Kisah semalam

Family Series 1467

"Tidak semua lelaki berdusta bila bertutur kata, dan tidak semua wanita itu jujur tingkah lakunya".

Kemarahan semakin membuak. Bibir diketap. Renungan yang penuh dengan dendam seakan-akan mahu dimakan orang yang berada dihadapannya tika ini. Bilamana tindakan tidak seiring dengan akal l, manusia akan bertindak diluar batasan pemikiran.

Telefon bimbit dikeluarkan dari sakunya. Kemarahan sudah menguasai rasa hati....dengan sekelip mata, telefon bimibit dikeluarkannya dilemparkan tepat pada wajah seorang gadis.

"Masya allah!!! Sabar sahabatku...sabar."
"Bukan ini caranya untuk mendidik atau menegur."

Sedangkan seorang rakan karib tidak mampu untuk membendung amarahnya, inikan pula dirinya yang sudah berada dalam keadaan separa sedar.

Air mata mula berlinangan...Terus mengalir membasahi pipi seorang gadis. Masih tidak mampu untuknya menzahir walau sepatah kata.

"Air mata mu sudah tiada nilai bagiku."
"Ambil telefon bimibitmu dan berlalulah kamu dari sudut pandanganku."

Tubuh mulai mengigil, kaki seakan sudah kehilangan upaya untuk berdiri. Masih terkasima mungkin....

Ikwan hanya mampu menjadi pemerhati. Tidak ada layak untuknya menghakimi mana-mana pihak.

"Saya masih punya marua!! Harga diriku tidak terbayar dengan segunung wang ringgit."
"Tidak perlulah untuk kamu mencarikkan kainku dihadapan orang luar."

Mudahnya bagi seorang lelaki melukai hati wanita, sedangkan mereka tahu akan hakikat hati wanita yang terlalu rapuh.

"Aku tidak akan berganjak dengan keputusan yang telah aku putuskan."

Langkah diambil, terus berlalu meninggalkan seorang insan yang pernah bertakhta dihatinya diperlakukan sedemikian rupa. Segala kenangan mahupun pengorbanan telah dinafikan bagi memarakkan api kemarah yang berada dalam diri.
********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience