Mencari punca

Family Series 1467

Telefon bimbit mulai berdering. Tubuh masih belum ada keinginan untuk mninggalkan tempat tidur. Telinga dipekakkan.

Telefon terus berdering sehingga memberi kesan pada tidurnya. Tangan meraba-raba mencari telefon yang kebiasaannya diletakkan dibawah bantal tidur. Alarm telefon dimatikan.

"hari ini adalah hari bermalasan ku...aku mahu nikmati hari ini secukupnya".

Belum sempat untuk melelapkan mata, telefon kembali berdering. Telefon dicapai, panggilan masuk daripada bonda. Jarang sekali untuk bonda menelefon dipagi hari. kehairanan telah menelan keinginan untuk tidur.

"Bonda....ada apa telefon pagi-pagi ini"

"tolong bergerak ke yan sekarang, wan kamu sudah tenat...Pak lang baru sahaja menelefon bonda tadi".

"Masya allah...baik bonda, saya akan segera ke sana...tapi bagaimana dengan bonda"?

"Bonda akan bergerak ke kedah hari ini juga...yang penting kamu segera ke sana."

"Tapi bagaimana bonda mahu datang ke sini...tiada bas untuk ke kedah pagi-pagi macam ni".

"Jangan dipanjangkan lagi isu ini...yang penting kamu segera ke sana...jangan banyak soal."

Panggilan telefon diputuskan. Tubuh yang asalnya lesu akibat kepenatan memandu dari kuantan ke pendang kini kembali segar selepas mendapat perkhabaran ini.

"Tidak sempat rasanya untuk mandi...pakaian dan barangan mandi masih lagi belum dikeluarkan dari kereta...sekadar dengan membasuh muka sudah memadai mungkin".

Tambah lagi satu permasalahan baru...kunci kereta miliknya pula tidak dijumpai. Sudah habis bilik diselongkar namun tidak dijumpai. Dalam keadaan yang tergesa-gesa sukar untuk dirinya mengingat dimana dia meletakkan kunci keretanya.

"Satu-satu masalah....lepas ini apa pula...kereta hilang"?

Sedangkan dirinya sendiri mulai mengeluh dengan sifat pelupanya.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience