BAB 2

Inspirational Series 1414

Pagi yang indah dengan suasana sayu di pagi hari angina bertiup bersipu sipu melalui kawasan rumah Kamal. Salmah yang baru selesai menunaikan solat fardhu subuh pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya sebelum mereka memulakan hari mereka. Sudah menjadi kebiasaan, Ibrahim dan Salmah bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap pergi ke lading untuk mencari rezeki buat keluarga mereka yang sederhana itu. Sudah menjadi rutin, Ibrahim tidak pernah mengeluh mahupun menyesal dengan kehipunnya kerana dia bersyukur dengan apa yang ada malah gembira mempunyai keluarga yang amat dia sayangi. Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menjaga dan membela nasib keluarga. Lain pula ceritanya oleh anak mereka yang tidak pernah memikirkan soal kehidupan yang ditempuh oleh orang tuanya yang bertungkus lumus untuk membesarkannya. “duduklah bang, saya dah siapkan sarapan ni ha, makan lah dulu, saya nak pergi kejut Kamal.” Kata Salmah sambil berjalan menuju ke bilik anaknya yang tidak jauh dari dapur. Kamal yang masih diulit mimpi tidak sedar yang jam sudah hampir pukul 7 pagi. Kamal sepatutnya pergi ke sekolah sebelum pukul 7 pagi kerana perjalanan dari rumah ke sekolahnya mengambil masa 25 minit. Namun Kamal sudah biasa pergi ke sekolah lambat. “Mal oh Mal, bangun nak, dah pukul 7 dan ni. Bangun Mal, nanti ayah Mal tahu dia marah pulak nanti. Cepat Mal.” Kejut Salmah dengan cara yang lemah lembut. “nanti lah mak, baru pukul 7, nanti Mal bangun lah. Mak pergi lah makan dulu.” Rengek kamal kerana masih mengantuk lagi. “hmm, ye lah, tapi nanti bangun tau, kang ayah Mal marah pulak.” Kata Salmah sambil mengiakan sahaja kata anaknya itu dan terus keluar dari bilik kerana sedih melihat anaknya yang masih mengantuk lagi. Salmah terus menuju ke dapur untuk sarapan bersama sama suaminya. “Kamal tak bangun lagi? Dah lewat dah ni, dia tak nak ke? Tanya Ibrahim sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya. “saya dah kejut dah bang, katanya mengantuk lagi, biarlah dia tidur sekejap, nanti dia bangun lah tu.” Jawab Salmah dengan tenang. “kamu nak tunggu dia bangun sendiri memang tak pergi sekolah la jawabnya, apa nak jadi lah dengan anak kita sorang tu.Dia ingat sekolah tunggu dia ke nak belajar? Tunggu jap. Biar abang yang kejut dia pulak.” Ibrahim bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke bilik kamal. Apabila sampai di bilik anaknya dia terkejut apabila mendapati bilik Kamal yang berselerak seperti orang pindah rumah itu. Ibrahim seorang yang amat tegas dan amat menjaga kebersihan dan suka berkemas. “Ya Allah! Kamal! Bangun. Kau tak nak pergi sekolah ke?” teriak ayahnya yang berang dengan sikap anaknya yang pemalas dan tidak mahu menjaga kebersihan itu. Kamal yang terkejut dari tidurnya terus membuka mata menggelupur bangun tanpa menggosok mata. “Ayah! ada apa jerit jerit ni? Ada rimau ke?” tanya Kamal dengan nada terkejut. “ ada rimau kau cakap, cuba kau tengok jam dah pukul berapa, nanti rimau dekat sekolah tu ngap kau baru kau tahu. Kau tak nak pergi sekolah ke? Kau ingat sekolah tu dekat ke? Bangun cepat. Dengan bilik beselerak macam stor ni pun kau masih boleh nak tido lena. Apa nak jadi kau ni Mal? Kau bangun sekarang.” Marah Ibrahim sambil meninggikan keningnya tanda arahan. Kamal melihat jam di dinding biliknya dan terkejut apabila mendapati jam sudah pukul 7.20 pagi. Tanpa mempedulikan ayahnya Kamal terus bangkit dari katilnya dan bergegas mandi untuk ke sekolah. Ibrahim yang masih memerhati dan melihat keadaan bilik anaknya itu hanya mampu mengelengkan kepala dengan sikap si Kamal. Apabila selesai mandi, Kamal bersiap dengan keadaan yang tergesa gesa kerana menyedari masa telah lewat, manakala ibunya menyediakan sarapan untuknya di dapur. “ha Mal, dah siap? Meh sini makan dulu, baru pergi sekolah.” Kamal yang sudah lambat untuk ke sekolah menolak pelawaan ibunya itu. “eh taka pa lah mak, Mal dah lambat dah ni, Kamal pergi dulu ye mak.” Kamal terus mencapai tangan ibu dan ayahnya untuk salam dan terus pergi ke pintu depan lalu bergegas mendapatkan basikal milik arwah datuknya yang ditinggalkan untuknya. Tanpa membuang masa Kamal terus memecut laju basikalnya dan meninggalkan perkarangan rumah sambil di perhati oleh ibu dan ayahnya. Dalam masa 5 minit Kamal telah sampai di sekolahnya, kerana dia membawa basikal dengan laju untuk sampai ke sekolah. Setibanya di sekolah, dengan keadaan yang ingin cepat Kamal terus meletakkan basikalnya tanpa dikunci lalu terus berlari menuju ke kelasnya yang berada di tingkat satu sekolah itu. Apabila sampai di pintu hadapan kelasnya, dia mendapati guru kelasnya iaitu cikgu Azman yang juga guru disiplin kelihatan sedang menyemak kedatangan murid muridnya.Tanpa melengahkan masa, Kamal terus masuk menuju ke mejanya namun ditegur oleh cikgu Azman yang perasan akan kehadirannya itu. “Kamal, awak tak Nampak ke saya dekat depan ni? Ke buat buat tak nampak? Perli cikgu Azman. “kenapa lewat? Melepak lagi? Ikut saya pergi bilik disiplin.” Arah cikgu Azman. Kamal yang tidak sempat berkata apa apa terpaksa akur dengan arahan cikgunya itu dan berjalan menuju ke bilik disiplin. Sampai sahaja di bilik disiplin, Kamal masuk ke bilik rekod pelajar yang disimpan dan duduk di hadapan cikgu Azman. “saya tengok rekod akedemik dari tingkatan satu hingga tingkatan empat, awak ni pelajar yang cemerlang, tapi bila saya tengok rekod awak tahun ni, banyak perubahan, awak ni kenapa Kamal? Awak ada masalah keluarga ke? Saya dah lama perhatikan kamu, tiap tiap hari datang lewat ke sekolah. kamu bukan sahaja pandai dalam bidang akedemik malah kamu adalah skuad bawah 18 tahun bola sepak sekolah kita. Dengan sikap kamu yang macam ini. Kamu boleh dibuang dari kem.” Tegas cikgu Azman. Kamal yang terdiam mendengar leteran cikgu Azman itu memandang tepat ke arah cikgu Azman. “tak lah cikgu, saya tak ada masalah dekat rumah, cuma saya susah nak bangun pagi, saya dah cuba, tapi tetap tak boleh. Saya mohon lah dekat cikgu, janganlah ambil apa apa tindakan dekat saya, saya janji tak akan ulangi lagi dan cuba untuk bangun lebih awal.” Rayu Kamal kepada cikgu Azman. Cikgu Azman hanya mampu menggelingkan kepalanya sambil memandang rekod Kamal yang berada ditangannya. “saya sebagai ketua disiplin disekolah ini harus tegas memikul tanggungjawab, saya harus memberi hukuman terhadap kesalahan yang awak lakukan. Berdasarkan rekod kedatangan kamu, saya terpaksa mengambil tindakan memberi amaran bertulis kepada awak dan perlu diberitahu ibu dan bapa awak apa yang awak lakukan, ini pengajaran untuk awak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi dan mengubah sikap awak yang selalu datang lewat ke sekolah. Saya minta maaf.” Tegas cikgu Azman dengan sekeras kerasnya. “tapi cikgu, bagilah saya peluang untuk saya berubah dan tolonglah jangan beritahu ibu bapa saya tentang kesalahan saya ini, saya merayu dekat cikgu.” cikgu Azman tidak menghiraukan rayuan yang diminta oleh Kamal tetapi menasihati Kamal supaya berubah demi masa hadapan. “ok, saya dah siapkan surat amaran ini, dan akan dihantar ke rumah awak selewat lewatnya esok, saya harap awak dapat ubah sikap awak dan saya harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi.”Kamal merupakan pemain utama bola sepak di sekolah dan dia juga menjadi harapan guru guru di sekolah untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience