BAB 1

Inspirational Series 1414

“Esok? dah lah nak SPM, macam tu jugak perangai kau, langsung tak berubah.”Marah Ibrahim yang tidak tahan lagi dengan sikap anaknya itu.Kamal hanya mampu diam kerana dia tahu akan kesalahan yang dia lakukan. “Sudah lah Mal, pergi basuh kaki, lepas tu pergi tidur, esuk mak kejutkan Kamal.” Pujuk Salmah terhadap Kamal. Ibunya amat menyayangi Kamal dan tidak pernah sekali pun dia memarahi anaknya itu. Baginya, dengan cara kasar tidak mampu memberi kesan kepada anaknya itu. Lalu Kamal berjalan sambil menunduk menuju ke bilik air dan seterusnya ke biliknya seperti yang di arahkan ibunya. Perubahan yang ketara membuatkan ibu dan ayah Kamal bingung dengan perangai anaknya yang semakin hari semakin menjadi jadi perangainya.Walaupun begitu, Kamal seorang yang mempunyai pemikiran yang terbuka serta bijak dalam bidang akedemik. Dia pernah menjadi pelajar terbaik tahunan sekolah serta mendapat anugerah pelajar cemerlang ketika usianya 16 tahun. Perubahan yang Kamal tunjukkan amat ketara dari aspek pembelajarannya dia seperti tadak mahu lagi mengulang kaji pelajaran malah lebih suka mengahabiskan masa dengan melepak dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di kampungnya. Ibu dan bapanya amat berharap dia akan mendapat keputusan yang terbaik di dalam SPM nanti dan dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti serta mendapat pekerjaan yang menjamin masa depannya kelak. Ibu dan ayahnya tidak pernah berputus asa mendoakan yang terbaik buat anaknya harta yang paling bernilai yang mereka ada, mereka tidak mahu Kamal menyesal di kemudian hari. Namun, Kamal langsung tidak mengendahkan masa hadapannya kerana baginya terlalu awal untuk memikirkan apa yang perlu dia capai di masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience