BONDA

Family Series 1467

Segala persiapan telah dibuat. Keberangkatan ke utara menjadi penentu buat diri kembali berdiri. Diketika rasa hati masih berat untuk meninggalkan kampung halaman, namun diri harus tabah untuk melangkah pergi.

"Jangan lupa untuk menjenguk tok wan kamu sesampainya kamu di sana".

Kepala dianggukkan. Tanda memahami pesanan yang diberikan dari seorang ibu.

"Ayah masih belum pulang?"

Riak wajah ibu mula berubah. Sepertinya soalan ini amat terkesan buat dirinya.

"Dia sudah tiada keluarga".

Hati yang semamangnya berat bertambah remuk lagi apabila jawapan ini terzahir dari mulut seorang ibu.

"Rumah ini akan kehilangan satu lagi sinar setelah diriku melangkah pergi".-Hati mula berbisik.

"Adakah aku telah melepaskan tanggungjawabku sebagai seorang anak?"
Satu lagi soalan diajukan sebelum bergerak pergi.

"Tiada perkara yang lebih bahagia bagi seorang ibu untuk melihat anaknya mengejar kejayaan".

Senyuman mula terukir. Hati yang asalnya berbolak balik, kini kembali tenang.

"Sesungguhnya tanggungjawabku sebagai seorang anak tidak terhenti di sini bonda, uruslah dirimu dengan baik sepanjang ketiadaanku".

Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang keselamatan hanya dipakaikan pada tempat duduk pemandu. Walau ianya dicipta untuk menjaga keselamatan nyawa, namun diri seakan lebih menyayangi tempat duduknya dari nyawa sendiri.

"jika ikwan datang kemari, khabarkan tentang keberangkatan ku ini".

Ibu mula kehairanan.

"Mengapa tidak kamu sahaja khabarkan kepadanya, tidak terbantut perjalananmu jika kamu bertemu dengannya sebelum berangkat ke sana".

Seolahnya, telinga sengaja dipekakkan. Kereta diundur keluar dari garaj. Wajah seorang ibu masih lagi tenang melihat insan yang paling dicintainya pergi meninggalkannya.

Kereta telah berlalu pergi, tinggallah kini seorang insan yang bergelar 'BONDA' meneruskan sisa hidupnya bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience