LITFL03-Muslihat

Romance Completed 48868

Sebulan yang lalu
March - 2017.

"Tak ada penaja nak taja you Adam, hilang penaja means you tak boleh nak compete dalam formula 1,"tegas kata kata, Tuan Hashim, Managing Director Pengurusan AM.
" Then what do you want me to do? "soal Adam.
" Build up your reputation, Nama you semakin buruk selepas pihak kita saman tabloid yang keluarkan berita palsu tentang you dan Queen Hania dulu , " kata Tuan Hashim lagi.
" Public menganggap I ni playboy ke, macam tu?, Kalau I kahwin you rasa reputasi I akan baik? "soal Adam.
" Tak perlu sampai kahwin, kalau you ada steady girlfriend yang you iktiraf pun sudah baik, "sampuk Fadlan.
" OK, keluarkan kenyataan, Adam Mikail sedang hangat bercinta. Kekasihnya orang melayu biasa yang tidak terkenal. I akan perkenalkan kekasih hati Adam Mikail tak lama lagi, "umum Adam.
Satu Malaysia gempar bila pengurusan AM mengeluarkan pernyataan bahawa putera mahkota litar itu mengumumkan bahawa hatinya sudah dimiliki oleh kekasih hati tercinta . Ramai yang mula membuat spekulasi tentang siapa kekasih Adam Mikail.

" Intan cuba kau baca ni, kekasih aku dah ada girlfriend," kata Tiara, menunjukkan akhbar dengan gambar Adam Mikail di muka depan.
"Aku tak percaya, itu cuma taktik pihak Pengurusan dia nak bina kepercayaan orang ramai terhadap Adam" ujar Intan Delaila, pelajar tahun akhir kursus journalism itu.
"Sebab tu kau ni top student fakulti, pandai kau menterjemah maksud berita ni, kau rasa aku ada harapan nak jadi kekasih Adam tu?" soal Tiara dengan mata berbintang bintang.
"Kau kena fikir 1 jer beb, dia nak pandang ke orang kebanyakan macam kita ni. Taste dia mestilah miss World, puteri raja jer beb," balas Intan.
Harapan Tiara kembali terpuruk ke lembah yang paling dalam. Semenjak menyambung pelajaran dalam kursus journalism, Intan banyak terdedah dengan helah Public figure untuk menaikkan nama mereka. Ramai yang sengaja mengeluarkan publisiti murahan walaupun menjatuhkan Maruah mereka, bagi selebriti wanita memakai pakaian yang menjolok mata mampu menaikkan nama mereka dalam industri. Intan mahu menjadi seorang wartawan yang telus, wartawan yang menyampaikan berita yang benar sahaja. Dengan keputusan cemerlang dan sokongan daripada pensyarahnya, selepas tamat pengajian sebulan yang lalu, Intan memohon kerja di Canang Bawang dengan gaji yang lumayan dan tugasan pertama Intan ialah mendapatkan gossip panas mengenai Adam Mikail.
Adam Mikail merasa tercabar dengan tuduhan melulu Intan Dahlia.
'Cantik juga gadis ni, menepati ciri ciri wanita idaman aku,' Adam berbicara sendiri.
"Lan, nanti aku nak kau tahan wartawan berbaju biru tu, aku nak jumpa, bawa masuk bilik hotel aku" bisik Adam kepada pengurusnya, Fadlan mengangguk faham.
Usai sidang akhbar Adam masuk ke bilik suite sebelum menanti kemunculan Fadlan bersama Intan.
"Abah, Ibu, sekejap lagi Fadlan akan bawa masuk calon menantu ibu dan abah," tutur Adam.
"Alhamdulillah, akhirnya Adam terbuka hati nak kahwin," ujar Puan Muhaini.
Pintu bilik di buka oleh Fadlan. Adam sudah boleh menjangka ekspresi terkejut Intan bila melihat ahli keluarganya berada di bilik hotel itu.

"Terkejut ke I nak jumpa dalam bilik, no worries, kemana I pergi dalam Malaysia ni, satu family I usung, sebab tu kalau keluar berita atau gossip I bermalam dengan wanita I akan saman, sebab mereka x boleh expected I bawa family dalam bilik I" kata Adam.
Adam membawa Intan ke pejabatnya dan memberi tawaran pada Intan.
Tiada jawapan diberikan tapi sempat Adam meminta Fadlan mendapatkan salinan IC intan. Adam sangat yakin Intan pasti berminat sempat Adam berbisik di telinga Intan
"Saya akan bayar awak rm7, 000 sebulan jika awak setuju jadi kekasih saya," tawar Adam.

Malam itu Adam terima panggilan daripada Fadlan, Intan memerlukan duit. - Itulah tajuk utama laporan Fadlan.
'Adakah aku tersalah pilih calon?' bisik hati Adam.
"dia nak bayar hutang pinjaman ayah dia sebanyak rm 12,000 dalam tempoh 5 hari, dan kalau tak rumah dia akan di lelong," kata Fadlan.
Esok pagi Pergi ambil Intan dan bawa jumpa saya di rumah," arah Adam.
"Intan, apa kata kalau kita skip bahagian kekasih pura pura. Jom kita kahwin. Bila Intan dah jadi isteri bayangan Saya, Intan akan diberi mas kahwin sebanyak rm50,000," Adam mengubah keputusan.
'Dia terdesak perlukan duit dan aku perlukan dia untuk memperbaiki reputasi aku,' monolog Adam sambil melirik ke arah Intan Delaila.
"Saya cuma setuju nak jadi kekasih pura pura awak tapi saya nak minta advance gaji untuk 2 bulan, itu saja" tegas Intan.
"Awak cuba nak scam saya ke?" sinis Adam.
"Saya nak protect rumah yang menyimpan banyak kenangan dengan mama, itu saja." sahut Intan.
"Kalau tak boleh, lupa kan tawaran awak, pilih saja mana mana peminat Adam Mikail, yang pasti saya x berminat," Intan berkata dengan yakin.
"Fadlan, beli rumah Intan bila dilelong nanti, kemudian halau isi dalam rumah itu serta merta. Sebab bakal isteri saya nak tinggal di situ," ujar Adam kepada Fadlan tanpa melihat kepada Intan.
"Awak tak boleh beli rumah saya," bantah Intan.
"Saya ada duit saya boleh beli apa saja," getus Adam.
"Tapi awak tak boleh beli saya" perli Intan.
"Eh, ada Intan, jom intan ikut ibu," Puan Muhaini meredakan ketegangan antara Adam dan Intan. Intan mengikut langkah Puan Muhaini.
"Erm, sedapnya bau masakan ibu," puji Intan.
"Intan makan tengahari disini ya,"ajak Puan Muhaini.
" Bila ibu dan abah boleh jumpa ibu dan bapa Intan? " soal Puan Muhaini.
Intan dapat menduga ibu bapa Adam tidak mengetahui helah dan perancangan Adam.
" Intan dah takde mama, cuma ada papa, " Kata Intan merendah diri.
" Ibu boleh jadi mama Intan, ibu suka Adam pilih Intan sebagai isteri,ibu yakin Intan dapat me bahagia kan Adam"puji Puan Muhaini.
" Intan risau, Adam selebriti, Intan x suka perhatian macam tu, "jujur Intan.
" Saya akan elakkan awak daripada jumpa dengan paparazzi, saya akan cuba untuk kurang dedahkan awak di media, "sampuk Adam dari pintu dapur, entah sudah berapa lama dia berdiri di situ.
" Baiklah kita cuba seperti rancangan awak, "putus Intan.
Penerimaan Puan Muhaini dan desakan untuk menyelamatkan rumah kesayangan membuat kan Intan meberikan keputusan dengan segera.
" Baguslah begitu, nanti ibu maklumkan pada abah, hujung minggu ni kita ke rumah Intan ya Adam, "kata Puan Muhaini. Adam bahagia melihat ibu dan Intan dapat berkomunikasi dengan baik.
Intan pulang ke rumahnya dan memaklumkan rombongan merisik yang bakal berlaku pada hujung minggu nanti.
" Papa tak tahu nak buat apa tau"ujar Encik Ilias.
"Makngah dah janji nak bantu Intan,dengan Kak Ara." kata Intan.
"Baguslah dah pandai buat keputusan sendiri, beritahu papa buat apa, nak minta jadi wali je kan, hari akad nikah baru jemput sepatutnya. Intan kan dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri," sayu suara encik Ilias.

So, cer komen sikit pendapat anda tentang Novel ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience