Series
70
Gadis itu memandang ke arah puluhan kamera yang berkelipan mengambil fotonya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Lambaian demi lambaian silih berganti di layangkan penuh berkarisma ke arah para wartawan yang tak putus-putus memberi tumpuan pada dirinya.
“ U are the star of the night” Luth Naufal yang setia berdiri di sisi gadis itu berbisik lembut ke telinga Camelia.
“ I memang sentiasa jadi bintang. Kat mana pun” Camelia membalas yakin.
“ Camelia.. u tercalon dalam beberapa anugerah besar malam ni. U yakin ke u akan bawa pulang trofi untuk malam ni?” Sinis soalan di lemparkan untuk gadis itu
“ Eeeeee.. Pakcik tua ni! Mulut dia memang nak kena cili agaknya” Desis hati kecil Camelia geram. Namun dia tidak mempamerkan wajah jeleknya. Dia tahu yang wartawan yang bertanyakan soalan itu padanya adalah salah seorang wartawan yang tidak menyukai perjalanan kariernya.
“ U rasa dengan hasil usaha I dalam tahun ni, I tak layak ke untuk menang anugerah pelakon terbaik?” Camelia membalas selamba. Ucapannya itu membuat wartawan yang hadis ketawa kecil mendengar jawapan balas yang di berikan olehnya.
“ Masalahnya, Julia juga tercalon..” Lelaki itu membalas lagi.
“ Dia ni sengaja nak buat aku marah ke apa?” Camelia mengetap giginya.
“ Dia pernah menang ke?” Camelia senyum kelat.
“ Semua orang tahu yang Camelia dah pegang anugerah itu untuk 4 tahun berturut-turut. Tak dapat di nafikan lagi bakat dan kebolehan dia. Julia hanya tersenarai.. dia tak pernah bawa pulang anugerah tu..” seorang wartawan lain mencelah.
“ Haaaa… Dia ni barulah wartawan yang aku suka. Tak apa. Nanti aku belanja kau makan” Puji Camelia dalam hati dengan rasa bangga.
“ U yakin ke kali ni anugerah itu akan balik semula ke tangan u?” nampaknya wartawan itu masih tidak berputus asa untuk menyakitkan hati Camelia.
“ Julia memang pelakon yang hebat. Tak mustahil I boleh kecundang di tangan dia. Semua tu rezeki. Kalau ada rezeki untuk I malam ni, I akan bersyukur. Tapi kalau tak ada rezeki, I akan cuba untuk tahun yang akan datang” Camelia cuba menjawab dengan tenang. Tidak mahu kesalahan dirinya dalam berbicara, membuka peluang kepada wartawan yang lapar akan berita sensasi untuk menjadikan kesalahan itu sebagai bahan berita untuk gossip di akhbar keesokan harinya.
“ U terlalu merendah diri Camelia. Tak banyak pelakon macam u sekarang ni” Puji wartawan yang lain.
“ I bukan juri dalam pertandingan ni. Kalah atau menang adat bertanding. I tetap bersyukur sebab I dah di calonkan untuk anugerah ni, sebaris dengan nama-nama hebat yang lain” Jawab Camelia tenang.
“ I yakin u akan bawak balik anugerah tu malam ni” Luth kembali berbisik.
“ Yakinnya u..” Camelia membalas dengan jelingan.
“ U memang layak. Berbakat. Cantik. Terkenal. U ada semuanya.. tapi.. satu je u tak ada..” Suara Luth mengendur.
“ Tak ada apa?” Camelia berdecit.
“ U tak ada I…” Luth sengih.
“ U tak rasa ke yang I ni sepadan dengan u? Kacak! Kaya! Dari keluarga yang terpandang. Popular!”
“ U dah cermin ke muka u?” Camelia menjeling lagi.
“ Everyday!” Luth sedikit terhibur dengan memek muka yang di pamerkan oleh Camelia.
“ Dah cukup handsome?”
“ Untuk tahun ni, I lelaki terkacak di Malaysia..” Adam angkat bakul.
“ Ceh! Kalau muka u belum tersenarai dalam top 10 lelaki terkacak di dunia, u jangan nak perasan kacak ok” Camelia kegelian.
“ So, nampak gayanya I kena usaha lebih lepas ni, supaya u setuju untuk jadi buah hati I” Luth senyum nipis.
“ U jangan nak perasan boleh tak? Jangankan buah hati, buah jantung, buah limpa, buah hempedu.. pun I tak hingin dengan u” Camelia menajamkan kedua belah matanya. Berharap agar Luth tidak merepek.
“ U tahu tak? Makin u jeling, and pandang I macam tu, makin jatuh cinta pulak I dengan u ni.” Luah Luth. Dia menyedari yang dirinya dah gila bayang dengan gadis yang ada di hadapannya. Dia nekad untuk merebut hati gadis itu walaupun dirinya di tolak mentah-mentah. Dia tetap tidak berputus asa.
“ Agaknya u dah tersalah makan ubat…” Camelia menggelengkan kepalanya. Dia enggan menunggu lama. Semakin lama di situ, semakin sesak dadanya nanti mendengar ayat cinta yang tak masuk akal dari mulut Luth. Dia perlu segera mencari Puteri, P.A nya.
Kakinya di hayun meninggalkan Luth. Dia tidak memperdulikan lagi wartawan yang masih ingin bertanya pelbagai soalan mengenai dirinya.
“ U…?” Luth memanggil. Pemuda itu berlari anak mengejar Camelia yang berlalu meninggalkannya.
“ U nak apa lagi?” Camelia mengetap gigi geram. Matanya membulat.
“ Kita dinner sama malam ni..”
“ Lambat lagilah I nak makan dengan u..” Camelia mendengus
“ U ni.. selalu je tolak bila I bawak u keluar.. nak makan je pun..”
“ U ingat I ada selera ke makan kalau u depan muka I..” Camelia menjawab dengan memek muka kegelian.
“ So u tolak lah ni?”
“ Ye! I tolak!”
“ Tak pe! Seribu kali u tolak, berjuta kali I akan cuba untuk ajak u keluar. I tak akan give up!” Luth senyum penuh makna.
“ Werrkkkkkkkkk!” Camelia berpura-pura muntah. Tak ingin dia menunggu lagi. Kali ini langkahnya di hayun lebih laju dari tadi. Enggan Luth mengejarnya.
Kenapa liat benar gadis itu untuk membuka hatinya, sekaligus menyintainya? Tidakkah Camelia jatuh hati padanya? ARGGGGHHH! Sukarnya untuk membaca hati gadis itu patah lagi untuk menaklukinya. Agaknya dia perlu berusaha untuk 100 tahun lagi agaknya.
~~~~~~~~~~~
“ Apa dia fikir, aku ni sama macam si Julia tu ke? Asal di puji je dah macam cacing kepanasan? Tengok oranglah! Tak sama level kot” Bebelan Camelia membuat Puteri mengeluh berat.
“ Kenapa ni? Luth bawak kau dinner lagi ke?” Puteri dah boleh mengagak.
“ Yelah! Dia ingat aku ni senang ke nak di heret ke hulu-hilir” Camelia menghempas punggungnya di kerusi. Sempat matanya meliar ke kiri dan kenan, bimbang bicaranya itu di dengar orang wartawan yang sememangnya masih memenuhi ruang menunggu para artis yang hadir ke majlis yang berprestij itu.
“ Alah! Apa salahnya sekali-sekala kau keluar dengan dia. Keluar makan je pun. Lagipun dia bukannya budak jahat. Tak pernah pun aku dengar gosip yang tak baik pasal dia. Lagipun satu Malaysia ni sokong hubungan antara kau denganm Luth. Siap ada fanclub lagi.. LUTHMILIA” ucap Puteri dengan nada mengusik.
“ Cehhhhh! Entah-entah dia sendiri yang tubuhkan fanclub tu. Dia kan syok giler dengan aku” Camelia mencapai telefon bimbit yang di hulurkan oleh Puteri kepadanya.
“ Kau ni! Tak baik tau kau cakap dia mamcam tu”
“ Habis kau nak aku cakap apa dengan dia? I love u? I sayang u?” Camelia mencemik.
“ Sukahati kau la Kem! Ha… ni! Papa kau telefon tadi?” Beritahu Puteri.
“ Kau angkat?”
Puteri menggeleng. Camelia menghela nafas lega.
“ Kau pun tahu kan, aku tak suka nak campur hal peribadi kau. Lebih-lebih lagi pasal papa kau dengan family tiri kau tu” Ujar Puteri berterus-terang.
“ Apa lagi lah yang dia nak…” Camelia menyandarkan tubuhnya. Kali ini keluhan berat di lepaskan.
“ Camelia Andriana…” Terdengar satu suara memanggil namanya dari belakang. Camelia mengangkat kembali tubuhnya. Nada suara itu tadi seakan berdengung di cuping telinganya. Dia kenal benar dengan suara itu. Itulah suara yang ingin dia elakkan selama dirinya menjadi artis.
“ Eh! Fieya Julia..” Camelia melontar senyum paksa. Sungguh dia tidak menyukai kehadiran gadis itu apatah lagi disaat itu dia tengah memikirkan tentang tujuan papanya menelefon sebentar tadi.
“ U buat apa kat sini?” Julia bertanya sambil berpeluk tubuh.
“ I buat apa kat sini? U tanya I ke?” Camelia ketawa kecil. Puteri menutup mulutnya, cuba menahan tawanya agar tidak tersembur keluar. Dia tahu Camelia orangnya seperti apa. Pasti si Julia akan menggelupar marah lepas ni.
“ I tengah mancing…” Ujar Camelia selamba. Gadis itu melangkah bersahaja ke arah Julia yang maish berdiri di muka pintu.
“ Mancing ke? Maaflah! I tak nampak apa yang u tengah buat dengan P.A u kat sini..” ucap Julia sinis.
“ Dia ni memang nak carik nahas dengan aku agaknya” Gumam Camelia dalam hati.
“ Kalau u tak ada masa, kenapa agaknya u ke sini?” Camelia bertanya dengan nada berbisik.
“ Saja nak tengok muka u sebelum u gigit jari nanti..” perli Julia.
“ Gigit jari?” Camelia berkerut dahi.
“ I dah miskin sangat ke sampai I tak mampu nak beli beras di rumah?” Balas Camelia seakan terkejut.
“ U ni memang tak faham I cakap atau sengaja buat-buat tak faham?” Julia bercekak pinggang.
“ I bukan jenis yang suka berbasa-basi, Cik Julia. Just straight to the point. Supaya I faham apa yang u maksudkan. U pun tak habis air liur untuk bertekak dengan I” Camelia menila rambutnya ke belakang. Dia memandang Julia tajam. Dia tahu apa tujuan Julia ke situ. Gadis itu memang sengaja membuat dirinya marah.
“ U tak sedar ke yang anugerah utama malam ni akan jadi milik I..” Julia mendekat.
“ Anugerah apa erk? U ada tercalon ke?” Camelia sengih.
“ U!” Julia mengunjuk jari telujuknya sepantas kilat ke arah wajah Camelia.
“ Oh! I lupa.. u pun ada tercalon rupanya. Maklumlah, calon-calon yang bertanding tu bertukar ganti. Tak pernah yang sama. Melainkan wajah I ni. Tiap tahun ada. Tapi masalahnya sekarang, u boleh menang ke?” Camelia memuncungkan bibirnya mempamerkan wajah kasihannya kepada Julia.
Puteri yang memerhati dari tadi hanya mampu tersenyum geli hati. Dia tahu Camelia adalah seorang gadis yang berani dang berpegang teguh pada pendirianya. Dia tak mungkin akan menyerahkan dirinya sebegitu sahaja apatah lagi di tindas oleh orang seperti Julia. Puteri megambil akhbar di sisinya. Membacanya tanpa memperdulikan karenah kedua gadis itu.
“ U jangan jadi sombonglah Camelia. Sebenarnya u tak layak pun untuk di calonkan dalam mana-mana anugerah. U ank tahu kenapa? Sebab u tak ada bakat. U hanya bergantung kepada bantuan keluarga u sahaja” Julia cuba menjerat Camelia. Dia tahu Camelia sedikit terkesan dengan ayat yang di ucapnya sebentar tadi. Raut wajah Camelia memberitahu segalanya.
“ I sebenarnya tak kisah pun kalau orang di luar sana cakap, I popular sebab bantuan keluarga I. I sebenarnya kesian kat u. U memang katak bawah tempurung kan? Tak pernah baca berita tentang diri I. Tentang bakat lakonan I. Tentang kecantikan I. Tentang keseksian I. Banyaaaaaak yang mengkagumi bakat lakonan I. kalau u tak pernah baca, biar I bagitahu kat u…”
“ Tak payah! I tak berminat nak tau pasal u…” Julia memintas laju.
“ Eh! Tak pe! I bagitahu u secara percuma. Tak payah nak bayar pun…”
“ U ni memang kurang ajar kan?” Nada suara Julia sedikit meninggi. Matanya seakan terbeliak keluar. Dan tanpa sungkan, telapak tangannya di angkat tinggi, namun belum sempat ia di layangkan ke wajah Camelia, gadis itu terlebih dulu menangkap pergelangan tangan Julia. Puteri kaget. Gadis itu melangkah mendekati Camelia. Bimbang pertelingkahan keduanya berujung lebih ganas.
“ U yang sepatutnya jangan kurang ajar dengan I, Julia. Jangan buat I hilang sabar dengan u. I nak bagi warning kat u! I tak suka kalau ada manusia yang nak celakan I. U nak tampar I?” Camelia menolak tangan Julia kasar.
“ Don’t u dare! Sebelum u tampar I, I yang akan tampar u dulu” Camelia mempamerkan telapak tangannya.
“ So u better watch out! Jangan nak cari pasal dengan I” Camelia berlalu. Sengaja dia melagakan bahunya ke bahu Julia.
“ Nasib baik aku tahan marah aku tau tak? Kalau tak, memang rambut betina tu aku tarik-tarik sampai putus!” Camelia mengenyitkan matanya ke arah Puteri yang juga sahabat baiknya itu.
~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum long time no see kan? ni hadiah untuk korang yng rindukan saya.. maaf kalau ada kekurangan.. sayang korang :)
Share this novel