BAB 4

Romance Series 70

“ Oh ya.. pasal lelaki yang kita langgar tempoh hari..”

“ Hmmmm.. kenapa dengan dia?” soal Camelia lantas meneguk air jus perlahan.

“ Dia nak jumpa kau esok..” Puteri terlihat tersengih.

“ Nak jumpa aku? Buat apa dia nak jumpa aku? Benda tu boleh settle dalam phone je kot. Dia boleh je hantarkan resit repair tu dekat kau, lepas tu kita bank inn kan je duit tu” Camelia berkerut.

“ Aku dah cakap dekat dia macam tu. Persis macam yang kau cakap tadi, tapi Tengku Hariz tu tetap nak jumpa dengan kau” Beritahu Puteri dengan tingkah yang mengada-ngada.

“ Yang kau ni dah kenapa? Dah macam cacing kepanasan!” Camalia meletakkan gelas di dalam genggaman tangannya dia atas meja. Rancangan kegemaran di kaca televisyen yang menjadi perhatiannya sedari tadi kini tidak lagi menarik perhatiannya.

“ Apa yang teruk sangat rosak sampai dia nak kena jumpa dengan aku? Kereta dia ke, muka dia yang sebenarnya rosak?” Camelia duduk bersila menghadap wajah Puteri.

“ Manalah aku tau. Aku bukannya mekanik” Puteri memuncungkan bibirnya.

“ Akiu pun bukannya mekanik. Buat apa terhegeh-hegeh nak jumpa aku? Entah-entah mamat amoeba ni syok kat aku tak?” Camelia ternganga besar.

“ Agaknya dia sengaja nak jumpa aku sebab nak tackle aku..” Camelia berangan sendirian.

“ Kau ni memang banyak sangat tengok drama korea..” Puteri memberi komen.

“ Well.. nampaknya saham aku dah makin naik lepas aku menang anugerah pelakon terbaik tu berulang kali. Agaknya malam tu dia tak berapa nak nampak muka aku yang beautiful ni. Maklumlah aku tengah marah kan. Jadi mungkin malam tu dia nampak hantu kak limah!” Camelia ketawa kecil.

Puteri menggelengkan kepalanya. Gadis itu menarik alat kawalan jauh televisyen lantas menukar saluran sedia ada. Dia tidak mahu melayan Camelia yang sedang berangan sendiri itu. Makin di layan, makin menjadi ayat yang akan keluar dari bibirnya.

~~~~~~~~~~

“ Aku dah cukup cantik ke? Dah cukup lawa ke? Beautiful tak?” Camelia menoleh semual ke arah cermin pandang belakang kereta yang di pandu oleh Puteri. Berkali-kali soalan yang sama di lemparkan. Dia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya. Rambut panjangnya yang di ikat tinggi di atas kepala di tolak kebelakang.

“ Kau ni nak jumpa dengan Hariz je kot. Bukan nak jadi model kecantikan untuk company dia” Puteri mencuri pandang ke arah Camelia sesaat. Gadis itu mengenakan baju dengan motif wajah harimau dan berseluar jean yang koyak di bahagian lutut. Dandanan wajahnya agak nipis namun warna lipstick yang agak merah menyala itu membuatkan Puteri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan selera fesyen Camelia pada hari itu. Mana perginya Camelia yang cantik dan ayu? Seksi walau hanya mengenakan gaun polos tanpa corak.

“ Kau tak rasa ke lipstick kau tu terlampau merah? Macam nak pergi kelab malam" Komen Puteri.

“ Cantik tak?” Camelia memuncungkan bibirnya ke arah Puteri.

“ Kau sebenarnya nak menakutkan siapa dekat pejabat Hariz tu?” Puteri menyoal hairan.

“ Aku nak takutkan mamat amoeba tu!” Bulat mata Camelia memberitahu hasrat sebenar yang terbuku di hatinya.

“ Kau nak takutkan dia?” Puteri menyoal kembali.

“ Yelah! Dia kan dah jatuh cinta kat aku. Aku mesti tunjukkan dekat dia yang aku ni perempuan yang susah untuk di dekati. So.. aku sengaja pakai baju harimau ni supaya dia takut tengok muka aku nanti” Camelia senyum jahat.

“ Bila dia pandang aku nanti, aku akan buat muka macam harimau lepas tu aku terrrrrrkam dia… aummmmmm” Camelia ketawa. Kali ini otaknya sudah menjauh dari normal.

“ Kau ni kan. Memang dah tak betul” Puteri menggelengkan kepalanya.

“ Oh ye. Sebelum aku lupa, nanti lepas jumpa dengan Hariz, kita pergi jumpa Mr David tau” Puteri menggingatkan Camelia.

“ Kenapa nak jumpa dengan makhluk dua alam tu? Apa yang dia nak?” Camelia menghempaskan tubuhnya di kerusi. Mood cerianya serta merta bertukar.

~~~~~~~

Kemunculan Camelia di Azhar Holding sesungguhnya menarik perhatian semua karyawan yang bekerja di situ. Langkah kakinya yang mengenakan boot panjang paras lutut itu di hayun bagaikan seorang model di atas pentas peragaan.

Senyumnya di lontarkan ke arah mata-mata yang memandang. Ia sememangnya membuat hati siapapun akan cair dek kecantikannya. Namun di balik kekaguman, ada juga terdengar suara yang mengejek di balik telinga.

“ Alaaaahhh.. aku dengar dia buat hidung dia tu kat Korea”

“ Dada tu.. dulu kecik je. Made in Thailand”

“ Kau ada ke tengok bibir macam tu kat Malaysia”

“ Dari atas sampai ke bawah, semuanya plastik”

“ Ada yang cakap dia buat suntikan dekat muka. Nak menengangkan kulit dia. Lepas tu bagi kulit dia makin putih. Kau tak perasan ke kulit dia tu dah macam mat salih celup” Suara kekekan dari para pekerja wanita di syarikat itu membuat langkah Camelia terhenti. Puteri turut menghentikan langkahnya. Dia belum pekak lagi untuk tidak mendengar umpatan dari mereka.

“ Kalau cik adik semua buat plastic surgery pun belum tentu dapat muka macam I tau” Camelia bersuara sinis sambil memerhatikan gadis-gadis di hadapannya silih berganti.

“ Camelia” Puteri memegang lengan Camelia. Dia tidak mahu gadis itu menegangkan tekaknya di situ dengan bertekak dengan orang yang hanya akan merosakkan reputasinya.

“ Isk kau ni!” Camelia menarik lengannya.

“ Korang semua ada bukti ke nak cakap macam tu kat I? Tak takut kena saman?” Camelia mengukir senyum, namun senyuman itu sangat menakutkan hingga membuat para wanita tadi saling berpandangan sendiri dan diam seribu bahasa.

“ Kem! Jum!” Puteri menarik tangan Camelia untuk segera meninggalkan tempat itu. Gadis itu melangkah laju menuju ke arah pintu yang tertulis nama Tengku Hariz Iskandar.

“ Tengku Hariz ada kat dalam?” Puteri bertanya tanpa melepaskan tangan Camelia. Kalau terlepas nanti, bimbang gadis itu kembali menyambung amarahnya.

“ Sekejap ye..” setiausaha Hariz mengangkat ganggang telefon. Gadis itu berbicara untuk beberapa saat sebelum meletakkan kembali ganggang itu.

“ Silakan masuk. Tengku Hariz tunggu di dalam” Beritahu gadis itu terlihat teruja.

“ Hai..” Hariz yang duduk di mejanya, bangun dan mengangkat tangannya ke arah Camelia yang masuk setelah Puteri.

“ Assalamualaikum..” Sengaja Camelia menekan bait ayatnya. Wajahnya agak tegang.

“ Waalaikumsalam..” Hariz tunduk malu mengakui kesilapannya. Nampaknya gadis itu sengaja mengenakannya.

“ Take a seat” pelawa pemuda itu melangkah ke arah sofa yang ada di hadapan meja kerjanya.

“ Memang nak duduk pun. Tak kan nak berdiri kat sini” Bisik Camelia perlahan.

“ Isk! Kau ni” Puteri menyiku perut Camelia.

“ U nak bincang pasal kereta kan? Kenapa tak chat je dengan PA I? Kenapa nak kena jumpa?” Camelia berpeluk tubuh. Mememekkan wajahnya menyampahnya.

“ Memang I nak bincang pasal kereta..” Hariz duduk bertentangan dengan Camelia.

“ U fikir I ni mekanik ke, tau nak tengokkan kereta u? Tau apa yang rosak?” Camelia memerli.

“ Kem. Kita datang sini sebab nak berbincang. Bukan nak berkelahi” Puteri mengetap giginya.

“ Banyak sangat ke rosak kereta u sampai u nak jumpa dengan I?” Tempik Camelia tanpa memberi ruang untuk Hariz membuka bicara.

“ Tak ada yang teruk. Cuma calar sana, calar sini” Hariz senyum penuh makna.

“ Dah kenapa mamat amoeba ni? Dah terfalling in love dengan aku agaknya” Desis hati kecil Camelia perlahan.

“ Calar sana, calar sini? Are u kidding me? U memang sengaja nak buang masa I ke?” Camelia menepik.

“ Tak.. I just nak jumpa dengan u..” balas Hariz perlahan.

“ Are u on ur period?” Camelia bertanya spontan.

“ Kem?” Puteri kembali meniku lengan Camelia.

“ Kenapa pulak u cakap I on period?” Hariz tidak dapat menahan tawanya.

“ Sebab u dah tak betul..” Camelia bangun.

“ Puteri! Jum kita balik..” Ajak Camelia tegas. Dia dapat merasakan bulu romanya berdiri tegak dengan cara pandang Hariz pada dirinya. Jantungnya bergetaran. Seram pulak di buatnya. Dia yang nak takutkan Hariz, tapi Hariz pulak yang menakutkannya.

“ Cepatnya. Tak sampai seminit pun u dekat sini” Hariz turut bangkit.

“ Kalau I tunggu 2 minit lagi kat sini, dengan mood I sekali yang tak elok” Caemlia mengerling tajam.

“ Kalau u rasa mood u tak elok, jummm I bawak u pergi makan ice-cream” Hariz mengajak tanpa sungkan. Senyuman yang di lemparkan oleh Hariz membuat Camelia terbatuk kecil.

“ Dah sah! Mamat amoeba ni memang dah angau kat aku..” Camelia menelan air liurnya.

“ Ice-cream?” Camelia berkerut.

“ Yup! Kalau u tak keberatan..” Hariz menjawab.

“ Masalahnya I keberatan” Camelia menolak mentah.

“ Em… kalau macam tu, I tunggu sampai u tak keberatan” Hariz memasukkan kedua belah tangannya dengan santai ke dalam poket seluar,

“ Amboii.. dia tak putus asa..” Camelia mencemuh geram.

“ For u, selamanya I keberatan” Camelia menolak rambutnya ke belakang.

“ Pasal kereta u yang calar sana dan calar sini tu, u can chat Puteri mengenai kosnya. I tak ada masa nak berbincang dengan u” Camelia berpaling, namun serentak dengan itu pergelangan tangannya di pegang dari belakang.

Camelia menoleh. Dia fikirkan Puteri yang berbuat demikian, namun pegangan itu terasa berbeza. Dirinya saling berbalas pandang dengan Hariz. Puteri pula memandang ke arah keduanya silih berganti.

“ Drama apa pulak ni? Kuch-kuch hota hai ke?” Puteri berbisik perlahan.

Pandangan mata yang bertautan untuk beberap saat itu membuat Camelia bungkam. Hilang kata-kata. Matanya tidak berkelip. Pegangan tangan Hariz terasa begitu lembut.

“ Woi Camelia!” Ada suatu suara yang menjerit di gegendang telinga gadis itu hingga menyedarkannya dari angan-angannya. Sepantas kilat Camelia menarik tangannya semula.

“ Sorry.. I cuma tak nak u pergi” Hariz bersuara.

“ Maaf Tengku Hariz. I dah nak pergi. Well u pun tahu siapa I kan? Bukan penyanyi kelab malam macam yang u cakap malam tu. Artis terkenal Malaysia. So, orang macam I ni tak ada masa nak mencipta memori indah bersama dengan u sambil makan ice-cream” Camelia tidak menunggu lama. Langkahnya di atur meninggalkan Hariz dan Puteri yang terlihat masih termanggu di situ.

“ Maaf Tengku Hariz. I akan chat u pasal kos baik pulih kereta u..” Puteru sempat bersuara sebelum berlari anak mengejar Camelia dari belakang.

“ Comel” Bisik Hariz lembut saar keduanya sudah menghilang di balik pintu.

“ Eeeeeee.. mamat amoeba tu dah kenapa erk?” Camelia mengatur langkah panjangnya sambil menyapu-nyapu tangannya yang di pegang oleh Hariz. Geli geleman dibuatnya.

“ Dia syok kat kau lah tu..” Usik Puteri geli hati.

“ Tu bukannya syok! Tu gatal namanya” Tubuh Camelia kegelian.

“ Dia dah jatuh hati kat kau. Eloklah tu. Dia pun handsome.. kaya.. terpelajar.. sesuai sangat dengan kau” komen Puteri.

“ Isk! Aku tahulah semua lelaki kat Malaysia ni syok kat aku, tapi taklah sampai nak pegang tangan aku, lepastu pandang aku dengan mata yang menyeramkan” Camelia menekan butang lift berkali-kali. Sepertinya tak sabar untuk turun ke tingkat bawah.

“ Siapa suruh kau berdandan macam nak pergi fashion show..” Balas Puteri ketawa kecil.

“ Agaknya lipstick yang aku pakai tadi ada ubat guna-guna tak?” Camelia ternganga. Agak terkejut dengan komennya sendiri.

“ Kau jangan nak memandai sampai ke situ”

“ Dah lah. Tak payah nak fikir sampai situ. Dah lambat dah ni. Kita nak jumpa Mr David. Lepas tu petang nanti kau ada sidang media dengan Luth..”

“ Kenapalah hari-hati aku ni di penuhi dengan lelaki yang memeningkan kepala aku.” Camelia mengeluh sendirian.

" Siapa suruh kau jadi terkenal.." perli Puteri menggelengkan kepalanya.

~~~~~

ANOTHER ONE IS HERE :) jangan bosan tau.. sambung berangan.. jangan lupa komen salam sayangggg <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience