luahan perasaan

Romance Series 9418

Semenjak peristiwa di rumah Uncle Haziz aku mula mengelak kan diri dari Haiqal, sebenarnya aku mulai rasa getaran apabila mula terpandang kan Haiqal. Apabila di office aku hanya akan kebilik Haiqal untuk menghantar milo suam itupun ketika Haiqal tiada didalam bilik.
Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke 23 tahun, papa , mama along dan angah awal-awal pagi sudah memberi ucapan ulangtahun aku. So mood aku ke office harini sangat lah ceria kerana aku adalah Birthday girl harini.
Sesampai di office aku mula membuat rutin aku iaitu milo suam untuk bos kerek aku tu . Setelah siap, aku terus menghantar milo ke dalam bilik haiqal sebelum haiqal masuk kerja, tetapi harini nasib aku malang sebelum melangkah keluar tiba-tiba haiqal melangkah masuk ke dalm bilik dan aku mula tergamam.
"Good morning bos"aku berbasa basi
"morning baby"haiqal panggil aku baby wei ape masalah mamat ni.
"sorry bos, not baby but call me izzara"
aku memulangkan paku serpih
"sapa bos "haiqal bertnya soalan pada aku
"bos la bos,takkan saya bos pulak"
aku menjawap balik
"so,sukahati aku la nak panggil kau ape, nak panggil sayang pun ikut suka aku"
"sukati bos la, benci!!!!"
aku mula melangkah keluar sambil menghentak kaki
"haaa mula buat tanda protes dekat suami"haiqal mula menyakat
aku hanya mampu menjeling .sebelum sempat aku memulas tombol pintu haiqal memegang lengang aku..woiii ape ni pegang-pegang bulan muhrim la, nasib kau pegang tempat berlapik kalau tak memang melayang kasut heel aku ni dekat kepala kau.
"apa pegang-pegang ni ,lepas lah nanti ada orang nampak la"
aku mula melepaskan tangan aku.
"aku boleh lepaskan, janji malam ni kau ikut aku dinner ,ini arahan okey so tiada bantahan"
"papa saya x bagi keluar malam dan waktu kerja saya sampai pukul 4.30 je"
aku cuba mengelak lagi lagipun aku nak raikan ulangtahun kelahiran aku dengan keluarga aku.
"kau faham apa itu arahan, pasal papa kau , kau jgn risau aku akan minta izin dari papa kau"
"ish bos ni suka paksa-paksa tau, kalau nak saya keluar juga bayar ot saya ingat saya ni apa kerja sampai malam"
aku mula menentang mata haiqal
"bukan setakat ot sayang, duit hantaran pun abang sanggup sediakan"
Menggeletar badan aku apabila haiqal memnggil sayang walaupun aku tau itu gurauan.
"sukati bosla, kot nak bg duit hantaran pastikan akaun tu cukup nak bagi dekat saya.Saya nak 50k tau, lepastu rumah sebiji dan kereta sebiji , bos mampu ke"
padan muka kau, nak memain dengan aku kan, memang tak kan la kau nak bagi hantaran banyak tu kan..aku tergelak sinis
"we will see,malam ni pukul 8.30 aku jemput faham"
tak habis ayat tu je, menyampah!!
"InsyaAllah kalau saya hidup lagi" aku menjawap bersahaja sambil keluar selepas bersusah payah melepaskan pegangan tangan haiqal.
Semasa pulang ke rumah, papa tiba-tiba bersuara
"tadi haiqal call papa, kata nya nak ajak baby dinner dan papa dah izinkan tau"
alamak papa ni,tak sempat kautim dengan papa haiqal dah kautim dulu..
"ye papa, mungkin dinner sekali dengan client haiqal kot"
aku menjawap nak tak nak je
Sesampai dirumah aku naik kebilik dan membersihkan diri dan bersolat.
Tepat 8.30 haiqal pun sampai dan aku yang memang sudah bersiap selepas solat Isyak tadi memang sudah sedia menunggu di ruang tamu. Aku hanya berpakaian simple sahaja, berskirt dan memakai blause dan melepaskan rambut aku.
Haiqal sempat juga masuk kedal rumah aku untuk berbual dengan mama papa sekaligus meminta izin kembali untuk membawa aku keluar.
"jom "kata haiqal sepatah
aku pun menyalami papa dan mama sebelum mengekor haiqal ke kereta nya.
Selepas beberapa minit berdiam diri, aku pun bersuara
"Kita nak kemana ni, client mana kita nak jumpa ni,kenapa nak jumpa malam-malam"aku melepaskan pelbagai soalan pada haiqal
haiqal meletakkan jari telunjuk di bibir aku .
"kau boleh senyap tak,banyak betul soalan kau, kang aku cium tau la"lantas aku menutup bibir aku dan pandang keluar tingkap didalam hati pelbagai makian sudah keluar.
setengah jam selepas itu, haiqal mempakir kereta di restoren mewah di tengah bandar dan aku pun keluar dari kereta.
"wow, mewah nya restoren ni mesti mahal ni"aku bersuara perlahan
"dah habis mengelamun,jom masuk"
haiqal menegur aku dari belakang
Sesampai di pintu masuk, aku lihat decoration restoren itu sangat cantik , bunga-bunga ros di biarkan dilantai dan pelbagai lilin wangi ada .Sangat cantik dan mempersona, tetapi aku pelik kenapa seorang pelanggan pun tak ada yang ada hanya sebuah meja dan 2 buaj kerusi sahaja disitu.aku mula rasa tak sedap hati.
"cantik ke"soal haiqal
"cantik sangat bos, tapi kenapa tiada pelanggan"aku menyoal kembali pada haiqal
"aku tempah semua ni khas untuk kita"dengan renungan yang penuh makna,aku terkhayal sekejap
"untuk kita,maksud bos"
"jom kita duduk dulu"bos mempelawa aku duduk di kerusi,aku sudah merasai suasana yang sangat romantik.
"apa maksud bos untuk kita"aku menyoal soalan yang sama.
"nanti kau akan tahu"selepas itu terdengar alunan lagu 'happy birthday' beserta kek dari belakang aku dan aku pun menoleh dan aku lihat pekerja restoren itu membawa kek ke arah aku dan tertera nama 'baby' di atas kek tersebut.
aku sudah rasa tak keruan
"apa maksud semua ni bos"
aku bersoal jawap balik dengan haiqal
"tiup lilin tu dulu" semacam dipukau aku pun meniup lilin tersebut dan memotong kek.
"Happy Birthday Baby, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki"tiba-tiba haiqal melutut dan memberikan sejambak bunga pada aku,aku tergamam dan terkeliru apa yang berlalu sekarang.
"apa ni bos, bangunla malu org tengok la"aku menyuruh haiqal bangun
"baby, sudikah baby menjadi teman hidup saya ,teman sehidup mati saya, teman susah senang saya ,saya tak pandai berkata-kata tetapi inilah ayat yang saya dah praktis sebelum saya bersedia luah kan pada baby"
lagi sekali aku tergamam, aku bermimpi ke ni ,sambil mencubit pipi aku sendiri.
"ini kenyataan sayang, saya memang mula suka kan baby dari mula saya jumpa baby di bilik daddy dulu,tapi saya tak tahu kenapa saya suka mencari gaduh dengan baby dan apabila baby tak datang kerja dan melarikan diri dari saya,saya dah rasa sangat kehilangan. Dari aritu saya dah berjanji pada diri saya ingin melamar baby sebelum apa-apa terjadi"haiqal mula meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.
"bos ,bangunla dulu kita bincang sambil duduk ye"aku mula berlembut dengan haiqal.
"selagi baby tak bagi jawapan, saya akan terus melutut,biarlah sampai malam pagi sekalipun"
ishhh degil betul la mamat kerek ni, apa aku nak jawap ni weii.Tanpa segan silu aku menarik tangan haiqal dan menyuruh dia menghadap aku di meja.
"bos, kenapa saya,kan ramai lagi wanita lain di luar sana "aku memulakan perbualan selepas beberapa minit diam
"tolong jangan panggil saya bos boleh"haiqal menjawap
"habis nak panggil apa,tuan ke"
"panggil la abang ke, B ke,kalau nak lagi mesra sayang ke"haiqal tergelak kecil
"awak tak jawap soalan saya lagi kan"aku lebih senang menggunakan perkataan awak pada haiqal
"sebab baby adalah baby saya buat selamnya,kerana panggilan baby tula saya terpikat dengan baby dan sesuai dengan perwatakn manja baby dan yang paling penting milo yang baby buat sangat sedap"haiqal tergelak lagi
"baby, tolong terima lamaran saya, saya sangat cintakan baby dan daddy dan mummy pun sangat suka kan baby"
aku memandang mata haiqal mencari kebenaran dengan kata-katanya.
"mummy daddy awak?maksudnya"
"baby, mummy daddy memang sangat berkenan dengan baby sejak dulu lagi,dan pernah menyuarakan pada saya untuk menyunting baby untuk saya, tapi saya katakan pada mereka biar saya mengenali hati baby dahulu sebelum saya buat keputusan untuk diri saya dan saya da dapat jawapan nya itu,memang baby pilihan paling tepat pada saya"
aku mula tersenyum dan muka aku dah mula merah
"awak, saya pun dah lama suka pada awak sejak awak pilihkan dress untuk saya tu,tapi dalam pada sama saya benci awak sebab awak suka buli saya dan saya rasa awak lah bos paling kerek saya pernah jumpa tau sampai saya gelarkan awak ni bos kerek pada staff lain.sorry"
haiqal tergelak besar lagi kali ni sampai terkeluar air mata
"saya tau semua tu,kak im dah cerita pada saya,tapi saya tak ambil hati pun sebab cara tu je saya boleh dekat dengan baby"
kak im bocor rahsia aku,hampeh kak im ni malu nya akuuuuuu...
"so baby, jawapan baby pada saya"haiqal menyoal lagi
"InsyaAllah awak,saya tak boleh berjanji pada awak, tapi saya akan cuba menyanyagi awak dan menjaga awak semampu saya "aku mula menunduk dan tak mampu bertentang mata dengan haiqal
"thank u sayang,saya akan cuba buat yang terbaik untuk hubungan kita ni dan saya akan bahagiakn baby sehingga akhir nafas saya"Haiqal mengengam tangan aku dan menyarungkan cincin pada jari manis aku.Aku hanya mampu tersenyum dan aku rasa ini lah hadiah paling berharga pada ulangtahun kelahiran aku pada kali ini.Hanya linangan air kegembiraan yang mampu aku hadiahkan pada haiqal tanda terima kasih.
"sayang,pasal hantaran 50k, kereta dan rumah tu saya akan pastikan itu semua akan bakal jadi milik sayang,itu janji saya"
"awk saya gurau la, saya nak kenakan awak je aritu jangan la ambil serius pasal hantaran awk bincang lah dengan keluarga saya ye"
aku semakin selesa berbual dengan haiqal selepas secara rasmi aku menjadi teman hidup nya.
"itu janji saya pada baby, saya akan tunaikan, rumah itu untuk sayang dan anak-anak kita nanti InsyaAllah"
Aku hanya mampu tersenyum kegembiraan dengan kenangan indah ini semoga perhubungan ini kekal selamanya.I Love U Bos kerek!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience