Series
70
Puteri memandang kearah keduanya silih berganti. Kedua manusia di hadapannya itu tidak mahu beralah. Nampaknya Camelia dah bertemu buku dengan ruas. Puteri memicit lehernya yang terasa agak hangat. Agaknya dek kerna tekanan darahnya kian meninggi kerna ulah Camelia, sahabat baiknya sendiri.
“ U terbilang ke?” pemuda itu bernada sinis.
“ Kesian! Dah tak tau dunia semasa. Agaknya kawan tarzan..” Camelia menjuihkan bibirnya. Gadis itu berpaling. Malas untuk bertekak lidah sekaligus bertegang urat dengan makluk asing itu. Langkahnya di atur bagaikan model yang berjalan di atas pentas peragaan.
“ Biar mamat tu tau yang aku ni cantik!” Camelia sengih sendiri.
“ Kem..” Puteri melaungkan nama gadis itu namun Camelia tidak pula berpaling.
“ Maaf encik..” Puteri hilang kata-kata.
“ Nama I Hariz..” Hariz menghulurkan tangannya. Senyum ramah di lemparkan.
“ I Puteri.. I kawan dia.. sekaligus P.A dia..” Puteri menceluk poket seluarnya. Kad nama dihulurkan, begitu juga dengan Hariz sebaik sahaja terpandang tindakan Puteri itu. Keduanya bertukar kad nama.
“ Tengku Hariz Iskandar..” Puteri menyebut nama itu perlahan.
“ Just call me Hariz..” Pemuda itu tidaklah tampak jahat seperti yang dia sangkakan.
“ I akan call u berkenaan dengan kereta u ni..”
“ Oi Put! Kau nak masuk rancangan cari jodoh ke?” Pekikan Camelia mengejutkan Puteri sekalugus mematikan perbualan keduanya.
“ Ye! Ye! Aku datanglah ni” Puteri membalas laungan itu.
“ Kawan u tu memang ada DNA panas baran ke?” Hariz ketawa kecil dengan ucapannya sendiri.
“ Aa’ahh! Dia memang tengah di tahap gunung berapi nak meletup tu. Maaf ye. Tapi dia sebenarnya tak macam tu” Puteri turut tertawa kecil dengan kata-kata-kata Hariz.
“ Panjang betul kau borak? Seronok? Kau nak aku drive keta ni sendiri ke?” gertak Camelia memberi ugutan. Gadis itu berpeluk tubuh di dalam kereta sambil matanya memandang ke arah Hariz yang melirik ke arahnya. Sengaja di kecilkan kedua belah matanya supaya pemuda itu tahu yang dia tengah menahan amarah yang teramat.
“ Maaf, I kena pergi dulu” Puteri terdengar kalut.
“ Emmm.. if u don’t mind, may I ask u one quick question” tutur pemuda itu perlahan.
“ Sure..” Puteri tidak pula nampak keberatan.
“ Siapa dia?” Hariz mengerling semula kearah Camelia.
“ Dia Camelia Andriana. Dia seoang pelakon dan model” Puteri segera berlalu usai menghabiskan ayatnya.
“ Camelia..” Nama itu meniti perlahan di bibir pemuda itu. Ada senyuman terukir di bibirnya.
~~~~~~~~~~~~~
“ Apa yang kau borakkan dengan mamat turki celup tu tadi?” Camelia bertanya sebaik sahaja Puteri masuk ke dalam perut kereta.
“ Mamat turki celup?” Puteri ketawa kecil mendengar gelaran yang Camelia berikan kepada lelaki yang di temui keduanya sebentar tadi.
“ Yelah! Muka dia macam muka pelakon turki tu..” Camelia memuncungkan bibirnya. Gadis itu sempat melontarkan pandangannya ke luar saat kereta yang di pandu Puteri bergerak melintasi kereta pemuda yang masih menunggu di tepi jalan itu. Kelihatan sedang menelefon seseorang.
“ Agaknya tengah telefon awek turki” gumam Camelia di dalam hati.
“ Jadi kau nak cakap mamat tu handsome lah ni..” Puteri menduga.
“ Well.. boleh tahan kacak” Camelia membayangkan semula wajah pemuda itu tadi.
“ Nama dia Tengku Hariz Iskandar” Beritahu Puteri tanpa di suruh.
“ Jadi sempatlah kau berkenalan dengan dia tadi? Sukalah dapat di ayat-ayat?” perli Camelia.
“ Aku perlukan contact number dia untuk uruskan kerosakan kereta dia tu” balas Puteri. Kali ini pandangan matanya di tumpukan sepenuh di atas dada jalan raya. Kedua belah tangannya memegang kuat streng kereta. Bimbang pulak kejadian yang tak di ingini seperti tadi berulang lagi.
“ Cehhh! Kau ni memang! Tak dapat tengok laki kacak sikit. Terus cair! Terus nak fall in love” Gerutu Camelia geram.
“ Ehhh, mana ada. Kau ni sembarangan je. Tak baik tau kau tuduh aku macam tu. Lagipun memang salah aku tadi. Terlanggar kereta dia. Yelah! Sibuk cari trofi kemenangan kau tadi..” ulas Puteri.
“ Kau nak salah kan aku lah ni?” Duga Camelia inginkan kepastian.
“ Takkan lah aku sampai hati nak salahkan kau. Aku mana boleh buat kau marah. Siapalah yang keluarkan duit untuk ganti rugi tu nanti kan, kalau bukan kau” Puteri senyum kambing.
“ Nasib baik kau kerja dengan aku tau. Kalau kau kerja dengan orang lain, mau tak kau yang bayar ganti rugi dengan mamat turki celup tu tadi” Camelia menjeling tajam.
“ Aku tau kau baik. Kaulah manusia paling baik sekali yang pernah aku jumpa seantero dunia ni” Puteri sengih.
“ Kau tak payah nak mengampu aku. Ni haa! Kepala pelakon terbaik tahun ni. Siapa nak bertanggungjawab?” Camelia meraba semula kepalanya.
“ Alaaaah! Darah sikit je tu. Sapu je krim. Esok lusa hilanglah tu” Ujar Puteri selamba.
“ Amboi! Kau cakap ikut sedap mulut je. Kau dengan mamat amoeba tu sama je..”
“ Amoeba? Binatang apa pulak tu?” Puteri mengerut.
“ Tulah! Lain kali masa cikgu sains ajar, jangan tidur!” Camelia memejamkan matanya. Tidak mahu berbahas dengan Puteri tentang maksud ayatnya tadi. Pasti gadis itu akan bertanya lebih banyak dengannya nanti.
~~~~~~
“ Kau kenal dengan Camelia Andriana?” Hariz menyoal usai meneguk kopi ais yang di pesannya tadi.
“ Camelia Andriana? Pelakon tu?” Dengan pantas Azrul menjawab pertanyaan sahabatnya.
“ Amboi.. bukan main laju kau jawab” Hariz senyum nipis.
“ Siapa yang tak kenal dengan Camelia. Satu Malaysia kot kenal dengn dia. Dia tengah top sekarang ni. Tengah naik daun! Haaaa.. kalau tak silap aku, baru semalam dia menang anugerah pelakon wanita terbaik.” Beritahu Azrul teruja.
“ So, dia memang terkenal?”
“ Weii Hariz. Kau ni tak tahu dunia luar ke? Sampai kau tak kenal dengan dia? Muka dia ada kat merata-rata tau. Dalam iklan, dalam majalah. Semua ada muka dia”
“ Kau pun tau. Aku tak berminat dengan dunia hiburan..”
“ Tapi kau kena berminat dengan dia ni. Cantik! Berbakat! Fuh! Dia tu rebutan ramai lelaki kat Malaysia ni tau, terutamanya aku” Azrul memasang angan-angan.
“ Semalam aku jumpa dia” Beritahu Hariz.
“ Kau jumpa dia? Biar betul?” Soal Azrul kurang yakin.
Hariz angguk dua kali. Perlahan tapi penuh makna tersirat. Pemuda itu senyum.
“ Dia langgar kereta aku..” Tambah Hariz.
“ Dia memang cantik. Sangat cantik tapi tak sepadan dengan adab dia” Hariz berdecit.
“ Maksud kau?” Azrul mengerut.
“ Dia agak kasar..” Hariz meneguk semula kopi di hadapannya.
“ Kasar? Kau berkelahi dengan dia ke semalam?”
“ Taklah..” Hariz menjawab sepatah.
“ Kau jangan carik pasal dengan dia, tak pasal-pasal nanti kau masuk dalam majalah, tak pun surat khabar. Tak ke naya macam tu..” Azrul memberi amaran.
“ Kau ingat aku ni jahat sangat ke?” Hariz senyum nipis. Pandangan matanya dilontar jauh. Ada yang bermain di benak fikirannya hingga membuat pemuda itu semakin melebarkan senyum di wajahnya.Bayang wajah Camelia acap kali menerpa fikirannya. Bayang-bayang gadis itu juga kerap bermain di kedua bebola matanya.
~~~~~~~~~~~~~
“ Camelia apa khabar?” Nada suara Dato Malik terdengar lembut di hujung talian.
“ Masih hidup..” Camelia menjawab malas. Sebenarnya dia tidak mahu untuk menjawab panggilan itu, tapi dirinya menjadi rimas apabila deringan telefon itu tak berhenti sedari tadi. Entah apa agaknya yang penting, hingga lelaki itu menelefonnya berulang kali.
“ Tahniah Camelia..” Dato Malik tidak memperdulikan sikap acuh tak acuh anaknya, sebaliknya tetap mengucapkan ucapan terdengar begitu riang.
“ For?”
“ Sebab kemenangan Camelia. U deserved it!”
“ Welcome! Ada apa-apa lagi yang papa nak cakap ke selain tu?” Camelia menghela nafas lemah.
“ Sebenarnya papa nak ajak Camelia kerumah hujung minggu ni?”
“ Untuk apa?” Camelia berpura-pura bertanya walaupun dia tahu acara apa yang akan diadakan pada hari tersebut.
“ Camelia tak ingat ke?” Dato Malik kedengaran kecewa.
“ Oh ye! Hari jadi papa?” Camelia senyum sinis.
“ Maaf! Camelia sibuk. Camelia tak ada masa nak celebrate birthday papa. Ada banyak kerja yang Camelia kena buat. Lagipun papa kan dah ada keluarga baru. Keluarga yang papa nak sangat dulu sampai papa tinggalkan Camelia dan mama” Camelia mengungkit. Ucapan itu jelas membuat Dato Malik terdiam seribu bahasa. Dia tahu Camelia memang akan tetap mengungkit kisah lalu. Dia tahu dia lah punca anak kandungnya membenci dirinya sendiri.
“ Papa tak payah lah nak buang masa dan tenaga papa untuk jemput Camelia ke majlis papa tu. Lagipun papa dah lama buang Camelia dengan arwah mama sejak papa kenal dengan perempuan perampas tu” lancar Camelia berbicara, menuturkan setiap bait luahan isi hatinya.
“ Camelia!!” Dato Malik separuh menjerit.
“ Kenapa kurang ajar sangat ni? Camelia tak patutu panggil dia macam tu. Dia mama Camelia jugak tau!” Dato Malik mempertahankan isterinya.
“ Izara bukan mama Camelia. Dia betina perampas yang merampas kebahgiaan mama. Mama kandung Camelia! Betina murah tu tak akan pernah jadi mama Camelia. Dia tak layak pun!” Camelia menekan suaranya.
“ Camelia! Papa tak pernah ajar Camelia jadi kurang ajar macam ni tau tak! Kenapa dah tak tahu nak hormat orang ni?” Marah Dato Malik.
“ Papa tak payah nak ajar Camelia cara hormat dengan orang. Arwah mama dah cukup mengajar Camelia tentang cara menghormati orang tua. Cuma masalahnya disini, perempuan yang ayah gila-gilakan tu, tak patut untuk dapatkan penghormatan dari Camelia. Layak ke dia?” Ujar Camelia pajang lebar.
“ Tak boleh ke kalau Camelia dan mama Izara berbaik? Untuk papa.. papa teringin nak duduk berkumpul dengan Camelia dan..”
“ Tak payah! Camelia tak sanggup nak berkumpul apatah lagi bertentang mata dengan betina tu. Dia tu bukannya baik sangat pun! Papa tu yang dah termakan guna-guna dia” Camelia berdecit.
“ Astagfirullah al azim. Bawak mengucap Camelia. Banyakkan beristifar. Jangan main hakim sendiri. Camelia belum lagi kenal dengan mama Izara..” Dato Malik mengucap panjang.
“ Paa.. kalau dia perempuan baik, dia tak kan merampas suami kawan baik diri sendiri. Tak berfikir apa yang akan jadi dengan keluarga dia. Manusia macam tu yang papa nak Camelia hormat?”
“ Janganlah nak keruhkan lagi keadaan Camelia. Papa dah tua. Papa tak larat nak hadap sikap egois Camelia yang tak nak beralah. Papa rendahkan diri papa untuk pujuk Camelia. Untuk berbaik dengan Camelia.. dan papa harap sangat Camelia akan datang nanti. After all, Camelia adalah satu-satunya anak papa..”
“ Tengoklah…” Camelia mematikan panggilan telefon. Segera menyudahkan panggilan yang menurutnya membuat emosinya menjadi kacau bilau. Sepatutnya dia tidak menjawab panggilan itu. Biarkan saja lelaki bergelar ayahnya itu tercari-cari akan diribya.
Mana perginya dia sewaktu mamanya bertarung nyawa melawan sakit yang ditanggung? Mana perginya lelaki itu di saat mamanya terbaring kaku di atas jalan raya dek dilanggar lari oleh orang yang sampai ke hari ini masih belum juga di temui pelakunya? Mama melawan kanser sendirian, tanpa di temani papa. Lelaki itu asyik menghabiskan masanya dengan Izara, sahabat baik mamanya sendiri. Orang yang sangat mama percayai. Sanggup perempuan itu merampas kebahgiaan mama. Ye! Hidup ni memang tak adil!
“ Siapa call?” Puteri melangkah ke arah Camelia dengan membawa dua gelas orange jus. Gelas itu bertukar tang sebelum sempat Camelia membalas bicara Puteri.
“ Siapa lagi kalau bukan papa aku..” Camelia mengeluh berat.
“ Apa yang dia cakap sampai muka kau merah padam macam tu?” Puteri senyum. Gadis itu melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Camelia.
“ Apalagi kalau bukan pasal mak lampir tu..”
“ Mama kau?”
“ Kau jangan nak menaikkan api kemarahan aku ni Put! Dia tu bukan mak aku. Mak lampir tau. Bukan mak aku! Camelia menegaskan ucapannya.
haaaaaaa.. the third one is here.. enjoy tau.. jangan lupa komen.. jangan lupa berangan.. heheh..
Share this novel