Sampai sahaja di hapan rumahnya, Kamal masuk ke dalam rumah dengan perlahan lahan kerana takut dimarahi ayahnya yang telah pulang lama dari menorah getah di lading tidak jauh dari rumahnya. “Mal, kenapa balik lambat? Ada kelas tambahan ke dekat sekolah tadi?” tegur ibunya yang perasan Kamal membuka pintu rumah. “tak adalah mak, Kamal ulang kaji pelajaran dekat rumah Raju tadi dengan Udin, tu yang balik lambat mak. Ayah mana mak?” Kamal berjaya menipu ibunya kerana dia tahu ibunya tidak banyak betanya kemana dia pergi dan selalu menerima sahaja jawapan anaknya itu. “Ayah kau dah balik lama dah. Dia pergi ke rumah pak cik Ayop, katanya ada hal mustahak tadi, tapi tak tahu lah mak hal apa. Kenapa Mal tanya, Mal nak jumpa ayah ke?” Kamal terkejut mendengar yang ayahnya pergi ke rumah pak cik Ayop iaitu ayah Udin, dia takut yang Udin memberitahu kepada ayahnya yang mereka semua pergi memancing dan bukannya pergi mengulang kaji pelajaran di rumah Raju. Kamal mula tidak senang duduk, dia berjalan ke hulu hilir mencari idea apa yang perlu diberitahu kepada bapanya. “kau ni kenapa Mal? Resah je dari tadi mak tengok. Ada masalah ke? Daripada kau tercegat dekat situ, lebih baik pergi mandi lepas tu pergi solat asar.” Kata Salmah yang pelik dengan telatah anaknya yang seorang itu. “hmm,ye lah mak.” Keluh Kamal dengan nada yang suram dalam ketakutan. Setelah selesai menunaikan solat asar, Kamal keluar dari biliknya menuju ke dapur untuk menjamah makanan dari tengah hari dia tidak makan kerana asyik memancing. Apabila tiba di dapur, kelihatan bapanya sedang menghirup teh sambil memerhati kehadiran Kamal. Kamal yang tergamam seketika itu terus pergi mengambil pinggan untuk makan. “kenapa balik lewat tadi Mal? Bukan sepatutnya pukul 2 kau dah balik?” tiba tiba Ibrahim mengajukan soalan kepada Kamal. Kamal yang baru ingin mencedok nasi, terkejut mendengar soalan bapanya itu. “dia pergi belajar tadi dengan Udin dekat rumah Raju, tu yang balik lewat tu.” Sampuk Salmah yang tiba tiba menjawab pertannyaan suaminya kepada Kamal. Kamal pula merasa bersalah kerana menipu ibu dan ayahnya. Ini menyebabkan Kamal duduk di hadapan bapanya lalu makan sambil tunduk ketakutan. “kau tak pergi mana mana selain mengulang kaji pelajaran?” tanya Ibrahim lagi dengan series. “tak. pergi rumah Raju je, tu ysng bslik lambat.” Kamal mati akal untuk menjawab pertanyaan bapanya kerana takut unutk menipu lagi. Sebenarnya Ibrahim sudah mengetahui yang Kamal dan kawan kawannnya pergi memancing di hujung sungai selepas tamat masa persekolahan, tetapi, Ibrahim tidak memarahi Kamal kerana dia tahu akan perangai anaknya yang sorang itu. Walaupun, berulang kali dimarahi, dia masih melakukan perkara yang sama. Ibrahim tidak lagi ingin memarahi Kamal hanya membiarkan dan mengikuti sahaja rentak anaknya itu. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dibukakan pintu hati anaknya itu. Sebulan berlalu dengan pantas, tanpa menyedari, tinggal lagi 2 bulan Kamal akan mengahapi SPM. Ketika pelajar lain sebuk mengulang kaji pelajaran, Kamal terus menunjukkan sikap negatifnya apabila tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana asyik dengan memancingnya. Kamal tidak langsung memikirkan tentang pelajarannya. Apabila ditegur tentang hobinya, dia akan memarahi orang itu tanpa memikirkan apa yang dikatakan orang tentang dirinya. Apabila tamat masa persekolahan, Yana yang juga jiran Kamal mencari Kamal, tetapi tidak dijumpainya. “Raju, Nampak Kamal tak? Dari tadi Yana cari dia, tapi tak nampak pun.” Keluh Yana yang penat mencari Kamal. Raju terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Yana kerana Kamal tidak hadir ke sekolah. “Kamal tak datang sekolah la Yana, mana ada dia dekat kelas tadi, memang la Yana cari tak jumpa.” Kata Raju sambil ketawa kecil. “Lah ye ke? Tadi pagi Yana nampak dia keluar rumah pakai baju sekolah, tapi tak datang pulak.” Yana mengesyaki Kamal tidak pergi ke sekolah tetapi ke temnpat lain. “Hmm, tak apalah Raju. Yana balik dulu ye.” Raju yang hairan dengan Yana juga berlalu pergi meninggalkan sekolah. Yana yang tidak terus pulang tetapi pergi mencari Kamal. Setelah penat mencari di seluruh kawasan kampung, Yana berhenti dan berehat di sebuah pohon yang rendang. Dalam Yana berehat, sambil memikirkan kemana tempat yang selalu Kamal melepak selain ke cybercafe. Tiba-tiba Yana teringat akan hobi Kamal suka memancing. Tanpa membuang masa Yana terus menuju ke sungai di hujung kampung mereka. Setelah sampai di muara sungai, Yana ternampak Kamal asyik membaling joran untuk terus memancing. Yana datang perlahan lahan lalu mengejutkan Kamal dari belakang. “Haa, tak pergi sekolah ye? Bagitahu mak awak.” Kamal yang terkejut terus memarahi Yana. “Mana awak tahu saya dekat sini? Awak intip saya kan? Baik awak mengaku cepat! Awak nak bagitahu mak saya bagi tahu lah, tapi saya nak tahu mana awak tahu saya dekat sini?” tegas Kamal yang terus berhenti memancing dan memandang tepat kea rah Yana. Yana yang mulanya gembira terus takut dengan soalan yang diajukan kepadanya. “Err, memang ini hobi awak kan? Saya tahulah saya kan jiran awak. Awak tu, kenapa tak pergi sekolah? Kan dah nak SPM, lagi 2 bulan je awak.” Jawab Yana dengan tenang. Kamal yang duduk di batu sungai itu tidak menghiraukan akan nasihat Yana. “Ala awak ni, macam ayah saya lah, tak habis habis belajar, itu je korang tahu. Saya bukan tak nak belajar, awal lagi, nanti dah nak dekat SPM saya ulangkaji lah, bukan susah pun, saya malas nak belajar hari ni, tu yang saya memancing ni, memancing ni dapat tenangkan fikiran yang tengah serabut dengan macam macam hal ni.” Kamal menceritakan hal yang sebenar kenapa dia tidak hadir ke sekolah. Yana yang hanya mampu mendengar leteran Kamal yang panjang lebar itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil menasihatkan Kamal yang alpha dengan sikapnya yang tidak mementingkan pelajaran itu. “Awak tak boleh fikir macam tu, banyak benda yang perlu kita buat sebelum menghadapi peperiksaan besar ni, ini bukan perkara main main tau.” Kata Yana dengan penuh yakin dihadapan Kamal. Namun Kamal masih tidak mahu mendengar nasihat Yana dan terus dengan pendiriannya itu. Yana sangat berharap Kamal dapat berubah dan buang semua peranaginya yang sekarang ini kerana baginya Kamal yang dia kenal tidaklah seperti ini. Setelah beberapa minit mereka bersembang di muara sungai hujung kampung itu, mereka pun beredar pulang ke rumah masing masing. Kamal membawa Yana menaiki basikalnya yang sudah sarat itu pulang bersama sama kerana kesiankan Yana yang seharian mencarinya. Mereka memang rapat dari kecil lagi dan saling mengenali antara satu sama lain serta memahami tentang apa apa perkara yang dapat mereka selesaikan. Kamal juga serasi dengan Yana yang lemah lembut serta suka membuat Kamal tersenyum walaupun apa yang Kamal lakukan adalah salah, namun Yana tetap berjaya mengambil hati Kamal dengan cara yang lemah lembut dan bersopan apabila memulakan cerita untuk menambat hati si Kamal. Kamal amat meminati cara Yana berinteraksi dengannya walaupun kadang kadang menyakitkan hatinya namun cara Yana menasihatinya sama seperti ibunya. Kamal menganggap Yana seperti adiknya manakala Yana menganggap Kamal seperti abangnya kerana masing masing anak tunggal dalam keluarga. Dalam perjalanan pulang menaiki ‘basikal tua’ itu, mereka menyanyi sambil Yana memeluk Kamal yang membawa basikal seperti orang tidak siuman itu. Sesampai di kawasan rumah mereka, Kamal tercungap cungap berhenti kerana penat mengayuh basikal dengan laju kerana ingin cepat pulang ke rumah. Yana ketawa kecil dengan gelagat Kamal yang mencuit hatinya itu.
“ha, tu lah! Bawak laju laju lagi, kan dah penat. Yana dah macam naik roller coster dah dekat belakang ni, penat ye wak? Jap, saya naik rumah ambilkan air untuk awak, awak rehat lah dulu dekat anak tangga tu.” Kamal hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pelawaan Yana kerana terlalu penat. Tidak lama kemudian Yana pun datang membawa segelas air minuman untuk Kamal. Kamal yang sangat dahaga terus minum air yang diberi oleh Yana tanpa menghiraukan Yana disebelahnya. “Awak! Hati hati minum tu, main pakai teguk je, baca lah doa ke, apa ke, gelojoh betul lah awak ni. Awak tahu tak apa yang cikgu awak bagi kerja rumah tadi?” Tanya Yana series. Kamal hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu. “saya tanya Mia tadi, kawan sekelas awak, dia kata ade kerja rumah bab 9 buku teks matematik, awak jangan tak buat pulak, kalau awak tak tahu ke, apa ke, tanya lah saya, kalau saya tahu saya tolong. Awak dengar tak ni?” Kamal yang masih keletihan dari tadi hanya mengiakan sahaja apa yang diberitahu Yana. “ok lah awak, saya nak naik rumah nak solat jap, awak pun pergi lah solat sekali ye. Ok? Saya balik dulu ye, assalamualaikum.” Yana pun menuju pulang ke rumahnya sambil membawa segelas air yang telas habis diteguk Kamal. Kamal pun terus naik untuk berehat di rumahnya. Sampai sahaja di biliknya dengan tidak menunggu lama dia terus melompat ke atas katilnya dan terus tidur tanpa membuka baju sekolahnya dan tidak menghiraukan apa yang di katakan oleh Yana sebentar tadi. Dia tidak tahu yang kerja rumah itu harus disiakan sebelum esok.
Share this novel