Assalamualaikum semua, bertemu lagi dalam novel ke 4 che da untuk UC, adakah anda semua berpuas hati dengan novel wonder baby, supernova hati Geoffrey dan ayu means pretty setakat ni. Seperti biasa che da cuba menampilkan kelainan dalam setiap novel che da, terima kasih pada anda semua yang masih sudi singgah dan bersama sama che da di novel plus,
August 2020
Litar Grand Prix Bahrain.
"Bagaimana Adam, dah bersedia nak berlumba?." soal Fadlan, selaku pengurus Adam.
"Litar kali ni mencabar sikit. Litar kering, suhu panas boleh merosakkan cengkaman tayar. Masa praktis semalam, hampir hampir aku terbabas masa di selekoh terakhir," jelas Adam.
"pasukan teknikal dah tukar jenama tayar baru, setiap kali kau masuk pit stop mereka akan pastikan tayar baru di tukar, ok," ulas Fadlan.
"Ujian masa semalam Lucas dapat result yang cemerlang lagi, macam mana aku nk potong dia,"Adam meluahkan kekecewaannya.
" Rilex dam, selepas litar Bahrain ni, kita masih ada 8 pusingan lagi. Sempat lagi kau nak kejar mata yang di kumpul oleh Harrison tu. Tak dapat first, second pun dah cukup baik, kau pun baru 3 tahun berlumba. Semenjak Alex Yoong meninggalkan dunia sukan permotoran, rakyat Malaysia memang tunggu pelapis yang boleh menggantikan dia, walaupun ramai yang mencuba nasib , cuma kau yang berhati kental. Kau ni Daredevil. Kau ni seorang Unthanatophibia (tak takut pada kematian."ulas Fadlan lagi. Aku cadangkan kau potong Harrison pada selekoh terakhir,"ujar Fadlan lanjut.
" Aku cuba Lan, "janji Adam.
Adam sudah bersedia di dalam kereta Voiture itu. Adam mencium cincin dijari manis kanan, Rutin Adam sebelum perlumbaan. Intan resah menonton dari rumah, mata Intan dipaku pada kaca televisyen dalam hati mendoakan keselamatan dan kemenangan suami bayangannya, Adam memandang kamera dan mengungkap I love you dalam silent mode.
"I love you too hubby," Intan tahu gadis gadis satu dunia pasti menyambut ungkapan I love you daripada Adam itu tetapi Intan sedar ungkapan itu hanya untuk isteri Adam yang tercinta, iaitu dirinya.
Perlumbaan pun bermula, Adam bermula dari petak ke dua di belakang Lucas Harrison. Adam mengejar Lucas, tayar kereta cepat haus akibat udara kering dan suhu yang tinggi melebihi 35°celcius seperti yang Adam jangka. . 200 meter lagi Adam akan melalui selekoh terakhir, jika Adam mahu memenangi perlumbaan itu dia perlu memotong Lucas di selekoh yang terakhir, sebelum membuat pecutan ke garisan penamat, penonton dari grand stand dan di seluruh dunia tertanya tanya kereta yang mana akan mendahului. Rakaman camera dari helicopter menunjukkan kedudukan Adam yang memandu Voiture berada di hadapan berbanding Lucas. Bunyi ngauman enjin kedengaran dari jauh. Ramai meramalkan jaguh handalan seperti Lucas bakal memenangi perlumbaan di Bahrain tetapi tak kurang yang menjangkakan bintang sensasi baru Adam Mikail dari Malaysia itu mampu membuat kejutan untuk muncul sebagai juara. Sewaktu Fadlan melihat Kereta Harrison muncul diikuti kereta lain, Fadlan bergegas ke selekoh terakhir untuk mencari Adam, alangkah terkejutnya Fadlan melihat keadaan di selekoh terakhir itu. Beberapa Buah kereta polis dan sebuah ambulance beserta sebuah jentera bomba berada di situ. Sekumpulan wartawan berkumpul untuk mendapatkan berita sensasi. Kemenangan Lucas Harrison bagai tiada makna, apabila semua tumpuan diberikan kepada kes kehilangan Adam Mikail. Kereta Voiture milik Adam terburai,
Sebiji tayar yang kelihatan seperti meletop terbang melayang 50 meter dari tempat kejadian. Menurut polis, tiada mayat ditemukan, Intan menangis, hidupnya sudah tidak bermakna tanpa Adam, Adamlah
dunia Intan,
"Ara. Tolong jaga adik adik Intan ya," pesanan terakhir Intan kepada sepupunya. Dia merancang untuk membunuh diri kerana kehilangan Adam.
"Ara tak percaya Adam dah mati, polis x jumpa mayat pun, dia cuma hilang, yakin lah Adam akan kembali pada Intan, demi anak dalam kandungan Intan." pesan Arra lagi.
Throwback...
Adam menghubungi Intan pada malam sebelum perlumbaan.
"Sayang, I really love you. Wait for me, we will get married for real soon. I can't wait to build a family with you. We had wasted 3 years of our life" ujar Adam.
"I am waiting for you hubby, I love you too." Balas Intan.
"kesemua 13 pelumba menamatkan perlumbaan Bahrain dengan kemenangan menjadi milik mutlak Lucas Harrison. Nasib pelumba negara, Adam Mikail masih menjadi tanda tanya. Pihak polis cuma menemukan rangka kereta Voiture tersadai di selekoh terakhir yang dilindungi oleh satu bukit setinggi 700 meter di kiri dan kanan. Polis merumuskan kes kehilangan Adam sebagai kes khianat. Kerana terdapat kesan tayar pacuan empat roda di kawasan gurun kecil berdekatan litar Bahrain itu. Kesan pagar dawai yang di potong juga mengesahkan andaian itu. "suara pemberita dari salah sebuah stesen television tempatan berkumandang di ruang tamu rumah Intan.
Throwback...
"My money in my savings will all belongs to you. I want you to live in wealth even without me by your side love," kata Adam.
"I don't like your words hubby, you are my world.
"I know but honey anything could happen, "ujar Adam.
Perbualan Intan bersama Adam seminggu sebelum Adam berangkat ke Bahrain.
" Intan, permintaan terakhir Adam ialah untuk beri Intan ini," kata Fadlan sambil menghulurkan satu kotak berbaldu biru tua. Intan menyambut huluran dari Fadlan, satu set barang kemas mewah, terkandung di dalam kotak itu.
"Apa maksud Adam ni Fadlan, I want my husband not jewelleries," merah padam wajah Intan menuturkan ayat itu."
"Adam nak Intan hidup senang tanpa dia," balas Fadlan.
"Adam sudah rancang kehilangan dia ke Lan. Ini semua rancangan Adam ke? Mengaku dengan Intan, Jangan tipu Intan" lirih Intan merayu.
"" Lan tak tahu apa apa, yang pasti kehilangan Adam merugikan pihak pengurusan, pihak Voiture dan 100 plus pasti akan saman pihak pengurusan AM, kalau Lan tahu, Lan pasti tak benarkan Intan, " kata Fadlan
" Jadi kemana Adam pergi,
.
kehilangan Adam bagai satu misteri. Jika mati mana jasadnya, jika hilang dimana jejaknya, " kata Intan.
" Sabar Intan, Adam pasti kembali, "pujuk Ara, sepupu Intan.
" betul kata Ara tu Intan, Ara tolong tengok kan Intan ya, Abang nak pergi jumpa boss di pejabat. Jangan benarkan Intan keseorangan,"kata Fadlan kepada Ara.
" Ara, tolong jaga adik adik Intan boleh?, Ara gadai barang kemas ni kalau perlukan duit, " Intan menyerahkan kotak barang kemas kepada Ara.
" Intan nak kemana?, Abang Lan tak benarkan Intan pergi ke mana mana" pujuk Ara
"Intan nak pergi cari Adam, Kalau pun Adam dah mati Intan nak pergi mati juga," Nekad Intan.
"Kakak... Jangan tinggalkan Dahlia," tangis Intan Dahlia.
Hati Intan mula gundah gulana dengan tangisan Dahlia, Papa mereka baru sahaja 3 tahun lalu meninggalkan mereka akibat kemalangan jalan raya menyusul jejak mama mereka yang neninggal akibat kegagalan fungsi buah pinggang 6 tahun yang lalu. Intan Delaila ialah ibu Intan Dahlia, kanak kanak 6 tahun itu tidak pernah mengenali mamanya, Puan Delilah terpaksa melahirkan Intan Dahlia secara pembedahan..
Intan Delaila keluar dari rumah itu secara senyap senyap, tidak sanggup nak mendengar tangisan Intan Dahlia.
"Kakak , nak kemana macam pencuri, tegur Ikhwan Daain," adik Intan dan satu satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
"Ikhwan dengar cakap kakak, Ikhwan dah jadi ketua keluarga, akak nak cari abang Adam, Ikhwan jaga Dahlia tau. Apa apa hal jumpa kak Ara, ok?." pesanan terakhir Intan kepada Ikhwan.
"Intan kakak sulung, jaga adik Intan ya, mama tak boleh hidup lama lagi dah." pesan Puan Delilah kepada Intan Delaila. Intan ingat pesanan mama tapi kini Intan nahu dengar kata hati nya.
Cite sikit pendapat anda tentang Novel love in the fast lane ni, boleh tak?
Share this novel
kalau tak kerana nak tulis novel ni Che da pun tak tahu maksud perkataan tu
wow alex yoong .. btw 1st dgr pktaan × tkut mati tu ..