Kata putus!

Family Series 1467

Kemanisan senyuman cukup indah diamati. Walau tidak terlalu lebar senyumannya, namun ianya cukup untuk membuatkan diriku kembali mengerti apa yang dimaksudkan dengan kemanisan cinta. Adakah benar cinta itu menguasai segalanya....?

Kerana rasa cinta dan mencintai ini adalah fitrah bagi makhluk kerdil sepertiku. Tidak adil bagiku untuk menghakimi rasa hati untuk merasai cinta ini.

"Sudah cukup lama untuk kau terus bermenung."

Sapaan yang cukup dikenali. Wajah tidak perlu menoleh bagi mengenalpasti individu ini.

"Kisah lama....bukan suatu perkara yang mudah untuk kita singkirkan dari benak fikiran ini bukan..?"

Ikwan hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Jawablah soalan aku ini!!!"

Diri seolah-olah dahagakan seungkap kata yang dapat menenangkan rasa hati ini.

" Kita diberikan hak untuk mnguruskan fikiran kita dengan baik, jadi tidak menjadi satu beban untuk kita melenyapkan apa jua kisah mahupown memori yang bermain di fikiran kita ini."

"Tapi....manusia sering terperangkan dengan desakan hati, sehingga mereka memutuskan untuk menyematkan memori itu pada hati...kerana apabila ianya tersemat dihati, terlalu mustahil untuk kita singkirkannya dri trus bersemadi disini."

Fokus masih terganggu. Setiap apajua tindakan yang dilakukan tidak akan pernah menjadi sempurna. Sudah tiba masa untuk diri mengetepikan rasa hati.

Manusia tanpa hati, walau ianya terlalu kejam apabila dizahirkan, namun adakalanya diri perlu bertindak zalim untuk terus menjalani kehidupan tanpa perlu gusar untuk dilukai.

"Sudah sampai waktu untuk aku melangkah dari terus menanti."

walau hanya mengukir senyuman...ianya sudah cukup untuk ikhwan menunjukkan tanda setuju dengan tindakan ku.

"Lot di pendang masih banyak menanti, jangan campur adukkan urusan kerja dengan peribadi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience