BAB 1

Inspirational Series 1414

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, bayang bayang kamal masih tidak kelihatan lagi di hadapan rumahnya. “tak tidur lagi sal?” teguran Ibrahim membuat Salmah terkejut. “Ya Allah abang ni, terkejut saya dibuatnya. Belum lagi, tengah tunggu anak kita balik. Pergi mana lah Kamal ni, dah lewat sangat ni, risau pulak saya. Lagipun, esok dia nak sekolah.” Salmah kelihatan resah dan tak senang duduk kerana anak kesayangannya belum pulang lagi. “awak jangan risau sangat dengan si Kamal tu, pandai pandai la dia nak balik nanti. Saya ni bukan tak nak bincang tentang anak kita tu, tapi saya da penat nak marah dah, macam tu jugak perangainya, lebih baik awak pergi ke dapur buatkan saya kopi.” Salmah dengan muka yang keluh kesah itu pergi ke dapur membuatkan kopi untuk suaminya. Kamal adalah satu satunya anak kepada Salmah dan Ibrahim. Mereka amat menyayangi Kamal kerana itulah satu satunya harta yang mereka ada. Namun, semakin Kamal dewasa, perangainya berubah menjadi liar dan tidak terkawal dek kerana mengikut kawan kawan sekampungnya. Kamal akan berusia 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan besar SPM. Namun, sikapnya yang sambil lewa itu membuatkan ibu bapanya risau dengan perangainya itu. “nah bang air kopi yang abang suruh saya buat tadi.” TeguSalmah yang berjalan dari belakang Ibrahim sambil membawa secawan kopi. “saya bukan apa bang, saya sayang sangat dekat si Kamal tu, saya risau dia tak boleh jadi anak yang baik dengan perangainya sekarang.” Keluh Salmah yang juga menunggu anaknya puang. “dah lah Sal, dah berbuih mulut ni ha nasihatkan si Kamal tu, tak jugak di dengarnya, yang dia tahu melepak, balik lewat, makan tidur. Ikutkan hati ni dah lama saya humban si Kamal ke dalam hutan.” Perli Ibrahim. Beberapa minit selepas itu, terdengar pintu rumah dibuka. “ha, baru nak balik? Kenapa tak melepak sampai esuk pagi je? boleh pergi sekolah terus.” Kamal terkejut mendengar suara ayahnya apabila dia membuka pintu rumah. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang duduk di ruang tamu sambil memandang tepat kearahnya. “mak, ayah! Kenapa tak tidur lagi? Mal ada hal dekat luar tadi, tu yang balik lewat sikit.” Jawab Kamal dengan perasaan takut sambil menundukkan kepalanya.

Sebuah karya pertama yang ditulis oleh Amin Ismail. Nama penuh beliau Muhammad Amin Bin Ismail. Pendidikan beliau sehingga SPM sahaja. Namun minat yang mendalam dalam penulisan dan ingin berkarya kepada masyarakat, beliau mula menulis satu novel untuk mengisi masa lapanh beliau. Minat yang mendalam tentang penulisan membuatkan beliau merasakan ingin membawa hasil karya dan penulisan ke peringkat yang lebih tinggi. Didoakan dengan novelanak kampung ni dapat memberikan inspirasi kepada lapisan umum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience