh? "soal Adam.
" Intan Delaila,"Intan menjawab tanpa jiwa.
" Takde nama bapa ke?"perli Adam.

" Ilias."kaku jawapan Intan. Hati Adam semakin membuak, pertama kali seorang perempuan menunjukkan perasaan tidak berminat kepadanya.

" Num Ic?"Adam tetap mengajukan soalan.

" Huh! kenapa tanya soalan peribadi saya ni?" Intan semakin pelik.

" Nak siapkan kontrak kerja. "selamba Adam menjawab.

" saya dah ada kerja tetap. "kata Intan.

" Saya nak bagi kerja sambilan. "ujar Adam.

" Saya tak berminat. "kata Intan.

" Saya belum beritahu lagi apa kerja dan tugas awak tapi dah tolak, ruginya. "ejek Adam.

" ok kerja apa?. "Intan berpura pura berminat.

" Jadi kekasih pura pura saya. "sahut Adam.

" tugas saya ialah untuk cari gossip hangat tentang Adam Mikail. "lancar Intan menolak.

" awak tak rasa lebih mudah awak nak cungkil rahsia saya dengan jadi girlfriend.
saya"Adam memberi saranan.

"Saya diberi tempoh 14 hari untuk mendapatkan cerita sensasi Adam Mikail,"bidas Intan.
" Lagi cepat awak jadi girlfriend saya, awak boleh kekal kan kerja dan awak akan dpt cerita sensasi Adam Mikail. " duga Adam.
" Awak rasa saya nak tulis kisah saya berpacaran dengan awak"Intan masih menolak.
"Awak nak kekal kan kerja betul tak? Dan saya perlukan kekasih saya,"ujar Adam yakin.

" So kemana hala tuju percintaan kita?. "tanya Intan seperti seorang wartawan.
" Tiba masa awak akan jadi isteri bayangan saya. Tetapi kalau awak dah jumpa jodoh awak dan saya jumpa soul mate saya, kita boleh berpisah. "jawab Adam.
" Awak nak mempermainkan agama? " soal Intan.
" Sebab itu saya sebut isteri bayangan, Kalau kita kahwin for real tapi tak tidur bersama itu pun mempermainkan agama. So klu kahwin bayangan ni kita x perlu buat Majlis, saya cuma perlu buat announcement tentang perkahwinan kita, tapi kita x tinggal bersama. Kita beri tempoh masa contoh untuk 3 tahun.selepas 3 tahun jika kita berdua masih x jumpa siapa siapa, kita akan berkahwin secara sah ikut hukum agama dan ikut undang undang negara. Nanti kita buat majlis kita cakap la nak remarry. Orang takkan question sbb mmg banyak trend remarry ni"jelas Adam.

"Saya perlu bincang dengan family saya dulu," putus Intan.
"Saya nantikan jawapan positive daripada Intan ya," kata Adam sebelum memanggil Fadlan untuk menghantar Intan pulang ke rumah.

Fadlan menghantar Intan pulang, sempat Fadlan mengambil gambar IC Intan seperti yang di minta oleh Adam.

Tiba dirumah, Intan lihat ayahnya mundar- mandir di dalam porch.
"Papa kenapa?" soal Intan.
"Rumah kita ni bank nak lelong," ujar Encik Ilias.
"Kenapa Bank nak buat macam tu, ini rumah kita buat sendiri bukan beli hutang Bank,?" Intan kehairanan.
"Papa dah cagarkan rumah ni untuk buat pinjaman bank," kata Encik Ilias.
"Kenapa papa pinjam duit dengan bank," soal Intan lagi.
"Papa pinjam duit Along untuk rawatan mama Intan dulu," jawab Encik Ilias.
"banyak mana pinjaman bank nak settle tu dan bila last day kena bayar?" Soal Intan.
"RM 12,000 dalam masa 5 hari " balas Encik Ilias.
Intan berfikir, Ingatannya terbang ke saat Adam memberinya tawaran tadi.

"Saya akan bayar awak rm7, 000 sebulan jika awak setuju jadi kekasih saya," tawar Adam.
'agaknya Adam bagi tak aku minta advance untuk 2 bulan.' soal hati Intan.
Sebelum tidur Intan menghubungi Fadlan pengurus Adam Mikail.
" Encik Fadlan, Tuan Adam ada menawarkan Intan satu pekerjaan, agak agak, boleh tak Intan minta advance gaji untuk 2 bulan,"tanya Intan
" Jika Intan ada alasan yang munasabah, pasti boleh, Intan ada masalah? " tanya Fadlan kembali.
" Intan perlu bayar pinjaman papa di bank sebanyak rm12, 000 dalam tempoh 5 hari jika tidak rumah kami akan di lelong, " ujar Intan.
Fadlan memberitahu Adam tentang permintaan Intan.
"Esok pagi... Pergi ambil Intan dan bawa jumpa saya di rumah," arah Adam.

"Intan, apa kata kalau kita skip bahagian kekasih pura pura. Jom kita kahwin. Bila Intan dah jadi isteri bayangan Saya, Intan akan diberi mas kahwin sebanyak rm50,000," Adam mengubah keputusannya.

Macam best jer dapat tawaran macam tu betul tak?.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-09 14:11:48 

huhuhu plumba f1


NovelPlus Premium

The best ads free experience