July 2017,
Fadlan memandu Porsche milik Adam Mikail membawa putera litar itu bersama Encik Adham dan Puan Muhaini menuju ke kediaman Intan Delaila.
Encik Ilias tetap memanis kan wajah menerima kunjungan keluarga Adam Mikail itu walaupun terpaksa.
Puan Muhaini masuk mencari Intan Delaila
"Ibu sini, Intan nak kenalkan ini mak ngah Puan Dayana, adik arwah mama Intan, dia yang jaga Intan dN adik adik setelah mak xde. Yang ini adik lelaki Intan, Ikhwan Daain, dia ni sedang belajar di uni, kursus perniagaan dan yang ini adik bongsu, Intan Dahlia baru umur 6 tahun."Intan memperkenalkan ahli keluarganya.
" Ibu dah dapat bayang betapa comelnya bakal cucu Ibu nanti, Puan Muhaini mencubit pipi Intan Dahlia. Kanak kanak itu bangun lalu memeluk Puan Muhaini. Dahlia menangis dalam perlukan Puan Muhaini
"syyt sayang, jangan nangis, mama dah ada sini untuk jaga Dahlia," pujuk Puan Muhaini.
"Terima kasih Puan Dayana jaga anak anak saya, lepas ni giliran saya pula jaga mereka, ujar Puan Muhaini kepada Puan Dayana.
" Mereka ni amanah kakak saya, lagipun rumah saya di sebelah ni saja. "ulas Puan Dayana.
Sementara itu, Encik Adham dan Encik IIias berbual seperti 2 sahabat lama.
" Tak sangka anak kita berjodoh, dah lama Aku cari kamu Lias, " kata Adham.
" Aku malu nak jumpa kawan kawan semua selepas berkahwin awal dengan Delilah. Delilah bunting pelamin, kami bimbang ramai mengata aku dan Delilah sudah tidur bersama sebelum kami kahwin, "jujur Ilias.
" Muhaini juga bunting pelamin sewaktu mengandung kan Adam, "bicara Adham.
" Aku dan Muhaini sudah sayang sangat pada Intan, kami akan jaga dia dengan baik, "kata Adham.
" Terima kasih, dia benar benar membantu aku setelah Delilah meninggal, kini aku bakal kehilangan orang kanan aku" sayu kata Ilias.
"Intan akan jadi puteri di rumah kami Lias.
" Abang jom kita bincang sekarang, "Ajak Puan Muhaini.
" Intan cakap tak mahu perhatian media kepada diri dia, jadi kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup. Jadi majlis akad nikah hanya akan di hadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga yang rapat sahaja, di sini. Kemudian majlis bersanding juga tidak akan dibuat secara besar besar an. Sebagai ganti. Kami akan memberi hantaran sebanyak rm100, 000."kata Adam.
" Jadi tiada liputan berita dalam akbar dan majalah bahawa anak saya Intan ni dah kahwin dengan Adam ya?, Saya tak setuju. "bantah Ilias.
" Papa. Intan tak mahu publisiti macam tu sebab Intan ni wartawan, "pujuk Intan.
" Terpulang pada kamu la Intan, Buat majlis ala, kadar macam baru di tangkap basah pula, "tungkas Encik Ilias.
" Lias, Adam tak mahu Intan di ganggu peminat nya yang ramai, itu lagi membahaya kan nyawa Intan pula, "sampuk Encik Adham.
" Baiklah, aku setuju apa saja perancangan pihak lelaki"Encik Ilias mengalah, itu pun kerana Adam Mikail anak sahabatnya iaitu Adham.
Majlis pernikahan berlaku di kediaman Intan Delaila. Simple tetapi meriah. Tetamu terdiri daripada keluarga kedua dua pihak, jiran tetangga dan sahabat terdekat, semua orang tak dibenarkan mengambil gambar kecuali fotographer professional yang sudah di lantik oleh Adam Mikail. Kelibat wartawan langsung tidak kelihatan.
Dalam diam Intan gugup, dia meminta Ara mengambil gambar Adam dalam busana pengantin, Boss Intan Puan Syaza mahukan artikel berkenaan perkahwinan Adam, Intan perlu mendapatkan artikel itu jika tidak Intan akan di berhenti kan kerja. Artikel sudah pun Intan siapkan, Intan cuma perlu mendapatkan gambar Adam seorang sahaja, Gempar seketika dunia sukan tanah air bila berita perkahwinan rahsia Adam di dedahkan oleh Canang Bawang, tetapi langsung tidak ada maklumat berkenaan isteri Adam, Media lain mula merasa hairan bagaimana berita itu cuma di ketahui oleh Canang Bawang sahaja.
Puan Syaza menghubungi Intan.
"Intan kalau You boleh tulis artikel berkenaan isteri Adam Mikail, i bagi you bonus yang besar tshun depan," kata Syaza.
"Maaf Puan Syaza, isteri Adam Mikail tak mahu di dedahkan kepada umum," balas Intan.
"Intan I boleh jer guna gambar passport you yang you kepilkan masa mula mula kerja di sini dulu," ugut Syaza.
"Kalau you buat begitu I akan pastikan Adam saman Canang Bawang." Intan tidak mahu kalah. "Apa salahnya kita maklumkan pada umum, sekarang ni semua wRtawan sedang mencari kebenaran tentang isteri Adam Mikail. Awak boleh tahan saya tapi tidak media lain Intan," kata Puan Syaza.
Beberapa kenderaan media di lihat berkampung di hadapan rumah Adam Mikail memaksa Encik Adham menghubungi polis untuk menghalau wartawan itu.
Persiapan untuk menyambut menantu dibuat ala kadar. Tidak ada kanopi di pasang, Intan dibawa ke rumah Adam pada waktu malam sebelum majlis bermula. Perkahwinan mereka tidak gilang gemilang bak perkahwinan kayangan. Selepas pihak pengurusan AM mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan rahsia Adam Mikail, ramai gadis makan hati dengan berita itu.
Tiara menangis sewaktu menghubungi Intan.
"Intan, Boipren aku dah kahwin... Huhuhu huhuhu," tangis Tiara.
'Aku tahu, sebab dia kahwin dengan aku,' ketawa Intan di dalam hati.
"Tapi kau kata khabar angin saja," rungut Tiara.
"Betul lah khabar angin dia cakap ada girlfriend bukan tunang," Intan cuba melepaskan diri.
"Sayang tak nak tidur lagi, baju kahwin pun tak salin lagi," suara Adam.
"Intan, kenapa aku macam dengar Suara Adam di dalam bilik kau," tembak Tiara.
"Memang kau ni angaukan Adam, boleh pulak dengar suara Adam dalam ni," dalih Intan.
Intan membuat gaya sekejap dan memutuskan panggilan setelah memberitahu Tiara dia nak tidur.
"Kawan saya menangis sebab awak dah Kahwin dengan saya," Kata Intan.
" Saya rasa Awak perlu tahu sebab saya pilih awak," kata Adam.
"" Hairan juga saya, kenapa? " soal Intan.
" pepatah berkata hanya Jauhari mengenali manikam dan ibu pesan supaya saya dapat membezakan kaca dan permata, tapi xde orang nama permata, atau berlian, kalau ada pun minah salleh nama Ruby, Amber tapi Adam pilih Intan, bila awak perkenalkan diri awak Intan Delaila pada ibu saya kata Yes, pilihan aku betul, bukan Jauhari jer mengenal manikam tapi Adam juga mengenali Intannya."jawab Adam.
" Boleh tak saya nak terus tinggal di sini, rumah ni ada banyak kenangan dengan mama, "pinta Intan.
" boleh, tapi ada syarat dia, "Adam bermain tarik tali.
" Beritahu jer apa syarat nya"ujar Intan.
"panggil I abang atau honey atau darling boleh?" pinta Adam.
"Setakat nak suruh panggil manja manja macam tu mestilah boleh," balas Intan.
"Siapkan Dahlia, mama cakap dia nak Dahlia tinggal dengan dia, "kata Adam.
" No, Dahlia is my daughter, I will not let her go, "bantah Intan.
" Kalau begitu kita kena bagi cucu pada mama secepat mungkin. "Helah Adam.
" No, I tak nak mengandung sebab public cuma tahu you kahwin tapi bukan dengan I. "tingkah Intan.
" I boleh bongkarkan rahsia tu tapi you tak suka publisiti, "ujar Adam.
Complicated pulak hubungan mereka ni.
Share this novel