Kisah Ketiga

Romance Series 9418

Kami sekarang berada di hadapan bilik Dato Haziz, aku kagum dengan decorasi syarikat ini dari lobi sehingga ke tingkat 8 ini... Memang pandai Dato Haziz mendecorasi syarikat nya dengan tema warna merah dan hitam.Apa yang aku tahu syarikat ini mempunyai 12 tingkat dan pejabat Dato Haziz berada di
tingkat 8.
"Dato Z , tunggu sebentar ye saya beritahu Dato Haziz dulu, Dato sila duduk dulu disini ye" PA Dato Haziz mengarah kan kami duduk di sofa tang disediakan.
"sila kan" dan PA Dato Haziz berlalu pergi ke bilik Dato Haziz
"Dato Z sila kan masuk , Dato Haziz sedang tunggu didalam"
"tq so much Puan?
"Imah, panggil saya Im.
"Ok tq Puan Im,Nice to meet u"
aku pun mengucapkan terima kasih kepada puan Im.
Papa mula mengetuk pintu yang tertera nama Dato Haziz Bin Tan Sri Hishmudin berjawatan Pengarah Besar Double Star Holding.
"Masuk" kedengaran suara Dato Haziz dari dalam.
Papa dan aku pun masuk kedalam bilik Datok Haziz. Buat kali ke dua aku kag melihat decoration bilik Dato Haziz. Mata aku meliar melihat kecantikan bilik tersebut seperti office Tuan Anas Mikail dalam cerita Tuan Anas Mikail.Cantik Elegent kemas dan besar itu yang aku rasa.
"Welcome Z sebab sudi datang office aku ni , memang lama aku tggu kedatngan kau kat sini, asyik lepak minum kat luar je" Dato Haziz memulakn perbualan.
"Ala haziz , sama je kita jumpa kat mana- mana kan tapi aku kagum dengan syarikat kau ni , besar , cantik .Aku harap syarikat aku pun akan jadi macam syarikat kau satu hari nanti"
"InsyaAllah Z ,tapi syarikat kau pun tengah ada nama sekarang ni kan, kayuh pelan- pelan kawan"
mereka tergelak dan aku pun turut serta
"ishhh aku lupa nak kenalkan anak aku yang manja ni, Izzara Haufa Raisya sekarang umur dia dah 23 tahun Haziz tapi perangai mengalahakn budah 5 tahun" papa mula mengelak kan aku
"papa ni suka malukan B" muka aku dah merah bila papa mengenakan aku
"Hai baby @ nak pnggil raisya"hahah Dato Haziz da tergelak.
"ish diorg ni nak kenakan aku la ni"aku dah mula sebak
"alaa sorry sayang papa gurau la, jangan la merajuk"
papa memujuk aku
"uncle pun so sorry okey uncle gurau, tpi kat sini uncle tetap akan panggil baby dengan panggilan baby okey sebab uncle dah biasa dengan panggilan tu tapi kalu baby nak surih kawan-kawan pangil dengan panggilan lain terpulang"
aku sudah mula tidak kekok berhadapan dengan Dato Haziz dan rasa gementar aku tadi sudah hilang.
"baik uncle saya tak kisah uncle nak panggil saya apa pun .mana yang selesa untuk uncle.boleh B tanya? aku mula ingin mengeluarkan soalan
"Boleh baby, baby nak tanya apa?
"saya akan kerja dekat sini ke, hmm maksud saya dengan uncle"
"ooo tu soalan dia, tak baby, baby akan di tugaskan dibawah seliaan anak uncle nanti di bahagian HR di tingkat 3. Dia sebagai Pegurus disitu kejap lagi uncle kenal kan baby dengan dia ye, dia naik kejap lagi"
alamak aku tak kerja dengan uncle la, masak la aku kena buli nanti. aku sudah mula gementar balik.
tok! tok! tok terdengar dari luar bunyi ketukan pintu
"masuk" Dato Haziz mengarahkan masuk
"ooo Haiqal , ingat kan sapa tadi, kenalkan Z, ni Haiqal Zhafran anak tunggal aku, Haiqal ni uncle Z yang selalu daddy ceritakan dulu"
"Apa khabar uncle, uncle sihat" sambil menyalami papa aku, sebenar nya aku terpegun dengan kekacakan wajah Haiqal, macam Mat Saleh celup kalau fikirkan balik macam bukan anak uncle Haziz, tapi bila teringat tentang auntie Ann baru aku teringat bahawa auntie Ann ada campuran Mat Salih.
"Khabar baik haiqal, ni kenal kan anak uncle Izzara Haufa Raisya"
Aku hanya menggangukan kepala . Bukan muhrim wei nak salam- salam ni. Haiqal hanya merenung aku dari tadi aku dah mula serba salah
"hai haiqal buat apa ditenung baby tu, kan dah merah muka dia"Dato Haziz mula menyakat
"Baby" Haiqal menyoal
Aku sudah mula menunduk malu
"oo lupa pula nak beritahu, kami memang panggil dia baby dari kecik tapi kalau haiqal nak panggil dia dengan panggilan lain uncle tak kisah"
Haiqal sudah mula membuat memek muka , hello pelik sangat ke orang panggil aku baby . muka aku sudah mula memerah.
"haiqal" tegur Dato Haziz
"ye daddy, dia ni ke yang daddy nk letak kan bawah qal"
" ye qal daddy akan letak kan dia sebagai HR Officer bawah qal, daddy harap qal dapat membantu baby menyesuaikan diri disini"
memek muka haiqal kembali berubah
"baby lagi, besar- besar gajah pun panggil baby"
aku terdengar bebelan haiqal walau pun perlahan, apa masalah dia ni pasal panggilan pun macam nak cari pasal dengan aku ni, mcm mana aku bak kerja bawah dia ni.
"Ok la Haziz aku nak balik office aku dulu baru ingt lepas lunch aku ada meeting dengan client, aku serahkan anak manja aku kat kau ye aku harap kau dan haiqal dapat beri tunjuk ajar dekat anak aku sebab ni first job dia . Harap kau dan haiqal dapat tahan ragam anak aku ni"
"Dont worry Z, aku dah anggap baby mcm anak aku, aku yakin haiqal dapat bantu baby nanti"
waaaaaa papa nak tinggalkan aku, papa jangan tingglkn anak mu ini aku takut.aku dah tak tentu arah dan gelisah
" baby papa balik dulu ye, petang papa jemput ye, jaga diri jaga maruah keluarga jaga tingkah laku yang penting jangan kuat merajuk ok"
"B cuba papa, ape - apehal B call pa ye"
Papa keluar dari pejabat selepas bersalam dengan semua. tinggal lah aku , Dato Haziz dan si kerek ni Haiqal.
"Ok Qal boleh bawak kan baby ke bawah, kenal kan dengan staff dan uruskan urusan lapor diri baby, yang penting Qal jangan buli- buli baby dia baru lagi faham"
"Baik daddy , Qal akan jaga BABY daddy ni baik-baik"
kedengaran saja Haiqal menguatkan perkataan baby tu.
"mamat ni memang nak cari pasal ni,muka hensem tapi longkang" aku berkata dalam hati
"jom baby ke bawah"
sambil menjeling aku haiqal memanggil aku.
"Saya keluar dulu ye uncle,Assalamualikum"
"Kerja baik-baik ye baby, jangan dilayan perangai haiqal tu sangat dia tu memang serius 24 jam"
"Its ok uncle"
Aku pun keluar dari office Dato Haziz dan pergi ke Haiqal yang sentiasa menanti di luar.
"Jom" sambil menjeling
Ya Allah kerek nya mamat ni, konon aku takut ke.
Didalam lif aku dan dia tidak berbual pun sehingga lif terhenti di tingkat 3.
Aku lihat di dinding tertera HR department dan aku pun mengikut Haiqal masuk ke dalam office.
"Kau duduk sini dulu" haiqal mengarahkan aku duduk di sofa sebelum dia ingin pergi ke bilik PA nya.
"baik haiqal"
"sorry, not haiqal ok, i'm your bos sila hormat sikit, call me En Haiqal or bos faham"
Muka aku sudah merah menahan rasa apabila di sergah sebegitu. Nak nangis pun ye ni.
"Sorry Bos " itu je yang mampu aku ucapkan
"one more things, no baby here, sila bersikap profesional ye , aku akan panggil kau izzara je so jangan nak mnggada nak mem baby bagai"
aku da start meluat dengan haiqal ni, memang dia saja cari pasal dengan aku ni.
"ok bos" aku dah mula rasa nak cabut balik sekarang ni.
Terdengar suara PA haiqal aka bos kerek memanggil staff yang lain ke bilik meeting atas arahan haiqal dan tidak terkecuali aku.
Aku pun mengikut saja kemana staff semua bergerak sehingga aku nampak bilik yang tertera meeting room. Aku pun masuk dan berdiri di sebelah Haiqal.
"Ok semua, harini saya ingin memperkenalkan HR Officer baru kita menggantikan Puan Rohana yang telah dinaik kan pngkat. Memperkenal kan Izzara Haufa Raisya binti Muhamad Zamri.." Haiqal mula memperkenal kan diri aku kepada semua.
"Assalamualikum semua. Tuan puan boleh panggil saya Izzara ye ataupun Zara. Saya berharap tuan puan dapat membantu saya menyesuaikn diri disini dan mengajar saya tentang kerja hakiki disini kerana ini ialah pengalaman pertama saya"
aku mula memperkenalkan diri,seleps bersalam dengan semua aku di bawa ke tempat kerja aku , aku ditempatkan disebelah bilik haiqal.
"aduh kenapa pula kena duduk sebelah bilik dia ni, dah la bilik xda cermin gelap , aku dah la meluat tngok mula poyo dia ni" kata aku perlahan
"Cik Zara ok tak bilik ni, nanti cik zara deco la sendiri bilik ni , deco lama ni puan rohana yang buat"
"Kak im, tak payah bercik sngat dengan saya, tak selesa la saya, panggil je Zara." kata aku merendah diri
"ala cik zara sini kena ikut protokol, yang berpangkat kena la panggil cik . nanti encik haiqal marah"
oo patut lah aku kene sergah tadi rupanya title tu penting..perkara pertama aku tau tentang haiqal
"tak payah risau kak im,depan bos kak im ikut la protokol tapi kalau berdua tak payah bercik cik ye tak selesa saya. Kak im boleh saya tanya satu soalan"
"Tanya la Cik Eh salah Zara"
"Kenapa bilik semua sini clear tak letak tinted, hari - hari bak tengok muka bos naik loya saya nanti, kalau saya pasang sendiri bos marah tak rasanya"
Kak im dah mula tergelak kecil
"Ini lagi satu peraturan Zara,en haiqal memang tak bagi bg cermin gelap ke ape ke sebab dia senang nak tengok pekerja dia so memang dia tak kan bagi, jangan la Zara tnya- tya dia nanti tak pasal kena marah"
"ala kak im boring la cmni, tak boleh la saya bak berehat- berehat kejap kan" aku dah memuncung mulut"
"tak pela zara , En haiqal tu ok kalau kita buat kerja ok dia tak kan marah jangan buat silap memang melenting la dia. Ok la zara En haiqal dah pandang-pandang tu marah pula kat kak im kalau lama- lama kat sini" aku pun menjeling sikit ke bilik haiqal dan tak sangka mata aku bertentang dengan dia cepat- cepat aku melarikan mata aku ke tempat lain..
alamak kantoi pulak aku pandang dia. Tak lama kemudian telefon dalam bilik aku berbunyi, dengan teragak- agak aku angkat sambil menjeling ke bilik haiqal, haiqal buat isyarat suruh mengangkat telefon. Baru aku tahu die yang menelefon. apa lagi la kau nak ni haiqal
"Hello,napa lambat sangat angkat, paraturan office ni jangan 3 kali deringan faham"
belum sempat aku cakap apa- apa aku dah disembur
"maaf bos, ada apa call saya ya" aku menjawap dengan penuh sopam dan santun kalau orang lain memang dah kena maki la
"kau pergi photostat kad pengenalan kau dan sijil- sijil kau sekarang sebab aku aku masuk dalam sistem syarikat"
"sekarang ke bos"
"yes now, kau jangan nak menyinggah pula aku bagi masa 15 minit je photostat, jangan jadi lembab"
telinga alu dah berasap ni memang kena mamat ni karang, tapi bila ingt ini baru permulaan aku akan layankan.
"baik bos. ada apa- apa lagi boleh buat?" dengan sopan santun alu bertanya
"buatkan aku milo, taknak manis tak nak panas sangat
weiii apa kes aku kena buat milo kau ni, aku bukan office girl okey.
"ha milo, saya bukan office girl bos tak kan saya kene buat dan dalam skop kerja saya tak da pun tulis kena buat tu semua" aku dah mula mengeluarkan hujah aku. comfirm dia nak kenakan aku la ni.
"aku bos ke kau bos ni, sekarang kau pergi ambil offer latter kau tu kau baca skop kerja yang last sekali"
Terkocoh- kocoh aku mengambil offer latter dalam file dan aku terus ke skop kerja dan baca yang akhir sekali.
" jumpa tak offer latter kau, apa yang tertulis"
"mengikut arahan dari masa kesemasa oleh pihak atasan" aku membaca satu persatu apa yang terkandung dalam offer latter tersebut.
"so, siapa yang bg arahan dekat kau sekarang ni"
"boslah"
"tahu pun so pergilah buat apa yang aku suruh, jangan banyak komplen faham, aku tak suka pekerja aku ingkar arahan aku" aku tersentak dan aku meletak kan telefon . sebelum berlalu ke mesin photostat sempat juga aku hadiahkan jelingan ke arah haiqal. pdan muka kau .
Selepas membuat salinan semua aku ke pantry untuk membuat milo untuk haiqal . semasa sedang buat milo kak im tetiba muncul.
" zara buat apa tu, macam marah je kk im tengok" mungkin kak im tngok gelgat aku buat air sambil membebel la tu.
"bos tu la kak im. suruh zara buat milo dia . die ingt zara ni office girl agak nya.angin zara ."
kak im dah tergelak besar
"pelik juga kak im sebelum ni staff baru tak da pula dia suruh buat milo bagai"
aku mula rasa tak sedap hati dengan kenyataan kak im.memang sah mamat ni nak kenakan aku la ni.eee geram nya aku.
"ye ke kak im,habis kenapa dia suruh saya pula buat air dia,dia nak kena kan saya ke"
"ish zara ni , dia memang haus la tu, tu dia suruh zara buat air tu, jangan fikir bukan- bukan ye"
"oklah kak im zara nak hntar air kat bos ,nanti bising pula dia"aku mula melangkah keluar dari pantry.
aku memberikan ketukan ke bilik haiqal.
"masuk" terdengar suara haiqal dari dalam. aku pun masuk sambil membawa milo yang haiqal inginkan.
"ni bos, milo kurang manis dan kurang panas, saya buat dari hati tau" padan muka kau aku perli.
"kau perli aku ke apa ni" haiqal dapat mengesan cara aku yang memerli dia
"eh mana ada bos, saya x perli apa- apa pun, ok la bos saya keluar dulu selamat minum air milo tu ye, Assalamualaikum"
Setelah keluar, haiqal mula tersengih kerana berjaya mengena kan baby dan terus menghirup milo dihadap nya.
"hmmm not bad sedap juga milo minah buat , nampak mnja semacam ingat kan tak reti buat air " haiqal mula mngutuk baby dan sambil tangan nya melihat segala yang baby serah kan pada dia tadi.
"cantik juga baby ni tapi kenapa aku suka cari pasal dengan dia,cinta pandang pertama ke, ishh haiqal apa kau melalut ni"
dari dalam bilik baby mula menjeling ke bilik haiqal dari ekor mata baby sempat melihat haiqal tersengih - sengih mcam kerang busuk.
"boleh pula senym bagai dengan aku sikit pun tak nak senyum, serius 24 jam, aku yang tengok pun boleh stress ..
Tamat pukul 5 papa sudah sedia menunggu aku di parking kereta dan kami terus pulng kerumah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience