BAB 2

Romance Series 70

“ I dah cakap banyak kali dengan u! berulang kali I cakap yang Camelia tu dah buang kita dari hidup dia. Buang masa je call dia” Datin Izara bertutur dengan nada marah. Sengaja dia menggunankan ayat sebegitu agar ianya bisa menambah api kemarahan dalam diri suaminnya.

“ Dia sibuk agaknya..” Dato Malik menjawab dengan nada lemah. Telefon bimbut yang di gunakannya untuk menelefon anaknya tadi di letakkan di sisinya. Ada raut kekesalan terpancar di wajahnya.

“ Sibuk dengan dunia glamour dia sampai tak dapat nak angkat call dari orang tua dia sendiri” Balas Datin Izara.

“ Tu lah u! menangkan sangat anak u tu. Kalau dia anak I, dah lama dah I….”

“ Dah lama apa?” Dato Malik mendengus.

“ U sepatutnya perhatikan anak u tu! Ajar dia! Jangan biarkan dia bermaharajalela dekat office tu. Naik bingit telinga I dengar orang dok mengata attitude dia..” Dato Malik berdiri sambil bercekak pinggang. Tajam panahan matanya mengarah ke arah sang isteri.

“ Kita sekarang ni tengah cakap pasal anak u! pasal Camelia! Bukannya pasal anak I! kenapa nak libatkan Sarah dalam hal ni? Anak u yang tak angkat call, kenapa nak carik masalah dengan anak I pulak?” Ujar Datin Izara naik berang.

“ I bukan sengaja nak libatkan Sarah dalam hal ni..”

“ Habis tu?” Datin Izara melajukan langkahnya ke arah Dato Malik.

“ Dah lama I pendam tentang benda ni. Dah lama I pendam rasa tak puas hati I dekat dia. Dia buat office tu macam hotel. Sukahati dia datang, sukahati jugak dia pergi. Kerja tak pernah ada yang mendatangkan hasil. Asyik nak menghabiskan duit je! Shoping sana sini. Saling tak tumpah dengan perangai u” Dato Malik meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“ U nak libatkan I pulak?” Datin Izara mendengus.

“ Siapa lagi yang nak habiskan duit u kalau bukan I dengan Sarah? U nak bagi dekat anak u ke, padahal dia lansung tak nak ambil tahu pasal u?” Datin Izara panas. Dia kesal dengan sikap suaminya yang lebih mementingkan Camelia dari Sarah. Padahal dirinya dan Sarah yang sentiasa ada dengannya sejak dulu lagi.

“ Memang! Memang I nak bagi semua yang I ada dekat Camelia. Dia anak I! Dia satu-satunya anak yang I ada” Dato Malik bertegas.

“ Ohhhhhh! Mentang-mentanglah Sarah tu anak tiri u, u nak ketepikan dialah?” Datin Izara menduga.

“ I bukan nak ketepikan dia Izara. U mama dia! U sendiri tahu macamana perangai anak kesayangan u tu. Dalam seminggu ada tak sehari je dia masuk ke pejabat? Kalau ada pun, dia hanya akan duduk di situ tak sampai sejam. Lepas tu hilang. Segala kerja yang berlambak atas meja tu, terpaksa orang lain yang settlekan. Mana sikap tanggungjawab dia?” ucap Dato Malik agak tinggi.

“ Manusia macam tu ke yang patut I beri tanggungjawab untuk jaga syarikat? Diri dia sendiri pun dia tak dapat nak bantu! U tengoklah jam berapa dah sekarang ni! Mana anak u? Tak balik-balik lagi. Kalau balik pun tengahari esok. Itu pun sebab nak tidur” Sambung Dato Malik.

“ Sudahlah Izara. Kalau I cakap dengan u pun, u tak akan faham. Sebab u akan selalu menangkan dia. U tetap akan nampak yang baik dekat anak u. I dah bagi dia peluang. Peluang yang sama rata dia dapat dekat Camelia. I bagi dia sekolah sepertimana I sekolahkan dia. I bagi dia jawatan yang tinggi kat pejabat, tapi dia…” Dato Malik kehilangan kata-kata. Hanya hembusan lemah yang di hembus. lelaki itu tidak menunggu lama. segera meninggalkan isterinya sendirian di situ. Malas untuk bertekak.

~~~~~~~~~~~

“ Kau ni tergesa-gesa sangat nak baliklah!” Dengus Camelia memasukkan tubuhnya ke dalam kereta geram.

“ Kau nak tunggu kat situ? Kau nak tunjukkan trofi kau tu dekat Julia?”Puteri sengih. Dia tahu benar akan diri Camelia.

“ Kau ni! Tau-tau je apa yang nak aku buat kan?” Camelia senyum hingga ke telinga.

“ Kau ni! Tak habis-habis nak kenakan dia”

“ Habis tu, kau nak aku biarkan dia buli aku?”

“ Aku tak nampak kau di buli, sebaliknya kau yang nampak macam membuli dia..”

“ Kau nak menangkan aku ke dia? Ke kau nak kerja under Julia tu?” ucap Camelia berbaur ugutan.

“ Tak! Aku tak nak kerja dengan minah banyak karenah macam dia” Puteri senyum. Gadis itu menekan butang enjin kereta. Kereta itu bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu.

“ Kita nak kemana ni?” Camelia menyoal selang beberapa minit.

“ Nak baliklah. Kau nak kemana lagi?”

“ Nak makan”

“ Kau tak penat ke nak keluar? Kau ajak lah Luth tadi. Dia kan nak makan dengan kau” Perli Puteri.

“ Ceh! Kalau kau nak sangat dengan dia, kau lah pergi makan dengan dia?” Camelia mencemik.

“ Ehhhhh! Mana trofi aku tadi?”Camelia menyedari kehilangan trofi berharganya tadi. Gadis itu mulai kalut.

“ Bukan dekat tangan kau ke tadi?”

“ Memanglah tadi ada. Sekarang dah tak ada!” Camelia resah. Wajahnya berubah bimbang.

“ Kau ni memang pelupa lah Kem! Mana kau letak. Kat belakang kot” Puteri menoleh ke belakang.

“ Mana? Tak ada pun” Camelia memanjangkan tubuhnya ke tmpat duduk belakang.

“ Kau ni..” Puteri jadi tidak fokus memandu. Matanya asyik menoleh ke arah Camelia dan tiba-tiba…

TUMMMMMMMMMMMM!!!

Kereta yang di pandu Puteri melanggar sesuatu. Brek di tekan sekuat hati. Camelia terdorong ke hadapan.

“ Kem!!” Puteri menjerit kuat. Ternganga besar mulutnya saat itu. Kereta yang di pandunya, bukanlah melanggar penghadang jalan ataupun lampu jalan seperti yang di fikirnya. Dia rupanya terlanggar sebuah kereta.

“ Kem? Kau okey tak?” Puteri panik. Tangannya menggoncang kuat tubuh Camelia berulang kali. Gadis itu masih belum memberi respon.

“ Kem!” Puteri histeris. Otaknya mulai memikir bukan-bukan.

“ Kau jangan nak takutkan aku Kem. Kau baru je pegang anugerah pelakon wanita terbaik, tak kan kau nak pegang gelaran arwah pulak” Puteri cuba menenangkan dirinya dengan menambahkan nada gurauan dalam esak bicaranya.

“ Iskkkk! Kau ni! Sakit telinga aku tau tak” Camelia menepis tangan Puteri yang masih lagi menggoncang tubuhnya.

“ Aku ingatkan…” Puteri memuncungkan bibirnya. Enggan menghabiskan ayat yang ada di dalam otak fikirannya.

“ Kau ingat apa? Kau ingat aku mati?” Camelia menjegilakn matanya geram. Gadis itu mengatur posisinya sambil memegang dahinya yang terasa agak pedih.

“ Aduh! Sakitnya kepala aku” Camelia mengaduh kecil. Terasa ada cairan pekat yang mengalir di dahinya.

“ Darah..” Puteri menjerut kecil. Gadis itu bungkam.

“ Tak boleh jadi ni!” Camelia menolak daun kereta. Tanpa menghiraukan rasa sakit, gadis itu menghayunkan kakinya ke arah kereta yang berada di hadapan keretanya.

“ Kau nak kemana tu Kem?” Puteri kalut. Gadis itu bergegas keluar dari kereta. Mengekori Camelia dari belakang bagaikan lipas kudung.

“ Matilah! Matilah kalau Camelia serang orang tu. Boleh kiamat dunia” Puteri panik.

“ Heiiii u!” Camelia menyapa dengan suara yang agak tinggi ke arah pemuda yang sudah pun keluar dari keretanya. Wajahnya masih belum kelihatan. Pemuda itu masih menunduk memeriksa bahagian belakang keretanya yang di langgar oleh kereta yang di pandu Puteri.

“ Hello uncle!!” Kali ini Camelia memetik ibu jarinya berkali-kali. Kali ini dia berdiri benar-benar di hadapan sang pemilik kenderaan.

“ Camelia..” Puteri menarik lengan Camelia.

“ Isk! Kau ni! Sabarlah! Aku tengah nak settle dengan uncle ni” Camelia menepis tangan Puteri. Gadis itu bercekak pinggang. Berharap pemuda di hadapannya itu segera menoleh ke arahnya.

“ Uncle?” Pemuda itu memalingkan wajahnya

“ Mak aiii! Pelakon turki..” Camelia hampir ternganga. Bagaikan ada cahaya dari langit yang memancar ke arah wajah pemuda itu. Camelia mengerlip matanya berulang kali, agar segera tersedar dari angan-angannya.

“ Muka I ni ada macam muka uncle ke?” Pemuda itu senyum nipis. Entah apa maknanya senyuman itu, Camelia sendiri kurang pasti.

“ Memang macam uncle! U buta ke nak langgar kereta I?”marah Camelia.

“ Hello makcik. I ke u yang langgar. Kalau tak silap I, kereta u yang dekat belakang. Bukannya kereta I. jelas-jelas lampu isyarat tadi warna merah. And kereta I memang berhenti. Tangah tunggu lampu nertukar hijau. U yang meluru dari arah belakang u tau tak?” Ucap pemuda itu panjang lebar memberi penjelasan kepada Camelia.

“ U tak payah nak ajar I tentang undang-undang jalan raya kat sini. U ni cikgu kelas memandu ke?” Cemik Camelia geram.

“ Maaf Encik. Saya yang memandu kereta tadi. Salah saya. Saya mengaku..” Puteri terpaksa mencelah. Tidak mahu perdebatan berterusan.

“ Kau tak payah nak menangkan dia. Dia yang salah” Camelia memotong.

“ Kem! Tak payahlah nak besarkan hal ni. Salah aku tadi. Aku yang tak pandang ke depan..” bujuk Puteri.

“ Habis tu kereta ni macam mana?” Camelia mengerling sekilas ke arah keretanya yang agak remuk di bahagian hadapan.

“ Kan aku dah cakap, aku yang salah. Aku tak nampak” Puteri menjawab perlahan.

“ Jangan fikirkan pasal kereta u je. Kereta I macam mana” Pemuda itu menyoal..

“ Pasal kereta encik ni, saya akan bayar ganti rugi. Saya mintak maaf banyak-banyak..” Puteri menunduk sebagai tanda permohonan maafnya.

“ Eh! Tak payah nak tunduk-tunduk dekat dia. Kau ingat ni negara Jepun ke?” Camelia menolak tubuh Camelia agar membelakangi tubuhnya.

“ I tak kira. I nak u bayar ganti rugi” Camelia berpeluk tubuh. Dia begitu kesal dengan apa yang terjadi. Mana mungkin dia mengibarkan bendera putih. Dah lah hatinya masih sakit dek bertegang urat dengan Julia. Muncul pulak mamat ala Turki ni depan muka dia. Nasib baik handsome. Kalau tak memang dah lama kena siang jadi ikan masin.

“ I ke u yang salah ni. Dah jelas-jelas kawan u mengaku kesalahan dia tadi..”

“ Well…” Camelia hilang kata-kata. Kepalanya ligat mencari alasan untuk mengenakan pemuda di hadapannya itu. Dia tak mahu beralah. Dia perlu mencari ayat untuk mengenakan pemuda itu.

“ Habis tu, kepala I ni? U tengok! Kepala I ni luka. Ada darah! Siapa nak bayar?” Camelia menarik anak rambutnya ke belakang, memanjangkan lehernya ke arah pemuda itu, agar pemuda itu bisa melihat dengan jelas luka yang di alaminya sebentar tadi.

“ Kalau u luka pun, I boleh buat apa? I bukan doktor. U pergilah klinik” Balas pemuda itu sedikit geli hati.

“ Eeeeeee! Panas pulak hati aku layan mamat ni” Camelia berbisik perlahan dengan nada geram.

“ Yang u ni dari mana nak kemana? Pakai baju liplap liplap ni. Penyanyi kelab malam ke?” pemuda itu memandang Camelia atas ke bawah. Kemudian mengerling ke arah pakaian yang di kenakan oleh Puteri. Dia cuba membuat perbandingan pakaian yang di kenakan oleh keduanya.

“ What??!!” Camelia ternganga luas. Tidak percaya dengan apa yang di ucapkan oleh pemuda di hadapannya itu.

Puteri cuba menahan tawanya. Segera pandangannya di arahkan ke arah lain agar Camelia tidak dapat membaca raut wajahnya.

“ Hello! Perempuan yang u cakap penyanyi kelab malam ni baru je mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik tau! Please! Hormat sikit” Camelia menolak rambut panjangnya ke belakang.

“ U ni banyak sangat tengok drama melayu ke?” Ejekan tersebut membuat Camelia mendengus geram.

“ I memang banyak tengok drama melayu! U yang sepatutnya luangkan masa u tengok drama melayu. Jangan asyik duduk dalam hutan je, sampai tak tahu dengan artis terbilang Malaysia!” Jerkah Camelia tidak berpuas hati. Panas pulak hatinya di level sebegitu.

~~~~~~

another chapter for u.. komen tau.. jangan lupa.. love u :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience